11
A month later...
Sudah sebulan Danielle tinggal dengan TREASURE. Dan selama sebulan ini la TREASURE mengenali Danielle dengan nama Minseo.
Junghwan selalu mengajak Danielle untuk keluar bersama, walaupun kadang-kadang Jaehyuk atau Junkyu perlu mengikuti Junghwan dan Danielle.
Namun Danielle masih lagi memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Yedam baru-baru ini.
~Danielle's flashback~
"Can we talk for a while?"soal Yedam kepada Danielle.
"Yeah, sure"balas Danielle pelik.
Yedam menutup pintu bilik Danielle lalu memandang ke arah Danielle. Danielle berasa pelik dengan kelakuan jejaka itu.
"Apa yang kau sembang dengan Brandy semalam?"soal Yedam.
"Nothing. He just asked me about Jaden, that's all"jawab Danielle.
"Jaehyuk saw you two at the backyard last night"ujar Yedam dan Danielle terkejut apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Yedam. "Didn't I tell you to be careful? Kau nak identiti sebenar kau terbongkar ke Danielle?"marah Yedam.
"Je suis désolé Kyle. J'aurais dû faire attention pour ne pas être suspecté"ujar Danielle serba-salah.
(I'm sorry Kyle. I should have been careful so I wouldn't be suspected)
Yedam memandang Danielle dengan riak wajah kecewa, dan gadis itu cuma mampu memandang ke arah lantai sahaja.
Yedam mengeluh perlahan lalu cuba untuk menenangkan dirinya. Jejaka itu langsung tidak ada niat pun untuk memarahi satu-satunya sepupu kesayangannya itu.
Yedam tahu yang Danielle tidak menyedari bahawa Jaehyuk memerhati gadis itu. Jika Danielle sedar akan itu, sudah pasti Danielle tidak akan berada di halaman belakang rumah lama.
"J'espère que vous serez plus prudent après cela. Souviens-toi de Danielle, ne laisse pas la véritable identité de nous trois être révélée juste à cause de ta petite erreur"kata Yedam kepada sepupunya itu.
(I hope you will be more cafeful after this. Remember Danielle, don't let the real identity of the three of us be revealed just because of your small mistakes)
~End of Danielle's flashback~
Danielle mengeluh kecil lalu mengutuk dirinya sendiri. Dia sepatutnya lebih berhati-hati untuk memastikan identiti sebenar dia dan yang lain tidak terbongkar.
"Minseo Noona"panggil Junghwan dan Danielle menoleh ke arah remaja itu.
"Wae Junghwanie?"soal Danielle.
"Kyu Hyung rancang nak pergi pantai. Noona nak ikut tak?"soal remaja lelaki itu.
"Jom la Minseo"ajak Junkyu. "Kang nangis pulak si Junghwan kalau kamu tak ikut"ujar Junkyu dan Junghwan menjeling ke arah Junkyu.
"Okay fine"kata Danielle pendek.
"Yeah!"jerit Junghwan gembira.
Remaja lelaki itu terus berlari menuju ke bilik tidurnya untuk bersiap. Danielle ketawa melihat kelakuan Junghwan.
Kelakuan Junghwan mengingatkan Danielle akan Justin. Danielle sangat merindui Justin, Danielle sudah pun mengganggap Justin seperti adik kandungnya.
at beach...
Danielle dan keempat-empat jejaka itu akhirnya tiba di destinasi yang mereka tuju.
Junghwan terus berlari ke arah pantai tanpa menghiraukan rakan-rakannya. Junkyu, Jaehyuk dan Yedam hanya melihat sahaja kelakuan maknae mereka itu.
Mata Danielle tertumpu ke arah susuk tubuh seseorang yang sedang duduk di atas pasir pantai sambil termenung.
"Junkyu Hyung"panggil Yedam dan Junkyu memandang Yedam. "Tu bukan Jihoon Hyung ke?"soal Yedam sambil jarinya menunjuk ke arah susuk tubuh Jihoon yang tidak jauh daripada mereka.
"Eh, haah la. Tu si Bihoon"kata Junkyu.
"Dia buat ape kat sini eh?"soal Yedam namun Junkyu mengangkat kedua-dua belah bahunya sebagai tanda tidak tahu.
Tidak lama itu, Junghwan menghampiri rakan-rakannya setelah penat bermain air. Yedam memandang Junghwa lalu gelengkan kepalanya.
"Kau bawak ke tak baju ganti Junghwan?"soal Yedam yang menyedari pakaian Junghwan basah kuyup akibat bermain air tadi.
"Bawak la. Lagipun bukan selalu kita dapat pergi pantai tau? So sekali sekala main air tak salah kan?"ujar Junghwan.
"Lantak kau la Junghwan. Jangan kau lemas sudah"Junkyu menyampuk.
"Baik Kyu Hyung"balas Junghwan.
Remaja itu pun berlari ke arah pantai semula tidak lama itu. Yedam mengikuti Junghwan kerana risau akan keselamatan remaja itu.
Danielle pula hanya berjalan-jalan sahaja di persisiran pantai itu. Gadis itu langsung tidak berminat untuk bermain air.
Danielle menoleh dan melihat sahaja Junghwan yang sedang seronok bermandi-manda itu sambil diawasi oleh Yedam.
Melihat Junghwan tersenyum gembira seperti itu membuatkan Danielle turut tersenyum. Itu merupakan kali pertama Danielle melihat Junghwan begitu gembira setelah sebulan dia tinggal dengan TREASURE.
"What're you doing here?"soal seseorang kepada Danielle.
"Junkyu ajak datang sini"balas Danielle. "What about you? Came here all alone for healing or something?"soal Danielle tanpa menoleh ke arah orang itu.
"Kinda I guess"balas jejaka itu. "Luka kau macam mana? Dah elok?"soal Jihoon dan Danielle anggukan kepalanya sahaja.
Sebulan yang lalu, Danielle tiba-tiba sahaja diserang oleh sekumpulan perempuan. Untung sahaja Jaehyuk dan Junghwan sempat menyelamatkan Danielle.
Tetapi salah seorang perempuan yang menyerang Danielle telah bertindak mengelar (?) pergelangan tangan dan paha gadis itu.
Danielle tidak dibenarkan untuk keluar daripada rumah TREASURE selepas kejadian itu. Danielle hanya dibenarkan keluar daripada rumah jika salah seorang daripada ahli TREASURE menemani gadis itu.
"Bahaya untuk kau berseorangan"ujar Jihoon.
"Ramai orang berada di sini"kata Danielle.
"Still berbahaya. Jangan cuba untuk lawan cakap aku Minseo"kata Jihoon tegas.
"Whatever Park Jihoon"balas Danielle sambil memusingkan anak matanya.
"JIHOON HYUNG! MINSEO NOONA!"panggil Junghwan lalu melambaikan tangannya ke arah Jihoon dan Danielle.
Danielle membalas lambaian Junghwan itu. Yedam menoleh ke arah Danielle dan jejaka itu memandang ke arah Jihoon yang berada di sebelah Danielle.
Jihoon hanya mengabaikan pandangan Yedam itu. Danielle melihat sekelilingnya dan matanya kini tertumpu ke arah seorang gadis yang berdiri tidak jauh daripada tempat Junkyu dan Jaehyuk berada.
"THE QUEENZ's member?"desis hati Danielle.
Danielle memejam matanya seketika lalu membuka matanya semula. Susuk tubuh salah seorang ahli kumpulan THE QUEENZ yang Danielle lihat tadi telah menghilang.
Danielle mengecam wajah ahli kumpulan THE QUEENZ tadi, ianya Kyra, ketua THE QUEENZ.
"Kau dah kenapa?"soal Jihoon hairan.
"Nothing. Aku fikir aku nampak someone tadi"balas Danielle.
Danielle pun terus menuju ke arah Junkyu dan Jaehyuk. Jihoon pun mengikuti Danielle tidak lama itu, begitu juga dengan Junghwan dan Yedam.
Keempat-empat jejaka itu pun bertindak mencalit aising di wajah Jihoon. Terkejut Jihoon dengan tindakan rakan-rakannya itu.
"Happy Birthday Jihoon Hyung"ucap Junghwan sambil tangannya sibuk mencalit aising di wajah Jihoon.
"Harini ... birthday aku ke?"soal Jihoon keliru.
"Haah, harini birthday kau la hanat. Lupa ke?"balas Junkyu.
Junkyu terus menyumbat sedikit kek ke dalam mulut sahabatnya itu dengan kasar, nasib tak mati tercekik je si Jihoon tu.
Junkyu bertindak melarikan diri apabila Jihoon mengejar dirinya. Jaehyuk, Yedam, Junghwan dan Danielle hanya melihat sahaja aksi kejar-mengejar itu dan mereka berempat tidak berniat untuk menolong Junkyu langsung.
Hanya kedengaran suara jeritan Junkyu di pantai itu, nasib baik la tidak ramai orang di pantai itu.
Akhirnya Junkyu pun menyerahkan dirinya kepada Jihoon akibat terlalu penat berlari. Boleh pengsan Junkyu kalau dia terus berlari.
Jihoon mengetuk perlahan kepala Junkyu dan Junkyu ketawa sahaja. Lagipun, bukannya selalu Junkyu dapat kenakan sahabatnya itu.
"Habis muka aku korang calit aising. Hanat punya manusia"kata Jihoon sambil membersihkan sisa aising di wajahnya.
"Bukan selalu pun Jihoon Hyung"kata Yedam. "Selamat hari tua Hoon Hyung. Bila kau nak taken?"soal Yedam dan Jihoon terus memukul bahu jejaka itu dengan kuat. "Ampun Hyung! Sakit woi!"kata Yedam sambil menggosok bahunya itu.
"Better aku single daripada jadi buaya macam kau"ujar Jihoon.
"Ceh, rela single konon. Entah-entah kau duk tunggu first love kau tu"selamba Junkyu berkata.
"Hyung ada first love? Sape sape?"soal Junghwan teruja.
"Budak kecik jangan masuk campur"kata Yedam dan Junghwan menjulurkan lidahnya ke arah Yedam.
Jihoon gelengkan kepalanya, ada-ada sahaja perkara yang Junghwan dan Yedam nak gaduhkan. Macam budak-budak sahaja perangai Yedam dan Junghwan.
"Minseo Noona ada first love tak?"soal Junghwan kepada Danielle.
"First love? Maybe ada kot"jawab Danielle namun Junghwan tidak berpuas hati dengan jawapan gadis itu.
"Or Noona dah ada boyfriend?"soal Junghwan.
Danielle mendiamkan dirinya selepas mendengar soalan Junghwan tadi. Yedam pun terus memandang sekilas ke arah sepupunya itu.
"Your boyfiend ... he cheated on you, right?"teka Junkyu.
"That bastard was my past. He's nobody to me now"ujar Danielle tenang.
"If kau jumpa ex kau, apa kau akan buat?"soal Jihoon.
"Kill him probably"balas Danielle sambil tersenyum.
"Let's go home now. It's getting late now"ujar Junkyu.
Mereka berenam pun mengemas barangan mereka dan bergerak pulang tidak lama itu.
Danielle dan Yedam menaiki kereta milik Jihoon, manakala Junghwan dan Jaehyuk pula menaiki kereta milik Junkyu.
Yedam yang berada di tempat duduk belakang sudah lama melelapkan matanya. Danielle pula kelihatan seperti sedang termenung.
Danielle sempat menghantar mesej kepada Brandy sebelum mereka bertolak pulang tadi. Danielle memberitahu Brandy tentang apa yang dia nampak sewaktu di pantai.
"Something wrong?"soal Jihoon dan Danielle menoleh ke arah jejaka itu. "Kau nampak macam tengah serabut. Mind to share something with me?"ujar Jihoon.
"Nothing. Aku just ... terfikir pasal ex aku, itu je"jawab Danielle. "Aku percayakan dia tapi dia tipu aku. I'm such a fool, right?"kata Danielle.
"You aren't fool. Your ex's a fool"kata Jihoon. "Dia main-mainkan perasaan kau. Dia yang bodoh sebab tak reti setia"kata Jihoon lagi.
"Yeah, you maybe right"kata Danielle.
Suasana pun kembali senyap tak lama itu dan ia berlanjutan sehinggalah mereka sampai di rumah.
Done chapter 11
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro