Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

Hari ini, Nadia ada janji temu dengan Naufal. Tak tahu kenapa, hatinya berat hendak berjumpa lelaki itu. Lelaki yang serba-serbi mahukan kesempurnaan. Itu nak yang terbaik. Ini nak yang terbaik. Kadang-kadang dia sendiri tak faham apa sebenarnya yang Naufal mahukan dalam hidup ini. Kalau dia nak hidup seorang, mungkin boleh la. Tapi kalau nak hidup bersama orang lain, berlatih la untuk menerima kekurangan seseorang itu.

Naufal: I dah ada kat bawah. Turun la.

Itu mesej daripada Naufal. Kata nak jemput pukul 12.15. Tengok jam masih pukul 12 tengah hari. Haish... Mamat ni!

Bergegas dia mengemas telefon, cermin dan minyak wangi masuk ke dalam beg. Kot-kot nanti ada lebihan makanan tercelah di gigi. Badan pula, takut berpeluh. Makanya, cermin dan minyak wangi memang wajib dibawa ke mana saja.

"Dah nak keluar ke?" Helen yang berselisih dengannya, bertanya.

"Haah. Naufal dah ada kat bawah."

"Eh, awalnya?"

"Entahlah mamat tu." Acuh tak acuh Nadia membalas.

"Selamat berdating," sakat Helen dengan senyuman nakalnya.

"Choiii la!" Matanya dijulingkan ke atas.

Selamat berdating? Tak ada maknanya!

Turun saja ke bawah, Naufal sudah terpacak di hadapan pintu BlueSky Travel. Lebar senyuman di bibir lelaki itu saat terpandangkan wajahnya.

"Kata nak jemput pukul dua belas suku?" tempelak Nadia. Bukan nak menyapa dulu, sebaliknya terus menghentam lelaki itu.

Bagus sangat la perangai macam tu, Nadia!

"Kerja I awal siap hari ni. Sebab tu nak jemput you awal juga." Lama Naufal memandang penampilan Nadia. Dia terasa ada sesuatu yang pelik dengan gaya wanita itu.

"Kenapa you tengok I?" Laju matanya menilik pakaian di tubuh. Elok saja. Fishtail blouse dan seluar denim. Shawl yang berlilit di kepalanya juga elok terletak. Apa lagi yang tak kena di mata Naufal ni?

"Something is wrong with your style today."

Oh, please! Stop complaining, Naufal!

"You memang. Semua kat mata you ada saja yang tak kena," bidasnya. Dia kalau dengan Naufal, memang cakap tak berlapik. Tak ada nak control ayu ke apa. Dia memang straightforward orangnya.

"No. No. I bukan macam tu. Kita masuk dalam kereta dulu, ya?" pinta Naufal bila nampak wajah Nadia kurang ceria.

Akur dengan ajakan itu, Nadia masuk ke dalam kereta mewah Naufal dengan bibir yang tertutup rapat. Itu tandanya dia tengah angin satu badan.

"Nad, I'm sorry. I bukan nak kritik penampilan you." Sebaik saja Naufal duduk di tempat pemandu, badannya terus dialih untuk menghadap Nadia.

"Naufal, berapa lama dah kita kenal?" Sengaja Nadia bertanya lelaki itu.

"Five months?"

Kepala digeleng.

"Baru tiga bulan setengah. Perkenalan kita pun berdasarkan you nak kenal I. Dan I pula dicadangkan untuk kenal siapa you. Tiga bulan setengah tak cukup untuk kita kenal betul-betul orang tu. Dan untuk pengetahuan you, inilah cara I berpakaian. Shawl macam ni. Baju macam ni dan seluar atau skirt yang macam ni. Kalau you rasa malu nak berjalan dengan I disebabkan penampilan I ni, bagi tahu I cepat-cepat."

"Hey... I'm sorry, okay? God! What's wrong with me today? I tak sepatutnya kata macam tu kat you tadi. You're beautiful, Nadia. Mungkin disebabkan I tak biasa tengok gaya yang macam ni."

"Sama ada I yang kuno atau you yang sebenarnya dah ketinggalan zaman. Kalau nak cari perempuan yang pakai blazer, that's not me. Carilah wanita korporat such as director, executive atau lawyer macam you," potong Nadia sebelum sempat Naufal menghabiskan bicara.

"Okey, I mengalah. Once again, I'm sorry. Kalau you nak luahkan apa-apa yang you tak puas hati, luahkan la. I dengar. Sebab I tahu, I dah buat you marah."

Tahu pun! cebik hati Nadia.

"Tak nak cakap apa-apa?" Naufal bersuara setelah dia menukar gear ke D. Nadia di sebelah ditoleh sekilas. Tiba-tiba wanita itu diam dan memandang ke luar.

"Tak ada. I dah penat bercakap."

Kata-kata selamba Nadia itu mengundang senyuman di bibir Naufal.

"Kalau macam tu, boleh I bercakap?"

"Tentang apa?" Laju Nadia bertanya. Bukan apa, Naufal ni memang raja berhujah. Nanti dia pula yang jenuh mendengarnya.

"Tentang kita."

"Tentang kita?" soal Nadia kembali. Bukan tak faham tapi rasa pelik pula bila Naufal nak bercakap tentang mereka. Sedangkan baru sebentar tadi dia hangin dengan mamat tu.

Kali ini Naufal mengangguk. Wajah dikalihkan sekejap ke arah Nadia.

"Apa pendapat you tentang hubungan kita ni?"

Soalan formal. Soalan daripada seorang peguam bela! Nasib baik Naufal tak membela diri ketika dia hangin dengan lelaki itu tadi.

"Kita berdua kan masih dalam fasa berkawan. Baru aje tiga bulan lebih kenal. Terlalu awal untuk bertanyakan tentang hubungan kita ni."

"Tapi, you tahu kan hala tuju hubungan kita ni?"

"Maksud you?" Nadia pandang Naufal dengan dahi yang berkerut.

"Untuk ke peringkat yang seterusnya. Bercinta dan berkahwin."

Terkesima Nadia untuk seketika. Kenapa dia tak teruja bila Naufal berkata begitu? Sebaliknya, dia seakan-akan terpaku di tempat duduk.

Nafas ditarik dalam sebelum dia bersuara.

"Memang I tahu hala tujunya ke arah tu. Tapi, kalau kita rasa tak sesuai bersama, takkan nak teruskan juga?"

Riak wajah Naufal nampak berubah walaupun hanya dilihat dari sudut sisi sahaja.

"You rasa kita tak sesuai ke?"

"Kenapa you terbuka hati nak kenal dengan I?" Tanpa jawapan, Nadia kembali memberikan soalan.

"Sebab kali ni I dah bersedia."

"Kenapa I?"

Bila diasak dengan soalan demi soalan, ia mengundang keluh di bibir Naufal.

"I pernah berkawan sesama peguam, tapi hanya mampu bertahan beberapa bulan saja. Dia ada prinsip dia dan I juga ada prinsip I. Dan prinsip kami memang berlawanan. Jadi, untuk cari kelainan, I pilih you."

Mata Nadia mengecil. Perasaan tak puas hati sudah terbit dalam hatinya. Ketika bibirnya hendak bersuara, Naufal mengangkat tangan untuk meminta dia diam terlebih dahulu.

"Let me explain it first."

Dengan rasa yang tak puas hati, Nadia peluk tubuh. Wajah dialih ke kiri untuk memandang ke luar tingkap.

"I kenal Nazhan. Walaupun tak rapat sangat, tapi I tahu, dia lelaki yang baik... Datang daripada golongan yang baik-baik. Dan I yakin, you pasti mengikut jejak mereka. I tak kata yang sebelum ni tak baik, cuma bila pasangan tu dalam bidang yang sama dan you terdidik untuk sentiasa nak menang, hubungan tu pasti takkan ke mana."

"Then, I buat keputusan untuk mengenali wanita yang mempunyai bidang yang berbeza dengan I. And it is you."

Nadia terdiam. Jawapan Naufal itu sudah cukup kuat untuk memberitahu yang lelaki itu benar-benar serius dengan hubungan mereka.

Tok-tok!

"Apa tu?" soal Naufal bila terdengar bunyi seperti mengetuk.

"Oh, bunyi mesej I."

Cepat tangan Nadia menyelongkar begnya untuk cuba melarikan diri daripada membalas penjelasan Naufal itu. Saat notification dibuka, nama Aidan kelihatan yang membuatkan hatinya tiba-tiba saja berbunga. Bibir pula hampir saja mengukirkan senyuman namun cepat-cepat diketap agar Naufal tidak nampak keterujaannya itu.

Aidan: Sihat?

Hanya itu soalan yang dititipkan oleh Aidan tetapi sudah cukup membuatkan dia rasa nak pengsan. Padahal bila Naufal bertanya khabar mengenai dirinya dengan soalan yang sama, moodnya terus hilang entah ke mana.

Nadia: Sihat. Alhamdulillah. Awak?

Lama dia berfikir. Nak tanya lelaki tu atau tak? Tapi kalau dia tanya, macam sibuk aje nak tahu keadaan lelaki itu. Akhirnya perkataan awak itu dipadam dan butang Hantar ditekan.

"Dah?" Suara Naufal kedengaran bertanya.

Terpinga-pinga dengan soalan itu, Nadia pandang sekeliling. Rupa-rupanya mereka sudah sampai ke tempat yang dituju.

"Yeah, done." Samsung Galaxy Note 4 digenggam erat. Berharap ada balasan daripada Aidan untuknya. Tetapi... Kan tadi dia cuma menjawab soalan lelaki itu. Tiba-tiba dia menyesal pula tak tanya Aidan kembali.

Haish!

TAK sangka, perbualan di dalam kereta tadi tak berhenti begitu saja. Naufal siap ungkit lagi ketika mereka menjamu selera tengah hari itu.

"Actually..." Kepala ligat berfikir nak jawab macam mana.

Tok-tok!

Sekali lagi bunyi pesanan ringkasnya kedengaran.

"Sekejap, eh?"

Laju dia membaca mesej tersebut dan tanpa ditahan, bibirnya mengukir senyuman.

Aidan: Esok saya balik. And the day after tomorrow, can we meet?

Nak jawab sekarang atau biarkan dulu dalam lima minit? Sebelum akalnya berfikir, tangannya terlebih dahulu menaip balasan untuk Aidan.

Nadia: Dalam pukul berapa?

Aidan: Dinner.

Seriously? Dinner? Berkali-kali Nadia telan air liur. Ayat yang dititipkan oleh Aidan itu juga dibaca berulang kali seolah-olah tak jemu.

"Ehem..." Naufal berdeham. Nadia nampak khusyuk sangat membalas mesej itu sehingga dia yang di depan mata seperti tak dihiraukan.

"Siapa?" soalnya ingin tahu.

Wajah diangkat memandang Naufal.

"Errr... Kawan."

"Lelaki?"

Ada nada kurang senang kedengaran di situ. Dan itu membuatkan Nadia terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang boleh menangguhkan hubungannya dengan Naufal.

"Yes. Lelaki. I lupa nak bagi tahu you. I kenal lelaki ni sebelum I kenal you."

"So?"

"So, tu aje I nak bagi tahu."

"You dengan dia ada apa-apa ke?" Sudu dan garpu sudah diletakkan. Mata pula tepat memandang Nadia.

"Macam you juga. Masih mengenali." Nak kata dia tipu, tak juga. Dah memang betul waktu ini dia tengah mengenali Aidan. Walaupun lelaki itu tak tahu niatnya.

"Kenapa tak bagi tahu I awal-awal?"

"Sebab I tak yakin akan jumpa dia lagi."

Bibirnya dilap kasar dengan kain napkin. Kerusi pula ditolak ke belakang dan hampir-hampir saja terjatuh. Namun sempat dipegang oleh pelayan restoran itu.

"I nak ke washroom." Dingin suara Naufal memberitahu.

Nadia hanya diam. Langsung tak menyahut. Lagak Naufal sebentar tadi menjengkelkan hatinya. Belum apa-apa, Naufal dah tunjuk belang dengannya.

Mesej Aidan kembali dibuka dan tak perlu fikir panjang, dia membalas mesej itu.

Nadia: Okey.

Aidan: See you soon.

Pergh! Kata-kata itu menggoncang ketenangannya. Hatinya pula seolah-olah tidak sabar hendak menanti lusa.

Sekembalinya Naufal ke meja, Nadia buat muka ketat. Telefon disimpan ke dalam beg tangan. Terasa hambar betul perjumpaan kali ini.

"Kalau dia niat nak tackle you, it won't be easy. Because, I'm not going to let him get you easily. So, may the best man win."

What? May the best man win? Jadinya Naufal nak bersaing dengan Aidan?

Nadia ternganga dan tiba-tiba, dia menyesal bercerita tentang Aidan pada Naufal! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: