BAB 18
"Comelnya padi abang," ujarku sengaja melembutkan nada suara.
Haih tak cair ke?
"Abang! antara 1 sampai 100 nombor apa abang pilih?"
"Hm, empat" jawabnya.
"Kalau saya, saya pilih tiga ribu"
"Aik. Awak cakap pilih sampai 100."
"Dengarlah dulu!" suka-suka je nak atur permainan.
'Woman' desis hati afiq. Geram aje nak tarik pipi isterinya.
"Sebab apa pilih tiga ribu?" soal afiq. Nada suaranya kedengaran malas. Nampak sangat terpaksa.
"Because i love you three thousand!" alamak jadi tak ni? tiba-tiba rasa wajahku penuh dengan merah.
"Kalau macam tu saya pilih satu," kata Afiq.
"Sebab?"
"You are only one my love," katanya penuh romantis. Sekarang kenapa aku cair!
Blushing.
Ini dah lari dah tujuan asal. Saja bagi ayat manis nak pujuk afiq eh aku pulak terkena kencing manis. Haha!
"Nah sampai kedai mak ja."
"Nak beli apa?"
Duit kertas RM 50 dihulurkan.
Dia ni nak rasuah aku ke suruh balik sendiri. Ish kenapa entah aku asyik fikir buruk aje.
"Tak nak. Hee," aku senyum nampak penuh gigi. Afiq tetap keraskan tangannya dengan duit RM 50.
"Selama kita kahwin abang tak pernah lagi ajak awak beli Fast-food kat sini." aww sangat terharu tapi..
"Fast-food? Macdonald?" terus bergendang perutku memikirkan burger McDeluxe yang bulat lagi penuh dengan cheese yummy!
Tapi...
Ni kedai mak ja bukan McDonald's
"Nampak McDonald's ke kat sini? kedai mak Ja je abang nampak sekarang ni."
"Abang kata fast-food. Ni kan kedai mak ja."
"Fast-food celah ketiak abang ke?" ha merapu.
"Apa awak merepek ni sayang?" afiq menarik tanganku sebelum meluru masuk ke dalam kedai mak ja yang berhampiran dengan sawah padi.
Bersinar mataku memandang pelbagai makanan yang siap terhidang atas dulang. Ada burger, pizza, paling rare sekali ada ayam McDonald's??
Fuh bukan kaleng-kaleng kedai mak ja ni sampaikan ayam mcd pun ada kat sini.
"Abang..biar betul?"
Afiq menayangkan wajah bangga. Kedua-dua tangan tersilang.
"McDonald's?"
"Jom!" teruja ku.
.
"Sedapnya!" melambung-lambung pujiku. Tak kisah dah orang sana sini tengok aku macam orang tak makan setahun yang penting aku bahagia!
~jangan lupa bahagia, jangan lupa
bahagia sama akuuuu
Uhuk!
Pantas tangan afiq menghulurkan segelas air kosong sebelum aku mencapainya. Orang tua-tua cakap kalau makan tu jangan bercakap ha itulah pi langgar cakap orang tua kan dah mendapat.
By the way, aku tak tahu orang tua mana yang cakap tu toksah tanya aku pulak ya.
"Malu abang orang tengok awak tercekik," kata afiq sambil menutup wajahnya dengan beg aryana.
"Awat? abang femes sangat ka? sampai malu lagutu."
"Baru nampak satu kekurangan dah malu tahap gaban. Kata nak hidup semati, hidup sekerat dah nak mati dah hadap malu," bebel ku.
Afiq cuit hidungku. Pipi kanan ditarik kuat.
"Ish sakitlah!" aku tepis tangannya. Sedapnya tarik macam tarik roti canai.
Afiq menjelirkan lidahnya.
"Abang sabar kejap, lepas aje saya makan siap abang. Memang tak lepas lah abang nanti," ugut ku.
"Boleh.. untuk Aryana abang serahkan segalanya..ikut aryana lah nak buat apa pun," afiq senyum gatal. Haih mulalah dia nak tunjuk miang tu.
"Ingat kat rumah je gatal. Rupa-rupanya kat sini pun gatal macam buluh!" tuturku perlahan.
"Abang dengar tuu."
Aku tunjuk muka tak kisah. Ingat takut ke? *kat sini aje berani ehe.
Sekejap nya masa rasanya baru aje makan eh tiba-tiba pinggan kosong. Ramai jugak orang kampung singgah sini mungkin kedai makja ni salah satu kedai paling best.
Aku bagi five stars.
"Termenung fikir apa?" soal afiq.
Dia perasan aku termenung? lain kali kalau nak termenung aku kena termenung bawah meja. Good idea.
"Takut." jawab aryana, ringkas.
"Story to me."
Aku pandang matanya.
"Saya takut kalau mama fikir bukan-bukan, yelah kita kan dah lama kahwih tapi.."
Nak sambung ke tak ni? sensitif!
Afiq angkat kening. Ya ya aku faham isyarat tu tapi aku berdebar!
"Tapi tak ada anak lagi!" aku tekup mulutku. Apa ni!
Tak pasal-pasal mengundang tawa afiq. Tengok lah mana pernah serius.
Malu pun dapat, entah kenapa aku terfikirkan tu.
"So you should be my real wife. Get it?" aku terdiam.
"I will waiting your answers till im dead."
"Jadi nak anak berapa orang? team bola nak? nak?"
Membulat mataku. Dia ni biar betul tanya macam tu dekat sini.
"Public ni tak nampak ke?"
Geram betul aku. Tanya pulak kuat-kuat memang nak bagi satu kampung tahu rancangannya.
"Jadi kalau tak public boleh bincang la? wah senangnya hati. Jom balik rumah," afiq senyum gatal.
Laju tanganku mencubit lengannya. Bila dia tunjuk muka sakit, baru puas hati aku siapa suruh gatal?
"Gurau je pun," kata afiq sambil menggosok-gosok lengannya.
Selepas selesai makan kami berdua pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.
"Berapa semua?" soal afiq.
Makja senyum manis sebelum menggeleng kepala.
"Tak apa tak payah bayar la afiq," kata makja lembut.
"Makja ni suka betul belanja saya. Harini biarla saya bayar pulak ya lagipun banyak kami makan tadi," kata afiq penuh segan sambil mengeluarkan wang kertas.
"Kamu kan pelanggan tetap makja sekali-sekala apa salahnya makja belanja kamu."
Afiq ketawa.
"Tak apalah macam tu terima kasih ya makja."
Kami berdua senyum sebelum beredar dari situ.
"Makja tu memang suka belanja abang ke?"
Baiknya makja. Kalau aku dilahirkan disini memang hari-hari aku singgah kedai tu.
"Yes. Tapi itupun selepas kejadian dulu." jawabnya ringkas.
Kejadian apa ni? tak salahkan korek rahsia.
"Kejadian apa?"
"Finally dah sampai rumah."
Terus basikalnya berhenti. Tak pasal-pasal aku tercium belakang afiq.
"Sambung la balik isy!" jeritku bila afiq berlalu pergi. Dia tinggal macam itu je bini dia.
"Aduh!" sibuk berlari kaki tersepak batu besar di tengah jalan.
Boleh bayangkan tak keadaan aku jatuh macam nangka buruk. Nasib baiklah tak ada orang kalau tak memang malu tujuh keturunan.
"Kau la ni batu habis sakit ibu jari aku!"
Puas hati aku marah batu walaupun nampak macam orang gila salahkan batu.
Aku teruskan langkah masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba langkah aku terhenti apabila maklang ke arahku dengan riak wajah yang sangat benci.
"Bila kau nak berambus?"
Aku terdiam.
"Aku tanya ni jawablah!" herdik mak lang bergema satu rumah.
"Tahun depan." jawabku ringkas.
Malas.
Dia melopong.
"Kurang ajar!"
"Mak lang tak hormat saya as tetamu disini macam mana pulak? hari-hari ada aje bahan nak buat gaduh."
"Macam mana saya nak baik dengan maklang kalau hari-hari dilayan macam ni?"
"Ketuk hati tanya diri sendiri."
Aku berlalu pergi. Sikit lagi boom nak melepas kalau tak memang runtuh lah rumah ni.
.
"Mama ni termenung jauh nampak. Fikir apa?" tanya rafiq.
Puan hajah tersenyum.
"Banyak dah berubah dekat kampung ni termasuklah hati manusia."
Puan hajah menguis-nguis di atas meja.
"Who hurt you? let me kill them," celah afiq. Terkejut puan hajah.
"Agree. Berani betul ada orang sakitkan hati mama," kata rafiq.
"Takpe mama okay aje," kata puan hajah tersenyum manis.
"I see in your eyes. Jangan tipu anak-anak," kata afiq langsung memegang tangan puan hajah.
"Jangan tunjuk kita tu mafia kalau dengan bini pun merajuk."
Kata-kata puan hajah mengundang tawa rafiq. Afiq pula memandang ke arah lain.
"Engkau la tu! hahaha," kata rafiq sambil menunjuk ke arah adiknya.
"Isy diam lah."
"Kita tu jangan suka-suka sangat. Nanti dah kahwin mana la tahu kita tu lagi teruk merajuk."
Afiq ketawa kemudian menunjuk ke arah abangnya. Padan muka kena balik!
"Mana aryana?" soal puan hajah. Bimbang pula tak bertentang mata dengan menantu ni.
"Sini!" aryana berlari anak ke arah puan hajah kemudian mencium pipi puan hajah.
"Anak mama sorang ni pergi mana?"
"Baru je balik dari hati abang afiq."
Terbatuk-batuk afiq dibuatnya. Rafiq tersenyum malu.
"Ehem!" rafiq berdehem.
Aku pandang mata afiq sekejap mata nya beralih ke arah lain. Hampir nak terlepas ketawa aku memandangnya. Malu ke tu?
"Tak adalah aryana baru je lepas mandi," jawab aryana.
Puan hajah tersenyum.
"Long lama tak jumpa," tegur maklang menghampiri ke arah puan hajah.
"Kau sihat ke?"
"Aku sihat je, kau?" soal puan hajah.
"Alhamdulillah sihat."
"Si afiq ni rajin betul dekat sini tak rugi kau suruh dia datang awal-awal," kata mak lang dihujung kata sedikit tawa.
Rafiq melopong kemudian berkata ' wow'
Afiq tersengih.
"Alhamdulillah kalau dia rajin."
"Isterinya pulak pemalas."
Terus membulat mata aku. Pemalas? yang buat kerja selama ni siapa? geramnya aku.
"Isteri saya paling rajin tau, mak lang mana tengok dia buat kerja," kata afiq lembut.
Puan hajah senyum.
"Ye la kot. Tapi si asfa tu kalau masak memang sedap dah lah rajin pulak tu," puji mak lang.
Aku faham kalau orang dah tak suka kan.
Aku menunduk ke bawah. Betul la tu semua pasal asfa mesti terbaik.
"Jangan sedih, awak isteri paling terbaik untuk abang," bisik afiq. Serta merta pipiku naik. Aku senyum padanya.
"Afiq jom kita ke atas," ajak rafiq kemudian membuat isyarat seperti tidak mahu mengganggu perbualan mereka berdua.
Afiq mengangguk dan menarik tangan Aryana.
Selepas beberapa minit mereka ke atas.
"Kau tak nak ke bagi afiq isteri kedua?" soal maklang mengundang reaksi puan hajah.
"Dah kenapa? mereka berdua bahagia tak payahlah bagi isteri kedua," jawab puan hajah tegas.
"Tak lah aku tengok pasangan tu tak ada anak lagi."
"Kau pun tahu mereka berdua baru aje kahwin. Nanti ada la rezeki tu."
Maklang mengeluh.
"Aku tahu lah aryana tu macam mana. Budak perempuan jaga badan. Tak nak ada anak awal-awal. Kebiasaannya memang gitu lah," kata maklang panjang lebar.
"Si asfa tu lagi sesuai untuk afiq. Apa kata kau jadikan asfa isteri kedua untuk afiq. Mesti dapat anak," kata maklang memberi cadangan.
Puan hajah berdiri.
"Yang kau nak sibuk pasal anak-anak aku kenapa?" herdik puan hajah.
Mak lang juga berdiri.
"Itu anak-anak aku bukan anak-anak kau, yang kau suka-suka aturkan kehidupan mereka."
"Patutlah si wati dan emy cakap kau ni sombong rupanya betul!" herdik mak lang.
Puan hajah terdiam. 'emy wati cakap macam tu dekat aku?' gerutu hati puan hajah.
"Tak nak terima cadangan orang. Ikut kepala sendiri!"
"Sudahlah. Aku malas nak bergaduh." puan hajah menapak ke arah tangga.
Maklang menahan geram sebelum menghentak meja.
"Aku akan buat kau benci dekat menantu kau!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro