BAB 13
Trot..Trot..
'Siapa pulak telefon pagi-pagi ni' getus hatinya.
Tangan kanan meraba-raba mencari telefon berhampiran lampu tidur.
You missed 10 voice calls from ayden
Terus aku bingkas bangun dek terkejut kerana 10 panggilan terlepas dari ayden pulak tu!
Nama Ayden ditekan.
Aduh! voice mail pulak kau ni.
Aplikasi WhatsApp dibuka. Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati.
Ayden
- Aryana! asfa hilang! tolong angkat call aku
- Aryana!
- Sekarang Afiq dan aku ada dekat hujung kampung cari asfa. Kau tolong jaga diri baik-baik.
Asfa hilang? kena culik ke?
Aku bangun capai tudung sarungku sebelum keluar dari bilik.
"Kamu ni lambat! orang lain risau dengan asfa kamu boleh sedap-sedap tidur. Tu aku benci kau tahu tak!" marah mak lang bila nampak wajah ku.
"Dia tak tahu tak payah lah marah dia macam tu sekali," tegur mak su lembut.
Mak lang jeling.
"Kamu nak pergi cari asfa jugak ke?" tanya mak su. Wajahnya risau.
Aku angguk. Memang betul tujuan aku nak pergi cari asfa memandangkan aku agak risau dengan mesej ayden. Lagi risau laki kita ada sekali!
"Ish! bahaya tu kenapa nak merisikokan diri? baik aryana duduk dengan mak su," cadang mak su.
"Ala takpe mak su. Saya nak pergi tengok aje," balas aryana menyedapkan hati maksu.
Pergi tengok aje bukan buat apa-apapun. Kalau jadi apa-apa aku lari!
"Bagi je lah budak tu pergi. Kalau kena culik lagi aku suka! baru padan muka kau!" mak lang gelak.
Dahi aku dijentik kuat sebelum mak lang sambung ketawa. Makcik ni karang aku buka langkah baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah!
"Asri pun nak ikut. Biar asri temankan aryana," cadang asri yang baru datang bersama lampu suluh.
Aku angguk. Baguslah kalau budak ni nak ikut sama takda lah aku rasa takut. Lagipun ni bukan kampung aku.
"Jom!" ajakku.
"Asri! kau tak payah nak mengada lah!" tempik mak lang.
"Maaflah. Mak saya memang macam tu."
.
Kawasan terlalu gelap hanya kawasan yang disuluh saja nampak. Lampu suluh dihala kan ke arah sebuah pondok usang. Terus aku tolak lampu asri bila nampak seorang lelaki menoleh ke sini.
"Ada orang. Jangan suluh ke sana bahaya!" larang aryana.
Rasa tak sedap hati pulak. Pelbagai cara aku fikirkan untuk masuk kesana tapi satu cara pun tak boleh pakai.
Asri juga turut berfikir.
"SNW ismail belakang puan!" bunyi walkietalkie.
"Lindung puan! puan berdekatan dengan zon merah SNW ismail!" jerit seseorang sebalik walkietalkie.
Suara tu macam aku kenal. Tapi suara tu makin menghilang jauh.
"Asri ada dengar suara apa-apa tak?"
Asri menggeleng. Nampaknya mungkin telinga aku yang salah.
"Akak dengar suara hantu ke?" soal asri tiba-tiba.
"Heish! engkau ni karang aku bagi kan! waktu macam ni lah mau nya kau sembang pasal hantu," marah ku.
Serta merta bulu roma berdiri tegak.
Asri gelak. Aku gelak sama.
"Lepaskan aku!!" jerit asfa. Badan yang diikat digerakkan semampunya.
"Aku dah lama nakkan kau." kata lelaki itu bersama ketawa.
"Tapi kau tak pernah pandang aku! kau pandang afiq!" jerit lelaki itu lagi.
Tapi lain kali ni jerit itu bersama tangisan. Dia psiko.
"Tolong lepaskan aku wan. Aku merayu dekat kau," asfa menangis.
"Lepaskan dia!" jerit seorang perempuan.
Aryana.
"Saya takutlah akak masuk dalam tu," kata asri ketakutan.
"Kalau macam tu biar aku je masuk kau duduk luar."
Telefon nya diberikan kepada asri.
"Apa-apa kau guna telefon aku."
Asri angguk dan menyambut telefon.
"Pertama kali aku jumpa perempuan berani macam dia," getus hati asri melihat aryana melangkah masuk.
"Aryana?" getus hati asfa.
"Woi macam mana kerja korang ni! sampai orang luar boleh masuk!!" jerit lelaki itu. Beberapa orang lelaki mula masuk berlari ke arah lelaki itu.
Aku berlari ke arah asfa. Sempat aku lihat matanya kemerahan dan bengkak.
"Tolong saya aryana," kata asfa lemah.
Sayu hati melihat keadaan asfa. Aku terus membuka ikatan yang agak tebal lilitannya. Bersungguh-sungguh aku leraikan lilitan tali itu namun tak berjaya.
Saat aku mencuba kembali untuk leraikan tali tersebut tiba-tiba sanggul rambutku ditarik kasar dan kuat! hingga aku terjerit kecil.
Aku terdengar jeritan asfa dan makin menghilang.
Badanku diheret jauh dari asfa dan dilempar ke dalam stor hingga kepala ku terhantuk pada bucu meja berdekatan. Terasa sesuatu yang hangat mengalir keluar.
"Kau duduk lah sini sampai mati!" jerit lelaki merangkap anak buahnya.
Aku masih pening dan sakit kepala akibat hentakan kuat. Setiap sisi stor menjadi kabur dan gelap.
Gelap.
"Kesian. Takda siapa-siapa dah nak selamatkan kau."
Lelaki itu tersenyum jahat. Asfa meludah air liurnya tepat terkena wajah lelaki itu.
Wajah asfa ditampar kuat hingga terteleng ketepi. Muka asfa dicengkam kuat.
"Malam ni malam terakhir kau."
.
"Eh itu bukan ke asri anak mak lang?" ujar ayden memandang ke arah asri.
Asri sedang bermain lampu dan dihala kan ke merata tempat.
Afiq dan ayden melangkah ke arah asri bersama sebilah pisau.
Prak..
"Bunyi apa tu? jangan main-main dengan aku eh!" asri melilau mencari bunyi tadi.
"Asri!" panggil afiq sambil tangannya memegang pisau.
"Pisau!!" jerit asri terus ayden menekup mulutnya.
"Hey hey ni aku afiq."
"Owh ya Allah ingatkan penyangak mana!" marah asri. Terkejut dibuatnya.
Ayden melepaskan tangannya dari menekup mulut asri.
"Kau pun cari asfa ke?" soal afiq.
"Haah tapi takut nak masuk dalam pondok depan tu," tunjuk asri ke arah pondok usang itu.
"Datang sorang je?" celah ayden.
Asri mengangguk.
Mereka berdua terus melangkah ke arah pondok tersebut.
"Eh afiq! sebenarnya aku bukan datang sorang!," jerit asri.
Bayang-bayang mereka menghilang.
"Biarlah," kata asri.
.
"Tu asfa," ujar ayden bila nampak asfa diikat atas kerusi.
Mereka mula masuk dan bermulalah pertempuran antara penjahat.
Bila ada seorang lelaki berbadan sasa menghampiri ayden. Terus dia memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Ditambah lagi dengan tumbukan padu.
Afiq juga tak henti memukul mereka semua.
"Hero selamatkan heroin wah drama!" teruja lelaki itu.
"Sila berundur! kami dari Pasukan keselamatan! sila jatuhkan senjata!" ujar beberapa orang pasukan keselamatan.
Semua terkejut dan cubaan untuk lari keluar. Namun tak berjaya bila pasukan keselamatan menyekat mereka semua.
"Jarang ada pasukan keselamatan pagi-pagi macam ni," sempat ayden mengerling ke arah beberapa orang daripada pasukan keselamatan.
Beberapa orang berhenti dan menyerahkan diri. Pasukan keselamatan memulakan tugasnya menangkap mereka untuk diserahkan pada pihak polis.
"Siapa punya rancangan telefon pasukan keselamatan!" jerit lelaki itu.
"Diam! ikut apa yang saya suruh." marah ketua pasukan keselamatan.
Semuanya selesai dan beberapa orang menolong membuka tali yang diikat pada tubuh asfa. Asfa lemah serta merta jatuh menyembah bumi.
"Ya Allah asfa! bangun!" Wajahnya penuh kerisauan. Ayden hanya memerhatikan tindak tanduk afiq.
"Sa-saya lemah awak," kata asfa lemah.
Tubuh asfa di papah bersama beberapa orang pasukan keselamatan perempuan untuk keluar dari pondok usang itu. Semua juga mengikuti mereka termasuk afiq.
"Afiq!" jerit asri namun tidak didengari oleh afiq. Ayden menoleh ke belakang.
"Aryana? mana!" wajah asri risau.
Ayden kepelikan. Celah mana pulak datangnya aryana.
"Kau datang sorang je kan?" tanya ayden tegas.
Asri meraup wajahnya.
"Saya lupa bang aryana datang sekali tadi. Dia masuk dulu baru abang masuk," terang asri bergetar suaranya.
"Astagfirullahaladzim, apa kau cakap ni! budak ni!" marah ayden.
Ayden bergegas patah balik ke pondok usang itu. Langkahnya terhenti dan memanggil aryana.
"Aryana!" jerit ayden.
Aryana bangun dan menghampiri pintu stor.
Kunci.
"Tolong! saya dekat stor! terkunci rapat," jerit aryana kuat.
Ayden menuju ke arah stor. Ciss pintu dikunci pakai mangga!
"Ya Allah apa ni!" ayden berlari keluar mencari batu besar.
Nasib baiklah ada satu batu besar berada berdekatannya. Kalau tak ada tak jadi cerita pulak kan?
Batu besar itu diangkat dan dibaling tepat pada mangga tersebut hingga terbuka.
Pintu terbuka.
Aryana nangis dan berlari anak keluar. Tak sempat ayden bertanya terus hilang bayangan aryana.
"Akak! nak pergi mana tu?" jerit asri nampak aryana berlari keluar.
Namun, aryana buat tak endah.
'Ya Allah Afiq kau buat apa ni, kenapa kau utamakan orang lain berbanding isteri kau?' getus hati ayden.
Rasa sedih bertamu dalam hatinya.
"Asfa! afiq!" jerit mak lang nampak beberapa orang memapah asfa. Mak su pulak hanya diam memerhatikan afiq.
Asfa diletakkan di atas sofa. Semua orang berkerumun sekeliling asfa. Merah di sebelah pipi kanan menarik perhatian mak lang.
"Afiq," panggil mak su lembut. Wajahnya masam tidak ada secalit senyuman.
"Ya mak su kenapa tu?" jawab afiq.
"Kenapa boleh papah anak dara orang! isteri kamu macam mana!" tengking mak su.
"Isteri saya?" hairan afiq.
"Astaghfirullahalazim! pagi tadi dia keluar pergi cari asfa! kamu lagi pedulikan orang lain berbanding isteri kamu?"
Afiq terkejut. Sungguhpun dia tak tahu yang isterinya keluar. Asri juga yang bagitahu dia keluar sorang-sorang.
"Habis tu macam mana ni?" tanya afiq. Gelisah.
"Saya okay," celah aryana.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro