Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10

Jihoon termenung di dalam bilik tidurnya. Walaupun jam dinding sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi, mata jejaka itu masih lagi segar.

Jihoon bangun daripada pembaringannya lalu menyandarkan badannya di kepala katilnya.

Jihoon melihat bingkai gambar yang berada di atas nightstand di sebelah katilnya.

p/s : sila bayangkan gambar kat bawah ni as jihoon (9 tahun) and minmin (6 tahun)👇 bayangkan je ye !

Jihoon tersenyum kecil apabila melihat gambar tersebut. Sudah hampir 12 tahun sejak kali terakhir Jihoon berjumpa dengan gadis kecil yang ada dalam gambar itu.

Jihoon tidak mengingati nama gadis kecil itu namun Jihoon sering memanggil gadis kecil itu dengan nama "MinMin", dan gadis kecil tersebut memanggil Jihoon dengan nama "Hoonie Oppa".

Kali terakhir Jihoon berjumpa dengan MinMin adalah sewaktu Jihoon berusia 10 tahun atau lebih tepat sehari sebelum Jihoon dan keluarga dia berpindah ke Australia.

~Jihoon's flashback~

"Eomma"Jihoon yang baru sahaja berusia 10 tahun itu memanggil Mrs. Park.

"Ye Hoonie sayang. Kenapa ni?"soal Mrs. Park kepada putera tunggalnya itu.

"Boleh tak Hoonie nak jumpa MinMin dulu? Nanti Hoonie dah tak boleh jumpa MinMin lagi"ujar Jihoon kepada ibunya itu.

Mrs. Park memandang suaminya, Mr. Park. Mr. Park yang menyedari akan pandangan isterinya itu pun memgganggukan kepalanya.

Mrs. Park memberikan sebuah senyuman manis kepada suaminya sebelum Mrs. Park menoleh ke arah Jihoon.

"Boleh sayang"ujar Mrs. Park. "Kejap lagi kita pergi jumpa MinMin kat taman permainan yang kamu selalu pergi tu. Okay?"ujar Mrs. Park sambil membelai rambut anaknya itu.

"Okay Eomma"balas Jihoon pendek.

Mr dan Mrs Park pun membawa Jihoon pergi ke taman permainan yang Jihoon selalu pergi setiap kali dia ingin berjumpa dengan MinMin.

Sebaik sahaja mereka tiba di taman permainan tersebut, Jihoon terus mencari kelibat MinMin.

Sebaik sahaja Jihoon melihat susuk tubuh MinMin, dia pun terus berlari ke arah gadis kecil itu. Ibu dan ayah Jihoon hanya melihat sahaja anak mereka sambil tersenyum kecil.

"MinMin"Jihoon memanggil sang gadis kecil itu.

"Hoonie Oppa. Bila masa Oppa sampai sini?"soal MinMin kepada Jihoon.

"Baru je tadi"jawab Jihoon. "Hi Hyuk Hyung"Jihoon menegur Minhyuk, iaitu abang kepada MinMin.

"Hi jugak Hoonie"balas Minhyuk. "MinMin, Oppa pergi beli air kejap tau? Kamu main elok-elok dengan Hoonie. Okay?"kata Minhyuk kepada adiknya itu.

"Okay Oppa"balas MinMin sambil tersenyum.

Minhyuk pun terus menuju ke arah kedai yang berdekatan untuk membeli air. MinMin pun terus mengajak Jihoon untuk bermain buaian bersama-sama.

"MinMin"panggil Jihoon dan MinMin menoleh ke arah Jihoon. "Lepas ni kita tak boleh jumpa dah"ujar Jihoon perlahan namun masih boleh didengari oleh gadis kecil tersebut.

"Wae? Hoonie Oppa nak tinggalkan MinMin ke?"soal MinMin kepada Jihoon.

"Ani ... Oppa pun tak nak tinggalkan MinMin. Tapi ... Eomma dengan Appa kena pindah ke luar negara atas urusan kerja Appa"jawab Jihoon dengan perasaan sedih.

"Tapi Hoonie Oppa takkan lupakan MinMin kan?"tanya MinMin dan Jihoon anggukan kepalanya. "Janji?"kata MinMin sambil menghulurkan jari kelingkingnya ke arah Jihoon.

Jihoon pun menyatukan jari kelingkingnya dengan jari kelingking MinMin lalu anggukan kepalanya. Mereka berdua pun saling tersenyum selepas membuat pinky promise itu.

Keesokannya...

Jihoon kini berada di Incheon International Airport dengan ibu dan ayahnya. Sebentar lagi mereka akan berlepas ke Australia.

Mrs. Park perasan akan riak wajah muram anaknya itu, begitu juga dengan Mr. Park. Kedua-dua mereka saling memandang antara satu sama lain dan jelas terpapar penyesalan di riak wajah mereka.

Mrs. Park merendahkan badannya agar ketinggiannya sama dengan ketinggian Jihoon.

"Wae? Muram je anak Eomma ni"tegur Mrs. Park namun tiada jawapan daripada anaknya itu. "Rindu MinMin ke?"soal Mrs. Park dan Jihoon anggukan kepalanya sahaja.

"Jihoon sayang"panggil Mr. Park dan Jihoon menoleh ke arah ayahnya itu. "Appa janji, kita pindah ke sana sekejap je. Selesai je kerja Appa di sana, kita balik sini semula ye?"ujar Mr. Park.

"Appa janji?"soal Jihoon dan Mr. Park anggukan kepalanya.

Mereka bertiga pun berlepas ke Australia tidak lama selepas itu.

~End of Jihoon's flashback~

Jihoon meletakkan semula bingkai gambar tersebut di atas nightstand tadi. Jihoon memandang ke arah sebuah bingkai gambar yang tergantung elok di depan katilnya.

Bingkai gambar tersebut menunjukkan gambar keluarga Jihoon yang lengkap di mana ada gambar mendiang ayahnya, ibunya dan jugak dirinya.

"Appa pernah janji yang Appa nak balik Korea sama-sama dengan Eomma dan Hoonie ... tapi Appa tak dapat nak tepati janji Appa"ujar Jihoon sambil menahan sebak. "Mian Appa ... Hoonie dah kecewakan Appa. Hoonie memang anak yang tak berguna"ujar Jihoon perlahan.

Tanpa Jihoon sedari, air matanya mulai gugur dan jatuh di pipinya. Sejak kematian mendiang Mr. Park 9 tahun lalu, itulah kali terakhir Jihoon menitiskan air matanya.

Kehilangan ayah yang sangat dia sayangi sewaktu berusia 13 tahun, itu merupakan satu dugaan yang amat berat buat dirinya pada waktu itu.

Selama ini, Jihoon cuba untuk tidak menunjukkan sisi lemahnya di hadapan ibunya dan rakan-rakannya. Selama ini juga, Jihoon tidak pernah menitiskan air mata di hadapan sesiapapun.

Ya, Jihoon berpura-pura kuat di hadapan semua orang. Dia tidak mahu orang ramai bersimpati dengan keadaannya, sebab itulah dia berpura-pura kuat selama ini.

MinMin? Jihoon sudah puas mencari keberadaan gadis itu namun usaha dia tidak membuahkan hasil.

Mungkin juga MinMin sudah bahagia dengan orang lain. Dan mungkin juga, gadis itu sudah terlupa akan janji mereka 15 tahun yang lalu.

"Maybe ... MinMin dah jumpa kebahagiaan MinMin dengan orang lain. And I know, I'm too late"desis hati Jihoon dan jejaka itu hanya mampu tersenyum kecil sahaja.














































Double update I guess ? Enjoy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro