Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SATU ;

Suasana didalam kelas aku yang tadinya sunyi bak cengkerik itu terus bertukar menjadi hingar-bingar akibat pelepasan bom atom yang dilakukan oleh aku yang cantik lagikan menawan ini. Bau bom itu teramatlah busuk, kalah bau bangkai yang selalu direputkan oleh pasukan berbahaya tetapi membawa kebaikan iaitu, pasukan kecil mikroorganisma.

Aku hanya memerhatikan sahaja gerak-geri seorang jejaka yang ternyata dia juga merupakan rakan sekelasku. Abu Taehyung nama diberi. Rakan sekelasku itu mula berlari tak cukup tanah seperti cicak kobeng yang hendak mengalami sakaratul maut. Acah betul mamat ni, macam pondan pun ada! Lari terkedek-kedek macam anjing nak terberak. Tangan pula selamba aje garu punggung. Tak malu betul.

Okay, apa kaitan Taehyung dengan anjing? Tak ada kaitan pun sebenarnya. Aku sengaja aje letak sebab Taehyung dengan anjing ni memang tak ada beza. Eh, suka hati aku lah, ini teori aku bukan teori kau!

Setelah puas aku mengutuk Abu Taehyung itu, aku perhatikan pula rakan-rakan sekelasku yang lain. Ternyata mereka juga melakukan hal yang sama. Mungkin kerana inilah kelas kami dilabelkan sebagai classmate yang paling sehati sejiwa sek-sek mung. Semuanya mesti nak sama-sama. Rasanya kalau si Abu tu nak makan tahi sekalipun, mereka ikut makan sama.

"Siapa yang kentut ni? Eww! Abu tak sukalah," Jerit si Abu Taehyung itu sambil tangannya itu masih berada didalam punggung bagi menggaru punggungnya yang gatal. Rasanya ada semut betina yang suka cabul dia ni. Dia tahulah punggung dia tu flawless macam iklan sabun Daia tu tapi janganlah asyik cabul dia je. Kesian punggung Abu tu. Asyik merah-merah aje sebab nak cendol. Rosak teruna punggung dia tu.

"Dish gash ting yu no! Hu fart fart in this kelas ha?! I will kil kil yu oll!"

"Bau dia, pergh! Mesti ada manusia yang makan telur tadi kan?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro