Bab 4
Pagi itu begitu indah setelah dihiasi bersama cahaya sang suria dan kicauan burung yang merdu. Hana sudah bersarapan di bawah seorang diri.
Gempa pula di dapur sibuk menyiapkan sarapan untuk adik-beradiknya yang lain.
Taufan:Good morning, Hana!
Hana:Hmm.
Taufan pelik melihat Hana yang bermasam muka dan asyik menguis makanan di pinggannya.
Dia ada masalah ke?
Halilintar sudah tiba di meja makan bersama yang lain.
Halilintar:Hana, kau kat sini rupanya! Penat aku ca-
Hana terus meninggalkan Halilintar dengan marah. Halilintar sempat memegang tangannya namun dia menepis.
Hana:Tepilah! Tak payah kacau aku!!!
Masing-masing terkejut melihat Hana meninggikan suaranya. Serentak mereka menoleh ke arah halilintar yang terkebil-kebil.
Hempasan pintu daripada bilik Hana menggegarkan rumah itu. Bunyinya begitu kuat sekali. Yang lain meneguk air liur ketakutan, jarang mereka melihat Hana mengamuk.
Paling menghairankan, Hana cuma seorang gadis. Kenapa hempasan pintunya itu begitu kuat sekali?
Lampu kandil yang tergantung di syiling pun turut bergoyang tanda hampir mahu jatuh kerana terkesan dengan gegaran itu.
Mereka berenam menoleh semula ke arah halilintar dengan isyarat meminta penjelasan atas situasi yang berlaku. Halilintar masih cuba beraksi seperti tiada apa yang berlaku.
Halilintar:Apa pandang-pandang? Ada hutang ke?
Gempa:Jangan nak lari topik. Kau belum jelaskan perkara sebenar kat kami.
Halilintar:Errr...
Gempa:Kenapa Hana Tiba-tiba marah kau? Kau pasti ada buat apa-apakan? Kalau tidak perlu ke dia marah tanpa bersebab?
Blaze:Baik kau terangkan kalau tak garfu ni tamatkan riwayat kau.
Halilintar mengeluh perlahan. Aduh, leceh betullah perlu terangkan perkara sebenar.
Halilintar:Aku.. Termarah dia semalam.
Solar:Kenapa kau marah dia?! Apa salah dia dekat kau semalam, hah?!
Blaze:Kau ni memang tak gunalah! Orang tak bersalah pun kau nak marah!
Taufan:Cuba kau belajar untuk kawal amarah sikit?!
Gempa:Blaze! Taufan! Solar! Senyap dan hormat Halilintar sebagai abang!
Mereka bertiga terus mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang suara.
Ais dan gempa menggeleng perlahan, teruk betul diorang ni.
Gempa menghela nafasnya laku duduk di kerusi semula, yang lain hanya menuruti perbuatan gempa.
Gempa:Okey, sekarang ni dengan tenang bersama tarikan dan hembusan nafas, ceritakan kenapa kau marah dia?
Halilintar:Dia.. Cuma tanya aku kalau dia mati apa aku buat. Aku terus marah dia tanpa fikir panjang.
Blaze menepuk meja.
Blaze:Eigh! Kau ni dia tanya yang tu pu-
T, G, A, D, & S:Blaze!
Masing-masing merenung ke arah blaze dengan penuh geram.
Cuba belajar dengar penjelasan orang dulu!
Gempa:Dan ada lagi satu benda aku nak tanya. Dia cuma hempas pintu.. Kenapa boleh gegar rumah ni?
Yang lain sudah memeluk gempa dengan erat sambil menggigil, mereka menangguk perlahan.
Gempa membuat wajah jengkel. Redha jela kens jadi bahan pelukan.
Halilintar:Haih.. Tok aba.. Ada bagitau aku dulu. Dia ada... Kuasa.
Taufan:Seriuslah?
Thorn:Wah~
Halilintar:Dia.. Kalau marah.. Tenaga dia lagi kuat dari biasa. Sebab tu aku bagi dia pakai sarung tangan,dan paling penting dia bukan saudara kita..
Solar:Tapi.. Dia dah pakai sarung tangan.. Kenapa masih...
Halilintar:Sebab tu aku tak nak dia marah. Sarung tangan pun tak mampu tahan tenaga dia!
Masing-masing meneguk air liur dan ketakutan membayangkan Hana marah.
Gempa:Yang aku cuma tahu.. Dia sebernanya tak buta.. Cuma matanya perlu disorokkan daripada orang ramai.
Halilintar:Ha'ah... Itu.. Paling penting.
Thorn:Kenapa dengan mata dia?
Taufan:Ermm.. Macam mana nak explain...
Solar:Mata dia warna biru pirus dengan merah. Sebab tu kita kena sorokkan mata dia, sebab...
Masing-menoleh ke arah Halilintar semula.
Halilintar:Hmm.. 10 tahun lalu... Ada penjahat.. Nak bunuh dia sebab nakkan mata dia tu.
Thorn:Untuk apa pula? Aduh!
Lengannya dicubit oleh solar. Berbisa juga cubitan adiknya ini.
Solar:Untuk juallah. Nak buat apa lagi.
Halilintar:Ya.. Tapi dia langsung tak tahu apa jadi masa tu walaupun dia dah pakai penutup mata.
Gempa:Takpelah... Tapi ni salah kau, Halilintar. Jadi kau bertanggungjawab atas ni.
Halilintar:Ya...
Gempa:Kau perlu minta maaf dekat dia, Okey? Dan pastikan rahsia kita tak terbongkar okey?
Halilintar:Okey!
(Bilik Hana)
Hana duduk di birai katilnya, dia asyik batuk selepas dia mengehempaskan pintu biliknya dengan kuat sekali.
Dia sakit ke? Tapi... Dia rasa dia Okey je.
Dadanya mulai sakit, darah dari hidung dan mulutnya menitis tanpa henti.
Dia mahu bergerak ke tandas namun kakinya longlai menyebabkan dia terjatuh semula di atas lantai. Darah mengalir dari mulutnya jika dia batuk.
Kenapa? Apa yang terjadi padanya? Fikir dia pada saat itu.
Darah semakin membuak keluar dari mulut dan hidungnya. Dan dia rebah ke lantai.
🥀
Pintu bilik diketuk perlahan-lahan tanpa henti walaupun tangannya sudah lenguh. Sudah beberapa kali halilintar mengetuk pintu itu namun penghuni biliknya tidak memberikan sebarang respon.
Pelik, selalunya tidak sampai satu minit Hana sudah bersuara jika terdengar bunyi ketukan pintu biliknya.
Memang merajuk tapi ini dah 20 minit berlalu. Tombol pintu cuba dipulas, nampaknya tidak berkunci.
Namun, ada sesuatu yang mengejutkannya saat pintu itu sudah terbuka luas. Lantai sudah dicemari dengan tompokan darah.
Halilintar:Hana!!!! Gempa!!!! Taufan!!!! Korang!!!
Gempa:Ya Allah, kenapa kau panggil aaa-
Gempa dengan yang lain terlopong melihat keadaan bilik Hana.
Gempa:Taufan dan Blaze! Cepat telefon ambulans! Thorn dan Solar, telefon Yaya dan Ying!
Blaze:Okey!
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro