17
2 days later...
Danielle hanya menghabiskan masanya di rumah TREASURE sahaja. Gadis itu tidak ada mood untuk keluar jalan-jalan.
TREASURE? Keenam-enam jejaka tersebut pagi-pagi lagi sudah keluar. Danielle malas hendak bertanya banyak kerana dia tidak mahu dianggap sebagai "busybody".
Disebabkan bosan, Danielle akhirnya memutuskan untuk mengemas rumah tersebut. Lagipun, Jihoon sudah memberikan Danielle kebenaran untuk mengemas rumah tersebut.
Walaupun rumah itu dihuni oleh enam orang jejaka bujang, namun rumah itu tidaklah begitu bersepah seperti kapal pecah.
Mungkin juga kerana Haruto dan Jaehyuk sering mengemas rumah yang dihuni oleh mereka, desis hati Danielle.
Danielle mula mengemas ruang tamu rumah tersebut. Danielle gelengkan kepalanya apabila melihat ada beberapa tin Cola kosong di atas sofa.
"What a mess"kata Danielle. "Selain Haruto and Jaehyuk, yang lain memang tak reti nak mengemas ke ape? Dasar pemalas"Danielle membebel sambil mengemas ruang tamu itu.
TREASURE's situation
Junkyu, Yedam dan Haruto sedang berada di Wonderland Mall. Mereka bertiga berada di sana hanya kerana ingin membeli hadiah untuk Danielle.
Triple J (Jihoon, Jaehyuk dan Junghwan) pula berada di Blinks Bakery untuk membeli kek hari jadi untuk menyambut hari jadi Danielle.
Mereka berenam berpecah kerana itu lebih memudahkan pencarian mereka. Yedam sudah pun memesan kepada Junghwan agar Triple J membeli kek berperisa raspberry chocolate. Yedam cuma mampu berharap yang Triple J tidak tersilap beli kek.
"Wait"kata Haruto.
Junkyu dan Yedam berhenti lalu menoleh ke arah Haruto. Jejaka Jepun itu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersenyum kekok.
"Kita ... nak beli bunga apa untuk Minseo Noona?"soal Haruto.
"I don't know. Roses? Lilies? Apa-apa jenis bunga je la"balas Junkyu.
"Asalkan bukan bunga tahi ayam yang kau nak beli"sampuk Yedam.
Haruto anggukan kepalanya sebagai tanda faham. Mereka bertiga pun terus memasuki kedai bunga untuk mencari bunga untuk Danielle.
Blinks Bakery
"Kek apa yang kita nak beli?"Jaehyuk bertanya untuk kali yang ke-1296458 kalinya.
"Raspberry chocolate cake"jawab Jihoon dan Junghwan serentak dan Jaehyuk anggukan kepalanya.
"One more time you ask the same silly question, I won't hesitate to beat you up"kata Jihoon dan Jaehyuk hanya mampu tersengih seperti kera busuk.
TREASURE's place
Danielle akhirnya selesai mengemas ruang tamu dan dapur rumah tersebut. Danielle pun mula mengatur langkahnya ke bilik Yedam untuk mengemas bilik sepupu tercintanya itu.
Tergaman Danielle apabila dia melangkah masuk ke dalam bilik Yedam.
Dengan katilnya yang tidak dikemas, sampah merata-rata dan pakaian kotor berselerakkan, gadis itu cuma mampu gelengkan kepalanya sahaja.
"Oh Gosh"keluh Danielle. "I really should tell Auntie about her son's room"ujar Danielle.
Danielle mengambil beberapa keping gambar bilik Yedam yang bersepah ibarat kapal pecah itu lalu gadis itu pun menghantar gambar-gambar tersebut kepada ibu saudaranya, iaitu ibu Yedam.
Danielle harap yang Yedam akan menerima bebelan daripada ibunya itu. Danielle menyimpan telefon pintarnya itu lalu mula mengemas bilik Yedam.
Wonderland Mall
Yedam menerima panggilan telefon daripada ibunya. Yedam hairan kenapa ibunya tiba-tiba sahaja menghubunginya. Disebabkan tidak mahu dilabel sebagai anak derhaka, Yedam pun menjawab panggilan telefon tersebut.
Eomma🦁
0:01
Eomma, wae?
BANG YEDAM!
Kamu ni tak reti
nak kemas bilik kamu
ke hah?
H-Hah?
Apa Eomma cakap ni?
Minseo hantar gambar
dekat Eomma tadi.
Katanya tu bilik kamu
Hah?
M-mana ada Eomma
Dia menipu tu
Bang Yedam
N-Nae?
Lepas ni, kalau
Minseo hantar gambar
bilik kamu bersepah
macam tempat pembiakan
tikus dekat Eomma lagi
sekali, memang Eomma pergi
rumah kamu tu!
Faham?
F-Faham Eomma
Bye Eomma
Yedam ada hal ni
Ya Bang Yedam!
Bye!
Love you
Eomma🦁
0:47
Yedam menamatkan panggilan telefon itu. Dalam hati Yedam sedang memaki hamun Danielle.
"Tak guna punya sepupu. Siap kau nanti!"desis hati Yedam.
"Wae Yedam?"soal Junkyu.
"Nothing. Eomma aku just membebel, tu je"balas Yedam.
"Dah kenapa Eomma Hyung membebel pula?"soal Haruto.
"Hobi Eomma aku kot. Eomma aku kalau boleh hari-hari nak membebel"kata Yedam yang seakan-akan mengutuk Mrs. Bang.
"Hyung oh Hyung"Haruto memanggil Yedam dan Junkyu.
"Mwo?"soal Junkyu dan Yedam serentak.
Haruto menunjuk ke arah beberapa jambak bunga yang tersusun rapi di hadapan hadapan mereka bertiga.
Tanpa berfikir lama, Yedam terus mengambil sejambak bunga mawar, sejambak bunga daisi dan sejambak bunga cherry blossom.
"Kalau Minseo Noona tak suka dengan bunga-bunga tu, macam mana?"soal Haruto.
"Dia suka bunga-bunga ni"jawab Yedam tenang.
Yedam terus ke kaunter untuk membayar ketiga-tiga jambak bunga yang dia ambil tadi. Junkyu dan Haruto menunggu Yedam di luar kedai bunga tersebut.
TREASURE's place
Danielle telah pun selesai mengemas bilik tidur Yedam, Junkyu, Jaehyuk, Haruto dan Junghwan. Kini hanya tersisa bilik tidur Jihoon sahaja yang belum dikemas oleh gadis itu.
Danielle mengatur langkahnya menuju ke bilik Jihoon. Danielle berhadap yang bilik Jihoon tidak bersepah seperti bilik Yedam.
Jihoon's room
Danielle pun memulas tombol pintu bilik Jihoon lalu menghidupkan suis lampu bilik tersebut.
Danielle menghela (?) nafas lega kerana bilik Jihoon tidak bersepah seperti bilik si Yedam. Tetapi meja kerja milik Jihoon kelihatan agak bersepah di mata Danielle.
Danielle mula menyusun fail-fail yang berselerakan di atas meja kerja Jihoon. Setelah itu, Danielle merapikan (?) katil Jihoon.
"Takkanlah si Yedam je yang suka sepahkan bilik? Dah tua pun still perangai cam budak kecik je si Yedam ni"bebel Danielle.
Danielle ni memang suka membebel, mengalahkan mak nenek je dia ni. Sebab itulah si Yedam suka panggil Danielle sebagai "Grannie Minseo", sebab Danielle suka membebel.
Sedang Danielle sibuk mengemas bilik Jihoon, mata gadis itu tertumpu pada bingkai gambar yang ada di atas meja kerja Jihoon.
Gadis itu mengambil bingkai gambar tersebut lalu melihat bingkai gambar itu. Riak wajah gadis itu terus berubah selepas dia melihat gambar tersebut.
"H-Hoonie Oppa?"desis hati Danielle.
Kenapa gambar itu boleh berada di dalam bilik Jihoon? Ataupun "Hoonie Oppa" yang Danielle tunggu selama ini sebenarnya adalah Park Jihoon, ketua TREASURE?
Danielle mengelengkan kepalanya berkali-kali lalu gadis itu meletakkan semula bingkai gambar itu di tempat asalnya.
Sebaik sahaja Danielle selesai mengemas meja kerja Jihoon, gadis itu terus keluar daripada bilik jejaka itu.
Danielle masuk ke dalam biliknya lalu bersandar di pintu biliknya. Pelbagai persoalan kini berlegar-legar di fikiran gadis itu.
Danielle mahu menidakkan akan kebenaran mengenai gambar yang dia lihat tadi namun gadis itu tahu itulah kebenarannya.
"Hoonie Oppa" yang selama ini ditunggu oleh gadis itu sebenarnya sudah berada di depan dia.
Tetapi apa yang lebih menyakitkan adalah, gadis itu ditugaskan untuk menangkap Park Jihoon. Ya, Danielle ditugaskan untuk menangkap Park Jihoon, lelaki yang selama ini dia tunggu.
Sedih? Ya, gadis itu benar-benar berasa sedih sekarang ini. Danielle masih lagi tidak percaya yang Park Jihoon dan Hoonie Oppa itu adalah orang yang sama.
I'm back 😁✌️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro