BAB 12
"Mak lang ada apa-apa yang boleh asfa tolong?" tanya asfa menghampiri mak lang.
Mak lang senyum lebar. Papan pemotong diberikan pada asfa.
"Asfa tolong kupas kulit kentang."
Asfa menggapai bakul kentang dan mulakan tugasnya.
Sunyi.
"Asfa bila nak kahwin?" tanya mak lang memecahkan kesunyian.
Asfa tersengih sambil memotong kentang. Untuk kali ke 100 dia masih belum dapat jawab soalan ni. Betul-betul kbat.
"Entah lah mak lang jodoh saya tengah makan kut," jawab asfa.
Mak lang gelak sambil jari telunjuk tunjuk ke arah afiq yang sedang mengunyah makanan. Asfa juga menoleh ke arah afiq.
"Tu la jodoh asfa tengah makan hehe," usik mak lang.
"Dia kawan saya je la mak lang lagipun afiq tu dah kahwin dah. Saya pun suka dekat isteri dia tu comel je orangnya," kata asfa tidak mengiyakan kata-kata mak lang.
"Mak lang ni pelik la. Sepatutnya dia tu kahwin dengan asfa tau! bukan dengan perempuan tu. Mak lang tahu asfa sedih kan? mak lang boleh baca lah riak wajah asfa tu."
Asfa menggeleng. Kiri kanan dilihatnya takut-takut aryana tiba-tiba datang.
"Saya dah takda perasaan dekat afiq mak lang. Ya memang dulu saya ada perasaan dekat afiq," jujur asfa.
'Ada perasaan dekat afiq?' desis hati aryana.
Langkah ku terhenti bila terdengar satu perbualan. Niat aku ke dapur nak menolong tapi terbantut bila ada sesuatu yang menyakitkan hati.
Kalau betul lah dia ada perasaan lagi, aku tak pelik lah kenapa mereka berdua begitu mesra. Sabar aryana, kenapa kau nak sedih ni? kau mana ada perasaan dekat afiq. Dia pun tak pernah luahkan haha.
"La tercegat dekat sini buat apa aryana?" tegur mak su. Kuat pulak tu sampaikan dua orang tu perasan ha.
Aku tersengih sambil bermain jari.
"Aryana ingat nak ambil air sejuk tadi tapi benda ni menarik perhatian pulak," kata aryana ceria sambil memandang kura-kura kecil. Mak su mengangguk dan senyum.
"Patutlah duduk sini tengok kura-kura rupanya. Ni kura-kura mak su nama dia memo," ujar mak su sambil mengangkat memo.
"Kenapa tak letak nemo je mak su? memo tu macam kertas tu aje hehe," gurau ku.
Mak su menepuk bahu ku sambil ketawa. Biasalah perempuan memang wajib pukul waktu gelak.
"Karang mak su letak nemo dia tak jadi kura-kura dah. Dia jadi ikan Nemo," mak su sambung gelak.
Aku pula rasa segan dan diperhatikan.
"Tengok tu? mesti dia curi-curi dengar kita sembang," kata mak lang.
Asfa menggeleng lagi. Makin terasa kurang selesa dibuatnya. Asfa lebih memilih untuk diam.
.
Selepas separuh kerja dilakukan tiba masanya waktu tidur. Afiq lebih tenang berada di luar rumah. Bintang-bintang yang berkelipan dilihatnya lama.
'Aku harap cahaya seperti bintang dapat menghiasi wajah aryana suatu hari nanti' desis afiq.
"Kau tak nak luahkan perasaan kau ke dekat aryana?" soal ayden yang baru muncul.
Afiq memejamkan matanya lama.
"Aku tak pasti dengan keputusan sendiri," jawab afiq membuka matanya.
"Kau cintakan asfa atau aryana?"
"Kenapa libatkan asfa. Dia kawan aku je Ayden," tegas afiq.
Ayden senyum.
"Aku tanya je takut-takut kau cintakan asfa."
Rasa tu takkan pernah ada. Percayalah sedikit pun takkan pernah muncul walau dia secantik mana pun.
"Afiq! saya nak cakap sikit dengan awak ni," panggil asfa kuat. Ayden menoleh ke belakang sambil menunjukkan gaya pangkah.
"Suruh dia datang sini mesti ada apa-apa tu," arah afiq.
"Sini! kau"
Asfa menghampiri mereka berdua sambil menyilangkan tangan. Wajahnya bengis.
"Ayden tak boleh dengar."
"Kenapa? kau nak luahkan perasaan ke?" tanya ayden soalan tak masuk akal. Asfa mengangkat tangan penumbuk.
Ayden meninggalkan mereka berdua.
Asfa melabuhkan punggungnya di atas pondok.
"Asfa nak cakap apa tadi?"
"Saya tak sukalah mak lang! dia tu melebih pulak mengumpat pasal isteri awak. Sakit telinga tahu tak?" adu asfa marah.
"Patutlah muka bengis semacam. Ni nak cendol ke?" gelak afiq.
"Ish tak nak lah! boleh pulak dia bergurau," asfa berpeluk tubuh sambil tersenyum.
.
"Ayden!" panggil aryana.
"Aku ada dekat sini je masalahnya kau punya panggil sampai jiran sebelah boleh dengar," jawab ayden.
"Hehe. Mana afiq eh?" tanya aryana.
Aku pandang wajahnya seperti berfikir. Dia mengangkat bahu.
"Haih. Aku rasa kat luar lah. Kejap aku pergi tengok," kata aryana sebelum melangkah pergi.
"Eh jap jap! kat luar tu gelap lah. Jangan lah pergi bahaya!" halang ayden.
Aryana buat tak dengar masih meneruskan langkahnya.
"Aryana! cuba kau dengar cakap aku ni. Kat luar tu bahaya," jerit ayden.
Aryana memusingkan tubuhnya menghadap ayden.
"Dah tu kat mana!"
Krak..
Pintu terbuka. Afiq dan asfa. Membulat mata ayden sebelum menepuk dahinya sendiri. Penat-lelah dia halang aryana boleh macam tu mamat tu masuk.
"Isteri abang cari abang ke?"
Dengar je suara tu terus buat aku tersenyum hingga telinga! Aku menoleh ke belakang dan serta merta senyuman ku mati.
Kenapa kena ada asfa sekali?
"Awak pergi mana dengan asfa?" tanya aryana curiga.
Dia pergi dating ke?
"Abang tak pergi mana-mana pun. Berbual luar rumah je," jelas afiq
"Haah. Kami berdua berbual je tak pergi mana-mana pun," celah asfa.
"Ini lah yang kau cakap bahaya tu ayden?"
Aku memandang ayden berharap dia dapat jelaskan. Ayden mengangkat tangannya membuat gaya 'Sorry'
Cukup! hati aku sakit! retak seribu! semua tak boleh percaya!
"Saya nak tidur assalamualaikum."
Aku melangkah pergi. Menuju ke arah bilik afiq. Tombol pintu dipulas sebelum masuk ke dalam.
"Jujur je lah yang awak sebenarnya cemburu kan?" tanya afiq naik satu oktaf suaranya.
Aku diam. Masih kaku di atas katil.
"Kenapa susah sangat awak nak jujur tentang perasaan awak. Sampai bila kita nak macam ni?"
"Kita ni macam orang asing. Macam takda gelaran suami isteri."
"Awak sayangkan asfa kan?"
Afiq diam.
"Jawablah!!" tengking aryana.
Air matanya mengalir keluar hingga sebak terasa.
"Kalau saya sayangkan asfa sekalipun apa jadi dengan awak?"
"Tak jadi apa-apapun. Tak merugikan awak," jawab aryana perlahan.
'Kehilangan aku tak memberikan sebarang kesakitan pada kau pun' desis hati aryana.
"Kehilangan saya sesuatu yang awak suka kan? saya tahu," aryana senyum tawar.
"Yes!"
"Fine!" jerit aryana seraya air matanya makin lebat.
'Kalau kau tahu aku sebenarnya sayangkan kau." desis hati afiq.
Air mata lelakinya mula mengalir laju. Sedikit pun dia tak berniat untuk menghancurkan hati seorang perempuan yang dia sayang. Kerana emosi yang menguasai semuanya hancur begitu saja.
Tombol pintu dipulas kasar sebelum dihempas kuat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro