Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 Takdir Tak Disangka (🌹Dian)

"Ada apa kau masuk sini?" soal Raja Lance pada Raff.

"Para pelombong dah pecah masuk istana..."

"Itu aku tahu. Yang aku tanya, kenapa, engkau tuu, masuk ke sini?" Tinggi suara Raja Lance menyoal Raff.

Raff menggenggam tangannya. Rasa amarah dapat dirasa menyerbu ke kepala. "Mereka datang sini untuk tuntut keadilan. KEADILAN, yang Tuanku tak berikan pada mereka. KEADILAN, yang Tuanku cuba rampas dari mereka." Raff menutur kata-katanya dengan lantang.

Terlihat beberapa orang menteri Raja Lance mulai masuk ke dalam dewan mesyuarat tersebut.

"Untuk jadi seorang pemerintah yang baik, Tuanku sepatutnya bercakap sendiri dengan rakyat yang bermasalah. Faham hati mereka..."

"Faham masalah mereka, sebelum Tuanku ambil apa-apa keputusan. Bukan jenayah pun, kalau Tuanku jadi raja yang bertimbang rasa." Rasa amarah menguasai keseluruhan diri Raff.

"Jadi seseorang yang pentingkan diri sendiri, iya, itu bukanlah satu masalah." Raff berhenti seketika.

"Tapi... yang jadikan ianya masalah ialah, bila orang yang pentingkan diri itu, seorang pemerintah yang dipercayai rakyat untuk jaga, untuk lindungi mereka." Raff cuba mengawal rasa kesal di hatinya.

"Dan ya, saya tahu. Saya bukan apa-apa di sini. Saya tak ada pangkat... tak ada nama... tak ada harta. Saya di sini, hanyalah sebagai satu suara..."

"Suara bagi pihak mereka yang malang, yang teraniaya, yang Tuanku tak benarkan menghadap Tuanku. Yang masih menunggu Tuanku, untuk faham masalah mereka. Jadi... mohon... faham!" Raff melangkah keluar dari dewan mesyuarat, meninggalkan Raja Lance dan para menterinya, tergamam.

Sampai di muka pintu dewan mesyuarat, Raff berpaling menghadap isi dewan semula. "Semoga kamu semua... para manusia golongan pemerintah atasan yang beruntung, dapat bela nasib malang kami, rakyat biasa."

"Kalau tak... apa je bezanya kami rakyat biasa, dengan kamu-kamu, orang kaya?" soal Raff. Sempat dia tersenyum sinis sebelum dia kembali melangkah.

Raff pulang ke kamarnya. Masuk sahaja ke kamar, terlihat Zarf yang sudah berusia 3 tahun, sedang bermain bersama adik perempuannya, Dian yang berusia 2 tahun.

Raff berjalan menghampiri katil. Dia kelihatan sangat runsing. Sebahagian pakaiannya ada yang terkoyak.

Puteri Zafira yang menemani anaknya bermain, bangun dari duduk, lalu menghampiri Raff.

"Sayang... sayang lawan juga ke dengan para pelombong? Sudahlah sayang pandai berlawan... kesian mereka." Resah Puteri Zafira menyoal Raff setelah Raff duduk di birai katil mereka.

"Kenapa raja masih tak serik-serik mengkhianati kepercayaan rakyat jelata?" Raff meraup wajah dan rambutnya, namun kepala tetap sahaja ditundukkan ke lantai. Dia merasa bersalah, tidak mampu menegakkan keadilan buat para pelombong.

"Zafira dah cuba beritahu ayahanda tentang hal ni. Tapi, ayahanda tak nak dengar langsung. Ayahanda lebih percayakan kata-kata para menterinya. Maaf... Zafira tak boleh nak tolong abang ubah keadaan ini." Puteri Zafira melabuhkan kepala di bahu suaminya.

"Abang tak boleh terima bila rakyat lemah yang tak ada kuasa, dipermainkan nasib mereka macam ni." Raff mengadu lagi pada Puteri Zafira.

"Zafira tahu. Abang pentingkan keadilan. Andai saja, abang yang jadi raja, pasti kerajaan kita aman sentosa." Puteri Zafira meluahkan harapannya.

Raff tertawa kecil.

Zafira angkat labuhan kepalanya lalu melihat Raff, pelik.

"Abang jadi menantu raja pun, sampai hari ni raja tak boleh terima. Sayang berangan, abang ambil alih Kerajaan Tanah?"

"Mohon jadi lebih matang sayang. Jangan berangan. Nanti anak dalam perut sayang, berangan tak terkejar dek impian." Raff mengubah kedudukan duduknya, lalu duduk mengadap Zafira. Raff mengelus perut besar Zafira yang hanya menunggu hari, menanti kelahiran anak kembarnya pula.

"Abang... ini namanya, cita-cita. Okey? Sayang akan tunggu hari abang diangkat menjadi raja. Selepas tu, semua rakyat jelata akan berterima kasih pada Zafira sebab beriya-iya nak kahwin dengan abang..."

"Mengada..." Raff mencubit pipi Zafira. Tubuh isterinya itu kemudian ditarik ke dalam dakapnya.

Jika tak kerana cintaku kepada Zafira, akulah manusia yang akan mengetuai para pemberontak kerajaan, menentang para menteri dan sang raja. Tapi, apakan daya? Permaisuri Hati Tercinta ialah anak kepada sang raja.

Sungguh... takdir...
Adalah benda yang tak kita sangka-sangka.

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro