26
Seoul, South Korea
Danielle tersedar daripada lenanya kerana merasakan seperti ada seseorang di sebelahnya. Gadis itu pun menoleh ke sebelahnya dan ternyata ianya Jihoon.
Danielle sendiri tidak sedar bila masa jejaka itu pulang semalam. Mungkin Jihoon pulang sebaik sahaja Danielle tertidur.
Ting!
Danielle mengambil telefon jenama Iphone miliknya dia lalu melihat mesej yang baru sahaja dia terima tadi. Siapa pula yang rajin hantar mesej pagi-pagi buta ni, gumam Danielle perlahan.
"Pagi-pagi lagi dah rosakkan mood aku. Bodoh"Danielle mendengus perlahan.
Danielle meletakkan telefon Iphone miliknya itu gadis itu terus menuju ke bilik mandi.
Sebaik sahaja pintu bilik mandi ditutup, Jihoon terus membuka matanya. Dia sudah lama bangun daripada tidur, cuma dia berpura-pura tidur sahaja.
Ting! Ting! Ting!
Bunyi notification telefon milik Danielle menarik perhatian Jihoon. Jejaka itu pun terus mengambil telefon milik gadis itu lalu melihat notification tersebut.
"Jaden? Siapa ni?"ujar Jihoon perlahan.
Mahu sahaja Jihoon membalas mesej itu namun dia tidak dapat membuka telefon Danielle kerana gadis itu telah set password di telefonnya itu.
Jihoon kembali meletakkan telefon milik Danielle lalu dia berpura-pura tidur semula sebaik sahaja dia mendengar bunyi pintu bilik mandi dibuka.
Danielle keluar daripada bilik mandi setelah dia selesai berpakaian. Rambutnya yang panjang sampai paras bahunya itu tidak diikat.
Pakaian Danielle 👇🏻
Danielle menyidai tualanya di tempat penyidai (?) yang ada di tepi bilik mandinya itu. Gadis itu terus menuju ke katilnya untuk mengejutkan Jihoon.
"Park Jihoon, bangun"Danielle mengejutkan teman lelakinya itu. "Il-eona Park Jihoon"Danielle mengejutkan Jihoon sekali lagi, kali ini gadis itu memilih untuk menghempuk (?) kepala jejaka itu dengan menggunakan bantal peluknya.
"Kasar siot dia ni. Elok-elok la kejut aku, aku ni namchin kau la"bisik hati Jihoon.
"Il-eona il-eona"Danielle masih lagi menghempuk kepala Jihoon berkali-kali.
Melihat seorang Park Jihoon yang masih tidak mahu bangun, nampaknya Danielle menggunakan cara lain pula.
Danielle mengeluh perlahan lalu gadis itu duduk di sebelah Jihoon. Nak tak nak, Danielle terpaksa juga menggunakan cara ini walaupun dia tidak mahu.
"Jihoon, bangun la. Awak dah janji nak bawa saya keluar harini"kata Danielle sambil menggoyangkan (?) bahu Jihoon.
Ini kalau Yedam nampak, mahu Danielle dicop gila sebab berlakon manja. Sudahlah anak Bang itu suka menyakat Danielle.
Tapi, memang Jihoon ada berjanji nak bawa Danielle keluar hari ini. Kalau tidak, tak ada maknanya gadis itu nak bangun awal pagi macam ini.
Jihoon pun akhirnya bangun daripada "tidurnya" setelah puas dikejutkan oleh Danielle. Sempat lagi si Bihoon ni berlakon tenyeh (?) mata dia, dasar Bihoon sup.
Jihoon bangun dari pembaringannya lalu jejaka itu pun bertindak mencium pipi Danielle sebelum dia berlari keluar daripada bilik gadis itu.
Tercengang Danielle dengan tindakan Jihoon tadi. Beberapa saat kemudian, gadis itu menggelengkan kepalanya, cuba untuk melupakan akan tindakan Jihoon tadi.
Pagi-pagi lagi dah buatkan aku blushing, dasar Park Jihoon! Tak pasal-pasal aku blushing, bisik hati Danielle.
Danielle mengambil telefon miliknya lalu membuka password telefonnya. Gadis itu terus membaca mesej yang dihantar oleh Jaden.
"Sial"carut Danielle. "Kau betul-betul dah melampau Jaden"Danielle membaling telefonnya itu ke dinding biliknya.
"Something wrong girl?"Yedam yang kebetulan melalui di depan bilik Danielle terus menegur gadis itu. "You look kinda mad"ujar Yedam.
"Jaden, that bloody moron blackmailed me. I should kill him for earlier"kata Danielle.
"He what? Is that jerk insane or what?"ujar Yedam terkejut.
"I dunno. He definitely gonna do something crazy"kata Danielle sambil menyelak (?) rambutnya ke belakang dengan kasar.
"Like what?"soal Yedam.
"He might kill Danny"balas Danielle dan Yedam berdecit perlahan.
"Now what? Kau nak biarkan jantan tak guna tu ugut kau macam tu je?"soal Yedam.
"Aku tak tahu. Aku tak tahu apa nak buat sekarang ni"jawab Danielle.
"Chill down Elle. Aku akan handle hal ni, jangan risau"Yedam cuba untuk menenangkan gadis itu.
"How? Kau pun tahu Jaden macam mana. He's insane"kata Danielle.
"Dear, that jerk is nothing"ujar Yedam. "If he think he the scariest one, then he wrong. I. Am. The. Devil, not him"ujar Yedam sinis.
Danielle memandang Yedam, gadis itu tidak berkata apa-apa. Apa sahaja yang Yedam katakan, jejaka itu sememangnya memaksudkannya!
Danielle tahu yang Yedam tidak akan teragak-agak untuk membunuh jika perlu. Malah, gadis itu tahu yang Yedam mungkin tidak akan teragak-agak untuk membunuh Jaden.
Incheon International Airport, South Korea
"Bro, how are you guys doing?"Junkyu menyapa sekumpulan lelaki.
"Well hello Brandy"seorang jejaka yang tinggi lampai itu meneguk Junkyu.
"Balik sini nak jumpa bini ke bro?"Junkyu mengusik jejaka itu, iaitu Harry.
"Diam la kau setan"Harry menjeling ke arah Junkyu.
"Aku bukan setan. Kau tu yang setan"balas Junkyu.
"Kau setan bertopengkan malaikat"balas Harry.
"Both of you, shut up now"ujar Alex, ketua THE KINGZ.
THE KINGZ, mereka sama sahaja seperti ACE. THE KINGZ juga ditubuhkan oleh mendiang Chief Park, kumpulan tersebut ditubuhkan sebulan selepas ACE ditubuhkan.
Alexander Stewart, ketua THE KINGZ. Walaupun Alex ketua kumpulan tersebut, jejaka yang berusia 27 tahun itu sering kali meminta bantuan daripada Danny dan Danielle.
"So ... how is she?"Stephen, ahli termuda dalam THE KINGZ bertanya.
"She's fine, for now"balas Junkyu. "Let's go, we'll go to Kyle's place"ujar Junkyu.
Junkyu dan kesemua ahli kumpulan THE KINGZ pun beredar dari Incheon International Airport, menuju ke rumah milik Yedam.
Yedam's place
"Korang tahu kan bilik korang yang mana satu?"Junkyu bertanya dan kesemua ahli kumpulan THE KINGZ anggukan kepala masing-masing.
Tanpa menunggu kata-kata Junkyu, kesemua ahli THE KINGZ menuju ke bilik masing-masing.
Junkyu mengeluarkan telefon miliknya lalu menghantar mesej kepada Yedam sebelum Junkyu beredar daripada situ.
Yedam's situation
Yedam hanya berada di rumah dengan Jaehyuk dan Haruto. Junghwan masih lagi berada di sekolah.
Yedam melihat skrin telefonnya apabila jejaka itu menerima mesej daripada Junkyu.
Yedam tidak membalas mesej itu, dia hanya membiarkan sahaja mesej itu.
"Hyung nak ke mana?"Haruto bertanya sebaik sahaja dia lihat Yedam bangun dari sofa.
"Nak pi melabur kat tandas"jawab Yedam selamba.
Yedam terus menuju ke biliknya. Aik, tadi kata nak pergi melabur, kata Haruto perlahan. Pelik-pelik sahaja perangai si Yedam ni.
Anak mata Jaehyuk tertumpu pada skrin telefon Yedam apabila skrin telefon jejaka itu menyala (?) apabila ada satu mesej masuk.
"Quinn? Who is that?"gumam Jaehyuk perlahan.
Yedam yang sedang berada dalam biliknya itu terus menyimpan telefon miliknya yang satu lagi.
Yedam menggenggam erat tangannya, sepertinya jejaka itu sedang menahan amarahnya.
"Menyusahkan betul"gumam Yedam.
Tanpa berkata apa-apa, Yedam terus beredar daripada situ. Jaehyuk dan Haruto kelihatan agak kebingungan dengan sikap Yedam.
Jaehyuk dan Haruto saling berpandangan antara satu sama. Mereka yakin pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Yedam.
Yedam's place
Yedam memarkirkan keretanya di garaj sebelum jejaka itu melangkah masuk ke dalam rumahnya itu.
"Kyle, something wrong?"Alex bertanya.
"Ikut aku"ujar Yedam dingin.
Alex hanya mengikuti Yedam tanpa banyak bunyi. Mereka berdua menuju ke basement.
Ruangan basement itu kelihatan tidak terurus, mungkin juga Yedam hanya membiarkan sahaja basement rumahnya itu dalam keadaan itu.
Yedam dan Alex memasuki ke dalam sebuah bilik yang ada di ruangan tersebut. Terkejut Alex apabila dia melihat susuk tubuh seseorang yang berada di bilik itu.
Tanpa berkata apa-apa, Yedam menyimbah sebaldi air ke wajah orang itu.
"Who is this girl?"Alex memberanikan diri untuk bertanya.
"Hawks's daugther"Yedam menjawab.
"Maksud kau ... Vivian?"Alex inginkan kepastian.
"Yeah"balas Yedam pendek.
Bukankah Vivian telah disahkan meninggal dunia 3 tahun lepas? Ataupun, Yedam yang memalsukan kematian Vivian?
Melihat keadaan Vivian yang sedikit tidak terurus sudah pun menjawab persoalan Alex.
Sekejam mana pun Yedam, jejaka itu tidak akan membunuh Vivian tanpa sebab yang kukuh. Alex tahu yang Yedam ada tujuan lain dengan mengurung Vivian di basement.
"Tell me something Vivian. Did your father, killed Mr. Elzekia and his wife?"Yedam bertanya.
"I told you, I didn't know!"jerit Vivian.
"Patut ke aku bunuh kau? Mana tahu kau boleh temankan abang kau kat neraka kan?"ujar Yedam sinis.
"Kau memang setan Kyle"Vivian berkata.
"Well, every angel has its devil side. So yeah, now you're seeing the devil of mine"balas Yedam.
"Aku akan pastikan kau menyesal Kyle"Vivian berkata sambil tersenyum sinis.
"I can't wait for that"Yedam berkata.
Yedam meninggalkan Vivian di situ. Alex mengikuti langkah Yedam tidak lama itu.
Walaupun Alex lebih tua daripada Yedam, namun dia tidak berani untuk memarahi Yedam.
Jika Danny, Marvin dan Arthur dikenali sebagai "ACE's Scariest members", Yedam pula dikenali sebagai "ACE's Most Scariest member".
Riak wajah Yedam yang sentiasa tenang dan tersenyum itu bila-bila masa sahaja boleh berubah menjadi menakutkan.
Every angel has its devil side. Dan melihat sisi Yedam yang satu itu sudah pun membuatkan Alex berasa takut.
Kalau Yedam sudah menakutkan seperti itu, apatah lagi Danielle, sepupu Yedam.
Danielle, gadis itu lebih menakutkan daripada Yedam atau mana-mana ahli ACE. "The Devilish ACE's member", itulah gelaran yang diberikan oleh musuh-musuh mereka kepada Danielle.
Hi !
Bye !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro