Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

ApaBila sudah terjebak dengan Naufal, dia seolah-olah tidak dapat melarikan diri lagi. Tambahan pula, lelaki itu laju bertindak. Seperti tahu yang hatinya sudah mula selesa dengan kehadiran Aidan. Namun bila teringatkan kata-kata Nazhan semalam, dia mengeluh berat.

"Nad serius ke dengan Aidan tu?"

"Masih mengenal hati budi masing-masing." Dia sendiri belum pasti dengan perasaan hatinya.

Antara dia dengan Aidan masih baru. Tak seperti Naufal. Tetapi jika Nazhan ingin tahu siapa dia rasa lebih selesa lagi, sudah pastinya Aidan. Yang itu pun dia tidak tahu kenapa dia berperasaan sebegitu seolah-olah dia sudah mengenali Aidan lebih lama daripada Naufal.

"Naufal bagi tahu along yang dia betul-betul serius nak bersama dengan Nad."

Nadia terdiam. Dia memang tak terkejut dengan pemberitahuan Nazhan itu kerana dia sudah dapat mengagak, Naufal pasti nak kata sesuatu tentang mereka pada abangnya.

"Nadia pula macam mana? Kalau tak nak, bagi tahu. Jangan mainkan perasaan orang, Nad. Tak baik."

Sebelum Nadia berkata-kata, dia menghela nafas dalam-dalam.

"Along, terus terang Nad kata... Nad lebih selesa bila bersama dengan Aidan. Nad pun tak tahu kenapa Nad rasa macam tu. Tapi bila dengan Naufal, Nad rasa ralat."

"Kat mana Nad kenal Aidan tu?"

"Aidan tu abang Si Ain. Kawan baik Si Ana tu."

Nazhan cuba mengingati siapa Ain dan bila teringat, hatinya tak serisau mana. Dia juga mengenali gadis itu. Datang daripada keluarga yang baik-baik. Tinggal pun di Putrajaya itu juga.

"Ohhh... Ain. Along tak tahu pula yang dia tu ada abang."

"Abang dia kerja pilot. Bersederhana orangnya. Tak menunjuk-nunjuk macam Naufal." Tersengih-sengih Nadia memuji Aidan.

Nazhan memandang pelik wajah adiknya itu. Ada sinar ceria di wajah itu. Pertama kali dia melihat adiknya sebegitu. Sudah jatuh cintakah Nadia pada Aidan? Kenapa dia rasa macam terlalu cepat?

"Nad nampak happy bila bercerita tentang dia. Ada apa-apa ke ni?"

Nadia tersenyum malu. Sumpah! Perasaan itu sangat baru padanya. Dia juga pelik. Muncul Aidan di depan mata, dia jadi lain. Semakin lama dia berhubung dengan Aidan, semakin dia ingin bersama dengan lelaki itu. Hari-hari jumpa pun tak apa.

"I don't know, along. Cuma nak bagi tahu yang Nad happy bila bersama dengan dia."

"So, Naufal tu macam mana?"

"Boleh tak kalau along bagi tahu dia yang Nad bercinta dengan Aidan?"

"Eh, takkan along pula yang kena bagi tahu?" Cepat-cepat lelaki itu menyangkal.

"Nad sendiri yang perlu bagi tahu dia. Along tak nak lawankan sesiapa. Nad, adik along. Naufal pula kawan along," sambung lelaki itu lagi.

Semakin berat keluhan Nadia. Nak kata sendiri yang dia bercinta dengan Aidan, dia rasa macam tak sesuai. Padahal semua tu tak betul dan hanya rekaan semata-mata. Hanya dia yang rasa selesa dengan Aidan tetapi bukan lelaki itu.

"Susah la, long. Naufal tu lain betul perangainya."

"Ingat, Nad. Jangan mainkan perasaan orang. Kalau tak nak, bagi tahu," pesan Nazhan sebelum meninggalkan Nadia yang termangu sendiri.

Bukan niatnya mahu mempermainkan sesiapa. Jika dia tak kenal Aidan, mungkin dia mampu bertahan dengan Naufal. Tetapi bila hatinya lebih ke arah Aidan, Naufal seolah-olah tidak wujud dalam hidupnya.

Lagipun, dia tidak menjanjikan apa-apa pada Naufal. Lelaki itu tidak seharusnya menyalahkan dirinya. Apatah lagi mereka masih dalam fasa berkawan dan bukan bercinta.

"Ready?" Suara Helen bergema yang menyebabkan peristiwa semalam hilang begitu saja.

"Yeah, sure!"

"Kalau penat, rehat tau. Jangan paksa diri." Helen memang seringkali mengingatkannya untuk kerap berehat. Kadang-kadang wanita itu pula yang terlalu risaukan dirinya.

"Yalah, amoi..." usik Nadia seraya berdiri di sebelah wanita berbangsa Cina itu. Beberapa kertas itinerary juga sudah berada di tangan untuk diberikan kepada pengunjung booth mereka.

Seperti biasa, mereka akan setia menanti pelanggan untuk menjengah ke booth mereka. Khas untuk pelanggan yang ingin melancong secara rombongan.

KETIKA dia sibuk menulis sesuatu di buku nota, terasa belakang badannya disentuh. Lantas kepala berpaling untuk memandang ke belakang. Ternyata, dia terkejut dengan kehadiran Ain di situ.

"Ain datang dengan siapa?"

"Tu..." Ain menunjuk ke arah Aidan yang kelihatan hendak mendekati mereka.

"Dengan mak dan ayah sekali," sambung gadis itu lagi.

Hampir terlepas buku nota yang dipegangnya bila Ain memberitahu yang wanita itu datang bersama Aidan dan orang tua mereka. Air liur ditelan berkali-kali. Terasa seperti ada sesuatu yang tersekat di tekaknya.

"Errr... Errr..." Dia sudah mula gugup. Tiba-tiba dia menyesal mengajak Aidan sekeluarga untuk datang ke travel fair mereka. Sekarang ni siapa yang terlebih menggelabah? Dia juga!

"Hai..." sapa Aidan setibanya dia di hadapan Nadia.

"Hai... Thank you sebab ajak family awak datang sini."

Lelaki itu hanya tersenyum nipis.

"Mak dan ayah Ain kat mana?" Matanya liar mencari orang tua Aidan walaupun dia belum mengenali kedua-duanya.

"Mereka stop kat booth Asean tu, Kak Nad."

"Oh, ya ke? Yang pakai tudung biru tu ke?" teka Nadia sebaik saja matanya tertancap pada wanita yang seusia ibunya.

"Haaa, betul!"

"Kalau tiket biasa, memang bukan akak yang handle."

"Akak handle untuk group tour apa?"

"Muslim tour ke Seoul dan Turki."

"Wow! Bestnya abang..." Erat Ain memeluk lengan Aidan. Dia teringin hendak ke Turki. Lagi-lagi Nadia yang menjadi salah seorang tour guide.

"Kan Ain nak temankan mak dan ayah pergi umrah?" Aidan bersuara.

Melihat gelagat Ain dengan Aidan itu membuatkan Nadia melarik senyuman

"Ain... Bagi akak, tempat paling best sekali adalah Mekah dan Madinah. Kita boleh beribadat dan menjadi tetamu Allah di sana. Kalau tempat lain, bukan akak nak kata tak best. Cuma Ain pasti dapat bezakan semua tu nanti."

"Ain memang nak pergi ke sana." Tersengih Ain memandang Nadia dan Aidan.

"Tapi bila datang sini, tengok pula macam-macam negara ada, hati terhasut sedikit."

Tergeleng-geleng kepala Aidan dengan sikap tak tetap hati adiknya itu.

"Bila umrahnya?" soal Nadia pula.

"Minggu depan, kak."

Terangkat kening Nadia mendengar pemberitahuan itu. Jadi, Aidan datang sekeluarga ke situ disebabkan dia ke?

"Oh, awak pun ikut sekali?" Soalan itu ditujukan pada Aidan.

Baru Aidan nak menggeleng, Ain sudah bersuara.

"Tahun lepas Abang Aidan dah naik haji."

Sekali lagi kening Nadia terangkat. Sungguh, dia tak menyangka tentang perkara itu. Namun, hati berkali-kali berkata, alhamdulillah. Sejuk hatinya bila tahu Aidan sudah menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

"So, Haji Ahmad Aidan la ni?" Sengaja disakat lelaki itu sehingga terbit senyuman di bibir.

"Panggil Aidan dah cukup."

Aidan kalih wajah ke arah Ain yang suka sangat tengok dia disakat oleh Nadia. Tersengih-sengih si gadis itu dari tadi.

"Ain pergi temankan mak dan ayah. Sekejap lagi abang ke sana."

Nadia menggigit bibir bawah. Daripada kata-kata Aidan itu, kelihatan seperti si dia ingin berdua-duaan dengannya.

"Okey. Kak Nad... Saya ke sana dulu, eh?"

Nadia mengangguk perlahan. Senyuman dihadiahkan buat Ain sebelum gadis itu melangkah pergi.

"Bila terbang ke Seoul?" soal lelaki itu seraya melangkah dua tapak ke hadapan agar dirinya dekat dengan Nadia.

"Saya terbang ke Turki dulu then, seminggu selepas balik dari Turki, baru la trip ke Seoul."

"So, bila terbang ke Turki?"

"Sehari selepas cuti sekolah bermula."

"For how long?"

Sebelah kening Nadia terangkat lagi. Tiba-tiba saja lelaki itu banyak menyoal dirinya sedangkan sebelum ini, dia yang sibuk hendak tahu tentang kehidupan Aidan.

"12 hari, 11 malam. Awak tak pergi mana-mana ke?"

Aidan menggelengkan kepala.

"Jadual saya untuk bulan ni sangat tight."

"Oh..." Tak disangka, sedih menyapa dalam hatinya saat Aidan kata begitu. Maknanya nanti, mereka pasti jarang bertemu atau mungkin jarang berhubung. Dan sudah pasti dia akan merindui kehadiran lelaki itu.

"Hurm..."

"Hurm..." Kedua-dua mereka hampir serentak bersuara. Tetapi Aidan menyuruh untuk Nadia berkata terlebih dahulu.

"Lupa dah. Tak tahu pula nak kata apa." Bibir dipaksa untuk tersenyum agar Aidan tidak nampak kesedihannya itu.

"Nadia..."

Apabila namanya teralun lembut di bibir Aidan, dia nak sangat lelaki itu tahu yang dia suka bila lelaki itu menyebut namanya.

"Boleh tak kita cakap kat luar?" pintanya bila sedar sudah lama dia berdiri di hadapan booth mereka. Segan pula nak berbicara lama-lama ketika pelanggan sibuk lalu-lalang di situ.

"Sure."

Nadia berpaling mencari kelibat Helen. Saat mata terpandang wanita itu, dia bersuara.

"Helen, I keluar sekejap. Kalau ada customer cari I, just text me up. I bawa handphone ni."

"Okey. You rehat la, Nad. Dari tadi you tak rehat. Dah makan ubat ke belum ni?"

Besar mata Nadia memberi isyarat. Dia tidak mahu Helen bertanyakan soalan begitu di hadapan Aidan. Terasa dirinya tak cukup sihat bila terpaksa bergantung dengan ubat selama ini.

"I dah makan tadi. Don't worry."

Wajah berpaling semula memandang Aidan.

"Jom la."

Lelaki itu hanya menganggukkan kepala dan mereka berjalan seiringan.

"Kenapa tak rehat?" soal Aidan setelah mereka berada di luar.

"Saya dah rehat la, awak. Siapa kata saya tak rehat?"

"Kawan awak yang kata."

"Ish... Dia tu memang terlebih risau."

Wajah Nadia diperhatikan. Memang wajah itu tak nampak lesu. Malah bibir sentiasa mengukir senyuman seolah-olah gembira dan teruja dengan acara yang berlangsung.

"Awak dah makan?"

Nadia mengangguk penuh yakin.

"Kenapa saya rasa awak macam risaukan saya?"

"Memang saya risau."

Nadia ketap bibir. Boleh tak kalau Aidan jangan layan dia begitu? Semakin lama dia bersama dengan Aidan, semakin kuat hatinya menyeru nama lelaki itu.

"Jangan la."

"Why?"

Keluhan terlepas dari bibir.

"Lepas ni... Masing-masing dah sibuk. Mungkin kita akan jarang berhubung. Entah la... Saya tak tahu kenapa saya sedih bila kita berdua sibuk dengan kerja masing-masing. It's like today will be the last day we meet."

Riak di wajah Aidan sedikit berubah dengan kata-kata Nadia itu. Bukan itu perancangannya. Dia mahu memiliki wanita itu bukan mahu mengakhiri hubungan mereka.

"You can text me or call me. Anytime."

"Naufal nak hubungan kami lebih serius lagi," ujarnya berterus terang.

Sesaat kemudian, dia tergelak kecil seraya kepala tergeleng-geleng perlahan.

"I don't know why I'm telling you about this."

"Bagi tahu Naufal yang awak dah ada saya."

Nadia terjeda. Biar betul Aidan ni? Atau lelaki itu sekadar ingin menolongnya?

"Awak biar betul?"

Aidan semakin mendekati tetapi bila terdengar suara Ain memanggil, langkah lelaki itu terhenti.

"Dah pilih nak pergi mana?" soal Aidan sebaik saja Ain tiba di hadapan mereka.

"Kau orang datang sini nak beli tiket ke? Kata minggu depan nak pergi umrah," celah Nadia kehairanan.

"Alaaa... Yang ni untuk bulan lain la, kak. Lagipun, harga tiket murah dan mak teringin nak pergi Jakarta."

Aidan mengangguk kepala. Dia kalih wajah memandang Nadia.

"Saya masuk dulu."

Berat hati Nadia ingin melepaskan Aidan. Tetapi dia tahu, dia tidak berhak. Aidan bukan miliknya. Cuma... Tidak teringinkah Aidan untuk memperkenalkan dia kepada orang tua lelaki itu?

"Okey." Hanya itu yang mampu dia ucapkan walaupun hatinya ingin sekali meluangkan lebih banyak masa bersama dengan Aidan.

Ketika Aidan berpaling hendak melangkah pergi, tak semena-mena tangannya menarik baju Aidan seperti kali pertama mereka berjumpa agar langkah lelaki itu terhenti.

"Thanks for coming," ujarnya setelah Aidan memandang ke arahnya.

"Say that to my parents."

"Hah?" Nadia ternganga. Kurang mengerti.

"Ain... Ajak Kak Nad jumpa mak dan ayah," arah Aidan kepada si adik.

"Okey!"

Dengan teruja Ain merangkul lengan Nadia dan menarik wanita itu masuk ke dalam dewan untuk berjumpa dengan orang tua mereka. Pada mulanya, memang dia nak memperkenalkan Nadia kepada orang tua mereka tetapi dia rasa, selayaknya Aidan yang perlu berbuat sedemikian. Dan bila Aidan sudah mula bersuara, dia tak perlu fikir banyak kali, terus Nadia dibawa masuk ke dalam dewan itu semula sehingga wanita itu tak terkata dibuatnya. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: