Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

>♧21♧<

Tangannya secara tiba-tiba menarik bahu Yoongi menyebabkan mereka bertiga yang lain turut mematikan langkah.
Yoongi menayangkan wajah bingung lalu menjengketkan kening sebelah.

"Kenapa?"

"Bagi aku periksa keadaan Jae di dalam bilik tu kalau kita dah sampai. Kalau ditakdirkan Jae tak ada dalam bilik tu, aku nak korang still dan jangan bergerak kalau tak terima arahan dari aku. Faham?"

Semua mengangguk saat menerima saja arahan daripada si abang sulung itu. Mereka meneruskan langkah tetapi Jin mengambil tempat di hadapan.

Dia sedar, ada beberapa kumpulan yang mengekori mereka dari tingkat atas selepas mereka menuruni anak tangga. Yes, tiada sesiapa lagi kalau bukan mafia dan skuad polis.

Bilik Jaerim sudah kelihatan, mereka berlima berhenti di hadapan pintu itu. Jin menarik nafas sedalam yang mungkin dan dihembus. Dia berpaling ke arah belakang sekilas dan kelihatan adik-adiknya masih berdiri tetap, tidak bergerak ke mana-mana.

Aku harap diorang bukan orang yang dicari-cari tu. Aku yakin.

Jin melekatkan permukaan ibu jarinya di alat keselamatan bagi mengesan cop jari.
Kunci pintu dibuka secara automatik dan perlahan-lahan Jin menolak pintu sambil menyahut nama adik perempuan bongsunya. Pistol yang disembunyikan di dalam kot hitam dipegang awal.

"Jae?"

Tiada sebarang sahutan. Jin meliarkan matanya ke setiap sudut di dalam bilik itu. Tiada sesiapa.
Jae tak ada.
Jin membuntangkan matanya dan terundur ke belakang selangkah.



"Aku dah agak! Mafia 01 bukan di antara kita-"

Jin tergagap dan suaranya mati saat dia beralih ke belakang.
Sunyi.


Bayang-bayang mereka berlima sudah lenyap dari pandangan mata.
Pistol terlepas daripada genggaman, lelaki itu tercenggang tanpa berbuat apa-apa.


"Huh huh, 03? Apa yang dah terjadi? ", tegur salah seorang mafia yang baru datang dengan suara yang agak kepenatan. Dia asma.

Jin tidak membalas dan mengalihkan anak matanya perlahan ke arah mereka.
Tak mampu nak cakap apa.
Lelaki itu mencapai semula pistolnya di atas lantai dan melangkahkan kaki pergi dari situ secepat mungkin.

Itu membuatkan yang lain mula rasa pelik.

"03!! Kau nak pergi mana??"

"JAE DALAM BAHAYA!!", jerit Jin dari arah jauh. Dia mula panik dan menuruni anak tangga ke tingkat bawah bagi mencari keberadaan adik bongsunya.
Para mafia tidak berkata apa-apa dan turut mencari Jaerim apabila menyedari saja bilik itu kosong.


♧♧♧

Aku masih mengikuti langkahnya. Dia menuju ke arah tangga tanpa menggunakan lif. Aku ikut saja bagai seorang penyiasat. Aku tak mahu tegur daripada melepaskan dia begitu saja jika dia dengar suara aku.

Aku turun hingga ke tingkat bawah sekali. Aku terbuntangkan mata apabila tubuh manusia itu tidak kelihatan lagi.

Dia keluar? Atau dia menuju ke arah hutan yang berdekatan?
Tetapi pintu utama mesti dikawal oleh pihak polis. Macam mana aku nak keluar? Aku tak boleh biarkan dia pergi macam tu saja.
Aku memberanikan diri dengan membuka pintu gerbang utama.




Aku terundur ke belakang, sekujur tubuh manusia yang sudah tidak bernyawa berbaring di hadapan muka pintu. Bukan seorang saja, beberapa orang yang lain juga. Mereka pihak polis yang menjaga keselamatan bangunan ni.

Masing-masing ditinggalkan kelaran dan tikaman di tubuh. Darah pekat menghiasi sekeliling tempat itu membuatkan aku tercenggang.

Macam mana boleh terjadi semua ni?
Angkara siapa?


Anak mata aku melirik ke arah tanah yang mempunyai kesan tempekan tapak kasut berdarah. Ia menuju ke arah hutan tebal. Aku rasa dia adalah puncanya.
Yes, aku yakin dia datang.
Dia nak umpan aku? Apa pula kali ni.

Aku tak mahu teruskan jejaki dia.
Aku tak sedap hati, aku patut stay je dalam bilik. Aku takut.


"Hey~", tegur satu suara bisikan yang menyapa telinga aku dari arah belakang. Aku kaku sambil tangan kanan masih memegang erat pemegang pintu. Aku tak sempat lari.

"Tak ada sesiapa yang boleh halang kita sekarang ni my quenn~. Follow me. ", ajaknya lalu menyentuh setiap helaian rambut panjangku.

"N-No."

"Demi nyawa abang-abang kau~ Kau sanggup? Hm honey~"




Kedengaran beberapa tapak kaki manusia yang berlari dari tingkat atas menuju ke arah pintu gerbang utama bangunan itu.

"JAE!!", jerit Jin dengan yakin akan keberadaan adiknya di situ lalu mengacukan pistolnya ke arah pintu namun lelaki itu tergamam. Termasuk beberapa orang mafia yang mengekorinya dari arah belakang.


Tiada sesiapa melainkan beberapa mayat yang bergelimpangan di hadapan muka pintu dan kawasan pekarangan bangunan yang mereka duduki. Loceng kecemasan pusat akademi itu turut berbunyi menandakan berlaku pencerobohan di pagar hadapan.

Ada seseorang yang keluar daripada tempat itu tanpa pemeriksaan terlebih dahulu. Dia ceroboh begitu saja. Dia membunuh pihak polis yang mengawal sekeliling bangunan itu dengan mudah sekali.


Tiada sesiapa lagi kalau bukan si Mafia 01.
Jin mengetap bibir geram.






"Jin hyung.", panggil seseorang melalui panggilan di earpiece. Jin bangun daripada lamunannya dan segera menjawab panggilan itu.

"Yes. Kenapa? Apa yang dah terjadi ni?? Kau siapa??", soal Jin bertubi-tubi dengan berang.

"Aku Yoongi. Maafkan aku hyung, masa kau buka ja pintu bilik tu, secara automatik earpiece aku terima isyarat dari seseorang yang tak dikenali. Aku tau tau macam mana dia boleh hubungkan isyarat dengan earpiece kami...I mean Jimin, Taehyung dan Jungkook pun.

Kami terima isyarat tu secara serentak. Dia cakap Jae ada di dalam tangan dia sekarang, and then dia bagi masa dalam 5 minit untuk cari Jae sebelum dia bawak lari budak tu. Kitorang tak cakap banyak dan terus berpecah untuk cari Jae dan kau still berdiri kaku di situ. Aku tak tau pulak yang kau tak terima isyarat dia.

Aki terlalu panik sampai aku tinggalkan kau. Dan sekarang ni aku berada di dalam bilik mesyuarat, aku jumpa Mr Hyuk semula-"

"Mana diorang yang lain?", soal Jin secara tiba-tiba membuatkan Yoongi terhenti daripada kata-katanya. Lelaki itu mula mengepal penumpuk menahan kemarahan.



"Aku tak tahu"






-End Chapter 21-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro