ENAM ;
—Beberapa tahun kemudian,
"Jahanam punya pakcik! Aku sembam dalam laut nanti kau tahu lah," desis ku sendiri. Geram tahu? Geram. Geram nak gali kubur untuk seorang manusia ni.
Aku cuba memegang apa-apa sahaja benda yang berada disekelilingku untuk menahan badan aku daripada terus terjatuh didalam tandas berbentuk segi tiga itu. Kau jangan risau, ini bukanlah aluminium. Ini hanyalah cinta segi tiga antara kita bertiga. Tak gitu?
Oh mesti kau akan tanya, 'Siapa seorang lagi tu?' Ianya tak lain tak bukan, mestilah syaitan yang tak sunat tu.
Sakit. Kau tahu sakit? Sakit apabila ayah pin yang kau cintai pergi meninggalkan kau begitu sahaja. Sakit apabila ayah pin yang kau cintai ditangkap mempunyai hubungan.. Okay dah aku malas nak layan. Kau jangan layan sangat aku ni, aku ni sebenarnya pelarian dari Hospital Bahagia. Ha, entah-entah kau yang membaca ini pun sama. Kita sama-samalah bahagia, ya sayang?
// Dah berapa kali aku kentut ni? //
Okay, macam ni. Sebenarnya, sekarang ni tekak aku ni rasa mual dan aku rasa nak muntah. Ini bukan faktor sebab aku mengandung, tapi sebab aku termakan telur kuning tadi.
Pst-pst, elok sikit pemikiran kau tu, elok kaki aku ni tak sampai je dekat muka! Almaklumlah, aku ni masih budak hingusan yang suka kentut dihadapan muka mak aku waktu mak aku sedang tidur. Anak Sazali. Kau apa tahu?
Okay, marilah aku cerita serba sedikit tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Nanti kome pelik pula kenapa aku makan telur kuning tu, kan?
Okay, begini ceritanya. Tadi sewaktu aku tengah syok garu ketiak aku, ada seorang pak cik tua ni datang. Pak cik tu mungkin ternampak yang aku biarkan saja benda alah tu berada diatas pinggan aku. Jadi, sebab itulah dia tegur aku. Katanya, membazir kalau tinggalkan makanan begitu sahaja.
Nak dijadikan cerita, dia paksa pula aku makan telur kuning tu. Mentang-mentanglah aku ni baik, tak melawan kata orang-orang tua, banyak pula dia nak membuli aku.
Katanya, kalau aku tak makan telur kuning tu, dia akan sumpah aku kahwin dengan orang yang sebaya dengan dia juga nanti. Kalau dengan dia, memang tak bolehlah nak kahwin. Nanti kang tak fasal-fasal masuk berita 'Pakcik tua gigi kerepot maut akibat diterajang lima kaki kebawah oleh bini mudanya.'
Walaupun aku ni dah masuk fasa andartu muda, tak kuasalah aku nak kahwin dengan orang tua! Saya ini masih ada harga diri ya kawan-kawan, jadi andartu pun tak mengapa! Lagipun, aku tahu Tuhan dah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Aku pasti jodoh aku akan datang jua suatu hari nanti!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro