Reseptor manis
Reseptor rasa manis ini,
Ku tak mahu biarkan berkurang lagi,
Supaya aku lebih sensitif dengan rasa kemanisan cinta padaMu ya Rabbi.
Saking indahnya rasa itu sehingga,
Tak perasan si jarum panjang sudah berdetak 360 darjah,
Cemburu sungguh dia pada aku.
Malah bukan setakat jantung,
kaki ini juga hampir parkinson,
Semua kerana si serotinin.
Tak tahu kenapa alunan ayat suci si ketua begitu menyentuh hati,
Izinkan aku rasa ini berkali kali lagi,
Inikah manis yang selalu diperkata?
Indah sungguh rasanya.
Jemputlah aku pulang ketika rasa ini bermaharajalela,
Seusai aku sudah mampu beri mahligai untuk dua syurgaku.
Setelah aku renung,
adakah ini kerana dia sayang aku?
Setelah aku meminta maaf berulang-ulang,
sepertimana kekasih hati ajarkan dulu.
Anehkan?
Bukan makin cemuh dan menjauh dengan kata maafku
Malah makin merapat,
Eh, bukan aneh cuma akal tak sampai ke tahap itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro