Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

E N A M

"Kenal i tak, baby?" Lah, Tiber. Tiba-tiba datang, tanya kenal ke tak? Kau fikir kau artis nak suruh aku kenal-kenal ni?

"Hah?"

"You, kenal i ke tak?" Ber-ai you, ai you pulak dah. Sungguh tahi telingaku ini mahu mencari dengan serta-merta.

"Err, rasanya tak."

"Baby! It's me, Jihyo. Song Jihyo! Sampai hati you tak kenal I!" Ekskius, me? Siapa baby anda ya?

Saya rasa saya sudah lama membesar. Umur pun dah genap dua puluh enam tahun. Penat-penat je mak aku beli susu Pamoga untuk aku waktu kecik-kecik dulu kalau besar macam ni pun masih dipanggil baby.

"Tapi masalahnya, memang saya tak kenal, cik. Rasanya cik salah orang ni."

"Tapi baby, you yang suruh I datang dekat sini. You kata nak kenal-kenal dengan I, kita jumpa dekat Litmatch, takkanlah itu pun you dah lupa?"

"Memang saya dah lupa sebab saya tak pernah berkenalan dengan perempuan yang buruk macam cik."

"Dasar jantan pilih rupa! You ingat you hensem sangat ke? Eh, I ni model, tau? So, of course lah I ni lebih cantik daripada mak you. You ni yang kuat sangat main game sampai mata pun dah jadi rabun." Sekali lagi, Ekskius me?! Dia kata yang dia lebih cantik daripada mak aku? Eh, dia ingat dia siapa nak dibandingkan dengan mak aku?! Di mata aku, mak akulah yang paling cantik, okay!

Ni mak aku, cantikkan? Sesuka hati dia je kutuk mak aku. Mak aku elegant, okay!

"Tapi, bagi saya pula, saya dapat rasakan bahawa company yang pilih cik ni dah rabun. Mereka salah pilih model ni. Bagitahu mereka, tukar cepat-cepat. Nanti tak pasal-pasal bankrup company tu disebabkan kehodohan yang cik miliki."

Plak!

Aduh, sakitnya pipi aku dia tampar. Salahkah aku? Salahkah aku berkata benar? Kan tak baik kalau kita menipu? Haish, perempuan! Semuanya nak betul. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro