Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

"Sekejap... Sekejap!" pinta Nadia cuba menghentikan langkah Ain. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.

Dia masih terkejut tau!

Walaupun tadi dia memang mengharapkan Aidan memperkenalkan dia kepada orang tua lelaki itu. Tetapi waktu ini, dia seperti tak cukup nafas nak berdepan dengan mak dan ayah Aidan. Macam nak berjumpa dengan mentua pula lagaknya. Gementar tak sudah!

"Akak kenapa?" Hairan Ain memandang Nadia. Peluh di dahi wanita itu mula merenik.

"Bagi akak masa sikit."

"Akak sakit ke?" Suara Ain sudah mula bertukar risau. Dia tahu kisah silam Nadia walaupun tak semua diceritakan oleh Diana. Pemindahan jantung yang berlangsung dulu itu tak menjamin untuk Nadia sihat 100 peratus atau bebas daripada penyakit lama. Jika Nadia tidak menjaga kesihatan dengan baik, tak mustahil sakit itu akan datang kembali.

"Awak sakit?" soal Aidan seraya mencari wajah Nadia agar wanita itu memandangnya.

"Tak! Mana ada sakit." Cepat Nadia menafikan. Dia sihat lagi la. Jangan minta-minta dia sakit.

"Yang dahi akak berpeluh ni, kenapa?"

Berubah sedikit riak wajah Nadia. Apa dia nak jawab, ya? Takkan nak jawab dia takut nak berdepan dengan orang tua Aidan?

"Errr... Panas. Tak sangka hari ni panas."

"Kalau macam tu, awak rehat kat dalam kereta saya."

Gelengan diberikan segera. Nampaknya Aidan betul-betul fikir yang dia tengah sakit sekarang ni.

"Tak apa. Saya okey la. Cuma nervous sikit nak jumpa parents awak." Akhirnya Nadia memberitahu dengan jujur.

Meletus tawa di bibir Ain bila Nadia berkata begitu.

"Akak dengan Abang Aidan ni ada apa-apa ke? Cepatnyaaa..." Meleret gadis itu berkata.

"Eh, tak la. Kita kawan, kan?" Nadia pandang Aidan.

Aidan hanya diam. Senyuman di bibir juga disembunyikan.

"Nanti kalau jumpa mak dan ayah, nak Ain kenalkan sebagai apa? Bakal kakak ipar?" usik si gadis itu pula yang membuatkan kedua-dua belah pipi Nadia membahang panas.

"Ain, enough..." ucap Aidan lembut. Dia tidak mahu Ain terus-terusan menyakat Nadia. Nanti semakin gelabah wanita itu.

"Okey. Now, saya dah okey. Jom jumpa mak dan ayah kau orang." Kali ini, lengan Ain pula yang dirangkul untuk mengajak gadis itu membawanya berjumpa dengan orang tua Aidan.

Aidan dan Ain ingat dia takut agaknya. Dia bukan takut cuma gementar saja. Keinginan untuk menjadi menantu Encik Ahmad Abhar itu ada. Sebab itu la dia gementar.

"Mak!" panggil Ain dengan teruja.

Wanita yang bertudung biru tadi menoleh. Begitu juga dengan lelaki yang seusia ayahnya.

"Ain nak kenalkan seseorang kat mak dan ayah. Yang ni, Kak Nadia. Kakak Diana. Dan yang penting, Kak Nad ni kawan Abang Aidan."

Kedua-dua orang tua itu memandang dia dan Aidan silih berganti. Reaksi yang diberikan seolah-olah tidak percaya.

"Kawan Dan?" tanya Hajah Samsiah pada Aidan.

Aidan hanya menganggukkan kepala. Tersentuh hatinya melihat wajah Hajah Samsiah yang jelas seperti tidak percaya itu. Masakan tidak, selama 10 tahun ini, dia tidak pernah sekalipun memperkenalkan kawan wanita kepada keluarganya. Walau dipinta berkali-kali oleh Hajah Samsiah untuk melupakan Sumayyah, namun permintaan emaknya itu tidak diendahkan. Cintanya hanya untuk Sumayyah. Dulu, kini dan selamanya.

Jika dia tidak ada kepentingan, dia takkan mendekati Nadia. Tetapi demi Sumayyah, demi jantung yang masih berdegup itu, walaupun berlainan wajah dia sanggup menerima Nadia. Demi kasih dan cintanya yang tak pernah padam buat Sumayyah.

"Ya Allah..." seru orang tua itu seraya terus mendakap tubuh Nadia. Bukan itu saja, kedua-dua belah pipi Nadia juga turut dikucup dengan penuh kasih.

Nadia terpinga. Dia pandang Aidan, namun lelaki itu kelihatan biasa-biasa saja. Dia pandang Ain, gadis itu menitiskan air mata.

Errr... Apa yang dah terjadi ni?

"Nadia?"

"Ya, saya auntie?"

"Dah lama kenal dengan Aidan?" Setelah dakapan dilepaskan, Hajah Samsiah mengutarakan soalan itu.

Sekali lagi dia memandang Aidan. Seperti tadi juga, lelaki itu hanya bersahaja. Langsung tak tolong dia untuk menjawabkan soalan Hajah Samsiah itu.

"Baru lagi, auntie."

"Tak apa. Baru ke lama, tak menjanjikan semua tu. Tak sangka, cantik rupa kakak Diana ni."

Tersenyum simpul Nadia bila dipuji cantik.

"Saya biasa aje, auntie."

"Mak... Kak Nad ni kerja kat sini la. Sebab tu Abang Aidan ajak ke mari," beritahu Ain.

Aidan memandang adiknya itu dengan kepala yang tergeleng-geleng. Memandai-mandai adiknya itu menambah perisa cerita. Padahal dia tak kata apa-apapun tadi. Sekadar mengajak mereka sekeluarga ke travel fair saja walaupun memang itu la niat dia sebenar untuk datang ke situ. Disebabkan Nadia menjadi salah seorang kakitangan yang bertugas.

"Oh... Tapi yang kat booth Asean tu, mak tak nampak pun Nadia tadi."

"Saya kat booth Outbound Group Tour, auntie." Ibu jari menunjukkan ke arah booth yang mempunyai banner berwarna kelabu itu.

"Mak kata nak pergi Jakarta, kan?" celah Aidan setelah lama mendiamkan diri.

"Haah. Ainul nak ajak sekali ke?"

"Tanya dulu suami dia dapat cuti ke tak." Encik Abhar bersuara.

"Kalau macam tu, biar la Nadia sambung kerja dia." Aidan tidak mahu mengambil masa Nadia untuk melayan kerenah keluarganya. Ada baiknya kalau wanita itu meneruskan kerja.

Sebelum Hajah Samsiah melepaskan Nadia pergi, wanita itu dipeluk erat sekali lagi.

"Apapun hubungan Nadia dengan Aidan, auntie harap ia akan kekal buat selamanya. Menjadi suami dan isteri sehingga ke akhirnya," bisiknya dekat dengan telinga Nadia.

"Auntie..."

"Siapapun Nadia, auntie terima. Baik di mata Aidan, baik juga di mata kami. Apatah lagi, Nadia kakak Diana."

"Kami cuma kawan, auntie."

"Dia takkan kenalkan kawan perempuan pada kami kalau dia tak anggap perempuan tu istimewa."

Mata Nadia mencari wajah Aidan. Lelaki itu kelihatan berbicara dengan Encik Abhar. Ketika Aidan memandang ke arahnya, mata dikalihkan ke arah lain.

Istimewakah dia di mata Aidan? Sepertimana dia merasakan lelaki itu istimewa dalam hidupnya.

WALAUPUN sudah tiga jam Aidan sekeluarga mengundurkan diri, senyuman di bibir Nadia tak pernah lekang. Penat melayan kerenah pelanggan juga seperti tidak terasa. Adakah disebabkan layanan baik orang tua Aidan itu tadi? Dirinya seolah-olah diterima oleh keluarga itu.

"Nad... Ada orang nak jumpa you la. Budak delivery agaknya tu," beritahu Helen seraya mengambil tempat duduk di sebelah Nadia.

"Hah? I tak pesan apa-apa pun."

"Dah dia cari Nur Nadia Omar. I tak rasa ada orang lain yang nama tu. Pergi la. Dia tunggu kat luar."

Nadia mencebik. Haish! Dia malas nak keluar sebenarnya.

"Kenapa tak suruh dia masuk tadi?"

"I lupa." Tersengih Helen menjawab.

Dengan langkah yang malas, Nadia keluar dari dewan itu dan mencari lelaki yang bertopi keledar. Tak sampai dua minit, dia sudah bertemu lelaki itu.

"Awak cari Nur Nadia Omar?"

"Ya. Cik Nur Nadia?"

"Ya."

Bungkusan yang bertulis Jom, sihat! itu diserahkan kepadanya. Dahinya sudah mula berkerut saat menerima bungkusan itu.

"Yang ni bungkusan untuk cik. Pakej Tuna."

"Eh, Saya tak order pun." Bungkusan itu dihulurkan kembali.

"Kawan cik yang order. Saya cuma tukang hantar aje. Lagipun, kad ada kat dalam tu. Manalah tahu cik kenal lelaki tu."

Semakin berkerut dahi Nadia. Takkan Naufal yang buat semua ni? Hmmm... Macam tak lojik.

"Okey la kalau macam tu. Tapi yang pakej ni, tuna dalam tin ke?" soalnya ingin tahu. Kalau makanan dalam tin, dia memang tak makan. Malah, dia tidak digalakkan untuk makan makanan sebegitu.

"Tak, cik. Ini fresh dari laut. Sedap!" Bersungguh-sungguh lelaki itu memberitahu sambil ibu jari naik memuji.

"Oh..." Terangguk-angguk kepala Nadia mendengarnya. Adat orang berniaga memang begitu. Pujian pasti ada untuk barang yang dijual.

"Cik sain kat sini, ya?"

Resit yang diserahkan kepadanya itu ditandatangani lalu diserahkan kembali kepada lelaki yang masih bertopi keledar itu.

"Terima kasih ya, dik?" ucapnya.

Tak sampai seminit lelaki yang menghantar bungkusan itu beredar, dengan cepat tangannya mencari kad yang berada di dalam bungkusan itu. Hatinya ingin tahu siapakah yang baik hati sangat menghantarkan makanan kepadanya?

Eat and enjoy the meal.

Aidan.

Apabila terbaca nama Aidan yang tertulis, punya la lebar senyuman di bibirnya. Boleh tak kalau dia kata yang dia dah jatuh cinta dengan lelaki itu? Boleh tak? Atau adakah ia terlalu cepat? Tapi, bukankah cinta itu tak mengenal berapa lama tempoh perkenalan? Kalau sudah suka, sayang dan cinta, untuk apa ditunggu lagi?

Cuma dia kurang pasti, adakah Aidan merasakan perasaan yang sama sepertinya?

Telefon diambil dari poket seluar dan nama Aidan dicari dalam contact list. Apabila dia ternampak ada lambang WhatsApp di situ, yakin la dia yang Aidan menggunakan aplikasi itu.

Nadia mengambil gambar bungkusan makanan berserta dengan kad itu sekali lalu dihantar kepada Aidan.

Nadia: Thanks.

Nadia: I definitely will enjoy the meal.

Nadia: :*

Kali ini, dia tidak perlu menunggu lama. Mesejnya dijawab terus oleh lelaki itu.

Aidan: What does that mean?

Dahinya berkerut bila Aidan bertanyakan soalan itu.

Nadia: Apa yang awak tak faham?

Aidan: This :*

Haish! Orang sekadar nak bermanja, ditanyanya pula apa maksud ikon itu. Takkan Aidan sendiri tak dapat agak? Ke Aidan ni buta ikon?

Nadia: Muahhh?

Aidan: Like what? Kiss?

Alahai... Takkan nak mengaku dia hantar ikon kiss? Malulah! Lagipun, ikon itu sekadar nak nampak comel saja. Itu la ikon yang sering dia berikan kepada abang-abangnya bila mereka berpakat untuk menolongnya.

Nadia: Tak ada la kiss yang betul-betul. Ikon tu sekadar nak bagi tahu yang I appreciate what you did. That's it.

Aidan: I see. I thought you want to give me a kiss.

What? Bulat mata Nadia membaca mesej Aidan itu. Dah kenapa mamat ni? Demam ke? Sebelum dia membalas, mesej lelaki itu datang lagi untuknya.

Aidan: Enjoy the meal. Eat on time.

Nadia: I will. Don't worry la...

Sekali lagi senyuman terukir di bibir. Suka bila Aidan berbalas mesej dengannya. Suka bila Aidan risau tentang keadaannya. Malah, dia suka segala-galanya tentang lelaki itu.

Tok-tok!

Notification dilihat. Nama Aidan yang tertera di situ.

Aidan: They like you.

Teruja hendak tahu siapa they itu, sepantas kilat dia membalas mesej Aidan.

Nadia: Siapa?

Aidan: My parents.

Tangan naik ke bibir. Cuba mengawal rasa terujanya.

Nadia: I like them too. Especially your mother.

Lama dia memandang telefon itu, melihat Aidan typing, membuatkan dia teruja menanti balasan daripada lelaki itu.

Seminit berlalu, typing bertukar menjadi online. Namun dia tetap sabar menunggu. Mungkin Aidan cuba hendak menyusun ayat yang sesuai untuk dihantar kepadanya. Tetapi hampa, akhirnya last seen yang menjadi tatapan sepasang matanya.

Tak apa la. Mungkin Aidan sibuk. Dia tidak ada hak untuk mendesak lelaki itu membalas mesejnya. Bungkusan Jom, sihat! itu dipandang. Apa yang Aidan lakukan hari ini sudah cukup menggembirakan hatinya. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: