BAB 10
Memikirkan tentang panggilan ibu sebentar tadi cukup buat aku pening dan gelisah! balik kampung esok? dengan bajunya tak kemas lagi macam mana ni. Nak call afiq ke tak?
"Hello assalamualaikum aryana mama ada benda nak bagitahu ni" ceria suaranya
"Waalaikumussalam mama. Wah apa tu? cerianya dengar" jawab aryana hujung talian.
"Hujung minggu depan ada majlis perkahwinan sepupu afiq. Sekarang mesti diorang memerlukan bantuan kan untuk siapkan apa yang patut. Kalau tak keberatan, Mama nak kamu dan afiq balik kampung besok. Bawa la baju lebih lama nak duduk sana."
"Nanti aryana bagitahu afiq ya. Insyaallah apa-apa aryana inform balik as soon as possible"
Panggilan ditutup.
Bunyi ekzos kenderaan afiq menyedarkan aku dari berfikir. Tanpa membuang masa aku menapak ke arah pintu rumah.
"Awak tahu tak mama suruh balik kampung esok ni," sapa aryana bila nampak afiq bersama kot hitamnya.
"Abang dah tahu dah." sepatah jawabnya.
Aku mengecilkan mataku sebelum mengejarnya dari belakang.
"Stop!" jerit Aryana sehingga langkahnya terhenti dan memusingkan badannya ke arah isterinya.
Puas hati aku. Kalau boleh nak aje anak tekak tu terkeluar barulah meroyan manusia depan aku ni tak pasal-pasal masuk berita anak tekak aryana terkeluar.
"Baju saya tak kemas lagi tahu tunggu awak balik punya pasal. Jam tangan pakai untuk buat hiasan ke?"
"Jom lah kemas sama-sama abang temankan okay," jawab afiq suara sengaja dibuat-buat seperti lelaki gatal.
"Esok kita gerak pukul berapa?" soalku mengalih topik.
"Lepas subuh kita gerak lagipun jauh jugak perjalanan kita ni dari Terengganu ke kedah."
Aku mengangguk tanda faham. Dia juga angguk. Secara umumnya dua-dua angguk. Memang angguk sampai tahun depan.
Tak pelik ke balik kampung berdua je nanti mesti akward gila. Aku tak tahu lah sekarang muka aku macam mana tapi mesti berkerut duk fikir macam mana esok ni. Ingat senang ke satu kereta dengan orang yang memang kita tak selesa secara jelasnya?
"Jangan bimbang. Esok kita bertiga," tegur afiq mungkin sedar dengan perubahan wajahku.
Tapi bertiga?
"Bertiga?"
Dia angguk sebelum melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Dengan asfa sekali."
"Perempuan ke lelaki asfa tu?"
Afiq tersenyum mendengar soalan ku. Tengok dari senyuman dia tu dapat aku rasakan asfa ni perempuan.
"Perempuan. Kawan baik abang dari zaman belajar dekat U dulu," jawab afiq lembut.
Kan aku dah cakap. Tengok reaksi dia memang betul asfa tu perempuan.
"Dia tu baik sangat, tudung labuh, muka cantik. Mama memang sukakan dia dulu sebab dia ni pandai masak," kata afiq.
Saya pun pandai masak lah suamiku. Awak je tak nak request.
Hatiku tiba-tiba sakit bagaikan dihempap batu besar. Melambung-lambung puji diberikan olehnya pada asfa. Aku angguk sebelum menuju ke arah anak tangga.
"Aik? macam tu pergi."
Air mata dikesat kasar. Memikirkan pujian tadi buatkan aku sakit hati! baru je kahwin berapa minggu dah buat orang sakit hati. Isteri dia ni tak pernah-pernah di pujinya tapi kalau kawan baik dia tu melambung-lambung!
Aku bukan sayangkan dia cuma sakit hati saja.
Kenapalah umi pilih menantu yang salah ni? Baik aku lari pergi stesen bus sekarang acah merajuk.
Tapi tak boleh.
Bantal golek dipeluk erat sebelum matanya tertutup rapat.
.
Ayden
Kenapa aku kena ikut jugak ni boss? baru nak dating esok.
Afiq
Tak payah banyak cakap ikut je lah. Aku tengah packing baju ni. Maklumlah suami.
Ayden
Lah takut bini ke?
Afiq
Bukan macam kau takut perempuan. Tak padan dengan muka ketat. Dah jangan kacau aku.
Ayden
Ye lah, esok aku sampai.
Wajah mulus aryana ditatap lama sebelum bibirnya mendarat di atas dahi isterinya.
Semasa dia masuk ke dalam bilik sebentar tadi cukup terkejut dirinya melihat aryana tidur. Bukan terkejut disebabkan cara isterinya tidur tapi terkejut dengan bantal yang dipeluk olehnya. Hampir jatuh rahang afiq memandangnya tanpa berkelip.
Setahu dialah aryana memang selalu jual mahal dengan bantal golek afiq katanya busuk padahal dalam diam suka.
Yang lagi membuatkan afiq sedih bila mata isterinya bengkak mungkin asbab menangis. Adakah disebabkan oleh dia? makin membuak-buak perasaan serba-salah nya.
Habis mata bengkak-bengkak sebab nangis. Mata aryana digosok lemah lembut.
"Dengan cara ni aje abang boleh buat dekat awak," kata afiq perlahan.
"I love you wife," matanya tak lepas memandang aryana sebelum meneruskan kerjanya. Semua baju-baju Aryana dilipat kemas dan cantik termasuklah barang peribadi isterinya juga.
Cukup jahat ke dia?
Asfa im wait.
.
Alphard hitam siap parkir dihadapan pagar besi rumah Aryana.
Afiq mengenakan pakaian T-shirt hitam dan seluar slack biasa saja manakala ayden pula mengenakan baju dan seluar serba hitam. Katanya ala-ala mafia.
Aryana pula mengenakan pakaian baju kurung moden warna biru muda dan tudung bawal biru gelap. Ceria kan!
"Dari subuh sampai sekarang muka tu memang masam mencuka aje abang tengok awak ni," tegur afiq perasan isterinya tak kena.
Jari telunjuk aryana menunjuk ke arah beg pakaiannya sebelum mengecilkan mata.
"Siapa bagi kebenaran awak untuk kemas pakaian saya? hak paling cannot brain awak kemas barang peribadi saya jugak!"
"Kennot brain lah!"
"Suami awak jugak kan bukannya ayden tolong kemaskan," jawab afiq selamba sambil betulkan rambutnya.
Ayden berdehem sebelum menatap tajam wajah afiq. Tiba-tiba nama kena mention memang nak hadiah si afiq ni. Afiq mengangkat keningnya.
"Lah kita ni suami isteri ke?"
Zup!
Hati sakit. Suami isteri ke? kenapa soalan macam tu boleh terkeluar dari mulut isteri aku sendiri?
Aku senyum tawar memandangnya seperti tidak kisah dengan apa yang baru diucapkannya.
"Tak. Saya lupa saya memang bukan suami awak."
Aryana diam memandang tidak berkelip.
'Merajuk ke baby besar ni?' desis hatinya.
"Merajuk le tu! nyampah aku" celah ayden perlahan sebelum beredar dari drama kecil yang bakal bermula.
"Afiq bawa kereta hati-hati ya ingat jangan bawa laju-laju anak umi ada sekali tu," pesan umi lembut sebelum menyambut tangan menantu dan anaknya.
"Insyaallah umi. Umi hati-hati ya dengan rayyan," balas afiq.
"Banyak beg nak tidur setahun ke?" sempat umi bertanya seraya menarik beg aryana.
Aryana senyum manis. Beg bajunya diangkat tinggi.
"Beg ni memang aryana je bawa hehe," perli aryana.
Dia punya perli sampaikan orang sebelah terasa. Afiq berdehem sebelum menarik beg aryana.
Aku tersenyum puas. Nak merajuk sangat kan.
"Afiq gerak dulu umi, jaga diri baik-baik tau."
"Baik-baik tu," tubuh umi dipeluk erat sebelum terlerai.
Mereka berdua lekas menuju ke arah Alphard hitam dengan beberapa beg. Sambil-sambil menyusun beg sempat aryana memandang afiq dari ekor matanya.
"Mana buah hati awak tu? ke merajuk jugak dengan dia?" soal aryana memecahkan kesunyian.
Afiq diam dan masih meneruskan kerjanya. Pintu belakang ditutup rapat.
"Memang nak merajuk sampai tahun depan. Dia tak tahu yang aku lagi teruk boleh merajuk!" terkumat-kamit membebel.
.
"Ni ke rumah dia?"
Perempuan berpakaian jubah hitam mendekati kereta dengan beberapa beg pakaian. Mungkin itu asfa.
Badan aryana sedikit ke depan mengintai asfa sebelum kembali ke posisi asal.
"Cantik. Patutlah puji sangat semalam," ujar aryana perlahan.
"Nak saya tolong masukkan beg tak?"
Asfa menggeleng.
"Tak perlu susah-susah saya boleh masukkan sendiri," kata asfa lembut dengan senyuman manis.
Ayden turun dari tempat memandu dan menapak ke arah bonet kereta. Bonet belakang dibuka kemudian ayden menghulurkan tangan.
"Beg."
Asfa mengangguk sebelum menghulurkan beg pakaiannya.
"Terima kasih awak," kata asfa lembut.
Ayden memusingkan badannya menghadap asfa. Tidak ada sedikit pun senyuman pada wajahnya.
"Tak perlu berterima kasih. Ini kerja aku." dia berlalu pergi.
Pintu kereta Alphard dibuka. Asfa pandang lama posisi afiq dan aryana. Aryana melentokkan kepalanya atas bahu suaminya. Dia mengalihkan Matanya ke tempat lain.
Tiba-tiba rasa janggal dan pelik.
"Er nak duduk mana ni?"
"Asfa duduk sebelah ayden. Duduk depan."
Asfa mengangguk.
Setelah semua siap mengambil tempat kereta Alphard hitam meluncur laju ke highway.
.
Kepala Aryana kembali tegak memandang hadapan. Afiq tergelak kecil namun cepat dia beriak biasa. jealous ke?
"Saya nampak awak gelak," kata aryana memusingkan badannya menghadap afiq.
"Mana ada," jawabnya sepatah.
Aryana mengajuk muka Afiq.
"Pikir lawo?"
Aryana mengangguk bangga memang dia fikir dia cantik.
"Kalau yang duduk depan tu kemain awak puji eh. Kalau saya terus tanya pikir lawo? lelaki memang semua sama," kata aryana seraya memandang ke tepi tingkap.
Lebih baik pandang kehijauan pokok-pokok ni daripada pandang orang sebelah. Desis hatinya.
Afiq senyum. Dia comel kalau cemburu.
Selepas 3 jam memandu ayden berhenti di RnR berdekatan untuk mengisi perut yang dari tadi hebat berdangdut. Boleh dikira masalah besar juga menganggu dirinya memandu.
Asfa dan ayden turun bersama kebetulan asfa juga lapar. Afiq menggoncangkan tubuh aryana yang lena dibuai mimpi.
"Jom makan sayang," kata afiq lembut.
Aryana masih dengan tidurnya.
"Ya Allah susahnya nak bangun dia ni," omel afiq sendiri.
Sekali lagi dia cuba untuk bangunkan isterinya.
Aryana menggeliat.
"Kaki saya sakitlah pakai kasut tumit tinggi ni," adu aryana menunjuk kakinya.
"Abang dukung saya boleh tak? ngantuknya,"
Afiq diam mencerna ayat isterinya. Berdebar bila isterinya memanggil abang. Tapi satu yang bermain dalam fikirannya 'Aryana mengigau?' mustahil lah dia nak afiq buat semua tu.
"Serius ni?"
Aryana mengangguk sambil matanya terpejam.
Tanpa melengahkan masa. Afiq buka pintu keretanya dan mendukung isterinya. Wajahnya selamba mengangkat aryana. Sempat dia betulkan tudung aryana yang terselak.
Rata-rata orang disitu banyak mengumpat bila nampak afiq mendukung isterinya tapi dia tak kisah kerana yang dia dukung ialah isterinya yang sah bukanlah isteri orang lain.
Bila nampak pondok yang berdekatan dia terus menuju ke situ. Sesudah sampai disitu dia meletakkan isterinya dalam kedudukan bersandar belakang tiang. Aryana celik dan membetulkan kedudukannya. Mata digosok sebelum memandang sekeliling mereka.
"Aik? macam mana saya boleh sampai sini?" soalnya kepelikan.
'Ke dia dukung aku?' aryana berfikir. Lama dia berfikir.
"Nak makan?" soal afiq alih topik.
Terus pemikiran aryana berubah ke arah makanan serta merta dia mengangguk.
"Jom!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro