BAB 15
3 hari berlalu..
"Serabut tahu tak! kau bakar je lah hasil kerja kau ni. Macam budak sekolah menengah buat kerja," tengking rayyan seraya membaling fail hitam milik helmi selaku receptionist.
Sejak dari pagi hingga ke tengahari moodnya ke laut semua benda jadi serba tak kena di depan matanya. Hampir ke semua pekerja dimarahinya.
Helmi menunduk mengutip kertas-kertas yang bertaburan di atas lantai.
"Kau pergi keluar sekarang! semua kerja tu aku nak kau buat balik." halau rayyan. Wajahnya masih bengis.
"Tapi boss saya nak cakap sesuat-"
"Keluar!" jerkah rayyan memotong baris ayat helmi.
"Baiklah. Maafkan saya." helmi keluar dari bilik sebelum menghempas pintu kuat.
"Kalau pintu tu rosak memang aku suruh dia ganti." keluhan kecil dilepaskan. Dia mendongak ke atas sambil matanya terpejam rapat. Terlalu banyak masalah yang dihadapinya.
Semalam dia terima beberapa bil pejabat termasuk bil elektrik dan sebagainya. Dia diberi notis untuk bayar segera semua bayaran tertunggak selama tiga bulan mencecah hingga 500 ratus ribu. Disebabkan masalah itu semua pekerja kena tempiasnya.
Ada satu perkara yang menganggu pemikirannya. Setahu rayyan setiap bulan memang dia akan serahkan duit untuk membayar segala bil kepada Encik faizul. Jadi sekarang kenapa bayaran tertunggak?
Knock..knock..knock..
Bunyi kuat yang terhasil daripada ketukan pintu menyedarkan Rayyan daripada berfikir. Rayyan membetulkan kedudukannya secara menegak bersedia menunggu.
"Come in."
Krak..
Encik faizul. Tiba-tiba dia rasa bersemangat.
"Ada apa?" sapa rayyan, ceria.
"Tuan sibuk ke? sebab saya ada benda nak cerita ni."
"Hm duduk lah dulu," kerusi ditarik lembut sebelum melabuhkan punggung.
"Tuan tahu tak siapa punca bil pejabat tertunggak," kata encik faizul bersungguh.
"Aik. Macam mana boleh tahu?" desis hati rayyan.
"Hm siapa?"
"Helmi!"
"Saya nampak dia tuan. Setiap kali saya nak pergi bayar mesti dia sengaja nak tolong saya pergi bayarkan. Padahal semua tu tugas saya kan? tuan tak pelik ke?"
Rayyan masih mendengar. Dia sendiri dapat rasa helmi bukan pesalahnya lagipun helmi ialah pekerja paling baik dan cemerlang. Tiga tahun lepas helmi dianugerahkan sijil pekerja terbaik. Lagi buat dia pelik bila nama Helmi disebut-sebut padahal gaji helmi sangat tinggi kalau nak dibandingkan dengan Encik faizul. So? takkanlah dia nak mencuri kan? pelik.
"Tapi, awak tahu dari mana yang bil pejabat tertunggak?"
Diam, mata bergerak-gerak seakan memikir alasan logik. Jantung berdegup kencang.
"Saya terdengar budak-budak pejabat ni sembang katanya tuan serabut tentang tu," jawab encik Faizul dengan wajah biasa seakan tidak takut dengan soalan rayyan.
"Ugh? mustahil lah."
"Bercakap biarlah pakai otak. Macam mana budak-budak office boleh tahu?"
"Mungkin ada orang dalam yang kongsi benda-benda ni," jawab encik Faizul tanpa ragu-ragu.
"Buat pertama kali saya dengar jawapan paling teruk seumur hidup saya. Awak tak fikir ke? macam mana diorang tahu sedangkan saya orang pertama yang dapat panggilan tu."
"Selama ni pun apa-apa panggilan ataupun notis saya tak pernah kongsikan. Dan awak harini berani datang jumpa saya bercakap macam ni," kata rayyan nada naik satu oktaf. Matanya tajam seakan ada api yang membara.
Belum apa-apa lagi encik Faizul sudah melarikan diri ke luar bilik.
'Something fishy' desis hatinya.
.
Ramai orang kampung di bawah kanopi berhampiran dengan rumah. Ada yang tolong angkat kerusi dan meja, ada juga yang tolong menyusun bekas-bekas untuk meletakkan bahan masakan.
Dekat bahagian ruang tamu pula dipenuhi oleh geng perempuan. Langsir ditukar, sarung kusyen juga ditukar dan hampir kesemuanya ditukar. Aryana pula sibuk dengan mengisi goodies ke dalam pelbagai jenis beg. Ada warna putih, hijau, ungu!
"Seronok kan kalau hari-hari boleh macam ni?" kata asfa teruja sambil mengisi goodies. Baru je kenal beberapa hari dah macam kawan baik dah. Aryana senyum lebar mendengar sebaris ayat itu. Betul, memang seronok lagi-lagi dapat geng sekepala.
Sejak aryana mengenali asfa baginya asfa cukup baik. Tak jahat pun seperti dia pernah fikirkan dahulu.
"Seronok sangat! kalau balik rumah, dengan umi aje lah boleh bersembang," cerita aryana, teruja.
"Nak harapkan abang kita memang lambat lagi. Tak payah dicari tahu-tahu lesap dalam umah," kata asfa sambil tangan meletakkan makanan ke dalam beg.
"Haha aryana sokong! rasa nak lempang aje," ujar aryana berbaur gurauan. Teringat pulak dekat rayyan apalah dia tengah buat ya?
Dalam bersuka ria ada seseorang memerhati dengan penuh kebencian.
"Asri! eh nak kemana ni?" baju asri ditarik hingga langkahnya terhenti. Dia berpaling ke arah ibunya.
"Asri ada kerja ni ibu. Nak kena tolong pakcik-pakcik bawah kanopi tu," kata asri, jari telunjuk menunjuk ke arah bawah kanopi.
"Tak payah nak rajin sangat. Meh ikut ibu."
Lengan asri ditarik.
Ada-ada saja rancangan maklang ni memang tak boleh tengok orang sekeliling gembira.
"Aryana, asfa nak keluar jap pergi beli ais batu."
"Nak kirim apa-apa tak?" soal asfa. Kunci motor siap ditangannya. Aryana menggeleng kepala.
"Takpe lah aryana tak rasa nak apa-apa."
"Kalau macam tu asfa pergi dulu," kata asfa sebelum berlalu pergi.
Dalam sibuk mengisi goodies. Tiba-tiba terasa sesuatu melingkar di pinggang. Aryana pandang perutnya sebelum memusingkan kepalanya ke belakang.
Afiq. Dia senyum manis seraya mengetatkan lagi pelukannya.
"Ee tak malu ke orang pandang ni," bisik aryana. Mata memandang kiri kanan takut-takut ada yang perhati.
"Bila nak berbaik dengan abang?" bisik afiq. Jari telunjuknya bermain hujung tudung aryana. Aryana memutarkan bebola matanya ke atas. Tak tahu untuk kali keberapa soalan itu diajukan. Bosan tahu tak?
Sejak hari kejadian, aryana memilih untuk diam. Bukannya dia tak perasan bunga ros. Dia tahu mesti afiq mengumpannya dengan bunga ros. Tahulah lelaki itu!
"Abang memang kerja nak peluk saya je ke?" kata aryana sengaja memanggil afiq abang. Afiq ketawa seraya kembali berbisik.
"Awak panggil apa? nak dengar lagi sekali," bisik afiq gatal. Cuba untuk mengusik isterinya. Tangan afiq ditepis kuat.
"Tolong jangan nak miang sangat eh. Tak malu dia ni," marah aryana persis seorang ibu memarahi anaknya.
"Eh! abang nampak banyak love terapung la," jerit afiq sambil menayangkan wajah bahagia. Aryana diam betul ke tak suami dia ni? Mengelamun?
"Baru panggil abang dah macam mabuk ketum!" kata aryana sambil tersenyum.
"Abang bukan mabuk ketum tapi abang mabuk cinta! cia cia!" kata afiq sambil tangan mencucuk pinggang isterinya. Aryana gelak. Bukan senang nak tengok aryana senyum tau.
"Jap jap nak bagi ayat lagi," afiq berdehem.
"Cuba awak tengok cermin ni," aryana menurutinya. Cermin bulat dipandang.
"Apa awak nampak?"
Aryana berkerut. Mestilah nampak diri sendiri takkan nampak hantu kot.
"Ish! mestilah nampak saya."
Afiq senyum hingga menampakkan gigi penuhnya.
"Kalau awak nak tahu. Tu lah jodoh saya," sekali lagi dia berjaya buat aryana senyum ke telinga. Aduh!
Aryana menunduk malu. Afiq bangun dan berbisik lagi sekali ke telinga isterinya.
'I Love You' bisiknya penuh romantis. Serentak jantung aryana berdegup kencang bila dia dengar kalimat cinta. Afiq bingkas bangun pergi ke luar rumah.
"Ap- apa tu? kenapa aku berdebar ni!" omel aryana sendiri. Dada dipegang sambil tersenyum. Tak mungkin lah! dia geleng kepalanya.
Asfa yang baru datang dihadapannya pun tak peduli. Masih dengan kejutan suaminya. Bukan apa tak pernah-pernah afiq mengucapkan ayat itu. Asfa menampar lembut bahu aryana.
"Amboi! senyum sorang-sorang nampak! sampai kita ni tak perasan," tegur asfa. Boleh tahan kuat juga tamparan asfa sampaikan aryana tersedar.
"Er- tak ada apa-apa lah. Asfa pergi mana tadi?" tanya aryana mengalih topik. Malu dibuatnya kerana perbuatan afiq.
"Laa. Tadi kan asfa dah cakap yang asfa nak keluar kejap pergi beli ais batu," kata asfa.
"Eh ye ke? aryana lupa maaflah hahaha." asfa menggeleng kepala, lucu melihat gelagat aryana.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro