>♧24♧<
Aku segera bangun dan cuba untuk mencari jalan untuk pulang semula ke pusat akademi. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena akan berlaku.
Aku takut. Apa dah jadi dengan aku??
Apa yang aku fikirkan tadi? Aku takut sangkaan aku tu menjadi kenyataan!
Aku tak mahu.
Aku berlari dengan pantas di sisi jalan di mana kawasan kiri dan kanannya adalah hutan. Kenderaan yang berlalu lalang di situ aku tidak hiraukan.
Hampir setengah jam aku berlari.
Air mata mula berguguran sebab aku takut dan rasa penat pada masa yang sama. Suasana yang gelap agak menggerunkan, otak aku pula ligat memikirkan tentang kata-kata Mafia 01 tadi. Ahh aku penat.
Secara tidak sedar, lenganku ditarik oleh seseorang dari arah belakang. Aku berpusing dengan agak laju hingga mataku tidak dapat menangkap rupa orang tersebut.
Tubuhku didakap erat. A-Apa ni?
Aku membuntangkan mata. Kelihatan beberapa kereta berwarna hitam memarkir di sisi jalan dan muncul beberapa orang lelaki yang berpakaian serba sut hitam mendekati aku.
Mafia?
Pelukan dileraikan. Aku mengalihkan mataku ke arah lelaki yang memeluk aku tadi.
"Kau tak apa-apa Jae?", soal Jin dengan mimik wajah kerutnya sambil mengesat peluh yang membasahi dahiku dengan hujung kain necktie nya. Aku tercenggang.
Diorang semua ada. Selamat, tiada kecederaan. H-Habis, apa yang aku fikirkan tadi tu apa?
Jap aku keliru.
"M-Macam mana korang boleh j-jumpa Jae di sini?", soal aku.
"Yoongi check kedudukan koordinat kau dengan alat earpiece yang terpasang dekat telinga kau tu. Alat earpiece kau dah tak berfungsi tapi dia still boleh gunakannya sebagai bantuan untuk cari koordinat kau. Tak sangka kitorang boleh jumpa kau dekat sini. Macam mana kau boleh sesat di sini Jae?"
Aku tidak menjawab sepatah. Wajah Mr Hyuk yang baru tertayang saat lelaki itu keluar daripada perut kereta. Mr Hyuk tersenyum tipis saat melihat keberadaan diriku di situ. Nafasku mula tersekat. Aku tak tahu kenapa.
Jin yang mula risau cuba untuk menyentuh bahuku. Aku mengundur ke belakang.
Kelihatan Yoongi baru datang menyapa kami berdua. Lelaki itu berhenti di belakang Jin apabila menyedari saja akan kelakuanku yang semakin pelik.
"Jae. Kau ok?", soal Jin dan cuba untuk mendekati aku.
"Jangan dekat dengan Jae! Sesiapa pun! Jebal!!", tengking aku dengan kaki tidak terhenti daripada mengundurkan diri ke belakang. Air mata mula gugur. Semua pandang aku pelik.
"Jae, cuba cerita dekat kitorang. Apa yang dah jadi sebenarnya ni? Kenapa dengan kau tetiba je? ", suara Yoongi dengan suaranya yang agak serius.
"Hiks... sudah-sudahlah mempermaikan Jae. Jae tahu dia ada di antara korang. Please, munculkan diri awak... Jangan nak berlakon lagi hiks... please.. Jae penat. Jae tak nak fikir panjang lagi.", kata aku dengan esakan. Aku melutut dan melekatkan kedua-dua telapak tangaku ke atas tar.
Jin cuba untuk mendapatkan aku namun ditahan Yoongi.
Aku menangis dengan teresak. Tak mampu nak cakap apa. Aku bagaikan ditimpa panic attack. Gelabah tak tentu arah, tak tahu sebab puncanya.
Apa yang aku tahu sekarang ni...aku takut, aku takut, aku takut.
Aku serabut. Macam nak pecah kepala.
Masih musykil sama ada Mafia 01 itu adalah abang aku ataupun bukan.
Aku keliru pasal itu saja.
Aku perlukan jawapannya.
Please.
Aku perlukan ketenangan.
Satu sentuhan hinggap di kepala aku. Segera aku mendongak ke atas secara refleks. Kedua-dua mataku dibuntang luas, aku rasa...aku bagaikan tak bersemuka dengannya buat masa yang lama.
Dia ada.
'Stop crying. Benda apa yang membuatkan Jae menangis teruk ni? It's ok, cerita masalah Jae dekat kitorang.'
Bicaranya mengikut bahasa isyarat membuatkan aku lagi tergamam. Ke mana suaranya yang dahulu.
Jungkook memaparkan senyumannya lalu tangannya perlahan-lahan mengesat air mataku yang membasahi pipi.
Aku semakin sebak.
Apa yang dah jadi dekat semua orang?
Tanpa berkata panjang, aku mendakap tubuh Jungkook dan melepaskan tangisan di bahunya. Jungkook hanya membalas pelukan dengan belaian di setiap helaian rambutku.
Aku tak tahu kenapa aku rasa selamat dan tenang kalau Jungkook ada di hadapan mata. Aku dah tak fikir akan masalah lain.
Aku peluk tubuhnya dengan sangat erat.
Aku nak rahsiakan dulu pasal Mafia 01 buat masa sekarang. Aku tak mahu fikirkannya lagi buat masa sekarang.
"Hiks...maafkan Jae. Jae takut. Jae dah menyusahkan korang buat sekali lagi. Mian hiks...mian..."
"Tak apa, apa yang penting semua selamat. Cuma tadi ada sedikit masalah, pihak mafia dan polis terpaksa berpecah sebab pusat akademi diserang. Rasanya anak buah kepada Mafia 01. Tapi tak apa, kami dah selesaikan perkara tu.", jelas Jin.
Aku membulatkan mata. Mereka diserang?
"Apa-apa pun masa tu Jungkook, Taehyung dengan Jimin menghilang.", sambung Jin lagi. Aku terkejut lalu memandang ke arah Jungkook.
"O-Oppa pergi mana?", soal aku sambil menekup wajah Jungkook.
'Kook pergi ke tingkat 5 sebab diugut katanya ada bom masa terpasang di situ dan yes...memang ada. Kook terpaksa biarkan yang lain sebab sibuk mematikan bom.', balas Jungkook dengan bahasa isyaratnya.
Ouhh by the way mana alat bantuan pita suara tu? Tak terpasang pun di lehernya. Takkan dah rosak?
Aku menghembus nafas lega dan kembali mendakap tubuh Jungkook semula. Aku lega. Nasib tak terjadi apa-apa.
Dalam pelukan itu, mataku tertangkap ke arah dua orang yang sedang memerhatikan aku dari arah jauh.
Yes, Taehyung dan Jimin.
Mereka berdua pun ada? Tak tertanya pula aku ke mana diorang pergi masa menghilangkan diri tu.
Tak apa, janji diorang selamat.
Taehyung tidak henti-henti melambaikan tangan ke arah aku. Aku tersenyum saja.
Jimin tidak memberi reaksi apa-apa sehingga anak mataku tertumpu ke arahnya.
Dia tersenyum sinis.
Aku tergamam.
Jimin susah nak berikan senyuman dekat aku apatah lagi dengan gaya sinis.
Aku balas saja dengan rasa kekok.
'...kematian saudara kau boleh membuktikan segalanya tentang identiti aku...'
"Mr Hyuk! Saya dapat panggilan daripada isteri saya! Kita ada masalah Mr Hyuk!", kata salah seorang daripada mafia dengan gelabah. Semua beralih ke arah mereka secara serentak.
"Kenapa? Apa yang dah terjadi?", soal Mr Hyuk semula dan cuba untuk menenangkan lelaki itu.
"K-Kilang tayar terbesar d-dekat Seoul tu ada berlaku pencerobohan. Isteri saya sekarang sedang bersembunyi di dalam rumah, katanya dekat kawasan tu ada beberapa orang yang menculik orang awam dan dibawa masuk ke dalam kilang tersebut. Isteri saya dalam bahaya! Apa yang dah terjadi Mr Hyuk?!!"
Aku dan yang lainnya tergamam.
Dia dah mula.
-End Chapter 24-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro