Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 20


Selepas selesai menggosok baju afiq siap-siap aku letak di atas katil. Geli hati melihat pakaian lengkapnya dah macam nak kahwin pulak dia ni.

Keningku berkerut. Mata meluas, No! takkan terjadi kalau terjadi pun mesti hidup afiq takkan tenang.

Baju melayu berwarna lilac siap dengan samping warna ungu gelap. Tak lupa juga satu set butang baju Melayu aku sediakan.

"Lamanya mandi," bisikku sendiri sambil menunggu afiq yang sedang mandi. Sekejap mataku memandang jam dinding.

Jam dinding dipandang sekilas. "Mandi macam perempuan dia ni" omelku sendiri. Mana taknya dari tadi lagi aku sudah menunggu bayangnya pun belum muncul lagi. Aku bingkas bangun menuju ke arah pintu bilik. Tombol pintu dipulas.

Nak terkeluar biji mata aku bila nampak afiq sambung tidurnya di atas sofa. Mentang-mentanglah ada sofa dekat situ. Dan dia tak mandi lagi??! Menggelegak darah aku.

"Abang!!" jeritku kuat seraya menepuk bahunya.

"Hm," jawabnya malas. Badan bergerak-gerak. Mataku meluas mendengar respon pendeknya.

"Saya suruh awak mandi kan?" soal aku bernada biasa. Afiq angguk kepalanya sebelum kembali mengiring ke kanan.

"Diam lah nak tidur," marahnya sambil tangan menghalau aku. Aku tersenyum sinis. Siap kau!

Dek kerana terlalu geram dengannya laju tanganku menarik telinga kanan afiq serta merta dia bingkas bangun dari tidur.

Terpinga-pinga afiq. Muka berkerut menahan sakit.

"Nak pergi mandi pun susah ke?! tolong simpan perangai awak macam budak lima tahun tu!" marahku.

"Mesti best kalau ada orang mandikan kita.." dia jeda sebentar. "Sayang mandikan abang boleh?" pintanya dengan tak tahu malu.

"Gatalnya! mandi sendiri lah!"

"Pleaseee.. sekali ni aje" mulutnya muncung, mata bersinar dengan penuh harapan aku dapat bersetuju dengan permintaannya.

Tapi...

"Mulut lelaki memang manis, sekali yang awak maksudkan tu bermaksud banyak kali," aku tekankan perkataan banyak kali.

Aku menapak ke arah bilik. Sengaja aku hempas pintu kuat-kuat biar dia tahu aku betul-betul marah.

"Uish garangnya," gerutu hati afiq.

"Bini marah ke tu?" soal ayden sambil gelak.

Afiq bingkas bangun. Afiq senyum lebar.

"Bini marah biasa je."

"Eleh. Asal muka kau macam takut?"

"Takut buat apa? laki beli beras," kata afiq sambil menunjuk ke arah lengannya yang berketul.

"Aku bagitahu aryana baru tahu!" usik ayden. Afiq menjelirkan lidahnya serentak membuat wajah tak kisah.

"Sebab ni lah aku tak bagi aryana guna nama Ayden untuk anak aku nanti. Perangai macam isy!" kata afiq sebelum menuju ke bilik air.

Ayden ketawa kecil. Geli hati mengusik boss nanti dah habis kerja baru tahu lah sisi sebenar boss.

.

Aryana mengenakan pakaian kaftan berwarna lilac dengan gaya tudung bawal biasa. Simple but Beautiful gitew.

Afiq pula lengkap berpakaian baju melayu. Tinggal samping aje belum pakai. Aryana sibuk menilik dirinya di dalam cermin dari atas sampailah ke bawah. Tersenyum-senyum jadinya melihat penampilannya yang serba ungu itu.

"Abang tak pandai pakai samping," adu afiq sambil menghulurkan kain samping. Aryana menoleh ke belakang kemudian mencapai samping.

"Sini aryana buatkan."

Samping dibuka.

"Waktu abang nikah dulu siapa yang pakaikan?" soal aryana sambil membetulkan samping di pinggang afiq.

"Mama." jawab afiq ringkas.

"Dah siap!" teruja aryana. Beberapa kali juga dia membetulkan kain samping.

Giliran afiq pula menilik dirinya di dalam cermin dari atas sampai ke bawah. Dia senyum lebar.

"Handsome tak abang?"

Aryana sengih.

"Handsome sangat-sangat," puji aryana ikhlas.

"Isteri abang pun cantik jelita. Abang suka aryana pakai baju macam ni."

"Kalau macam tu abang beli lah lagi," kata Aryana seraya memusing-musingkan badannya.

Afiq ketawa kecil melihat gelagat isterinya itu.

"Tapi kan handsome macam ni macam nak kahwin lagi sorang aje," tambah afiq. Laju ketam singgah di lengannya lagi.

Afiq meraung sakit. Cari lagi pasal dengan perempuan itu makannya.

"Berani lah buat macam tu memang saya merajuk dengan awak."

Aryana memusingkan badannya ke belakang. Afiq senyum.

"Merajuk sikit guna 'Awak' hilang kat mana panggilan abang?" afiq mencuit bahu isterinya.

"Dah buang kat tasik Chini!"

"Gurau aje abang janji lepas ni tak gurau macam tu dah," ujar afiq sambil membuat jari 'pinky promise'

Aryana menghadap ke arah afiq. Dia senyum manis sebelum turut membuat jari 'pinky promise'

"Janji?"

"Ya abang janji."

Mereka berdua keluar dari bilik bersama-sama. Rumah semakin ramai dipenuhi oleh saudara mara. Harini hari perkahwinan stela.

Pengantin masih di dalam bilik mak andam. Mekap lagi agaknya.

Asfa cantik berpakaian abaya berwarna ungu gelap. Baru harini asfa mengenakan mekap pada wajahnya.

"Asfa!" panggil aryana.

"Wow! cantiknya bini orang!" teruja asfa.

"Cantiknya anak orang!"

Mereka saling berpelukan. Macam tak jumpa setahun walaupun semalam baru aje jumpa.

"Mana laki kau?"

"Dia pergi tolong budak-budak susun kerusi," jawab aryana.

Asfa membuat mulut 'Owh'

"Eh jom kita tengok pengantin dalam bilik," ajak asfa seraya menarik tangan aryana.

Pintu dibuka perlahan. Tak nak bagi mak andam terkejut nanti kan habis diconteng wajah stela gara-gara asfa.

"Lagi berapa peratus ni nak siap?" soal asfa.

"99 peratus lagi dan.."

"Finally done! 100 peratus siap," sambung mak andam.

"Cantiknya stela! kau tahu tak kau macam apa?"

Stela malu-malu.

"Macam apa?"

"Macam stela!!" jerit asfa mengundang ketawa orang ramai dalam bilik. Aryana ketawa kecil.

"Apalah kau ni asfa."

"Eh siapa suruh kau masuk bilik ni sekali?" soal maklang sambil menunjuk ke arah aryana. Terus membahang wajahnya.

"Er lupa pulak saya orang asing," kata Aryana sebelum keluar dari bilik.

"Mak tak baiklah cakap macam tu," ujar stela lembut. Mak lang mengipas-ngipas wajahnya.

"Panas aku jumpa orang macam tu."

"Lepasni kena letak aircond baru tak panas kan maklang?" perli asfa.

"Hurm asfa pun nak keluar lah panas jugak duduk sini," perli asfa lagi.

Mak andam dan stela saling berpandangan.

"Pening kepala aku," ujar stela perlahan. Mak andam menepuk lembut belakang stela. Untuk bertenang.

.

"Isy! mana si dani ni?"

Keadaan huru-hara.

"Dia cakap dia on the way tadi," ujar pemuda berbaju melayu siap dengan kompang.

Semua orang risau kerana tinggal beberapa minit saja lagi sebelum kompang dimulakan.

"Ko-korang! de-dengar ni!" jerit pemuda gagap. Dia berhenti seketika selepas berlari.

"Apa?" tanya ketua kompang. Ketat wajahnya.

"Da-Dani!"

"Apahal dengan dani? cuba kau cakap straight to the point."

"Dia balik kampung rumah bini dia."

"Ha?!" jerit mereka serentak.

"Kau biar betul. Habistu siapa nak ganti dia!"

"Dahlah takda pengganti," keluhan berat dilepaskan ketua kompang.

"Saya sedia jadi pengganti."

.

Hari yang ternanti-nanti sudah tiba. Beberapa orang gadis muda mengiringi pengantin perempuan keluar dari bilik hingga ke ruangan pelamin. Semua cantik-cantik belaka persis pari-pari.

Tok kadi pun siap mengambil tempat dengan pengantin lelaki.

Semua orang tersenyum gembira.

"Bismillahirrahmanirrahim boleh kita mulakan?"

Beberapa minit selepas itu, Ijab kabul sudah diselesaikan alhamdulillah.

"Pengantin lelaki dah boleh pergi sarungkan cincin," ujar maklang.

Pengantin lelaki bingkas bangun pergi ke arah stela. Mereka berdua tersipu malu.

Pengantin lelaki menghulurkan cincin tapi stela pula menggigil. Dia cuba untuk bertenang. Lama.

"Sorry."

Stela menghulurkan jari manisnya serta merta cincin disarung.

"Alhamdulillah!" kata tetamu rumah itu serentak.

"Lama betul nak bagi jari tu," ujar salah seorang tetamu.

Sesi bergambar! klik klik klik.

"Sayang nampak mama tak?" soal afiq tiba-tiba berada disebelah isterinya.

Aryana berkerut baru dia perasan mak mertuanya tak ada. Mata mencari-cari di sekitar penjuru.

"Tak nampak pulak. Dalam bilik kot," ujar aryana.

Afiq menarik tangan aryana ke arah bilik puan hajah.

Tombol pintu dipulas.

Krak..

"Patutlah."

Puan hajah sibuk menyiapkan pakaian anak terunannya itu. Samping diikat kemas.

"Cari mama ke tu?" tanya rafiq.

Afiq ketawa kecil. Kemudian berbisik di telinga aryana.

"Pakai samping tak reti hahaha"

Aryana gelak kecil.

"Tapi abang pun saya yang pakaikan tau," kata aryana seraya ketawa.

Kan dah muncung sedepa tu!

"Eleh biarlah orang ada mak baik suruh mak je."

"Orang ada isteri baik suruh isteri je hahaha," perli afiq.

"Sudahlah tu mengusiknya. Afiq pun bukannya pandai pakai samping."

"Dulu pun masa nikah mama yang pakaikan samping."

"Kan aryana? kamu yang pakaikan samping afiq harini?"

Aryana sengih nampak penuh giginya.

"Haah memang aryana yang pakaikan," jujur aryana.

Rafiq menjelirkan lidahnya ke arah afiq. Puas hati.

"Dah jom keluar tengok pengantin."

"Jom."

Mereka berempat keluar dari bilik. Ramai mata memandang mereka berempat sebelum berbisik. Tak ketinggalan wati dan emy pun ada sekali termasuk.

"Dah mama abaikan je," kata aryana.

Puan hajah senyum manis. Menyapa, menegur dan bergurau dengan orang sekeliling.

"Tahniah stela semoga perkahwinan kamu dan suami bahagia ke anak cucu," ucap puan hajah seraya memeluk anak saudaranya itu.

"Aamin.. terima kasih maklong," ujar stela lembut.

"Along jom bergambar," ajak maklang.

"Boleh jugak."

"Meh sini afiq, asfa bergambar sekali," panggil maklang.

Afiq menarik tangan aryana tapi cepat-cepat aryana leraikan.

"Takpelah abang. Mak lang tak ajak saya pun. Abang je lah pergi."

"Ni abang yang ajak. Jom."

Maklang perasan aryana menghampiri pelamin.

'Sikit-sikit berkepit macam belangkas' gerutu hatinya.

"Kita susun dulu ya?"

"Hajah kau duduk tepi aku. Afiq duduk tepi asfa," ujar maklang sambil mengatur kedudukan. Sampai aje dekat barisan aryana terus dia menarik aryana keluar.

"Aryana duduk luar dulu lah. Ni gambar keluarga."

"Minta maaf sangat-sangat eh," kata maklang berbaur sindiran.

Retak. Hati yang retak. Aryana senyum tawar.

"How dare you touch her," afiq menarik isterinya kembali.

"Aryana duduk tepi mama ya," pelawa puan hajah.

"Kan cantik barisan macam ni," kata asfa.

Klik.

"Sekeping aje lah. Rosak pulak gambar sebab ada manusia lain," sindir maklang.

"Manusia lain? siapa yang kau maksudkan? menantu aku?" pelbagai soalan ditujukan kepada maklang.

"Aku malas. Kau pun tahu betapa bencinya aku dekat budak tu," jujur maklang.

"Aku penat dengan kau ni alang. Cubalah kau ingat sikit pesanan mak dulu-dulu. Jangan ikut kepala sendiri."

"Habis kau tu? tak ikutlah kepala sendiri. aku ni nak berbaik dengan kau. Bukannya nak mengeruhkan keadaan," ujar maklang.

Puan hajah menggeleng kepala. Malas nak layan dia tinggalkan macam tu aje adiknya.

.

"Apa yang maklang cakapkan tadi semuanya tertuju dekat saya kan?"

Air mata jernih mula mengalir. Ibu jari afiq menyeka air mata aryana.

"Sabar sayang lagi beberapa hari kita balik lah. Jangan nangis macam ni," kata afiq sebelum menarik aryana ke dalam pangkuannya.

Makin sebak jadinya aryana bila dipeluk erat dengan afiq.

"Tak boleh tahan sakit ni," adu aryana.

Cepat-cepat aryana menyeka air matanya. Pelukan terlerai.

"Dah tak nak sedih-sedih," ujar afiq sambil tersenyum.

"Kompang dipalu! pengantin baru! ooh ooh duduk bersanding tersipu malu ooh ooh," nyanyian ayden berserta kompang.

Tergamam afiq melihat ayden. Aryana juga terkejut. Bila pulak ayden pandai main kompang ni?

Sekumpulan kompang asyik bermain kompang. Alunan kompang bergerak serentak dengan cara mereka berjalan. Ayden duduk depan sekali.

Sampai aje di bawah kanopi semua berhenti bermain kompang.

"Nice kau main kompang," kata salah seorang pemain kompang.

Ayden senyum. Sekali pakej bangga.

"Apapun kau nak tak sertai kami semua main kompang untuk kampung sebelah?" soal ketua kumpulan.

Ayden menggeleng.

"Aku ada kerja nanti. Lepas ni dah nak kena balik ke tempat asal. Sorry bro," terang ayden.

"Takpelah macam tu by the way terima kasih dah sudi untuk jadi pengganti kami."

"Sama-sama."

Masing-masing sibuk mencari lauk untuk makanan tengahari.

"Bro!" sergah afiq dari belakang.

"Tolong berhenti buat orang terkejut boleh tak?" ayden mengusap dadanya. Terkejut barangkali.

"Kau nampak hebat la tadi main kompang. Macam ShahRukhKhan Pergh," puji afiq sambil menaikkan jari thumbs up.

"Betul-betul macam hero india," tambah aryana pula.

"Jangan puji! aku rasa aku memang paling kacak sekali dekat kampung ni," bangga ayden dengan pujian mereka.

Afiq dan aryana ketawa serentak.

"Perasan lebih!" kata mereka berdua serentak. Betul-betul otak ada sambungan Bluetooth.

"Kau orang berdua nampak asfa tak?"

"Tak nampak. Tapi cuba kau pusing." arah afiq sambil memusingkan badan ayden.

Ayden memusingkan badannya ke belakang.

'Cantiknya' gerutu hatinya.















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro