BAB 16
Baju kemeja satin berwarna hitam disakut pada palang besi. Seluar slack disarungkan ke badannya. 'Hensem jugak aku ni' desis hatinya.
"Kalaulah ada isteri mesti dia orang pertama yang puji aku," ujar rayyan sendiri. Kadangkala perasaan sedih bertamu sendiri tapi biarkan saja.
"Baju tak pakai lagi!? kamu buat apa dari tadi rayyan," tegur umi kuat berdiri tegak dihadapan pintu bilik. Terkejut dibuatnya rayyan tiba-tiba umi muncul.
"Takda isteri nak tolong pakaikan," kata rayyan manja. Umi menggeleng kepala sebelum mencapai baju kemeja rayyan. Rayyan tersengih sambil tangannya mendepa lurus sedia menunggu bajunya.
"Nanti kalau umi takda siapa lagi nak layan kamu macam ni. Umi aje sanggup layan anak teruna umi yang satu ni," ujar umi. Rayyan diam.
"Ish apa cakap macam tu? tak suka lah."
Tangan rayyan dirangkul kemas.
"Nanti kalau nak kahwin carilah isteri yang boleh jaga kamu sampai tua yang tak pernah mengeluh," pesan umi. Rayyan memeluk umi sekejap sebelum pelukan terlerai.
"Dah. Jom ler kita bertolak ke pasaraya." ajak rayyan menamatkan drama sedih di pagi hari. Kalau dibiarkan mungkin sekali dengannya tersedu-sedan.
Semalam tak henti-henti umi membebel pasal barang dapur tak cukup padahal baru aje beli barang-barang dapur. Disebabkan itu rayyan buat keputusan ajak umi pergi borong satu Pasaraya baru tak membebel.
Umi pula gembira lain macam. Bersiap pulak macam nak ke majlis perkahwinan kerabat diraja. Serba kekuningan bajunya dihiasi dengan pelbagai motif bunga. Ini kalau jalan atas karpet merah memang Meletop.
.
Selepas beberapa jam berpusing satu pasaraya. Mereka berdua singgah masuk ke dalam kedai emas macam jauh sangat pergi tujuan asal. Tiba-tiba jumpa emas.
"Umi nak cuci mata aje tak nak beli pun," kata umi dengan mata yang bersinar berharap anaknya itu bersetuju. Rayyan mengangguk.
Demi umi tercinta, sanggupku turuti apapun kamu mahu.
Rayyan mengekori langkah umi hingga ke beberapa tempat hiasan cincin. Mata umi bersinar memandang satu persatu cincin emas tersusun rapi. Banyak jenis reka bentuk cincin yang boleh menggoda kaum hawa termasuk umi sekarang ni.
Rayyan turut membongkok melihat cincin emas. Apa yang menarik tak tahulah. Semua warna emas takda ker warna biru ke? merah ke? tak fahamlah apa yang menarik sangat tu.
"Umi nak ke?" tanya rayyan memerhatikan umi asyik dengan membelek-belek cincin emas.
Umi tersengih sambil jari telunjuk menunjuk ke arah salah satu cincin emas. Faham sangat lah dengan isyarat jari tu.
"Kak, nak cincin ni," panggil rayyan.
Perempuan berbaju kurung itu menghampiri mereka berdua dengan senyuman nipis dibibirnya.
"Bayaran boleh dilakukan di kaunter sebelah kanan ya," kata perempuan itu. Mereka berdua menapak langkah ke arah kaunter.
5 minit berlalu..
"Cakap nak tengok aje tapi terbeli sekali."
"Biasalah perempuan. Lepas ni kamu kena pandai-pandai lah baca hint umi. Kalau umi cakap nak tengok-tengok aje bermakna umi nak beli sekali tau. Simpan dalam otak kamu sampai bila-bila," terang umi. Hujung ayat kedengaran sedikit tawa.
"Kalau ada isteri, lalu aje depan kedai emas memamg rayyan dukung dia bawa pergi jauh-jauh," kata rayyan sedikit tawa.
"Masalahnya ada ke isteri tu?" usik umi. Dia tahu anaknya memang anti dengan soalan ni.
"Umi!!" umi ketawa melihat gelagat anaknya. Baru kena usik sikit dah mengada kalah perempuan.
.
.
Tinggal 90% je lagi nak siap persiapan perkahwinan Stela. Malam ni merupakan malam BBQ sempena hari lahir asri. Mak lang memang terpaling excited dalam menguruskan malam BBQ.
Ada yang sedang membakar ayam, ada juga yang buat-buat kerja walaupun tak buat kerja bak kata aryana Buat-buat function. Dari kejauhan kelihatan afiq gigih membakar ayam. Kejap tangan kiri mengelap peluh macam susah aje kerja macam tu kan? tangan kanan dah lah sibuk dengan kipas dia tu.
"Kesiannya laki aku."
Aku menapak langkah ke arahnya dengan senyuman riang sambil tanganku sibuk mengibas-ngibas tuala ke kanan ke kiri macam budak-budak. Dia memandang ku sekejap sebelum membalas senyuman ku.
"Awak nak ayam ke?" tanya afiq sambil tangan sibuk memalingkan ayam. Aku tersengih. Aku menggeleng kepala. Rasa kenyang pulak makan mee goreng.
Tangan kanan ku mengelap peluh di dahinya tanpa rasa kekok. Kebiasaannya aku akan menggelabah gila bila berada dekat dengannya lagi-lagi sentuh dia macam ni tapi kali ni aku rasa tenang. Aku perasan pandangannya dari ekor mataku tapi aku buat tak tahu. Bukan nak bermanja tapi kesian. Faham tak? hehe.
Aku menghentikan tangan daripada mengelap peluhnya memandangkan rasa kurang selesa mula bertamu. Aku berpaling ke arahnya dengan kening terjongket tinggi. Cantik sangat ke aku sampaikan mata tu tak mau lari.
Lama dia memandang ku seakan tidak percaya dengan tindak-tanduk ku. Pandang-pandang jugak ayam tu karang hangit! kan takda yang nak makan. Tak pasal-pasal bagi ayam makan baguslah makan spesies sendiri.
"Afiq! kau bakar ayam ke kau bunuh ayam ni mat sampai hitam macam ni," tegur ayden kuat. Terus kami berdua memandang ayam dengan mata membulat. Kan aku dah cakap ayam ni hangit nanti masin jugak mulut aku.
Hitam. Tak macam ayam dah. Bau pulak hangit gila! ini kalau mak lang tengok memang pecah lah muka kena tumbuk dengan mak lang.
Aku tepuk dahiku.
"Tu lah padahnya pandang orang lama-lama. Habis ayam hangit sebab awak tau," bebel ku.
"Siapa yang kacau abang tadi?" soal afiq dengan jari telunjuk menunjuk tepat ke wajahku. Aku mengangkat bahu.
"Kau kan kacau dia?" soalku pada ayden. Ayden yang tidak bersalah menunjuk wajah terkejut. Aku ketawa pertama kali tengok muka dia macam tu!
"Aku pulak dipersalahkan!"
Serentak kami berdua gelak. Ayden menjuihkan bibirnya. Nasib bini boss.
Afiq cuit lembut hidungku sebelum menarik pipiku kuat. Keningku berkerut bila terasa sedikit sakit di pipi kananku tapi lama-kelamaan sakit beransur pulih.
"Main kasar eh!" giliran aku pulak tarik pipi dia!
Aku mencekak pinggang ala-ala macam umi.
"Aku harap orang dekat sini tahu tentang kewujudan aku disini," kata Ayden mencelah kami. Aku senyum segaris lupa pulak ada ayden dekat sini. Entah kenapa malam ni rasa macam bahagia aje.
"Aryana!" panggil asfa kuat.
Aku menoleh ke belakang. Asfa mengangkat pinggan berisi mee goreng sambil tangannya menunjuk ke arah mee goreng itu, mungkin nak ajak aku makan. Aku berfikir sejenak. Takpelah langgar diet untuk malam ni aje.
"Nanti aryana datang!" balasku kuat. Dia mengangkat jari okay dengan senyuman nipis.
"Baru aje nak ajak awak makan sekali," ujar afiq dengan suara yang dibuat-buat sedih. Matanya berkelip beberapa kali.
"Nak sembang-sembang dengan asfa lagipun. Bye!" jawabku sepatah sebelum berlari anak ke arah kanopi asfa.
Afiq memandang ayden. Nampak gayanya dengan ayden aje lah. Memandangkan ada orang nak tolong tengokkan ayam bolehlah dia pergi melantak kejap.
.
"Announcement!" mak lang berdiri tegak sambil tangannya memegang mikrofon. Dia senyum segaris ke arah semua tetamu sebelum melangkah ke arah anak sulungnya.
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua orang kampung yang sudi hadir pada malam ini," Semua orang kampung diam mendengar ucapannya.
"Eh tepuk lah!" kata maklang memecahkan kesunyian. Semua orang mula tepuk ada juga yang melompat-lompat siapa lagi kalau bukan kawan-kawannya.
"Saya nak umumkan tahun depan asri bakal berkahwin dengan seorang gadis cantik," Mak lang teruja. Asri pula menunjukkan wajah kurang suka.
"Yang penting kaya! hehe" kata mak lang lagi. Mengundang pelbagai reaksi tetamu.
"Kahwin dengan anak perdana menteri ke?" aku cuit bahu asfa yang masih kusyuk mendengar. Dia toleh ke arahku dengan kening terangkat.
"Aku tanya kau, dia kahwin dengan anak perdana menteri ke?"
Sejak bila kami ber 'aku' ni? jawapannya sejak aku rasa selesa dengan dia. Dia pun okay aje.
Asfa senyum senget. Kemudian tawanya terlepas dan bergema satu kanopi, malunya!
"Hahahaha kalau dia kahwin dengan anak perdana menteri aku nak tumpang sekaki!" jawab asfa masih dengan tawanya. Kalini makin kuat hingga menarik banyak mata memandangnya.
"Weh kiri kanan pandang kau sekarang ni malunya aku," aku menepuk dahi. Tak pasal-pasal ramai mata pandang kami berdua muka pun dah merah macam tomato.
Asfa sengih je.
"Perduli apa aku." memang dah agak itu jawapannya. Tak payah tunggu memang aku tahu kau akan jawab tu! selamba gila.
"Wow! tahniah ler lang dapat jugak kau menantu ye. Kaya raya pulak tu!"
"Tahniah!"
Banyak ucapan tahniah meniti di bibir-bibir mereka. Dari jauh asri geleng kepala melihat ku sambil tangannya membuat bentuk silang. Maksudnya?
"Itu aje la. Apa-apa nanti saya inform okay," mak lang menamatkan bicaranya. Mikrofon diletak atas meja.
Semua orang beransur pulang bila jarum jam tepat pukul 11.
"Mengantuknya," bisikku. Bantal afiq dipeluk erat sebelum menutup mata.
"Eh jangan tidur lagi!" kain selimut ditarik kuat serta merta mataku terbuka luas dek kerana terkejut dengan suaranya. Aku dah macam nenek kebayan rambut serabai tahu tak! sempat dia ketawa.
"Lupa nak bagi ni."
Afiq keluarkan kotak bersaiz panjang dari beg kertas. Dia hulurkan kotak itu beserta dengan beberapa kuntum bunga ros.
"Apa ni?"
"Sudi tak jadi isteri abang?" dia membuka kotak itu. Gelang emas.
"Lamar saya ke ni?" aku gelak tak ikhlas macam tak percaya afiq macam ni. Tapi tiba-tiba riak wajahnya berubah dan mengiyakan kata-kata ku.
"Saya kan dah jadi isteri abang. Nak jadi isteri macam mana lagi?"
"Do you love me sweetheart?" soalnya menatap tepat wajahku. Tangan kanan ku diraihnya lembut dibawa ke dada bidangnya. Apa yang aku rasa degupan jantungnya juga berdegup kencang. Rupanya bukan aku saja macam tu.
"Berapa detak jantung abang?" soalannya buatkan aku tertanya-tanya adakah sekarang waktu ujian segak.
"Ujian segak ke ni?"
Terus tawanya lepas! kuat pula tu tak fikir dah orang lain tengah tidur. Ibu jarinya mengesat hujung mata yang berair sedikit akibat terlalu kuat ketawa.
"Degupan jantung abang takkan pernah terkira banyaknya macam tu la jugak cinta sayang abang pada awak," katanya penuh romantis. Aku tersenyum lebar.
"So sweet." gerutu hati.
"Erm.. tunggulah nanti jawapannya!" laju aku capai kain selimut sebelum berselubung. Kata-kata afiq cukup buat aku tergamam terkejut dan seangkatannya. Belum pernah kena lamar agaknya itu pasal dari tadi jantung ni macam nak lari aje.
"Aryana!" sempat aku gelakkan Afiq dalam selimut mujurlah tak nampak.
.
Memandangkan esok hari last untuk persiapan perkahwinan ramai makcik-makcik datang ke rumah mak lang untuk memotong segala bahan masakan. Yang tinggal hanyalah timun dan beberapa bawang besar.
Asfa, aku, naini, nina bahagian timun batang. Untuk dijadikan bahan masakan acar timun.
Maklang, maksu, mak yah pula bahagian memotong bawang besar. Riuh sungguh kawasan tu macam dekat pasar malam!
"Aryana bagilah nombor telefon mana tahu nanti boleh sembang-sembang lagi dengan awak," kata naini. Naini ni anak mak yah. Aku baru aje kenal-kenal dengan naini ni tapi dia punya sembang memang macam dah lama kenal. Banyak betul topik yang dibualkan sampai banyak kali aku teguk air kosong. Haha!
Nina pula kembarnya. Yang ni lain sikit dia lebih kepada seorang pendiam tak banyak sangat bercakap. Kadang aku tanya sepatah dijawabnya sepatah.
"Boleh je nanti asfa tolong bagi-bagi dekat diorang berdua ni eh," aku cuit bahu asfa. Asfa mengangguk.
"Habis kerja ni aku bagi terus."
"Alright!" kata mereka berdua serentak.
"Ada orang kan tengah hangat bercinta sekarang ni," kata asfa dengan senyuman gatal. Ha adalah tu!
"Siapa?"
"Cuba kau tengok atas tangga sana tu," kata asfa menunjuk ke arah tangga. Aku menoleh.
Afiq. Dia buat bentuk love dan menari-nari atas anak tangga. Memang sah dah mabuk cinta dia ni!
"Dah pukul 9 pagi!" jeritnya serta merta menarik perhatian makcik-makcik. Aku gelak kecil bila telinganya kemarahan malu agaknya.
Dari bangun subuh sampailah tengah makan soalan sama aje dia tanya.
"Jawapannya?" bosan!
"Saya tengah makan ni nanti pukul 9 pagi saya jawab eh," ujarku sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Dia mengangguk. Tak sabar-sabar nak tahu.
"Kenapa dengan pukul 9?" bisik asfa.
"Tak tahu! dia mengada"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro