Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8

"Hey Danny. Look at what I found"ujar Sam sambil berjalan menuju ke arah meja Danny.

Sam meletakkan komputer ribanya di atas meja Danny lalu menunjukkan maklumat tentang The Queenz kepada Danny.

"Kau rasa ... Jaden tahu ke pasal ni?"soal Sam dan Danny memandang ke arah Sam.

"Jaden isn't a dumb. He's just ... a jerk"balas Danny.

"Now what?"soal Sam.

"Kita biarkan je dulu betina murah tu main-main dulu. She wanted to play, then she'll get what she wanted"balas Danny.

"Okay"balas Sam pendek.

South Korea

Danielle menukar pakaiannya selepas salah seorang daripada rakan Jihoon memberikan beberapa pasang (?) pakaian kepada gadis itu.

Imagine Danielle pakai hoodie ni and seluar pendek warna putih👇

Danielle duduk bersila di atas katil lalu membuka akaun media sosialnya.

Knock ! Knock !

"Who's that?"soal Danielle.

"It's Junghwan"balas Junghwan. "Boleh Hwan masuk?"soal Junghwan.

"Masuk la"balas Danielle lalu membetulkan duduknya.

Pintu bilik itu dibuka dan jelas terpapar wajah Junghwan. Remaja lelaki itu menghampiri Danielle lalu duduk di sebelah gadis itu.

"Emm ... kalau Hwan panggil awak noona, boleh?"soal Junghwan ragu-ragu.

"Minseo noona. Nama noona Minseo"ujar Danielle sambil tersenyum manis.

"Nama noona bawa maksud tenang dan bijak"ujar Junghwan dan Danielle anggukan kepalanya. "Noona ... tak takut ke? Noona sorang je perempuan yang ada dalam rumah ni"ujar Junghwan.

"Should I?"soal Danielle. "I need a reason for that"kata Danielle dan Junghwan memandang ke arah Danielle.

"Junghwan, Jihoon hyung ajak makan. Both of you should go down now"ujar Junkyu yang tiba-tiba sahaja memunculkan dirinya di depan pintu bilik Danielle.

"Okay hyung"balas Junghwan pendek. "Jom noona"ajak Junghwan.

Danielle pun mengikuti Junghwan dan Junkyu ke ruang makan.

Danielle baru perasan yang hanya ada 5 orang sahaja jejaka di rumah itu, termasuklah Junghwan. Bukan ke sepatutnya ada lagi seorang ahli TREASURE, desis hati Danielle.

The dining room

Danielle pun terus duduk atas kerusi yang bersebelahan dengan Junghwan. Jaehyuk memandang Danielle seketika sebelum memusingkan anak matanya.

"Ruto hyung mana? Lama betul dia balik kampung"ujar Junghwan.

"Biar je la Ruto tu. Lagipun, dia dah lama tak balik kampung kan?"balas Yedam.

"Aku baru perasan. Kau pakai hoodie siapa tu?"Junkyu bertanya kepada Danielle.

"Hoodie ni? Junghwan yang bagi tadi"jawab Danielle.

Semua mata kini tertumpu ke arah Junghwan. Remaja lelaki yang berusia 15 tahun itu hanya memandang ke arah rakan-rakannya tanpa berkata apa-apa.

"Bukan ke tu hoodie Jihoon hyung?"soal Jaehyuk.

Junkyu, Jaehyuk, Yedam dan Junghwan terus menoleh ke arah ruang tamu sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki seseorang.

Mereka berempat mendiamkan diri masing-masing apabila susuk tubuh Jihoon muncul di ruang makan.

Mereka berenam pun makan malam dalam suasana yang senyap. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu sahaja.

"Jihoon hyung"panggil Junghwan dan Jihoon memandang maknaenya itu. "Boleh tak kalau Hwan nak ajak Minseo noona keluar esok?"tanya Junghwan.

"Keluar? Pergi mana?"soal Jihoon.

"Hwan terfikir nak ajak Minseo noona pergi jalan-jalan dekat bandar je"jawab Junghwan.

"Junkyu kena ikut kau nanti. No bantahan"balas Jihoon.

"Okay"jawab Junghwan pendek.

Selesai sahaja makan malam, Jaehyuk terus ke biliknya. Junghwan menolong Junkyu mengemas ruang makan itu sementara Yedam pula menghilangkan diri begitu sahaja.

Danielle baru sahaja ingin kembali ke biliknya. Tiba-tiba sahaja lengannya ditarik oleh seseorang.

Danielle memandang orang tersebut dan ternyata ianya Jaehyuk. Jejaka itu memandang Danielle dengan riak wajah dingin.

"What the fuck you want?"soal Danielle lalu merentap lengannya daripada tangan Jaehyuk.

"Aku yang sepatutnya soal kau tu. What the fuck do you want?"soal Jaehyuk. "You can die if you stay with us"ujar Jaehyuk.

"And kau rasa aku ada pilihan ke? Siapa yang acu pistol kat kepala aku tadi? It was you, right? Asal kau tak tembak je aku tadi? Then get rid of my body, easy"kata Danielle dengan berani.

"Who the fuck are you?"soal Jaehyuk yang sedang mengawal rasa marahnya.

"Manusia"jawab Danielle pendek.

Danielle menolak badan Jaehyuk ke tepi lalu gadis itu pun berjalan ke biliknya. Jaehyuk menoleh dan memandang Danielle dengan riak wajah tidak percaya.

"Dia berani"ujar Junkyu kepada Jaehyuk. "She's the only girl yang berani lawan cakap kau Jaehyuk"ujar Junkyu lagi.

"What a bitch"kata Jaehyuk lalu ke biliknya.

Junkyu hanya melihat sahaja susuk tubuh Jaehyuk menghilang. Junkyu tahu Jaehyuk macam mana, panas baran dan suka memberontak.

Junkyu menuju ke biliknya untuk menyiapkan kerjanya yang tertunggak. Jihoon pula hilang entah ke mana, mungkin dia keluar untuk mengambil angin segar.

Jihoon memarkirkan keretanya di bawah garaj di sebuah rumah banglo mewah. Jihoon mematikan enjin keretanya lalu keluar dari kereta itu. Jejaka itu pun terus melamgkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut.

Sebaik sahaja Jihoon memasuki rumah tersebut, matanya menangkap susuk tubuh seorang wanita dalam lingkungan usia 50-an berada di ruang tamu. Jihoon pun terus menghampiri wanita tersebut.

Jihoon terus bertindak memeluk tubuh wanita tersebut daripada belakang. Wanita itu hanya membiarkan jejaka itu memeluk tubuhnya.

"Kenapa tak bagitahu Eomma yang kamu nak balik sini?"soal wanita itu atau lebih tepat, Mrs. Park, iaitu ibu kandung Jihoon.

"Saja. Nak buat surprise untuk Eomma"balas Jihoon dan Mrs. Park tersenyum kecil apabila mendengar jawapan anak tunggalnya itu.

Jihoon meleraikan pelukan itu lalu mengambil tempat di sebelah ibunya. Mrs. Park memandang anaknya itu lalu tersenyum manis.

Walaupun Mrs. Park selalu sibuk dengan pekerjaannya sebagai seorang chef, Mrs. Park sentiasa akan mencari waktu untuk diluangkan (?) dengan anaknya itu.

Sejak kematian suaminya 9 tahun yang lalu, Jihoon la satu-satunya harta yang paling berharga yang Mrs. Park ada.

Mrs. Park sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk memastikan anak kesayangannya itu selamat daripada segala bahaya.

"Kamu sihat?"tanya Mrs. Park.

"Hoonie sihat je Eomma. Kalau anak Eomma ni tak sihat, tak adanya Hoonie ada kat sini"jawab Jihoon dan Mrs. Park anggukan kepalanya.

"Something wrong? Eomma perasan yang kamu macam ada masalah je"kata Mrs. Park prihatin.

"Penat je Eomma"balas Jihoon sambil tersenyum kecil.

"Park Jihoon, jangan menipu. Eomma tahu kamu ada masalah"ujar Mrs. Park dan Jihoon menyandarkan kepalanya di bahu ibunya itu.

Mrs. Park membelai (?) lembut rambut anaknya itu. Suasana di antara menjadi sunyi seketika.

"Eomma"panggil Jihoon dan Mrs. Park memandang anaknya itu. "Eomma ... takkan tinggalkan Hoonie macam mendiang Appa kan?"soal Jihoon tiba-tiba.

"Hoonie sayang, dengar sini. Eomma janji, Eomma takkan pernah tinggalkan kamu. Eomma takkan pernah tinggalkan satu-satunya harta yang paling berharga buat Eomma"balas Mrs. Park. "Eomma akan selalu ada untuk kamu, ingat tu"ujar Mrs. Park sambil tersenyum.

Mrs. Park memeluk tubuh anaknya itu. Jihoon pun membalas balik pelukan ibunya itu.

"Maafkan Eomma ye, Jihoon sayang? Eomma tak sanggup nak hilang kamu. Cukuplah dengan apa yang terjadi 9 tahun lepas, Eomma tak sanggup nak hadap semula semua itu"desis hati Mrs. Park.

Jihoon akhirnya bermalam di rumah milik keluarganya atas desakan ibunya. Kata Mrs. Park, apa-apa sahaja boleh berlaku, apatah lagi sudah lewat malam.

Walaupun Jihoon sudah berusia 22 tahun, Mrs. Park masih lagi merisaukan akan keselamatan anaknya itu. Ibu mana je tidak risaukan pasal keselamatan anak mereka?

Jihoon hanya menuruti sahaja kata-kata ibunya itu. Lagipun jejaka itu tahu yang ibunya hanya takut jika apa-apa terjadi terhadap dirinya.




















Done chapter 8 ✌🏻 enjoy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro