Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

03 🌷Puteri Zafira- Jabat Bersapa

Dua bulan setelah Raff tinggal bersama Peter, seluruh kerajaan menerima berita bahawa raja Kerajaan Angin telah meninggal kerana sakit tua. Putera Will akhirnya diangkat menjadi raja Kerajaan Angin.

Raja Lance makin marah, "Manusia tak guna itu masih sahaja dilantik menjadi raja Kerajaan Angin, walaupun dia pernah diusir keluar dari kerajaan itu? Kebodohan apakah ini?"

Sewaktu Raff menonton perlawanan pedang di gelanggang bersebelahan kedai makan Harry, Puteri Zafira melalui kawasan pekan bersama dayang-dayangnya.

Mata Raff dan Zafira bertentang, lantas mereka berbalas senyum.

"Raff... itu bukan gadis taraf kita, Raff. Itu anak Raja Lance, Puteri Zafira. Sebelum kau kena pancung dengan raja, baik kau lupakan je dia." Nasihat Grande kepada Raff. Mata Raff masih memerhati Puteri Zafira yang berlalu.

Tetapi, kerana sudah jatuh hati, Zafira sering berjalan di pekan untuk mencari kelibat Raff. Zafira akhirnya terlanggar Raff sewaktu Raff keluar dari kedai tukang besi.

"Maafkan saya. Maafkan saya. Awak tak apa-apa?" soal Raff sebelum melihat raut wajah gadis yang melanggarnya.

"Tak mengapa. Saya tak apa-apa..." Zafira tersenyum.

Disaat Raff sedar gadis yang baru melanggarnya ialah gadis sama yang seringkali menghantui mimpi-mimpi indahnya, seraya itu, "Puteri Zafira..." Bibir Raff menutur tanpa sedar.

Zafira tersenyum lagi. "Tak adil begini. Kamu tahu nama saya, tapi saya tak tahu pun nama kamu." Zafira mengjungkit kening kanannya dengan muka tak puas hati. Namun bibir tak mampu menghalang senyum dari terukir.

Raff tersenyum tiga saat. "Raff... nama saya, Raff." Lantas Raff menghulur tangannya.

Mereka berdua berjabat tangan.

Sekali jabat bersapa...
Kau aku, berpisah tiada.

"Hai si tukang besi tampan bergaya," tegur Zafira setelah dia melangkah masuk ke dalam kedai Peter.

Raff tersenyum segaris dan melambai tangannya sesaat kepada Zafira. Dia kini sedang cuba belajar cara-cara menempa sebilah mata pedang.

Peter yang sedang melakukan demonstrasi, bersuara. "Pergilah. Puteri Zafira datang ingin menemuimu," ujar Peter.

"Tapi... aku sedang belajar denganmu," tolak Raff. Adab belajar... hormati yang sedang mengajar.

"Tak mengapa, Raff. Besi ditempa, tinggalkan ia padaku sahaja. Bunga datang mencari kumbang, jangan dibiar ia terbang menghilang. Nantinya sedih, hatimu bakal merintih. Pergilah. Jangan dibiar ia menunggu lama-lama. Nanti merajuk, sukar dipujuk."

Peter bermain dengan kata-katanya. Masakan dia tidak sedar. Hati kedua-dua anak muda, sudahpun terpaut. Tersimpul rapi, terikat mati.

"Hebat kata-katamu, Peter. Andai saja aku bijak bermain kata sepertimu..." Raff menggeleng kepalanya. Ingin dicurah kata-kata cinta kepada Zafira, lidah kelu tak berbahasa.

Dan di sisi yang lainnya, terasa diri ini dan dia, bagai air dan udara layaknya.

Dia bagaikan air... terlihat dek mata kasarmu. Tanpa perlu kau berusaha, pasti kau akan nampak dan sedar akan kewujudannya.

Dan aku... aku bagaikan udara. Semua orang sedar kewujudan aku. Tapi, tak semuanya sentiasa sedar... akan keberadaan diriku. Aku, tak kasat di mata semua. Hanya yang sudi menerima, sanggup terima aku seadanya.

Raff melangkah menghampiri Zafira setelah pamit dari Peter.

"Raff... kau kenapa? Muram saja..." Zafira menyoal, risau.

"Aku... tak mengapa. Ada apa ya, kau datang mencariku?" soal Raff.

"Kenapa? Apa aku... mengganggumu?" Terguris hati si gadis.

"Puteri... sedar pun kamu. Iya... kamu... benar-benar menggangguku." Raff iyakan pertanyaan Zafira.

Zafira terkesima. Aku... benar mengganggunya?

"Kau mengganggu konsentrasiku di siang hari... dan tidurku pula disisi malamnya. Aku... benar-benar terganggu olehmu."

Zafira tersenyum segaris. Mengadanya dia! Hati Zafira kembali berbunga.

"Puteri... sudah masanya untuk pulang ke istana," ujar salah seorang dayang Zafira. Zafira mengangguk kepalanya, tanda faham.

"Esok... hari cutimu, bukan? Kita jumpa di tempat biasa. Ya?" Zafira tersenyum. Esok hari bakal dinanti, buat menghilangkan rasa rindunya pada insan yang sedang berada di layar mata.

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro