>◆♧30♧◆<
"Hmm acane dia boleh hack telefon aku? Alah alah.", keluh Taehyung seorang diri sambil menggoncangkan telefon bimbitnya. Aku menayangkan muka menyampah saja. Bukannya apa, ini dah masuk kali kelima Taehyung merungut.
Jin dan Jungkook sedang sibuk berbincang tentang plan serangan ke atas kilang itu.
Kami sudah pun berpecah, aku bersama dengan Jin, Jungkook dan Taehyung. Kami mengambil tempat yang agak tersembunyi bagi membincangkan sesuatu sebelum bergerak.
Jimin dan Yoongi diarahkan untuk pergi ke arah pasaraya yang berdekatan dengan kilang tersebut.
Rasanya mereka masih dalam perjalanan.
Katanya di situ ada rangkaian yang kuat untuk mencari maklumat dan mengesan bilangan musuh yang ada di sekitar kilang itu. Hmm macam mana nak cerita eh?
Satu bandar Seongdong tu tak ada rangkaian. Susah nak berhubung dengan telefon. Mungkin Mafia 01 dah lumpuhkan rangkaian di satu Seongdong tu. Tch-
"Miss Jaerim, ada apa-apa yang perlu saya bantu sebelum kita bergerak?", soal Mafia berkod 15, Kim Soyeon. Gadis itu memperbetulkan sedikit rambutku yang agak serabut. Aku tersenyum saja dan menggeleng kecil.
Ya, kami dikawal dengan beberapa orang mafia yang akan turut mengikuti kami menyerang kilang itu. Dan Kim Soyeon adalah satu-satunya mafia perempuan. Ada geng.
"Ok, kita dah boleh bergerak. Semua kena tunggu arahan dari Mafia Taehyung sebelum masuk. Pasukan sniper sudah bersedia. Mereka akan bantu Mafia Taehyung untuk bunuh musuh di kawasan utama dari atas rooftop bangunan berdekatan kilang tu. Faham?", soal Jin. Kami semua mengangguk faham.
Aku harap semuanya berjalan dengan lancar saja.
Taehyung dengan pantas bergerak terlebih dahulu bagi menyerang pintu masuk kilang itu.
Kami perhatikan dari jauh dan menunggu isyarat dari Taehyung.
Termasuk Yoongi dan Jimin.
◆◇♧◇◆
Jimin hanya mengikuti langkah Yoongi dari arah belakang sambil menyumbatkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Mereka menaiki tangga hingga ke tingkat atas sekali.
Tiada sebarang bicara di antara mereka berdua. Senyap membisu.
Sampai ke rooftop, Yoongi mengaktifkan rangkaian melalui earpiece dan cuba menghantar maklumat kepada orang lain.
Dan ianya berjaya. Lelaki itu cuba pula untuk mengesan bilangan dan jarak musuh yang berada di sekitar pekarangan kilang itu.
Jimin merengus nafas kecilnya menahan kesejukan angin malam. Bosan dan tak ada benda yang nak dilakukan. Dan keluhannya didengari Yoongi yang berada tidak jauh daripada lelaki itu.
Yoongi merenung adiknya itu. Jimin yang sedar akan hal itu segera beralih ke arah lain. Menyampah.
"Kau ok Min?", tegur Yoongi yang membelah kesunyian antara mereka berdua. Jimin tidak membalas dan terus menggigit isi pipi dalamnya.
Yoongi bangun dan berjalan ke arah Jimin lalu menarik lengan lelaki itu bagi menghadapnya. Jimin terkedu dan cuba untuk menarik lengannya semula. Yoongi tetap menggenggam erat tangannya tidak terlepas.
"Kau kenapa ni? Cuba cerita dekat aku.", pertanyaannya tidak dibalas bahkan tangannya ditepis kasar oleh Jimin. Jimin terus memandang ke arah hadapan dengan nafas yang agak laju. Dia marah?
"Maafkan aku sebab tampar kau. Aku tau kau marah aku sebab tu kan?", soal Yoongi lemah lembut. Itu membuatkan Jimin terkedu dan terdetik satu kesalan di dalam hatinya. Sekasar Yoongi pun, sifat prihatin terhadap adiknya tetap ada. Namun dia memilih untuk membisu saja.
Yes, sebab itu dia marah. Egonya masih tinggi hingga tak mahu bersemuka dengan abangnya.
Bukan sebab itu saja.
Yoongi mendengus kecil lalu mengusap perlahan pipi kiri Jimin yang masih mempunyai bekas tamparan yang sengaja dilepaskannya sebentar tadi. Jimin terkedu.
"Aku tampar sikit ja. Tak kuat mana pun. Sorry, aku terlebih emosi tadi. Aku harap kau dapat maafkan aku Min.", ujar Yoongi dan melepaskan sentuhannya dari pipi lembut adiknya. Lelaki itu kembali mengambil tempat di hujung rooftop bagi terus mengesan musuh melalui alat pengesan.
Jimin masih berdiri kaku di situ.
Jimin cuba mengalihkan pandangan ke arah Yoongi. Dia mengetap bibir menahan rasa bersalah.
Dia tak patut berdiamkan diri saja tadi, dia perlu katakan sesuatu.
"Hyung."
Yoongi beralih ke arah Jimin dengan selamba. Jimin menyumbatkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya dan menayangkan senyuman sinis.
"Aku rasa kita tertinggal satu perkara.", ujar Jimin.
"Apa?"
"Kenapa Mafia 01 nak letupkan kilang tu dekat Gangnam? Sedangkan kilang yang dimaksudkan dia tu berada di sini, di Seongdong. What about Gangnam then?", soal Jimin sambil menyengetkan sedikit kepalanya ke sisi. Yoongi membuntangkan kedua-dua biji matanya.
Lelaki itu bangun dengan mengepal kedua-dua tangannya kuat.
"Apa maksud kau Min?!"
Senyap.
Hanya tiupan angin malam menyapa cuping telinga mereka berdua.
Jimin tidak menjawab sepatah.
"Mafia 04!! Mafia 04!!!", jerit seseorang di alat earpiece Yoongi menyebabkan lamunan lelaki itu mati secara tiba-tiba.
"Ya saya! Kenapa?!"
"Macam mana benda ni boleh terjadi?! Bandar Gangnam diserang dengan letupan bom!! Kita tak ada plan lain?!"
Yoongi tergamam.
Anak matanya tertumpu ke arah Jimin yang masih berdiri tenang. Seperti tiada apa-apa masalah. Lelaki itu kekal dengan senyuman sinisnya.
"M-Min..."
"See, bukan semudah tu kita nak menentang Mafia 01."
◆◇♧◇◆
Taehyung dan selesaikan musuh di kawasan utama dengan bantuan sniper dari jarak jauh.
Lelaki itu segera memberi isyarat agar yang lain masuk ke dalam kilang itu.
Kami yang dapat isyarat terus bergerak.
Tapi aku terhenti langkah saat melihat Jin terkaku di situ, tidak bergerak. Nampak macam dia terima satu isyarat dari seseorang.
Riak wajah lelaki itu mula kerut.
"Jin oppa? Kenapa ni?", soal aku risau. Jin mengetap bibir, kelihatan beberapa titisan peluh mula mengalir di dahinya.
Jungkook yang ternampak akan kami berdua segera berpatah balik, membiarkan mafia yang lain mara ke hadapan dulu.
"Gangnam diserang letupan bom. Pasukan polis yang jaga pesisiran sungai Han terpaksa bergerak ke tempat lokasi. Banyak yang cedera. A-Aku tak expect benda ni nak jadi! Plan kita gagal kali ni.", jelas Jin dengan gelabah teruk. Aku dan Jungkook terbuntangkan mata.
A-Apa?
Habis...bukan di Seongdong saja yang ada pengikut Mafia 01.
Kalau macam tu, di mana Mafia 01 kalau bukan di Seongdong?
Gangnam?
"Mafia 03!! Kami jumpa orang awam di bawah tanah! Mereka dikurung di dalam makmal dan kami tak dapat nak letakkan kod keselamatan pintu ni! Ia diberi 3 peluang saja sebelum makmal ni meletup!", kata seseorang di alat earpiece Jin. Lelaki itu mula panik.
Nampaknya beberapa orang mafia sudah berjaya memecah masuk salah satu bangunan di pekarangan kilang tu.
'2 8 3 4 '
Jin mengedipkan kelopak matanya saat Jungkook memberikan kod pintu itu melalui bahasa isyaratnya. Jin mengangguk faham, nasib ada Jungkook.
Segera dia arahkan mereka untuk nyatakan kod itu di alat keselamatan pintu makmal itu.
Dan ya, ia berjaya. Tekaan Jungkook tepat.
"Mafia 03. Kami terima lagi satu masalah!"
"Apa tu?!"
"Dalam makmal ni ada beberapa tong gas yang diletakkan di setiap penjuru! Kami tak boleh nak pastikan apa jenis gas tu! Dan ada satu jam masa tersembunyi di dalam makmal ni, lebih kurang kami ada lagi 7 minit sebelum apa-apa yang akan terjadi di bangunan ni. Btw ada ramai lagi orang awam yang dirantai di dalam makmal besar ni!"
Gas?
Apa yang akan terjadi kalau masa dah suntuk?
7 minit lagi?
Sempat lagi atau tidak?
Jin mengepal penumbuknya. Kemarahan tidak dapat dikawal lagi.
"Aku akan datang ke sana. Tunggu aku."
-End Chapter 30-
___________________
____
Tbc:
Nnti sis kasi tsunami update.
Jgn pi mana² nau cey.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro