Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

>09♚<

"Errr maafkan aku Jimeng," ucap Taehyung dengan merapatkan kedua-dua telapak tangannya. Aku menggigit bibir bawah dengan garuan di cuping telinga. Hmm ayok.

"Mop lantai sekarang,sebelum tu Jin hyung suruh antara korang berdua teman aku pergi beli barang.", kata Jimin.

"Aku mop lantai.", kata Jungkook.

Jungkook dengan segera melangkahkan kaki keluar dari bilik. Tch-dia tak nak tolong Jimin ke ler tu~Namun,lengannya sempat ditarik Taehyung.

"Yaa!!! Biar aku yang tolong mopkan lantai!" ,jerit Taehyung sambil menarik baju Jungkook yang hampir terselak menampakkan bahu lelaki itu.

"No! Aku mop! Kau ikut Jimeng."

"Tak mauu, kau pulak yang ikut dia!"

Jimin berasap kepala. Aku boleh nampak jalinan urat kehijauan mula menimbul keluar dari lengan kekarnya. Hot. Ok aku mengarut.

"Hajima! Biar Jae yang mop lantai, korang dua ekor ikut aku." ,ujar Jimin ringkas dan berlalu pergi dari situ. Kami bertiga berkedip mata. Taehyung melepaskan Jungkook dan mengembungkan kedua-dua pipinya.

Merajuk.

Aku pula tepuk dahi dengan carutan di dalam hati.

"Boleh tak korang berdua cuba...berbincang dengan baik? Tak boleh? Tak pasal-pasal Jae yang kena mop. Haih...tak patut!", rengus kasar dibuatnya aku. Taehyung dan Jungkook masing-masing tertunduk dan menggaru kepala yang tidak gatal.

Aku menjeling dan melonjakkan kaki ke arah bilik stor.
Tonggol pintu bilik kecil itu dipulas dan kakiku melangkah masuk bagi mencari batang mop.

First time aku mood tak baik. Tak tau kenapa, rasa bersalah pulak marah diorang tadi.

Aku rasa seperti ada manusia yang memerhatikan aku dari arah belakang.

Aku beralih, kelihatan Taehyung bersembunyi disebalik papan pintu dengan wajah yang sayu. Apa lagi budak ni. Nak usapan percuma?

"Yes? Can I help you Tae oppa?~"

"Mian...Tae Tae mintak maaf...", kata lelaki itu sambil mencebik bibir. Aku be like emmm. Tae Tae? Tak rasakah nama itu terlalu cute? Yes.

"Tch- chill je lah. It's ok,biasalah adik beradik. Kalau tak bergaduh sehari, memang tak boleh rasa life tu macam mana."

Sudut bibir lelaki itu terangkat.

Senyuman petaknya makin mekar dari sudut pandangan aku. Taehyung masuk dan meluru ke arah aku lalu menghadiahkan satu pelukan. Uh-

"Sayang kau~"

"Err y-yeah Jae pun sayangkan oppa. Dah dah Jae nak pergi mop lantai."

◇◆◇◆◇◆◇

"Kubis? Bunga kubis? Apa beza?", soal Taehyung sambil menggaru belakang kepalanya.

"Tu pun tak tau? Kubis yang ada bunga tu kubis bungalah! Noob.", balas Jungkook selamba sambil tercari-cari susu yogurt dan beberapa batang lobak merah. Taehyung menahan geram. Aku geleng kepala. Taehyung tahu je rupa sayur tu,saja buat-buat tanya. Batak attention.

"Ini apa?", soal Taehyung lagi sambil memegang satu bungkusan sejenis sayuran.

"Itu brokoli, jangan amik. Jin oppa tak suruh pun.", balas aku.

"Bracoli?"

"Bukan...wait-"


Dengan serentak aku dan Jungkook menjeling ke arah Taehyung tajam. Aku tau maksud yang nak dibawa mamat terlebih innocent ni.
Taehyung menayangkan senyuman petaknya.

"Jangan sampai aku sula punggung kau dengan carrot.", kata Jungkook.

"Ouh really?"

"Kau jangan main-main."

"AHHHHH~~~~Aiyaa~~~"

Taehyung gila. Suara menjijikkan itu menarik perhatian orang sekeliling. Woii! Apa ni? Hajimaa!

"Well~ I'm sexy porny star~ Give me your carrot~", sambung Taehyung lagi. Aku naik bengang.

Semua orang yang berada di situ tengok kami pelik. Dengan segera aku tarik tangan Taehyung pergi ke tempat lain. Malu ya tuhan! Siapa ajar ini anak Kim??
Jungkook sabar je. Nasib tak patah lobak merah yang digenggamnya tadi.

◇◆◇◆◇◆◇

"Dah habis beli?", soal Jimin yang bercekak pinggang. Kami bertiga mengangguk serentak. Tak rasa pelik ke? Aku yang si Queen ni diarahkan untuk beli barang dapur juga, tapi bukan dia. Sungguh aneh.

Kami memasukkan segala barang ke dalam bonet dan masuk ke dalam perut kereta. Jungkook jadi driver kali ni, aku mengambil di seat hadapan dan memasang seatbelt.

Click!

Butang radio aku tekan. Aku memasangkan lagu kegemaran di mana aku setia mendengarnya ketika aku sunyi dibuai kerinduan. Pfft.

"Lagu apa ni?", soal Taehyung.

Geu bojogaen illegal  ille~gal
Andwae wiheomhae oh yes~
So I call you illegirl ille~girl
Jonjae jachega beomjoe

Cheonsaga namgin silsuyeossna~
Animyeon jinhan kiseuyeossna~
Geu bojogaen illegal  ille~gal
But I want it anyway anyway anyway

"Oppa tak tahu? Lagu Bitiyesh ler~ Halahh noob giler korang~", balas aku diikuti dengan ketawa kecil. Masing-masing tidak berkata apa-apa. Suasana kembali sunyi.
Uih tak ada respond.

"Ermm oppa sekalian boleh nyanyi?", sapa aku yang menghentikan lamunan mereka. Jungkook menggeleng laju, Jimin membisukan diri. Taehyung pula terkinja-kinja untuk menyatakan sesuatu. Ahh sudah.

"Aku boleh!!", jerit Taehyung sambil mengibas telapak tangannya di hadapan wajah aku. Uh- Serious?
Jimin cepuk kepala lelaki itu, Taehyung membalas cepuk. Dan bermulalah peperangan di situ antara anak ayam dengan anak harimau yang terlepas daripada kandang.

Aku ketawa kecil saja.

Mata aku kembali tertumpu ke arah Jungkook yang sedang fokus mengawal stereng kereta. Dia tak ada apa-apa untuk dikatakan?
Aku mencuit lengannya.

"Oppa boleh nyanyi? Alang-alang dah ada suara~ Hehe cubalah."

"Kook tak pandai nyanyi.", balasnya pendek. Aku mencebik bibir merajuk. Elehh tak apa tak apa. Taehyung dan Jimin tidak henti-henti bergusti WWE di belakang. Jungkook berang, segera diambil pistol lalu diacukan ke arah belakang sambil tangan kanannya mengawal stereng kereta. Oit!

"

Stop sebelum aku lubangkan otak korang.", arah Jungkook selamba.
Keadaan semakin gila dibuatnya apabila tangan lelaki itu digigit Taehyung. WWE round kedua. Aku tampar dahi.

Telefon Jungkook kemudiannya berdering. Segera aku capai telefonnya bagi menjawab panggilan. Aku tak nak menyusahkan Jungkook lalu jariku membuka skrin dan menyeret ikon hijau ke atas.

"Erm-."

"Jungkook! Aku nak kau bawak Jae balik rumah sekarang. Aku terima isyarat di bandar Seoul nanti akan ada satu pemberontakan di tengah-tengah bandar. Aku syak Mafia 01 punya kerja. Aku harap Jae tak ada di situ, hal tu polis akan uruskan dengan pihak mafia yang lain.

Tolonglah, Jin hyung tak ada dalam rumah. Harini dia tak ada mesyuarat pun, dia tak gitau aku pun dia nak pergi mana. Kau bawak Jae balik dan arahkan Jimin dan Taehyung ikut aku pergi cari Jin. Rasanya dia ada jumpa Chief Bang Si Hyuk, aku yakin. Aku dapat mengesan koordinat dia tu.

Aku tak sedap hati. Aku nak kau kawal Jae dekat rumah."

Aku membisukan diri. Skrin telefon Jungkook masih melekat di cuping telingaku. Hatiku terdetik, J-Jin?
Aku mematikan panggilan dan cuba untuk bertenang.
Skrin kecil kereta memaparkan gps yang sudah menunjukkan beberapa kilometer lagi sebelum kereta ni masuk ke dalam kawasan bandar Seoul.

"Jae?", terpa Jungkook sambil mencucuk pipiku dengan hujung jari telunjuknya.

"Oppa, Jin oppa ada di kawasan berdekatan dengan pusat bandar Seoul bukan?", soalan aku membuatkan mereka bertiga senyap sekejap.

"Kenapa dengan Jin hyung?"

"Jae rasa...tak senang hati."



-End Chapter 09-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro