28
ACE dan TREASURE kini tiba di Amerika Syarikat. Mereka pun terus menuju ke ACE HQ sambil diiringi oleh beberapa orang pengawal keselamatan daripada ACE HQ.
ACE HQ
TREASURE terus dibawa ke sel tahanan (?) oleh beberapa orang bawahan ACE. ACE pula menuju ke ruang pejabat Mr. Hawks, iaitu ketua mereka.
Kedatangan ACE disambut dengan tepuk Mr. Hawks. Mr. Hawks menghampiri ACE dengan sebuah senyuman yang terukir di wajahnya.
"Welcome back Brandy and Baracdi. It's really nice to see you two again"sapa Mr. Hawks namun Junkyu dan Yedam hanya menunjukkan riak wajah mendatar mereka sahaja.
Mr. Hawks mengalihkan pandangannya ke arah Danielle sambil tersenyum penuh makna. Tiada sebarang perasaan yang ditunjukkan oleh gadis itu, wajahnya kekal tiada perasaan.
"Well Agent Rum, I'm really glad that you did your job"kata Mr. Hawks dan Danielle menjeling ke arah lelaki tua itu.
"If you doesn't have anything to say, we need to go now"kata Danny.
"Of course. You guys might wanna have some time for yourselves"balas Mr. Hawks.
ACE terus beredar daripada situ, kecuali Jaden dan Danielle. Jaden memegang tangan Danielle dan jejaka itu terus membawa gadis itu pergi ke suatu tempat.
Danielle merentap tangannya daripada pegangan Jaden lalu menjeling ke arah jejaka itu.
Mahu sahaja Danielle menikam Jaden namun gadis itu terpaksa melupakan niatnya itu kerana dia masih lagi mempunyai hati dan perasaan.
"Aku tak nak ikut kau pergi jumpa perempuan simpanan kau tu"kata Danielle.
"I tak cakap pun yang I nak bawak you jumpa dia"balas Jaden.
"Shut the fuck up Jaden. Aku nak balik, nak rehat"kata Danielle.
"Tak boleh ke you cakap dengan I elok-elok?"ujar Jaden namun Danielle membalasnya dengan sebuah jelingan tajam.
Danielle terus meninggalkan Jaden dan gadis itu menuju ke lokasi yang telah dihantar oleh Danny tadi. Jaden mengenggam tangannya erat, gadis itu benar-benar mencabar kesabaran Jaden.
Danny's place
Danielle kini tiba di rumah milik abangnya, iaitu Danny. Gadis itu memarkirkan keretanya di dalam garaj sebelum dia memasuki rumah tersebut.
Danielle terus menuju ke biliknya tanpa menghiraukan pandangan Yedam dan Junkyu. Gadis itu tahu yang Yedam dan Junkyu bakal membenci dirinya dan gadis itu sudah tidak kisah dengan semua itu.
Danielle masuk ke dalam biliknya lalu gadis itu terus menukar pakaiannya. Danielle melihat pantulan dirinya di cermin dan gadis itu menyentuh kesan parut di lehernya.
Danielle terus memakai hoodie bagi menutupi kesan parutnya itu. Gadis itu tidak mahu sesiapapun tahu akan kesan parutnya itu, terutamanya Danny.
Pintu bilik gadis itu terus dibuka dengan kasar oleh Junkyu. Danielle hanya memandang Junkyu tanpa mengatakan apa-apa.
"You promise to protect them!"marah Junkyu yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik Danielle.
"Janji dibuat untuk dimungkiri"balas Danielle dan Junkyu memandang Danielle dengan wajah terkejut.
"I shouldn't trust you, right?"kata Junkyu. "You broke your own promise Danielle. You such a liar"kata Junkyu kecewa.
"Me? A liar? What about you?"soal Danielle. "You lied to them too. You also a liar too Kim Junkyu"kata Danielle.
Junkyu terdiam selepas mendengar apa yang dikatakan oleh gadis itu. Betul apa yang Danielle katakan tadi, dia juga telah menipu TREASURE.
"If I'm a fucking liar, so do you and Kyle. They trusted you two more than me"kata Danielle.
"But he fucking love you!"kata Junkyu. "Park Jihoon is fucking love you!"kata Junkyu lagi.
"Too bad he's an idiot"balas Danielle.
"He believed you and you betrayed him"kata Junkyu. "Now, he not gonna believe you anymore"kata Junkyu.
Junkyu terus beredar daripada bilik tidur Danielle. Danielle menutup pintu biliknya lalu mengunci pintu biliknya itu.
Gadis itu menyandarkan tubuhnya di pintu biliknya lalu gadis itu menekup mulutnya agar suara tangisannya tidak didengari oleh rakan-rakan sekumpulannya.
Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Junkyu benar-benar menusuk hati gadis itu. Namun Danielle tahu yang ini semua berpunca daripada dirinya sendiri.
Jika Danielle tidak lakukan seperti apa yang Jaden mahukan, semua ini tidak akan terjadi.
Ya, Danielle seperti orang bodoh kerana melakukan apa yang Jaden mahukan. Sekarang, semuanya mula kucar-kacir gara-gara tindakan bodohnya sendiri.
"Daddy ... adik tak kuat. Adik dah tak kuat nak hadap semua ni Daddy"guman Danielle. "Mommy ... adik punca semua ni terjadi. Tak boleh ke adik ikut Mommy dengan Daddy? Adik tak nak berada kat dunia yang kejam ni lagi"gumam Danielle perlahan.
Danielle benar-benar berharap yang dia turut terlibat sama dalam kemalangan yang telah meragut nyawa kedua-dua ibu bapanya. Malah Danielle pernah terfikir untuk mengakhiri nyawanya sendiri.
Danielle pernah mencederakan dirinya. Gadis itu hampir-hampir mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapanya namun dia bernasib baik kerana ayah Yedam, iaitu Mr. Bang sempat menyelamatkan nyawa dia.
Kejadian itu dirahsiakan oleh ibu bapa Yedam daripada pengetahuan Yedam dan Danny. Danielle tidak mahu membuatkan Yedam dan Danny risau dengan tindakan bodonya ketika itu.
Namun kini, Danielle berharap sangat yang ketika itu Mr. Bang tidak menyelamatkan Danielle. Gadis itu benar-benar berharap yang dia mati sahaja ketika itu.
"Sial, semuanya musnah gara-gara tindakan bodoh kau Danielle! Kenapa kau bodoh sangat? Kenapa kau ikut cakap Jaden tu? Kenapa!"Danielle memaki dirinya sendiri.
Living room
"Yedam"Danny memanggil Yedam.
"What?"tanya Yedam.
"Aku nak tanya kau sesuatu"Danny memandang Yedam.
"Apa kau nak tanya hyung?"kata Yedam dalam nada malas.
"Kenapa kau dengan Junkyu tak hantar apa-apa maklumat dekat kitorang?"Danny bertanya.
"You know why"balas Yedam. "Kau, aku dan Junkyu hyung sama-sama tahu siapa sebenarnya Park Jihoon tu. Am I right?"ujar Yedam sinis.
"Apa yang kau maksudkan ni?"soal Danny.
"Mendiang Chief Park"Yedam memandang Danny. "Kita semua tahu apa hubungan mendiang dengan Park Jihoon"ujar Yedam.
Danny memandang Yedam dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Yedam keluar daripada rumah itu dan jejaka berusia 20 tahun itu pergi ke sebuah tempat.
Icy Cafe
Yedam masuk ke dalam cafe tersebut. Yedam terus mengatur langkah ke sebuah meja lalu duduk di kerusi di meja tersebut.
"What you want?"Yedam bertanya.
"I ... I wanna help you"Ivy berkata.
Yedam menoleh ke arah Ivy dan dia memandang gadis itu dengan riak wajah mendatar.
"Say it again"kata Yedam sambil tersenyum sinis.
"I wanna help you. I nak buat Evelyn rasa apa yang I rasa"balas Ivy tanpa ragu-ragu.
"Can I trust your words? You a liar Quinn Ivy"ujar Yedam. "No one believes a liar. Even when you're telling the truth"ujar Yedam lagi.
"I will do anything to take Evelyn down, even if I need to die"ujar Ivy serius.
Yedam anggukan kepalanya, senyuman sinis terukir di bibirnya.
Yedam memandang Ivy lalu tersenyum sinis, dan dia dapat lihat dengan jelas kebencian yang ada di wajah gadis itu.
"In that case, prove it"kata Yedam, senyuman sinisnya ditunjukkan. "If you can get one of your friends into the hospital, I'll consider what you said earlier"kata Yedam lagi.
Ivy terdiam apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Yedam tadi.
Apakah Yedam gila?! Macam mana Ivy hendak lakukan apa yang dikatakan oleh jejaka itu tadi?
Yedam memandang Ivy lalu jejaka itu ketawa mengejek. Nampaknya gadis itu tidak ada keberanian untuk lakukan apa yang Yedam katakan tadi.
"Someone is scared"ujar Yedam sinis.
"I'm ain't scared"balas Ivy. "I'll do it"ujar Ivy tanpa ragu-ragu.
"Okay then. Can't wait for it"ujar Yedam.
Yedam pun beredar daripada situ, dia tidak mahu membuang masa dia yang berharga.
Ivy hanya memandang susuk tubuh Yedam yang semakin menjauh. Entah kenapa gadis itu berasa bersalah terhadap Yedam. Mungkin juga kerana Ivy pernah menyakitkan hati Yedam dahulu.
Ivy pun turut beredar daripada cafe itu. Dia perlu memikirkan cara bagaimana mahu lakukan apa yang Yedam katakan tadi.
Double update ye 😂 bak kata Fifi "triple update taknak ke you?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro