Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

WILL YOU FORGIVE ME? (2/2) (JENNIE BP FF)


Cast : Jennie Kim as Jennie/ninie
           Seo Ha Joon as Ha Joon

Genre : happy romance

Sinopsis 💕

Kerana mengambil langkah yang terburu-buru, dia Jennie Kim menyesal dengan apa yang terjadi. Kerana tidak dapat memberikan zuriat buat suaminya, dia mengambil tindakan untuk menyuruh suaminya berkahwin lagi satu. Namun begitu, cadangannya dibantah keras oleh suaminya. Tetapi kerana degil supaya suaminya mendapat zuriat, akhirnya si suami pasrah. Dan malang tidak berbau, apabila dia disahkan mengandung. Namun begitu, sedikit pun tidak menggembirakan hati suaminya. Dia dipalau, dia tidak diendahkan. Bahkan suaminya sendiri melayannya seperti orang luar.

☹️☹️☹️

Will you forgive me? (1/2)

Hari ni genap 7 bulan usia perkahwinan mereka. Seo Ha Joon dan Jennie Kim. Namun kerana melihatkan si suami yang begitu teruja apabila bermain dengan bayi membuatkan hati Jennie merasa sedikit bersalah.

Airmatanya yang mengalir segera dilap tatkala melihat sang suami datang menghampiri.

"Hei, kenapa ni? Kenapa menangis?" Soal Ha Joon sambil melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.

Jennie tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"Sabar ok? Mungkin bukan rezeki kita lagi. Lagipun usia perkahwinan kita masih muda. Sabar ok?"

Jennie mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan sambil menggenggam erat tangan suaminya. Senyuman lebar cuba diukir untuk menenangkan hatinya dan juga suaminya.

"Abang nak makan? Ninie boleh masakkan."

"Abang nak ajak Ninie makan kat luar. Ninie siap ok? Abang tunggu dalam kereta."

Jennie mengangguk. Lantas dia bangun lalu masuk ke dalam biliknya.

☹️☹️☹️

Jennie tersenyum nipis tatkala melihat senyuman lebar pada bibir Ha Joon. Lelaki itu baru sahaja selesai menyapa bayi yang berada disebelahnya tadi. Jelas kelihatan wajah lelaki itu amat gembira.

"Oh ya. Mana adik abang tu? Kata nak join sekali kan?" Soal Jennie.

"Ha tu dah sampai."

Sorang gadis yang mungkin sebaya dengannya datang lalu melabuhkan punggungnya dihadapan mereka berdua.

"Annyeong Seo Lisa imnida."

Jennie tersenyum. Abang kacak adik mestilah kena cantik.

"Abang, mianhae tak dapat datang waktu wedding korang." Ucap Lisa sambil membelek-belek buku menu yang tersedia ada itu.

Ha Joon ketawa.

"Buat apa nak minta maaf. Lisa kan kat luar negara." Balas Ha Joon.

"Oh ya eh? Hehehe..."

"Lembap." Perli Ha Joon.

Lisa memuncungkan mulutnya tanda merajuk. Jauh-jauh dia datang, sampai2 kena perli. Dah lah lam tak jumpa.

"Kakak tengok abang. Dia perli Lisa.."

Jennie turut tertawa kecil. Geli hati melihat telatah dua beradik itu.

"Tak apa Lisa.. malam nanti abang Ha Joon tidur kat luar."

Ha Joon membulatkan matanya. Cepat-cepat kepalanya digelengkan.

"Dah-dah. Depan rezeki tak elok bergaduh." Ucap Jennie apabila melihat dua beradik itu tetap tidak mahu mengalah.

"Lisa berapa lama kat Korea?" Soal Jennie apabila selesai menjamah makanannya.

"Lisa tak lama, kak. Esok Lisa dah kena balik. Kerja Lisa banyak lagi yang tertangguh." Balas Lisa dengan makanan yang masih penuh dimulutnya.

Tidak pasal-pasal satu jentikan dari Ha Joon hinggap di kepalanya. Lisa mengaduh sakit.

"Apa ni abang!?" Marah Lisa.

"Mulut tu penuh. Habiskan dulu baru bercakap." Kata Ha Joon.

"Sekejapnyaa. Tak nak singgah ke beberapa hari kat rumah abang?

Lisa menggelengkan kepalanya.

"Tak boleh kak. Lisa dah banyak kali tangguhkan kerja Lisa." Balas Lisa lagi.

"Awak ni... Kalau dia kata tak boleh, tak bolehlah." Sampuk Ha Joon.

"Lagipun Lisa taknak ganggu akak dengan abang.. apa tu.. making baby? Skinship? Apa-apa jelah.." ucap Lisa membuatkan Ha Joon tersedak.

"Abang? Kenapa?" Soal Jennie lalu menghulurkan air kepada suaminya.

"Otak kau.. belajar kat mana?"

Lisa memandang wajah abangnya.

"Mana ada belajar.. lagipun betul lah kan kalau orang lepas kahwin mesti buat tut tut tu kan?"

Jennie hanya ketawa. Lisa, Lisa, betul-betul budak polos.

"Argh.. apa-apa je lah.. cepat makan nanti lambat pula nak naik flight." Ucap Ha Joon.

☹️☹️☹️

Malam...

Malam itu, Ha Joon menonton tv. Entah apa yang ditonton pun tidak tahu.

"Ninie... Comel kan anak diorang?" Soal Ha Joon apabila melihat bayi yang ditonton itu sedang tersenyum.

Sebagai seorang isteri, sejujurnya dia tahu yang lelaki itu sangat-sangat menginginkan anak.

Sebelum ini, dia banyak kali mual dan muntah-muntah. Namun semua itu kerana angin di dalam perutnya.

Dan semestinya itu membuatkan dia sedih.

"Abang..." Panggil Jennie lalu bibir bawahnya digigit perlahan. Ha Joon yang sedang khusyuk menonton itu segera memandang wajah isterinya.

Jennie menarik nafas panjang sebelum dihembus semula lalu tangan suaminya dipegang.

"Ninie tahu abang mesti nak anak kan? Ninie minta maaf sebab Ninie tak dapat nak bagi zuriat kat abang." Ucap Jennie sambil menundukkan wajahnya.

Ha Joon tersenyum lalu wajah gadis itu diangkat.

"Dengar sini, Ninie bukan tak dapat nak bagi. Tapi belum lagi rezeki kita. Ninie ataupun abang kena sabar. Kita masih boleh usaha lagi, kan?"

"Tapi Ninie tak sanggup nak tengok abang macam ni. Terpaksa sabar dengan Ninie."

"Ninie... Perkahwinan kalau bukan disebabkan anak, mesti ada sebab lain. Lagipun tuhan dah sediakan yang terbaik untuk kita. Yang penting kita kena sabar."

"Abang.. kalau Ninie cadangkan sesuatu boleh tak?"

"Apa tu?"

"Abang kahwin lagi satu. U-untuk kebaikan abang."

Darah Ha Joon berderau. Dia mengetap rahangnya menahan diri dari marah.

"Ninie.. jangan buat benda bodoh. Benda ni bukan main-main. Macam abang cakap, Ninie boleh mengandung tapi belum tiba masanya lagi. Bukan lagi rezeki kita."

"Tapi Ninie..."

"Ninie ulang, Ninie tanggung AKIBATNYA!!"

Bahu Jennie terhinjut akibat suara Ha Joon yang meninggi itu. Hati tidurnya secara langsung membenarkan air matanya mengalir.

Ha Joon? Usai dia mengungkapkan kata-kata itu, dia segera bangun dan terus beredar dari situ.

"Ninie buat semua ni untuk abang.. Ninie tak nak abang menderita sebab Ninie..."

☹️☹️☹️

2 bulan kemudian...

Sejak kejadian itu, hubungan mereka renggang. Ha Joon pula sering keluar dan balik lewat.

Jennie kini sedang memuntahkan segala isi perutnya didalam sinki. Sejak seminggu yang lalu dia sering mengalami gejala itu. Muntah dan sering mual. Namun disedapkan hatinya sahaja.

"Angin kot. Lagipun aku tak makan lagi sebab tak ada selera." Ucap Jennie menyedapkan hatinya.

Lantas dia segera naik menuju ke atas dengan niat ingin merehatkan badannya.

"Abang?"

Jennie mendekati suaminya yang sedang baring dia atas katil sambil memainkan telefon.

"Abang?" Panggil Jennie lagi namun Ha Joon hanya diam.

"Abang.. Ninie harap abang setuju.."

PAP!

telefon diletakkan secara kasar diatas meja sebelum dia memandang tajam ke arah gadis itu.

"Berapa kali aku nak cakap jangan ulang perkataan tu lagi?"

Jennie menundukkan wajahnya.

"Ninie nak bahagiakan abang.."

"Apa? Usaha kita selama ni kamu ingat sia-sia? Nak suruh abang buat berapa round? 5 round? 10 round? Ok abang rasa 10 round cukup!" Kata Ha Joon lalu tubuh gadis itu ditolak kasar ke atas katil.

Baju yang tersarung pada tubuhnya ditanggalkan lalu dibuang ke atas lantai. Jennie sudah ketakutan.

Tubuh gadis itu segera ditindih dan tangan gadis itu turut dikunci.

Jeritan dan tangisan Jennie langsung tidak diendahkannya. Seperti yang dicakapkan, 10 round cukup membuatkan tubuh Jennie kesakitan.

Skip...

Usai menyarungkan pakaiannya semula, Ha Joon memandang tajam ke arah Jennie.

"Sebab tu fikir sebelum bercakap! Suruh abang kahwin lagi, tak pasal-pasal abang jadikan Ninie lumpuh untuk sementara waktu!"

Ha Joon bangun. Manakala Jennie masih lagi dengan tangisnya.

"Ninie nak abang kahwin lagi satu kan? Nak sangat kan? Ok abang buat! Esok juga abang akan pastikan Ninie, orang pertama yg jumpa isteri kedua abang!" Ucap Ha Joon lalu beredar dari situ.

Ninie menangis semahunya. Betul ke tindakannya?

Perlahan-lahan Jennie bangun. Perutnya yang tiba-tiba mengejang membuatkan Jennie meringis kesakitan.

Lantas dia bangun lalu masuk kedalam bilik air.

☹️☹️☹️

Heechul menggelengkan kepalanya tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh Hal Joon sebentar tadi.

Tidak sangka yang Jennie sanggup berbuat begitu.

"Jennie, kau kena sabar. Mak aku, 3 tahun kot tunggu baru dapat aku. Korang baru 9 bulan." Ucap Heechul.

"Betul tu. Entah-entah tuhan sedang siapkan yang lebih bagus untuk korang." Sambung rose.

"Akh..." Rintih Jennie sambil memegang perutnya.

"Jennie? Kau kenapa?" Soal Rose.

"Perut aku sakit." Balas Jennie.

"Kau tunggu jap aku ambilkan air." Ucap Rose lalu bangun.

Tiada perbualan antara mereka. Masing-masing senyap manakala Jennie masih menahan sakit pada perutnya.

Ha Joon mengerutkan dahinya. Pelik. Kalau dah 10 round mestilah bawahnya yang sakit tapi kenapa perutnya pula yang sakit?

"Betul kau nak kahwin lagi satu? Kau taknak pertimbankan dulu?" Soal Heechul mematikan lamunan Ha Joon.

Ha Joon menggeleng.

"Dia yang nak. Dia hadap. Aku tinggal buat je." Balas Ha Joon.

Seketika itu juga, Rose datang lalu menghulurkan segelas air kepada Jennie.

"Betul ni Ha Joon?" Soal Rose pula.

Jennie hanya diam. Sedari tadi dia menundukkan wajahnya tidak mahu melihat wajah suaminya yang dingin itu. Kini lelaki itu menjadi dingin semula. Bahkan dinginnya berlipat kali ganda berbanding di awal pertemuan mereka.

"Keputusan aku muktamad!"












































Amacam seronok? Terhibur?

Heks jangan lupa vomment tau 😉😘

Tunggu episod last nanti ya!!

Agak2 apa yang berlaku?

Siapa bini kedua Ha Joon?

Hana nantikan.....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro