BAB 11
Saat ini aku termenung dan berfikir panjang sebelum memulakan bicara. Dihadapan aku sekarang wujudnya pasangan yang bahagia dengan seorang lelaki agak dingin.
Afiq kelihatan sangat bahagia bersama asfa berbanding aku. Seluruh seri wajahnya bersinar-sinar dengan senyuman bahagia. Aku pula terasa seperti dihempap batu besar.
Asfa dia seorang gadis yang cantik dan menarik. Dia mempunyai personaliti yang berbeza dari aku. Dia manis, dia sesuai dengan Afiq. Dia juga seorang yang lemah lembut bagai kapas.
Sekali dia bercakap mampu mencairkan hati lelaki termasuk afiq.
Aku sedar siapalah aku disini. Aku hanya sepohon pokok yang layu dan tak mampu lagi segar seperti dulu.
Asfa pula sekuntum bunga yang selalu segar dan cantik yang menarik perhatian kumbang.
"Aryana!"
Akibat sergahan kuat itu menyedarkan aku daripada bayangan yang aku cipta sendiri. Aku memandang afiq sebelum beralih kepada asfa.
"Kenapa dibiarkan makanan sejuk macam tu?"
Aku pandang nasi goreng kampung. Tiba-tiba tak berselera pula lepas tengok drama bahagia tadi.
Aku mengangkat wajahku dan menggeleng perlahan.
"Saya tak rasa nak makan lah. Awak habiskan boleh."
Aku nampak wajah afiq berubah.
"Makan lah sikit aryana nanti perut awak masuk angin tau," tegur asfa pula.
Aku memandangnya dan senyum tawar.
"Awak je lah makan ya. Saya masuk kereta dulu," kata aryana pamit
Aku bangun dari kerusi dan melangkah keluar tapi terasa pergelangan tangan ku ditarik dari belakang. Langkah ku terhenti lalu menoleh ke belakang.
"Abang pun tak rasa nak makan. Kita gerak sama-sama," kata afiq lembut. Matanya masih tumpu padaku.
"Asfa?"
Entah bagaimana aku boleh terkeluar soalan itu. Tapi itulah yang bermain dalam fikiran ku.
"Why? ayden ada kan. Abang bukan suami dia pun," kata afiq sambil menggeleng kepala.
Aku diam dan terus menuju ke parkir kereta.
.
"Diorang gaduh ke awak?" tanya asfa sambil mengunyah makanan.
Ayden diam. Kusyuk bermain permainan video.
"Awak ni diam je. Saya pun tak rasa nak makan lah," marah asfa.
Terus pandangan ayden beralih pada asfa dengan kening yang bertaut.
"Kau jangan nak mengada-ngada eh. Membazir amalan syaitan. Ingat tu," bebel ayden.
Asfa gelak.
"Kenapa kau gelak? malas aku layan perangai kau ni."
Ayden sambung bermain permainan video.
"Time awak marah nampak comel sangat. Macam Doraemon marahkan Nobita," asfa gelak lagi.
"Banyaklah kau."
Ayden tersenyum sendiri. Kenapalah dia jumpa dengan gadis macam ni?
Bolehlah berbunga-bunga kejap hati ni.
"Awak takda girlfriend ke? nampak macam single je," tanya asfa dengan wajah ingin tahu.
"Kalau aku cakap ada?" jawab ayden.
Asfa menutup mulutnya dan ketawa kecil.
"Ye ke? macam bohong je," kata asfa menduga ayden.
"Tak sekarang ni kenapa kau sibuk sangat ni pasal aku."
"Awak ni kadang macam Doraemon kadang macam hulk ish tak faham lah!" asfa menggeleng kepala.
"Apa-apa je lah," sayup-sayup kedengaran.
.
"Dengar cerita anak si mak ngah mau datang kesini. Boleh ler ajak diorang tolong sikit-sikit ni," kata mak su ceria.
"Yang baru kahwin tu ke? dia datang dengan isteri dia sekali ke?" celah mak lang.
Mak su mengangguk sambil memotong bawang.
Mak lang gelak jahat.
"Aku tak suka isteri dia tu. Nanti kalau dah sampai siaplah dia aku kerjakan," kata mak lang.
"Lah engkau. Budak tu okay je lah. Engkau aje ada masalah hati dengan dia tu," kata mak su pedas.
Bukannya dia tak tahu kakaknya itu perlu diberi pelajaran barulah sedar!
Kalau kau cakap elok-elok bukannya masuk kepala.
"Ibu! ada orang datanglah dengan Alphard warna hitam depan rumah," jerit asri anak sulung mak lang.
Mak lang dan mak su bergegas keluar rumah.
"Awak buka bonet ni! saya nak ambil beg pakaian saya ni," arah asfa diluar tingkap ayden.
Ayden memutarkan bebola matanya ke atas. Menyampah!
"Sabar boleh tak? bukannya baju kau aje ada dalam tu."
Seusai mengambil beg masing-masing bonet belakang ditutup rapat.
"Eh berhenti semua," panggil ayden.
"Ada apa ayden?"
"Tu bukan ke makcik yang baling periuk nasi dekat aku tu ke?" kata ayden sambil menunjuk ke arah mak lang.
Terus otaknya mengimbau kembali saat mak lang melemparkan periuk nasi.
"Kau ni budak tak guna! kau kan curi selipar asri?" tanya mak lang marah.
Ayden menggeleng.
"Bila masanya? saya ni dah kaya tau makcik buat apa saya nak curi selipar anak makcik harga seposen tu," ujar ayden megah.
Mak lang berkerut menahan marah.
"Apa kau cakap seposen? Seposen? eh! aku beli selipar tu dekat Dr.garden tau! ni seposen kau! amik kau!"
Periuk nasi serta merta melayang ke atasnya. Fuh memang sakit.
Ayden menggeleng sebelum berundur ke belakang. Aryana gelak.
Baru aku tahu ayden pernah kena macam tu. Bahaya ni entah-entah silap haribulan aku pulak kena baling.
"Alah. Dia takkan buat lagi, jom lah dah nak maghrib ni," kata afiq menarik lengan kawannya.
"Pelik-pelik je lah dia ni," celah asfa.
Sampai je di muka pintu rumah kayu terus mereka sambut dengan ceria. Aku menyalami tangan beberapa orang disitu dan akhir sekali aku melangkah ke arah mak lang. Bila tanganku dihulur terus ditepis kuat.
Terus aura negatif terasa disitu. 'Makcik ni jahat ke?' desis hatiku.
Aku geleng kepala ku. Tak baiklah fikir bukan-bukan pasal orang entah-entah dia baik orangnya.
Aku masih dengan senyuman manis. Afiq juga tersenyum lebar. Kecuali seseorang yang memang hati batu.
Ayden.
"Awak ni tak reti tunjuk muka manis ke?" soal asfa dengan kening berkerut.
"Tak reti."
"Kau ni ayden senyumlah sikit. Nanti karang aku tak tahu kalau penyapu tiba-tiba melayang," usik afiq.
Serta merta wajah ayden bertukar manis. Tahu pun takut dia.
"Eh asfa pun ada sekali? wah baiklah afiq ajak asfa sekali," kata mak lang ceria. Tangan asfa digenggam erat.
Nampak macam rapat.
"Alang alang dia nak balik jugak kan saya ajaklah dia sekali," jawab afiq.
"Budak tu pun ada sekali? tak malunya," kata mak lang perlahan tapi dapat didengari oleh ayden.
"Saya datang sini sebab afiq tau kalau bukan sebab dia memang takkan pernah jejak lah," marah ayden tapi masih menghormati mak lang.
"Cukup asfa dan afiq je datang dah memandai. Yang lain tak payah datang takpe." kata mak lang.
Tiba-tiba afiq menggenggam erat tangan ku. Aku berpaling ke arahnya dengan riak wajah seperti 'Kenapa?'
Afiq hanya senyum. Seperti dia tahu apa yang dimaksudkan oleh mak lang. Awal-awal lagi mak lang macam tak suka aku.
"Erm dah-dah nak masuk waktu maghrib dah ni," celah mak su.
Kami semua terus masuk ke dalam rumah dan siapkan diri.
.
"Banyaknya umi beli!" meluas mata rayyan memandang beberapa beg kertas.
Umi tersengih sambil menghulurkan kad kredit rayyan.
"Kalau bukan umi siapa lagi nak guna duit kamu ni. Nak harapkan isteri kamu tak kahwin lagi," kata umi sambil membuat gaya tangan.
"Nasib aryana tak ada kat sini kalau ada mesti dia pun berbelanja sakan," tambah rayyan.
Mereka berdua teruskan perjalanan mengelilingi IOI city mall.
"Lain kali ajak umi lagi. Umi nak beli macam-macam lagi dekat sini," kata umi gembira.
Rayyan pun turut bergembira walaupun duit sudah kehabisan tapi biarlah sekurang-kurangnya mampu membahagiakan hati seorang ibu.
"Boleh jer tapi ada syarat."
"Umi tak tahu kan syarat dia apa? hehe," ujar rayyan seraya gelak.
Umi mengangkat kening.
"Tapi lepas ni pakai duit umi pulak hehe," terus cubitan ketam hinggap pada bahu Rayyan.
"Adoi! sakit lah umi gurau je pun," rayyan merengek.
"Tiada erti gurauan okay!" umi gelak.
Begitulah harian bersama anak teruna.
.
Segala bahan mandian siap terletak dalam bakul.
"Awak dah tengok ke bilik mandi tu macam mana?" tanya afiq.
Aku berpaling ke arahnya sambil menggeleng. Kenapa? bilik air tu teruk sangat ke?
"Haritu ada ular masuk melalui mangkuk tandas hak tu lah abang bimbang sebenarnya.." kata afiq sayup-sayup kedengaran.
Terus berdiri bulu romaku. Membulat mataku biar betul kau ular ada? kalau macam tu aku sanggup tak nak mandi.
"Tapi dah lama dah benda tu pergi. Abang cuma risau tu aje kalau awak berani pergilah."
"Tandas sekali bilik air? Alamak tak nak lah mandi."
Afiq ketawa dan berdiri tegak disamping ku. Bahu aku dia pegang erat.
"Nanti bau awak macam kerbau baru tau!"
Aku tolak tangannya. Tak kisah aku bau macam kerbau sekalipun daripada bertemu dengan benda tu. Aku tak suka!
Afiq tarik tangan ku menuju ke arah bilik air belakang. Katanya bilik air tu dah lama bina sejak mama umur 13 macam tu. Jadi tak peliklah kalau keadaan bilik air itu agak teruk.
"Noh! cantik aje bilik air ni apa yang teruknya."
Hampir jatuh rahangku memandang bilik air serba mewah hang! rupanya bukan aku je terkejut apa orang sebelah pun terlopong! jaga-jaga nanti lalat masuk.
"Tak tahu pulak bilik air ni bertukar. Dulu bilik air ni teruk tau bukan macam sekarang siap ada mozek lagi tu," terang afiq panjang lebar.
"Jangan cakap banyak kita pergi tengok ruangan dalam pulak mana tahu ada aircond kan kan."
Afiq membututi langkahku.
Wow! kan aku dah kata mesti ada aircond.
"Tak payah puji saya tahu saya bijak," bangga diri sendiri.
Afiq mengangkat kening sebelum menyandarkan tubuhnya pada dinding.
"Isteri abang memang bijak," puji afiq.
Erm aku masih tertanya-tanya kenapa dia begitu selesa dengan panggilan 'abang' walaupun pada hakikatnya kami tak mesra.
"Ada orang ke dalam tu?"
Aku mengangkat bahu. Aku pun pelik lah ada orang ke dalam ni sebab air terbuka.
"Eh! afiq" jerit ayden macam perempuan.
Aku pun terkejut dengan ayden. Afiq lagilah lari keluar dari bilik air. Aku lupa bilik air ni umum tak kira lelaki ke perempuan semua masuk.
"Ini lah aku benci kalau mandi macam ni nasib baik kau orang berdua je tau," kata ayden lega.
"Kalau mak lang tadi silap haribulan sinki tu dia baling," sambung ayden.
Aku gelak ketawa. Sempat lagi nama mak lang terlintas di fikirannya.
Lagi buatkan aku geli perut bila terpandang kain tuala atas kepala ayden persis perempuan. Macam pondan!
"Kau ni ayden. Bahaya betul lah! cepat lah keluar bini aku nak mandi ni," afiq menghalau ayden.
Mereka berdua berlalu pergi. Baru lah tenang hidup aku sebagai seorang perempuan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro