BAB 4
"What?" sudu dilepaskan jatuh ke lantai. Macam drama sinetron india tu.
Selama 25 tahun aku hidup belum pernah terkejut macam ni. Belum pernah juga dapat khabar berita teruk macam ni. Yes! very bad news!
"Maklong dah bincang dengan umi..afiq pun dah setuju..tinggal kamu saja" kata umi tenang.
"Kenapa you boleh tenang? i nak kahwin you boleh tenang? habis tu siapa nak jaga you nanti kalau bukan i? nak harapkan anak-anak laki you? bukannya boleh harap. Nak tanak nasi pun tak reti" bebel aryana laju.
"I tak kisah pun you nak kahwin. I lagi suka tau." ajuk umi.
"Oh no.. bagitahu i ubat apa afiq kasi dekat you pagi-pagi buta ni umi? i dah cakap dah afiq tu jahat."
"Sudah. Setuju saja lah kamu tu dah tua takkan la belum sedar lagi? nak tunggu apa lagi? nak tunggu dapat gelaran anak dara tua ke?"
Aku menggeleng laju. Terfikir lagi tentang persetujuan antara mak long dengan umi.
"Keputusan umi tolong ikut, kalau kamu tak nak ikut masuk balik dalam perut umi."
Aku tergelak beriringi dengan airmata. Perasaan ni hanya aku saja yang tahu, bertahun lamanya duduk bersama umi tiba-tiba kena kahwin.
Aku tak rela..
................................ ❤️...........................
"Aku tak nak kahwin tapi macam mana ni" Bantal sofa ditarik lembut lalu wajahnya diletakkan atas bantal empuk itu.
"Macam ni la anak-anak zaman sekarang broken. Tak profesional langsung." sapa suara garau di tepi telinga ku.
Aku berkerut dahi.
Nak angkat wajah, tapi bila fikirkan tentang wajahku sekarang memang teruk. Batalkan saja lah hasrat tu.
"Aku balik ni aryana. Kau tak excited pun. Biasanya kau mesti bertukar jadi macam beruk."
Aku angkat wajahku.
"Rayyan! kau tak cakap pun nak balik. Ee rindunya" badan abangnya dipeluk kemas.
Rayyan tergelak. Badan kecil adiknya ditolak lembut.
"Aku ada bawa buah tangan ni.."
Mata aryana bersinar-sinar memandang beg kertas di sebelah rayyan. Rayyan menghulurkan beg kertas itu kepadanya.
"Woah! kau beli heels?! mantap pak abu. Boleh ler nak buat bergambar nanti" teruja aryana.
"Dekat luar negara ke ni?" soalnya.
"Tak lah. Dekat Putrajaya je."
Punah harapannya. Sangkaannya meleset, ingatkan dekat luar negara rupanya dekat sini je. Baru ingat nak tunjuk dekat wani.
"Hm tapi tak kisah. Yang aku kisah sekarang umi nak kahwinkan aku dengan anak maklong bang" kata aryana dengan riak wajah penuh kebimbangan.
"So what you waiting for? pergi lah kahwin."
Seperti biasa abangnya tiada kegunaan.
"Dia bukan pilihan hati aku rayyan. Dia tu Monster."
Rayyan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Ingatkan balik rumah boleh senang lenang eh kena fikir masalah adik pula.
"Suka hati kau lah. Dah besar panjang kan takkan nak suruh aku selesaikan jugak?"
"This problem can't solve." ucap aryana dingin.
"Umi tu sebenarnya nak menantu je bukannya nak apa pun, cuba kau kahwin. Mesti dia tak rasa sunyi punya!"
Bantal sofa diambilnya menekup telinga. Semasa di lapangan terbang tadi dia dah kena bebel dengan kawan sekerja.. ni balik rumah kena lagi. Memang berasap telinga.
"Dah balik dah abang? tak bagitahu umi pun kamu nak balik." sapa umi menghampirinya dengan dulang makanan.
Aryana tersenyum sambil mencapai dulang makanan itu. Rayyan pula mengangkat mukanya.
Lelaki itu menahan diri daripada keluar air matanya. Bibir menggigil menahan sebak.
"Laa tak nak peluk umi ke?"
"Rayyan rindu umi!! sangat-sangat." ucapnya dalam nada sebak.
Airmata yang ditahan sebentar tadi akhirnya tumpah juga.
Aryana hanya memerhati. Siapa je tak rindu kan? dia masih ingat ketika abangnya naik kapal terbang untuk ke luar negara, England.
Keadaan macam ini juga, abangnya memang susah nak peluk umi. Padahal jauh disudut hati dia memang nak peluk.
Ego.
Ubun-ubun kepala rayyan dicium berkali-kali. Pelukan masih dieratkan.
.
.
"Kenapa kau susah nak setuju? dia belum cukup baik ke?" pelbagai soalan muncul dalam benak fikirannya.
Aryana menggeleng laju. Teringat tentang kenangan zaman budak-budak yang masih segar difikirkannya.
"Abang.. tolong buka kan balang ni boleh? ketat sangat susah nak buka." pintanya membawa satu balang yang dipenuhi dengan biskut red velvet.
Afiq yang ralit bermain dengan ayam berhenti seketika. Wajah gadis kecil itu dipandang seketika sebelum matanya tertancap pada balang biskut.
"Nak biskut? meh balang tu." afiq hulurkan tangan.
Gadis kecil itu bersinar lalu menghulurkan balang tersebut. Dia menari-nari gembira.
Balang biskut dibuka lembut sebelum Afiq mengambil sekeping biskut red velvet.
"Nak ni? nah."
Belum sempat tangan kecil itu mencapai, afiq mematahkan biskut itu.
Tergamam budak itu. Muka yang manis bertukar masam mencuka.
"Jahatnya abang!!" tempik aryana beriringan dengan air mata.
Tersedu-sedan dibuatnya.
End.
"Baik ke macam tu? kalau biskut dia boleh patahkan tanpa rasa bersalah mungkin hati aku juga dia boleh patahkan begitu saja."
Perempuan be like...
"A big no!"
I still stand by my own decision.
KEHADIRAN ANDA SANGATLAH SAYA HARGAI ❤️
TERIMA KASIH DAUN KELADI 🦋
TOLONG TEKAN BUTTON VOTE HIOKHIOK EHE💡
KOMEN 🦋
THIS FIRST STORY <3
KALAU ADA KESILAPAN SILA LAH KOMEN ( ◜‿◝ )♡ .
LOVEYOU
SNU 🦋
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro