ˢᵖᵉᶜⁱᵃˡ ᶜʰᵃᵖᵗᵉʳ 1
Auckland, New Zealand
Ivy telah kembali ke New Zealand. Itu pun kerana dia dipaksa oleh bapanya untuk pulang.
Gadis itu hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik. Hendak keluar rumah? Bapanya telah melarangnya untuk meninggalkan rumah.
Peranti elektronik miliknya pun telah dirampas oleh bapanya. Pulang ke rumah bapanya ibarat kembali ke neraka yang dibina oleh bapanya.
Ivy mengeluh perlahan lalu berbaring di atas katilnya.
Beginilah kehidupan Ivy sejak ibu bapanya bercerai sewaktu dia berusia 6 tahun.
Ivy terpaksa tinggal bersama bapanya kerana hak penjagaannya jatuh kepada bapanya, Mr. Ethan.
Ibu Ivy? Gadis itu tidak diizinkan untuk berjumpa dengan ibu kandungnya, wanita yang melahirkannya ke dunia ini.
"Ivy! Make us some food!"jerit kakak tirinya.
Ivy bangun dari pembaringannya lalu keluar dari biliknya dan berjalan ke dapur untuk memasak makanan.
"Hurry up you lazy bitch!"jerkah kakak tiri Ivy.
Rebecca Ciara, kakak tiri kepada Ivy. Rebecca suka memaksa Ivy untuk melakukan kerja rumah.
Jika gadis itu enggan melakukan apa yang Rebecca arahkan, dia akan dipukul oleh Rebecca.
Apa yang Mr. Ethan lakukan? Apakah Mr. Ethan menolong anak kandungnya? Tidak, Mr. Ethan hanya membiarkan sahaja Ivy dipukul oleh Rebecca.
Selesai sahaja memasak, Ivy terus menghidangkan makanan yang dia masak di meja makan.
Rebecca, Mr. Ethan dan ibu tiri Ivy, Mrs. Brenna duduk di meja makan dan mereka mula menjamu selera tanpa menghiraukan Ivy.
"What the fuck is this?!"Rebecca memuntahkan semula makanan yang dia makan ke lantai. "This is disgusting! Nobody wanna eat this shit"Rebecca menolak pinggannya ke lantai menyebabkan pinggan itu pecah.
"Kau memang menyusahkan, kau tahu tak? Dasar budak tak guna"Mrs. Brenna mencampak pinggan yang berisi makanan yang dimasak oleh Ivy ke lantai.
"Come here you little brat"Rebecca bertindak menarik rambut Ivy dan mengheret gadis itu ke tandas.
Rebecca bertindak menyelamkan wajah Ivy ke dalam mangkuk tandas berkali-kali.
Setelah berpuas hati, Rebecca menolak Ivy ke lantai lalu menyepak badan gadis itu tanpa rasa belas kasihan.
Ivy hanya mendiamkan diri sahaja, menjerit pun bukannya ada guna. Tiada sesiapa akan menolongnya jika dia menjerit sekalipun.
"Die you bitch!"Rebecca terus-menerus menyepak badan Ivy yang sudah tidak bermaya itu.
Ivy hanya mampu menangis sahaja dan menjerit dalam hati agar ada orang yang menolongnya.
Perkara terakhir yang Ivy dengar hanyalah suara jeritan bapa kandungnya dan ibu tirinya sebelum gadis itu tidak sedarkan diri.
"Thanks for helping me, Laura"ucap sang jejaka kepada seorang doktor perempuan yang bernama Laura.
"No problem Kyle. You bawak dia ke sini dengan cepat, kalau you bawak dia ke sini lambat, dia mungkin akan berada dalam bahaya"ujar Laura.
Laura meninggalkan ruangan wad tersebut dan menyambung kerjanya.
Yedam duduk di kerusi bersebelahan dengan katil yang menempatkan Ivy yang masih lagi tidak sedarkan diri itu.
Apa yang berlaku kepada Mr. Ethan, Mrs. Brenna dan Rebecca?
Kini, ketiga-tiga mereka sudah berada di dalam tahanan pihak berkuasa atas kesalahan mendera Ivy.
Yedam menyandarkan badannya di kerusi itu dan memandang ke arah Ivy lalu mengeluh perlahan.
"Aku tak sepatutnya biarkan kau balik ke sini Quinn"gumam Yedam.
"K-Kyle?"pandangan Yedam kini tertumpu pada Ivy.
"You're awake. How do you feel?"soal Yedam.
"A-Ayah I ... Kyle, apa jadi dengan dia?"Yedam memusingkan anak matanya tanda menyampah.
"Dalam tahanan polis"balas Yedam. "You tak payah risau pasal ayah you yang perangai macam binatang tu. You patut fikir pasal diri you je sekarang ni"ujar Yedam.
"Kyle, kenapa you tolong I? I dah banyak kali sakitkan hati you"Yedam memandang Ivy dan dia tersenyum kecil.
"Let me tell you something, Quinn Ivy Lydia. You the one who stolen my heart from the first time I saw you. Yes, you dah banyak kali sakitkan hati I. I cuba nak lupakan you but I can't"Ivy memandang Yedam. "I mesti mengaku something Quinn. You berjaya buatkan I tergila-gila dekat you"Ivy merasa malu apabila mendengar apa yang Yedam katakan.
Knock! Knock!
Yedam dan Ivy terus menoleh ke arah pintu wad itu.
Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan usia 50-an melangkah masuk ke dalam wad Ivy.
"Quinn, anak kesayangan ibu"wanita itu menghampiri Ivy.
"I-Ibu"Ivy memandang susuk tubuh orang yang amat dia rindui.
Ibu kandung Ivy, Mrs. Dahlia menghampiri katil yang menempatkan Ivy lalu memeluk tubuh satu-satunya anaknya itu.
Ivy membalas pelukan ibunya dan gadis itu mula menangis. Mrs. Dahlia mencium dahi anak gadisnya itu berkali-kali kerana dia amat merindui anaknya itu.
"I'm sorry sweetie. Ibu tak sepatutnya biarkan kamu tinggal dengan lelaki tak guna tu"ujar Mrs. Dahlia kesal.
"No, it's okay. Bukan salah ibu"balas Ivy. Gadis itu memandang Yedam lalu tersenyum kecil.
Mrs. Dahlia meleraikan pelukan tersebut lalu mengelap air mata anaknya itu.
"Thank you"Mrs. Dahlia menoleh dan memandang Yedam sambil tersenyum. "You saved my daughter from my ex-husband's Hell. Thank you so much"ucap Mrs. Dahlia.
"It isn't a bit deal, Mrs. Dahlia. Besides, your daughter is someone that I care the most"balas Yedam.
"What's your name, young man?"soal Mrs. Dahlia.
"Bang Yedam but you can call me Kyle"jawab Yedam dan Mrs. Dahlia anggukan kepalanya.
"Ivy, sweetie. Esok ibu datang jenguk kamu lagi ye sayang?"ujar Mrs. Dahlia dan Ivy anggukan kepalanya.
Mrs. Dahlia mencium dahi anak kesayangannya itu sebelum dia keluar dari wad itu sambil diiringi oleh Yedam.
"Kyle, you ke yang call ibu I?"soal Ivy dan Yedam anggukan kepalanya. "Thanks for helping me, and thanks for calling my mom. I hargai sangat-sangat"ujar Ivy.
"Quinn, I wanna ask you something"Ivy memandang Yedam. "I know this might sound crazy and this isn't a right timing but... Quinn, can we get back together, like we used to be?"Ivy terdiam seketika mendengar kata-kata jejaka itu.
"Kyle, you tahukan yang I used to be a part of THE QUEENZ?"ujar Ivy.
"So what? I tak kesah if you tu penjenayah. Semua orang boleh berubah"kata Yedam.
"Kyle, parents you takkan terima I. Tak ada parents yang nak anak mereka ada partner yang ada rekod jenayah"Ivy berkata, berharap Yedam lupakan hasratnya itu.
"Quinn, parents I tak kesah dengan semua tu"kata Yedam dan Ivy mengeluh perlahan.
"You betul nak kita get back macam dulu?"soal Ivy dan Yedam anggukan kepalanya. "Fine, as long as you takde side chicks"Ivy memandang Yedam.
"Demi you, I rela tinggalkan side chicks I yang berpuluh-puluh tu"kata Yedam bersungguh-sungguh, nekad betul dia ni.
"Kyle, kenapa you nak sangat get back dengan I?"soal Ivy tiba-tiba.
"Sebab cuma Quinn Iyv Lydia je yang berjaya buatkan Kyle Ezekiel gila"balas Yedam. "I love you Quinn, and I really meant it"Yedam menggenggam kedua-dua belah tangan gadis itu.
"I love you too Kyle"Ivy membalas genggaman tangan jejaka itu.
❏ ᴅᴏɴᴇ ғᴏʀ sᴘᴇᴄɪᴀʟ ᴄʜᴀᴘᴛᴇʀ 1, ʏᴇᴅᴀᴍ x ɪᴠʏ ❐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro