Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 19

'Tak faham lah kenapa dengan orang kampung ni' gerutu hati puan hajah.

Dia mengeluh perlahan kemudian melabuhkan punggung di atas kerusi kayu diluar rumah. Angin sepoi-sepoi meniup wajahnya seiring dengan perasaannya.

Memikirkan tentang mak lang cukup membuatkan kepalanya pening. Walaubagaimanapun mak lang tetap adiknya.

Dalam mengenang kenangan terdahulu bersama maklang membuatkan air matanya mengalir. Puan hajah menangis kerana sedih melihat perangai mak lang yang sudah berubah 360 darjah.

"Kenapa kau sanggup cakap macam tu dekat aku alang? sedangkan selama ni segala hal tentang kau aku utamakan."

"Salah aku terlalu lembut dengan adik-adik sampaikan tergamak menggelar kakaknya sombong."

'Kalau salah seorang adik beradik kita buat salah tegurlah dia tapi janganlah menjauhi dia sehingga tidak bertegur bertahun-tahun.' kata-kata arwah ibu dulu.

Puan hajah memejam matanya sedetik menikmati angin.

"Assalamualaikum!" salam diberi.

Puan hajah membuka mata dan senyum manis.

"Waalaikumussalam asfa."

"Hai maklong!" sapa asfa ceria seiring dengan menyalami tangan puan hajah.

"Mak long dah makan?"

Puan hajah mengangguk.

"Are you crying?"

Puan hajah ketawa menggeleng.

"Tak ada maknanya nak nangis haha," kata puan hajah tidak mengiyakan pertanyaan asfa.

"Biar asfa gembirakan mak long."

Asfa menyanyi lagu Jinbara dalam nada suara rock. Pelbagai gaya dia buat demi mengembirakan hati mak long.

Puan hajah ketawa.

"Kamu tu anak dara jangan buat macam tu nanti tak ada orang nak baru tau," usik puan hajah. Asfa ketawa kecil.

"Tak apalah tak ada orang nak pun asalkan asfa bahagia."

"Tak ada calon ke?"

Asfa ketawa kecil dan bersandar di dinding rumah.

"Entahlah. Macam ada tapi sebenarnya tak ada," gurau asfa.

"Boleh pulak macam tu. Ada la tu!" usik mak long.

"Mesti tak sabar eh tengok asfa nikah?"

Puan hajah buat muka.

"Ye ler tak sabar," kata puan hajah.

"Wati! kau tengok tu si hajah dengan asfa tu," panggil emy mencuit bahu wati. Wati menoleh ke arah puan hajah.

"Patut la si alang tu nak sangat asfa jadi menantu hajah. Rapat sangat," jawab Wati.

Emy mengangguk tanda setuju.

"Kita ambil gambar nak? untuk tunjuk dekat alang. Mesti dia ada rancangan jahat hahaha," gelak emy. Dia keluarkan telefon pintar dan menekan butang mengambil gambar.

"Dah siap. Hantar dekat whatsapp terus lah."

Dalam sibuk mereka menghantar gambar. Puan hajah memandang ke arah mereka berdua. 

"Wati emy!" panggil puan hajah.

Mereka berdua berpaling serentak ke arah suara puan hajah.

"Nak apa?" sahut wati.

Kalini mereka berdua tak lari.

Puan hajah menuruni anak tangga ke arah mereka.

Asfa juga mengikut sama.

"Kau nak apa ni?" soal emy panas hati.

Puan hajah senyum riang gembira. Sudah sekian lama tidak bersua muka dengan kawan baiknya.

"Ala kita kan dah lama tak jumpa kau orang tak teringin ke nak jumpa aku?"

Mereka berdua menayangkan wajah meluat.

"Tak teringin langsung. Kau mana berkawan dengan budak-budak kampung ni," sindir wati.

"Siapa cakap macam tu dekat kau? aku kawan je lah dengan kau orang berdua."

"Berkawan? sampai bertahun-tahun tak datang jumpa macam tu kau cakap kawan? kau belajar dengan siapa ni?" bertalu-talu soalan ditujukan. Puan hajah berkerut dahi.

"Kau pun tahu aku ada keluarga. Banyak masa aku habiskan dengan keluarga aku sendiri. Dah lama tak jumpa bukan bermakna putus kawan tau," terang puan hajah panjang lebar.

"Kau cakap pasal keluarga, aku pun ada keluarga bukan kau aje ada tapi kami boleh je berkawan jumpa hari-hari," celah emy dengan suara yang tinggi.

"Siapa yang hasut sampai korang berpaling tadah ni? sedihnya hati aku korang macam ni," luah hati puan hajah. Asfa mengusap belakang puan hajah.

"Tak baik lah makti dengan makmi cakap macam tu dekat maklong," kata asfa.

"Kau apa tahu urusan kami. Budak-budak jangan tau menyampuk aje," balas wati.

"Budak-budak pun saya tahu lah apa salah apa betul. Sekurang-kurangnya memahami lah sikit dengan puan hajah ni. Jangan kerja kita tu nak jadi detektif tidak berbayar!" tegas asfa.

Mereka berdua saling berpandangan seakan faham dengan apa yang dimaksudkan dengan detektif tidak berbayar.

"Eh mulut kau! kau jangan sampai kami berdua hancurkan hidup kau. Mulut tu kena jaga eh takut silap haribulan kita pula terkena!" marah emy.

Panas la tu.

"None of my business," kata asfa.

"Tolong jangan buat aku macam ni," tangan puan hajah cuba meraih kedua-dua tangan wati dan emy.

Tapi terus ditepis kuat.

"Sudahlah tu hajah. Kau masuk aje lah dalam rumah sana. Rimas tahu tak?"

"Sampai hati korang berdua buat aku macam ni sedangkan aku tak pernah langsung lupakan kau wati dan emy. Tergamaknya kau buat aku macam ni," luluh hati puan hajah.

Puan hajah dan asfa menuju ke arah rumah. Emy dan wati masih dengan wajahnya yang meluat.

"I apa?"

"I Don't care! hahaha" kata mereka berdua serentak.

.

Semua baju kering dilipat dalam beg baju. Memandangkan tinggal lagi 2 hari.

Baju yang dah siap lipat memang aku suka susun macam bangunan. Silaplah kalau ada yang langgar.

Pintu bilik dibuka oleh afiq kemudian menghampiri ke arah katil.

"Isy! dah kenapa langgar habis terbalik baju saya ni," marahku. Baru je cakap tadi.

Senangnya dia langgar lari baju aku!

Aku memandangnya dengan pandangan maut.

"Tak sengaja lah," bohong afiq.

"Ni bangunan terbalik siapa nak lipat?"

"Memamg bangunan boleh lipat ke?"

Afiq ketawa.

"Jangan berloyar buruk. Tak nampak ke saya serius ni?"

"Okay sorry!" dia menghampiri aku.

Tangannya meraih lembut tanganku.

"Sorry sayang," kata afiq sambil mengusap lembut tanganku.

"Tak nak!" aku pandang ke kiri.

Terus ada sesuatu lembut terkena di pipi kiriku dengan kelajuan tinggi.

"Ciuman percuma," kata afiq gatal. Aku hempuk tangannya. Membahang wajahku.

'Percuma?'

"Merahnya pipi hahaha"

Aku tekup wajahku dengan baju. Benci! malu.

Makin membuak-buak tawanya melihat keadaan aku macam ni. Hati tak payah cakap memang berdebar.

Eh ke jantung? mana-mana lah.

Sengaja nak buat hati aku berlari 10 kali marathon.

Aku angkat wajahku kembali melipat baju. Aku abaikan afiq.

"Nak baring sini boleh?" kata afiq.

"Hurm," jawab ku ringkas.

Dia meletakkan kepalanya di atas ribaku. Nak terkeluar jantung aku dengan tindakannya tapi aku biarkan saja.

"Rajinnya bini abang lipat baju," pujinya.

Aku tersengih.

"Saya memang rajin abang je pemalas."

"Amboi mulut dia," kata afiq sambil menarik pipi kanan aku.

"Kalau ada anak nanti abang nak letak aulia kalau anak perempuan," kata afiq tiba-tiba.

"Kalau lelaki?"

"Amri."

"Kalau saya, saya nak ayden untuk lelaki."

Afiq berkerut.

"Ayden? tak payahlah nanti perangai ikut macam si ayden tu," kata afiq tidak bersetuju dengan cadangan aryana.

"Nak jugak ayden."

"Dapat kembar okay juga kan?" soal afiq.

"Triplet ke?"

Membulat mataku. Triplet?

"Abang lah beranak triplet," jawabku.

Ingat senang ke nak beranak? yang rasa je tahu betapa sakitnya beranak tapi sekejap je.

Dalam berbincang pasal anak baru aku perasan daripada tadi kami sibuk bercakap pasal anak. Malunya!

Nampaknya dia betul-betul nakkan afiq junior.

"Abang teringin nak anak ke?" soalku seberani itu.

"Of course la abang nak," jawab afiq tenang.

"Kalau aryana cakap aryana dah sedia abang terkejut tak?" laju aku tekup wajahku.

"Are you serious to be my real wife?"

Aku mengalihkan tangannya.

"If i say yes?"

Afiq senyum lebar.

"Alhamdulillah, serius la?"

"Yes!" jawabku riang.

"Bismillahirrahmanirrahim terima kasih dah jadi isteri yang terbaik untuk abang," kata afiq lalu mencium ubun-ubun kepala aku.

Aku menangis terharu. Serba-salah pun ada dah membiarkan hatinya sedih.

Malam berlalu....

.

Bunyi-bunyi haiwan mula menerpa masuk ke dalam lubang telinga. Aku bangun dari katil. Aku memandang sebelahku. Afiq masih lena dibuai mimpi.

Tersenyum aku dibuatnya. Comel pulak bila rambutnya berserabut.

"Puas tengok abang?"

Terus aku alihkan pandangan.

"Siapa tengok dia entah, perasan!" usikku.

"Dah tu tengok siapa?"

"Abang tak reti bangun ke pergi mandi?" bebelku. Walaupun diri sendiri belum mandi.

"Sayang dah mandi ke?"

Aku senyum dan menggeleng.

"Lah dia pun tak mandi lagi!"

Aku capai bantal golek memukul tubuhnya. Afiq ketawa kecil.

"Pukul berapa dah?"

"8 pagi"

"Sambung tidur la," afiq menguap panjang sebelum melentokkan kepalanya di atas bantal. Belum sempat dia tidur aku tarik bantalnya.

"Kerja nak membuta ajee dia ni," marahku.

Dia diamkan saja. Haih nak kena ni.

Cubitan ketam singgah di lengannya.

"Adoi!" afiq menjerit kecil.

"Bangun lah pergi mandi sana! kenapa susah sangat ni?"

"Yelah dah jangan membebel," kata afiq sambil menarik pipi kananku.

"Abang!"


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro