Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 17

Hampir dua jam kami sembang-sembang sampailah kerja siap. Sembang apa pun tak tahu sebab dah jadi rojak haha! ada topik pisang belakang rumah ada jugak topik ekonomi negara. Hamboi kemain asfa sembang rupanya dia ni lagi banyak cakap daripada aku tau. Mati-mati ingatkan asfa ni pemalu!

Segala benda tajam kami kemaskan dalam satu tempat. Tak adalah nampak berterabur sangat, ini tak pisau dekat merata-rata orangnya dah hilang kemana. Haih! dah mula dah aku nak membebel. Maklang pun dah lesap.

"Fuh penatnya rasa!" ujarku sambil menyeka peluh. Lega rasanya bila semua benda dah siap tak adalah kalut nanti nak mengemas. Asfa cuit bahuku.

"Nak ikut tak pergi ronda kampung sebelah, boleh tengok-tengok padi tau" ajak asfa. Bersungguh betul dia ajak tapi malangnya tubuhku agak keletihan. Aku menggeleng kepala.

"Kau pergi aje lah aku penat sikit," tolakku lembut. Benar, memang aku penat tak menipu. Lepas aje aku tolak terus muka dia berubah jadi itik. Maksud aku muncung sedepa.

"Kau ni tak bestlah."

Aku sengih.

"Ke kau mengandung ea," kata asfa.

Nak jatuh rahang aku dengar apa yang asfa cakap. Macam mana agaknya dia boleh terlintas fikir macam tu. Aku fikir, mengandung? kami pun tak..

"Ish! tak bukan! aku cuma penat aje"

"Dah tak payah fikir bukan-bukan," aku tolak tubuh asfa menyuruhnya keluar.

"Yelah."

Ada-ada je asfa ni. Aku pusing ke belakang.

"Ya Allah! terkejut saya," lagi 2cm hidung afiq nak berlaga dengan hidung aku. Terkejut punya pasal sampai telefon melayang ke lantai.

"Terkejut tahu tak!"

Tubuhku sedikit membongkok untuk mencapai telefon. Gara-gara afiq habis telefon kesayanganku jatuh. Nasiblah skrin telefon baik aje.

"Sayang abang ke sayang telefon?" soalnya tegas.

"Telefon."

"Buatlah muka gitu nanti jadi betul-betul baru tahu!" marahku. Sakit pulak hati tengok wajahnya masam mencuka. Agaknya kena suap gula tiga senduk barulah dia senyum selalu.

Dia senyum. Barulah nampak hensem! aip..

"Jawapan?" aku mengeluh panjang. Lagi sekali soalan sama ditanya kembali.

"Erm saya perlukan 3 hari lagi boleh tak?" jawabku sekilas melihat wajahnya.

Masam mencuka. Aura sedingin ais batu dah muncul kembali.

"I can't" jawab afiq sayu. Dia nampak sedih tak ada secalit senyuman pun di wajahnya. Dia terus pergi.

Fuhh rasa macam baru lepas buat kesalahan yang besar. Serba-salah pulak rasanya. Dah jadi satu masalah besar nak memujuk pakcik tu sekarang ni aku nak pujuk macam mana? cuba bagitau. Ahh lantak pi lah!

.

"Ini ke lorong dia?"

Lorong yang sangat sempit kiri kanan dipenuhi padi. Lorong macam ni memang sesuai untuk kenderaan kecik kalau kenderaan sebesar gajah agaknya jatuh dalam sawah padi tak.

Rafiq berfikir panjang. Muat ke tak ni?

"Mama tahu lorong dia sempit tapi kamu cubalah," ujar mama.

"Tak ada lagi kenderaan besar jatuh dalam sawah padi, jangan risau okay." ujar mama seakan tahu pemikiran anaknya. Rafiq ketawa. Sempat lagi melawak.

"Okay!"

Stereng kereta dipusing perlahan-lahan mengelak dari terkena batu besar. Lopak air berwarna coklat dilanggar. Habis merecik lumpur ke keretanya, warna hitam pulak tu.

Alang-alang dah kotor tu semua lopak air dia langgar. Bertuah sungguh.

"Tak sabarnya nak tengok pengantin," kata mama, teruja. Dah lama tak balik 5 tahun yang lepas terakhir dia tengok anak saudaranya, tiba-tiba budak tu dah nak kahwin.

"Nanti kamu nak kahwin kita buat kat kampung eh," kata mama tiba-tiba.

"Tak naklah. Nanti banyak anak dara datang majlis rafiq," berseloroh berkata.

"Hamboi!" bahu rafiq dicubit ketam.

"Aduh!"

"Kenapa nak buat kat kampung?" tanya rafiq.

"Mama tak nak orang kampung ingat mama sombong. Asyik-asyik kat bandar aje ingat sikit kita tu orang kampung tau," kata mama.

Rafiq angguk. Betul tu dia sendiri pun tak pernah lupa tempat asalnya.

"Tapi mama, nanti Rafiq sanding tak nak jemput ramai sangat orang. Nanti suasana jadi tak best. Crowded."

"Bukannya nak jemput satu Malaysia."

Asyik dengan bersembang kereta yang dipandu sampai ke dalam halaman rumah. Rafiq menghela nafas.

"Lega rasanya. Punyalah sempit jalan."

Bersinar mata puan hajah. Dia tersenyum lebar melihat suasana kampung. Sudah sekian lama dia tidak menjenguk ke kampung.

"Wati! emy!" jerit mama. Mereka berdua memandang puan hajah. Tapi hampa kerana tiada balasan daripada mereka.

'Kenapa?' desis hatinya.

"Hajah balik sini? bukan ke dia dah lupa kampung ni."

"Kau ni. Takkan tak perasan banyak hari dah anak dia dengan menantu ada kat sini," kata emy.

Mereka berdua mula pergi bila perasan hajah mendekatinya. Langkah hajah terhenti.

"Apa salah aku." sayu wajah puan hajah memandang sahabat-sahabatnya berlalu pergi.

"Mama! buat apa tercegat dekat situ, meh la masuk," ajak rafiq.

"Nanti mama masuk."

.

"Rindunya mama!" tubuh wanita itu dipeluk erat. Aryana mencium kedua-dua belah pipi mertuanya. Puan hajah gelak.

"Macam setahun tak jumpa kamu ni. Baru je beberapa hari tak jumpa tau."

Aryana sengih. Over sangat ke? hehe.

"Mama sihat ke?" tegur afiq yang baru datang. Tangan puan hajah diraihnya lembut untuk bersalaman.

"Alhamdulillah mama sihat je, kamu sihat ke?"

"Tak sihat." jawab afiq sepatah.

"Kenapa pulak?" tanya puan hajah risau. Puan hajah mencekak pinggangnya.

"Sakit hati dengan orang."

"Ai dengan orang sebelah ke bang?" sampuk rafiq dengan ketawa. Aryana berdehem.

"Orang tua ni merajuk ke aryana?" soal puan hajah. Hampir tersembur tawa aryana mendengar soalan mama. Tapi dia cuba tahan.

"Ye la kot hahaha" gelak aryana. Tak mampu dah nak tahan.

"Alamak. Kalau macam ni seram ler, afiq kalau merajuk mahu runtuh bangunan dibuatnya," celah rafiq sebelum ketawa besar.

Suka betul ketawakan adiknya. Maklumlah lama tak jumpa. Afiq juga ketawa kecil.

"Abang, jom keluar nak?" soal aryana sambil tangan memaut lengan suaminya. Rafiq dan puan hajah tersenyum lebar kemudian berlalu pergi. Tak nak ganggu orang tengah dalam mood memujuk.

"Tak nak."

Aku masam mencuka. Geramnya tengok! sabar-sabar.

"Alaa jom lah," ujarku sambil melompat-lompat persis budak-budak.

"Tak faham ke? tak nak lah."

"Oo macam ni rupanya sakit kena reject," omelku sendiri ekor mata mengikuti langkah afiq. Tapi aku takkan mengalah!

"Nak gi ane tu! nak ikut," jerit ku.

Aku membututi langkah afiq dah macam anak kejar ayah nak ikut gi kedai. Sekali dia berhenti aku juga berhenti. Dia pandang ke belakang aku pura-pura buat tak nampak. Macam la kite ikut dia!

Langkahnya diteruskan. Kaki menuruni anak tangga. Tiba-tiba dia berhenti secara mengejut hingga aku nyaris nak jatuh. Tangan afiq memeluk tubuhku. Alamak! Sekarang kedudukan kami saling berpandangan. Malunya!

"Jangan pegang!" aku menolak dada bidangnya. Berona merah pipiku ini kalau abang ipar aku tengok mesti dia gelak.

"Kalau jatuh tadi siapa yang susah?" marahnya. Jelas wajahnya risau.

"Tak sengaja lah."

Lagipun dia yang salah! siapa suruh berhenti tiba-tiba. Segala hal aku simpan dalam hati karang kalau meletup baru tahu.

"Kutuk lah tu dalam hati."

Dia menuju ke arah basikal tua. Milik maklang. Tak sangka ya pada era sekarang masih ada yang guna basikal tua. Sekarang ramai dah pakai skuter berbanding basikal.

"Nak duduk belakang!" teruja ku. Aku berlari anak ke arahnya sebelum melabuhkan punggung di atas tempat duduk belakang.

"Abang merajuk lagi ke?" tanya ku. Afiq tenang mengayuh basikal. Pertanyaan ku tak dijawab.

"Jawapan?" soalnya.

"Boleh tak kala-"

"Biarlah." potong afiq. Belum sempat aku habiskan kata-kata.

"Saya cuma nak tengok effort abang buat sementara waktu ni sebelum saya terima," ucapku perlahan.

"Ee comelnya bangau!"

Banyak bangau putih berada di atas padi yang menghijau. Suasana macam ni susah nak dapat kat KL. Happiness memories.

"Dulu abang ada jumpa seorang budak ni. Bila tengok padi abang teringatkan dia. Dia suka padi tapi ada tragedi yang menyebabkan dia benci padi," cerita afiq. Aku angguk kepala.

"Lepastu?" aku tertarik dengan cerita Afiq.

"Disebabkan lintah dia jadi benci dengan padi. Kelakarnya kalau teringat," afiq gelak. Nampak dia bahagia.

"Dia benci lintah?" aku pun benci dengan lintah. Terus berdiri bulu roma.

"Yes."

"Umi pernah cakap lintah makan orang."

Aku tak menipu tapi itulah yang umi cakap sewaktu aku berusia 6 tahun sampai sekarang aku ingat lagi takut punya pasal.

"Awak percaya lintah makan orang?" soal afiq dihujung kedengaran gelak.

"Lintah tu menakutkan."

Geli pulak teringat bentuk lintah. Dah lah gelap pulak tu sedut darah!

"Budak tu mana sekarang?" mesti dia takut lintah sangat-sangat.

"Entah. Abang tak ingat," kata Afiq.

Tiba-tiba ingatanku kembali. Bila afiq bercerita pada awalnya dah buat aku teringat sebenarnya.

"Umi! comelnya padi ijauu!"

"Iye? adik suka ke?" soal puan Salmah.

"Suka sangat. Nak main kat situ boleh tak umi?" aryana membulatkan matanya.

Puan salmah buat-buat fikir.

"Nak gi sana boleh lah boleh lah," kedua-dua tangan umi digoncang. Merayu.

"Pergilah Sayang, hati-hati."

Terus dia berlari anak ke arah padi. Matanya tak henti-henti memandang padi yang mula tumbuh. Tangan pula asyik buat gaya nak terbang.

"Eh apa tu?"

Bola berwarna biru menarik perhatiannya. Walaupun terjatuh dalam lumpur dia masih berusaha untuk mengambilnya.

"Nak tu umi!" dia nangis bila tangannya tak boleh capai.

Puan salmah tak perasan. Sibuk berbual dengan puan hajah. Siapa lagi kalau bukan kaklong.

"Adik, bola tu kotorla," tegur seorang budak lelaki.

"Awak siapa?"

Dia tersenyum.

"Dah lama ke balik sini?"

"Entah. Adik ikut umi je," jawabnya.

"Owh macam tu, abang baru je sampai sini."

Aryana gelak.

"Naik kapal terbang ke?"

"Ha?" budak lelaki itu terpinga-pinga.

"Kenapa abang pakai baju pilot, abang juru terbang ke? hebatnya!"

Budak lelaki itu ketawa.

Dia memandang bajunya. Tak pelik kenapa dia cakap macam tu. Baju t-shirt yang dia pakai boleh dikatakan sebiji macam baju pilot.

"Tak lah. Ni baju t-shirt lah."

Aryana melopong mulut.

"Nak jugak!"

"Ingat abang kaya ke nak belanja adik?"

Asyik berbual mata budak lelaki itu menangkap sesuatu yang mengalir keluar dari celah seluar aryana.

Darah.

Seluruh wajahnya risau.

"Eh apa tu?" jari telunjuknya menunjuk ke arah seluar aryana. Aryana membongkokkan badannya memandang seluar. Dia terkejut sebelum menjerit kuat.

"Umi!" jeritnya.

"Eh relax. Meh abang tengok."

Tangan membelek hujung kaki. Ada 3 ekor lintah yang gemuk berada di betis aryana.

"Alamak." budak lelaki itu diam.

Aryana menangis. Puan Salmah menghampiri mereka berdua.

"Eh kenapa ni?" tegur puan Salmah. Risau dengan anaknya.

Budak lelaki itu memberi laluan kepada puan Salmah.

"Ada lintah."

"Ha lintah! adik main kat mana sampai 3 ekor terus datang."

"Lintah tu apa?" soal aryana. Mengundang tawa budak lelaki itu.

"Tak payah tanya duduk diam. Benda ni makan orang. Makan budak degil macam aryana," kata puan Salmah. Menakutkan anaknya.

Aryana menangis teresak esak. Pelbagai sangkaannya. Mungkin dia akan mati sebab lintah.

"Biar abang cabut," satu persatu dicabut walaupun mengambil masa yang lama.

Lintah terakhir dicabut.

"Banyak darah keluar."

Puan Salmah mendukung anaknya. Sebelum berterima kasih kepada budak lelaki itu.

"Terima kasih tau, nanti masuk rumah."

"Aryana benci padi!" jerit aryana kuat.

End.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro