Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

T I G A

"Pergh! Mantap, Kook. Mantap! Kook dah berjaya sakitkan hati Sara selama satu saat." Maisara menepuk kedua-dua belah tangannya. Mukanya nampak seperti sungguh teruja dengan kata-kata yang aku ucapkan sebentar tadi.

Tapi aku tahu, dalam hati dia, dia sebenarnya tengah tahan perasaan kecewa yang amat mendalam. Tengoklah tu, air mata dia dah keluar, tapi dia tahan je senyum. Kesian kau, dik. Aku tahu kau dah lama suka aku. Namun, begitulah. Aku tak sanggup nak tengok muka buruk kau tu setiap hari. Jadi, aku terpaksa putuskan hubungan kita.

"Tapi kan Kook, Kook ingat Kook kacak sangat ke? Kenapa Sara tengok, Kook dengan ayam yang berkokok waktu pagi buta tu tak ada beza pun?"

"Aku tak kisah lah kau nak mengata apa pun dekat aku, Sara. Yang penting, sekarang ni aku dah tolong kau. Aku dah bantu kau dengan kejujuran yang aku miliki sekarang ni. Kalau aku tak cakap macam ni, sampai mati pun tak akan ada lelaki yang akan pandang kau ni. Muka kau dengan chimpanzee, tak ada bezanya, Sara! Sumpah aku cakap! Aku tak menghina kau, tapi aku jujur!"

"Tapi, perlu ke Kook samakan Sara dengan binatang, Kook?" Astaghfirullah, jahat sangatkah aku? Tapi, aku hanya berkata jujur! Jangan salah tafsir aku ya kawan-kawan sekalian.

"Entahlah, Sara. Aku tak kisah dah sekarang ni. Yang penting, aku tahu aku lebih kacak daripada abah kau. Yuk, kita putus aja! Ayok!"

"Okaylah, Kook. Pinggan tak retak, nasi tak dingin, kalau Kook pun dah taknak, Sara pun tak hingin!"

"Ya, sayang. Tapi, sebelum kau pergi, aku ada sebuah pantun yang nak dihadiahkan kepada kau. Hadiah tanda perpisahan kita." Baik pula aku hari ini. Iyalah, aku pun rasa serba salah juga buat dia macam tu. Tapi, macam tu lah. Aku tak nak mainkan hati dia jadi, ada baiknya aku berkata benar.

"Sara rasa Sara tak perlukan apa-apa hadiah daripada Kook sebab selama Kook jadi boyfriend Sara pun mana pernah Kook hadiahkan apa-apa untuk Sara. Ini tiba-tiba aje nak kasi. Kook dah biul, eh?"

"Lamak, kau ni! Kau ingat aku anak sultan ke nak ada banyak duit? Duit mak aku pun aku tak ganti lagi inikan pula nak belikan hadiah untuk kau."

"Heh, yelah. Cepatlah, encik. Saya tak ada masa nak melayan orang yang dah tak ada kaitan dalam hidup saya." Uish, kau tengok! Aku rasa hati dia dah patah teruk ni. Tengoklah, nama panggilan pun dah berganti.

"Okay. Aku pun tak hingin sebenarnya nak membazir masa lama-lama dengan kau ni tapi disebabkan hari ini hari terakhir kita jumpa, aku naklah juga hadiahkan sesuatu untuk kau kan.. Okay macam inilah,

Ayah pin pergi hospital,
Terjumpa pula dengan Haji Manaf,
Kalau Sara dah kena mental,
Kook nak minta maaf.

Jarjit pergi ke Batu buruk,
Terjumpa pula dengan Haji Hasnan
Kalau diubah imej Sara yang buruk,
Kook pasti ramai yang akan berkenan.

Harap Sara faham maksud hadiah Kook bagi ini. Kook bukan nak menghina, tapi cuma mahu memberi nasihat. Kook harap Sara dapat jumpa yang lebih baik daripada Kook, Assalamualaikum."

"Eh sekejap, Kook! Terima kasihlah untuk hadiahnya. Tapi, tak adillah kalau Kook seorang je yang beri hadiah. Sara pun nak bagi hadiah juga untuk Kook. Ehem, Ehem! Jap, nak betulkan tekak sekejap."

"Ayah pin ada anak sepuluh,
Anaknya menggaul secawan doh,
Kalau muka Kook pun dah macam batang buluh,
Jangan sesuka hati nak cakap orang hodoh.

Sekain. Waalaikummussalam."

Kena mental ke bos?!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro