>♤13♤<
Mereka bertiga tidak mengeluarkan sebarang suara hampir 15 minit.
Masing-masing sibuk dengan urusan.
Taehyung pulun menghabiskan semangkuk bubur yang sudah ditambah sebanyak 4 kali,
Jimin menaip sesuatu di skrin telefon pintarnya,
Jungkook pula duduk kaku, tak buat apa-apa.
Mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang sambil membawa sebuah komputer riba. Lelaki itu mengambil tempat duduk dan mengeluh kasar.
"Aku ada sesuatu yang nak tanya korang.", kata Yoongi. Mereka bertiga serentak mengalihkan pandangan ke arah lelaki pucat itu.
"Yes?"
"Pasal tadi...serious tak jadi apa-apa? Aku dengar macam ada perbalahan dekat bandar Seoul. Mati-mati aku ingat Mafia 01 tu buat hal lagi. So, gitau aku...Jimin,Taehyung. Jadi apa sebentar tadi terhadap Jin?", soal Yoongi serius sambil mengetuk papan meja dengan kukunya.
"Memang pusat akademi dapat isyarat daripada seseorang. Katanya si Mafia 01, dia yang cakap dia akan buat kekacauan dekat bandar sampai pihak polis pun dah cuak. Pada masa yang sama Jin hyung ada di sana, takut perkara yang tak diingini berlaku... that's why Kookie tinggalkan aku dengan Jimeng sebelum kami masuk ke dalam bandar utama. But sadly, tak jadi apa-apa pun. Menarik bukan?~", terang Taehyung dengan mulutnya penuh dengan bubur.
Yoongi menggaru dagunya.
Pelik.
Kenapa Mafia 01 tidak berbuat apa-apa? Sedangkan dia hantar segala ugutan.
Adakah ini hanya gurauan sahaja?
Hari yang masih berbaki hanya tinggal dua hari, takkan Mafia 01 dah nak bertindak?
Then, Jin nak buat mesyuarat sulit dengan Jaerim? Tanpa kawalan kami berempat.
"Aku rasa tak tenteram.", suara Jungkook yang mematikan lamunan ketiga-tiga abangnya.
"Kenapa?", soal Yoongi.
"Aku boleh rasa...sesuatu yang tak boleh dijangkakan kita akan berlaku ke atas Jae...nanti."
Yoongi membuntangkan matanya.
"Aku rasa kita patut pergi ke akademi sekarang. Aku pun rasa macam tu jugak.", ujar Yoongi.
◇◆◇◆◇◆◇
Aku mengetap bibir di hadapan para mafia yang kini duduk berbaris di hadapan aku. Aku menoleh ke arah Jin yang berdiri di sebelahku sambil menyembunyikan kedua-dua tangannya ke belakang.
Apa yang aku nak cakap ni?
"Miss Jae, boleh tak beritahu kami tentang Mafia 01 dengan lebih lanjut. Miss Jae pernah bertemu dengan dia bukan? Apa lagi yang dia katakan terhadap Miss Jae? Ciri-ciri fizikalnya?", soal ketua mafia daerah Gangnam bertubi-tubi.
"Ermm s-saya dah tak ingat. Ermm..."
"Keadaan semakin suntuk Miss Jae, kami perlukan kerjasama Miss bagi memudahkan kami untuk cari si Mafia 01. Kita hanya berbaki dua hari sebelum dia buat kekacauan dekat bandar Seoul dan selainnya, dan hapuskan barisan mafia.", ujar ketua mafia daerah Gwangju. Aku semakin buntu.
Ahh baru aku dapat, mesyuarat ni bertujuan untuk membincangkan tentang lelaki pengkhianat tu.
Aku mengurut dahi bagi menghilangkan sedikit kepeningan. Ketua mafia yang lain tidak henti-henti menanyakan soalan yang susah untuk dijawab.
Aku merasakan satu sentuhan yang hinggap di bahuku. Aku mendongak ke atas, kelihatan Jin tersenyum.
"Tak apa, jangan terlalu panik Jae. Tenangkan diri kau dulu, kitorang just nak kau ingat semula memori kau dengan dia. Bagitau segala yang kau ingat kecuali hint yang dia bagi. Boleh?", rayu Jin sambil mengusap kepala aku. Aku tertunduk.
Huh...
Apa yang aku ingat tentang dia...
"S-Setiap kali dia jumpa Jae...dia akan pakai sarung tangan hitam...dia pakai mask hitam...
...rambutnya keperangan gelap...
...orangnya sangat muda bagi Jae...
...dia suka bertanyakan soalan yang remeh...
...suaranya...seakan-akan seseorang yang Jae kenal setakat ni...tak tahu siapa...Jae keliru...
...Jae tak rasa dia pembunuh yang kejam sebagaimana korang pernah gelarkan sebab...
...dia macam tak sanggup nak bunuh Namjoon pada malam tu. Jae nampak dia menangis...
...Jae pun dengar suara tangisan kecilnya melalui rakaman suara di telefon Hoseok, sebelum dia kelar Hoseok...
...adakah dia buat semua ni atas suruhan seseorang?...dia seakan-akan dipaksa...
...kalau dia tersangatlah kejam, kenapa dia tak bunuh je Jae pada malam tu? Jae dah ada di hadapan mata dia, tapi dia mengambil keputusan untuk bunuh abang-abang Jae...kenapa?...
...kalau Jae terangkan, memang tak cukup. Should I call him to come here?", soal aku di akhir penjelasan. Mereka semua membuntangkan mata. Aku mengeluarkan telefon daripada poket seluarku.
Aku mula serius.
"Ini mesyuarat besar di antara semua para mafia...tidak terkecuali sesiapa pun. Maksudnya semua ada di dalam bilik yang sangat besar ni bukan?~", kata aku dengan senyuman sinis.
"Kau nak buat apa sebenarnya ni Jae?", soal Jin yang semakin risau dengan tingkah laku aku.
Aku bangun daripada tempat duduk aku.
"Mafia 01 pernah hantar mesej dekat Jae melalui telefon ni. Jae tak boleh nak balas mesej sebab dia sekat nombor Jae. Well,Yoongi sudah berjaya menggodam nombor dia~ Jadi, Jae boleh call dia pada bila-bila masa saja...
Jae takkan buat kerja gila kali ni. Jae ada plan sendiri...Mafia 01 adalah seorang mafia juga di antara kita semua. Setiap mafia akan ada telefon bagi mendapatkan segala maklumat. Benar bukan?
Korang sepatutnya perlukan penjelasan daripadanya berbandingkan Jae. Sebab dia lebih tahu dan arif~
Kita selesaikan di sini saja, telefon sesiapa yang berdering, kita akan dapat jawapannya.", aku menekan kenalan si dia dan terus mendail nombor manusia misteri itu.
Semua mula panik. Aku tak tahu nak tafsirkan ketakutan mereka itu sama ada takut atas kedatangan si Mafia 01 atau...identiti dirinya sendiri yang akan terbongkar~ Mereka semua bangun daripada tempat duduk dan mula bergerak ke hulu hilir.
Dia mesti ada di sini!
Senyap. Tiada sebarang bunyi, masing-masing berpandangan antara satu sama lain.
Aku mengerut kening.
Telefon aku pula yang berdering.
Ada orang telefon aku? Aku berdecit terkejut. Semua mafia yang berada di situ serentak mengalihkan pandangan ke arah aku dengan mimik wajah gerun.
"H-Hello?"
"Miss me honey? Kenapa call?~"
Aku terbeliak. Jantungku mula berdegup dengan pantas. Mafia 01...
"A-Awak..."
"Yes~ Kau perlukan pertolongan aku bukan? Aku boleh tolong kau sayang~ Jom meet~"
"A-Awak....awak dekat mana sekarang??"
Panggilan dimatikan. Aku mula tak senang duduk. Keadaan kembali bising dengan perbincangan mereka. Ahhh...Segera aku menoleh ke belakang bagi mendapatkan Jin.
Jin tak ada.
-End Chapter 13-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro