>🎭20🎭<
Hey girl~
Open your wall~
Play with your doll~
We'll be a perfect family~
Duh, aku bosan. Lama lagi ke mesyuarat diorang?
Dah hampir 1 jam aku tunggu, bertemankan telefon dan earphone.
Mataku tertumpu ke arah pintu yang dikawal ketat dengan alat keselamatan. Kalau bom diletakkan di hadapan pintu pun, dia tak akan pecah kalau diletupkan.
Hanya perlukan cop jari yang mempunyai dna atau gen Mafia Haera. That's mean abang-abang aku.
Kalau dia datang, dan boleh buka pintu tu. Aku dah tahu jawapannya.
Tiada orang lain.
Segera aku bangun dan berjalan ke hulur dan ke hilir di dalam bilik yang agak luas itu.
Knock Knock~
Aku tercenggang. Perlahan-lahan anak mataku digerakkan ke arah pintu yang jaraknya tidak sampai 10 meter dari sini.
Aku terundur ke belakang dengan jantungku tidak henti-henti berdegup kencang.
Pintu itu diketuk lagi.
Adakah itu Mafia 01? Kenapa tiada sebarang suara teguran dari arah luar?
Aku menekan butang earpiece bagi menghubungi Yoongi. Jin dah pesan dekat aku, kalau ada sesuatu yang mencurigakan, just hubungi Yoongi secepat mungkin.
Aku terhenti.
Kalau itu bukan Mafia 01 macam mana? Patutkah aku pergi periksa dulu? Aku takut kalau aku menyusahkan diorang kalau tekaan aku salah. Menghancurkan mesyuarat diorang saja.
Tak apa, aku dah hantar pesanan dekat Yoongi. Sekarang aku perlu pergi periksa pintu tu.
Perlahan-lahan kakiku melangkah mendekati pintu dengan penuh ketaran.
Cuping telinga dirapatkan di papan pintu bagi mengenal pasti suara di luar.
Sunyi.
Aku meletakkan jari telunjuk di alat kawalan keselamatan bagi mengesan cop jari dan akhirnya pintu terbuka.
Aku menyuahkan sedikit kepala disebalik pintu bagi melihat keadaan di luar. Tiada sesiapa?
Habis, siapa yang ketuk pintu tadi?
Takkan diorang dah sampai sebelum aku bagi isyarat dekat Yoongi?
Aku keluar lalu berdiri kaku di tengah-tengah lorong itu. Sunyi sepi tanpa sebarang suara mahupun tapak kaki manusia.
Aku membatalkan niatku untuk masuk semula ke dalam bilik saat mataku tertangkap ke arah satu susuk tubuh manusia yang berjalan melintasi di hujung lorong itu.
Siapa?
Aku ikut saja.
🎭🎭🎭
"Panggilan dari Jae? T-Takkanlah...kamu serius?", soal Mr Hyuk lagi bagi mendapatkan kepastian. Yoongi mengangguk saja. Mula lah hati si insan berusia itu tidak tenteram.
Segera Mr Hyuk bangun lalu mengeluarkan suara bagi mencari perhatian para mafia yang masih bising dengan suara masing-masing.
Mereka tetap mengeluarkan pendapat dan bantahan sehinggakan suara Mr Hyuk yang agak perlahan itu tidak didengari.
BBANG!!
Satu tembakan dilepaskan ke atas hingga menembus siling. Kelihatan beberapa serpihan siling jatuh bertaburan di atas lantai.
Semua senyap secara serentak saat terdengar tembakan tersebut lalu beralih ke arah tuan kepada peluru.
Yoongi menyimpan semula pistolnya ke dalam poket seluar. Lelaki itu kembali bersandar sambil melipatkan kedua-dua lengannya di dada.
Senyap pun. Done.
"Ehem, Mafia Jaerim dalam masalah. Mafia Yoongi dapat isyarat daripada beliau, ada seseorang ketuk pintu bilik tu. Kita kena bergerak sekarang.", kata Mr Hyuk. Mereka semua mula menayangkan muka terkejut.
"What?? Kalau macam tu tak perlu buang masa lagi. Jom pergi sekarang ikut plan yang telah dirancang tadi!", ujar ketua mafia daerah Seoul. Beberapa orang mafia sudah menyediakan senjata masing serta skuad polis yang telah ditugaskan sebelum bergerak.
"Biar kami yang pergi.", kata Jin.
"Huh, buat apa kami nak harapkan dekat criminal macam kamu 5 beradik? Just stay here! Entah-entah ini taktik salah seorang daripada kamu untuk bunuh Mafia Jaerim bukan?", balas salah seorang daripada puak mafia itu.
"Kalau itu yang kau cakap, habis siapa yang ketuk pintu Jae tu bic?", soal Taehyung semula dengan mengepalkan kedua-dua penumbuknya. Mereka terdiam.
"See, apa-apa pun biar kami pergi tengok-tengokkan adik kami dulu. Pasal Mafia 01 tu pikir kemudian. Keselamatan Mafia Jaerim lagi penting.", sambung Jin.
"No. Kami tak percayakan kamu semua lagi."
"Mafia Jaerim dah menetapkan keputusan untuk memilih mereka berlima untuk jaga keselamatannya. Jadi, tuan-tuan semua tak boleh menghalang. Apa-apa masalah sekalipun, mereka berlima yang akan meluru ke hadapan dulu bagi mengadaikan nyawa untuk Queen, Mafia Jaerim.", sampuk Mr Hyuk dengan senyuman tipisnya. Jin hanya tersenyum sinis dan kembali berpaling ke arah semua barisan mafia yang sudah membisukan diri.
Mereka semua tak boleh nak halang lagi. Memang itu dah termaktub di dalam perjanian Jaerim dengan abang-abangnya.
Mereka terpaksa akur dan memberi laluan saja kepada 5 beradik itu.
Seorang demi seorang daripada mereka keluar daripada bilik mesyuarat itu. Jin adalah orang yang terakhir, belum sempat dia mahu keluar, lengannya ditarik oleh seseorang.
Mafia berkod 23 membisikkan sesuatu di telinga lelaki itu. Kelihatan juga beberapa orang mafia berkod yang lain turut mendekati Jin.
"Awasi salah seorang daripada adik kau sebelum nyawa kau terancam wahai 03. "
"Aku tau nak buat apa.", balas Jin.
"Do something 03, jangan biarkan masa yang memakan kita. 01 bukan calang-calang orangnya, setakat 02 dia boleh kalahkan dengan mudah-"
"Jangan sebut 02 lagi di hadapan aku. Dia dah tak wujud. Please, aku tahu nak buat apa. Let me go, aku nak selamatkan adik aku."
Jin menarik semula lengannya kasar dan bergerak ke tingkat di mana terletaknya bilik yang diduduki Jaerim.
Mafia yang berkod hanya mengeluh kecil.
"Awasi mereka lima beradik.", arah Mr Hyuk sebelum skuad polis dan mafia bergerak keluar daripada tempat itu.
Lelaki berjambang yang agak beruban itu hanya berdiri tegak sambil menyumbatka kedua-dua tangannya ke dalam poket kot.
"Mr Hyuk, we need to talk.", celah Bang Si Hyuk dari arah sisi.
"Yes sure~"
-End Chapter 20-
______________
___
Tbc:
Permainan sudah bermula~
Are you ready?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro