Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CMM 3

" Ini balik sini lama ke? Atau kamu balik singgah je? " soal Tuan Mahmud.

" Terus duduk sini uncle. Dapat tawaran bertugas kat sini. Lagi pun tahun depan Umi kata diorang nak pindah sini sebab daddy dah selesaikan urusan dia dekat sana. " ujar Darish dengan melemparkan senyuman nya.

" Elok lah tu. Aunty kamu tu hari-hari merungut dengan uncle rindu dekat umi kamu katanya. Suruh telefon takut mengganggu. "

" Abang pun sama eh. Asyik bawa saya main golf. Bila tak nak mula lah cakap yang rindu dekat kawan dia tu. "

Balas Puan Mikasyah sambil membawa air minuman dan letakkan nya di atas meja bulat sebelum menjeling si suami.

Tertawa Darish melihat gelagat suami isteri di hadapan nya ini. Lagi-lagi dengan wajah cemberut Puan Mikasyah.

Maryam mencebik dibalik langsir. Matanya tajam melihat Darish yang berada diluar rumah. Kaki di hentak tidak suka sebelum berpaling.

" Amboi. Cemberut nya muka. Kenapa ini? Tak seronok ke along dah balik. " ujar Malique apabila melihat wajah cemberut adik kesayangannya itu.

" Along pun sama! Kenapa tak beritahu nak balik. Dah lah jarang call adik. Pulang mengejut bawa lagi orang dekat luar tu. "

" Aik marah along pula. Bukan adik suka ke kalau along bawa balik abang Darish? "

" Tak suka! Adik nak merajuk lah macam ini. "

" Asal pula nak merajuk. Bukan along ada buat salah kan? " ujar Malique. Pelik sungguh perangai adik dia ini.

" Sebab along pulang tak beritahu bawa orang luar tu. Lagi satu along tak bawakan Maryam hadiah. Ketiga, along jahat! "

Maryam berpeluk tubuh sambil memuncungkan bibirnya. Mata nya tajam melihat along nya.

Malique tergelak sambil menggelengkan kepalanya sebelum mata tertancap pada susuk tubuh Darish di hadapan pintu. Darish menaikkan jari telunjuk nya dan rapatkan di bibir mengisyaratkan bahawa tidak memberitahu keberadaan nya.

" Ok along minta maaf ek. "

" Tak nak maafkan along. Along tahu tak abang Darish dah glow up!  Adik masih lagi dengan muka jeruk basi ni. "

" Siapa kata muka adik macam jeruk basi. Nak dibandingkan adik yang sekarang dengan adik yang dulu jauh beza tau. "

" So along nak cakap yang adik ni buruk lah? Macam tu? "

" Eh tak. Adik sekarang cantik. Tapi tak comel. Kalau adik berisi sikit mungkin comel kot. "

" Along! "

" Dah dah. " pujuk Malique. Tubuh Maryam di bawa ke dakapannya. Manja tak berempat. Susah nak urus Maryam ini kalau tak tahu cara dia.

" Dah. Bukan tadi nak tolong umi masak ke? " soal Malique.

" Masak apanya. Tengok lah mama dengan abah dekat lua— "

Terhenti percakapan Maryam tatkala tubuh nya menoleh kebelakang. Niat mahu menunjuk keberadaan mama nya namun terhenti tatkala melihat satu susuk tubuh yang amat di kenali nya.

Maryam berpusing balik. Wajah nya kembali cemberut melihat Malique. Tidak semena-mena satu cubitan mengena di perut along nya.

" Along tahu kan. Kenapa tak beritahu adik? " soal Maryam dengan tangan nya masih melekat di perut Malique.

" Lepas lah dulu! Sakit lah adik. "

" Takde takde. Along saja kan nak malukan adik. Hish! "

Maryam melepaskan cubitan. Dirinya di bawa ke tingkat atas. Setiap langkah nya akan menghasilkan bunyi.

" Kau lah ini! Sakit lah dia cubit. Kau belum kena lagi. " adu Malique.

" Alaa bro. Sikit je tu. Taklah rasa macam peluru tembus kat badan kan? " ujar Darish dengan senyuman mengejek.

" Amboi mulut. Aku sumbat dengan cili nanti. "

" Ha adik kamu mana? Tak turun-turun lagi? " soal Puan Mikasyah di muka pintu.

" Ada dia turun tadi ma. Tapi naik atas balik sebab ada orang tu buat dia merajuk. " ujar Malique sambil melirik ke arah Darish.

" Ada-ada sahaja adik kamu tu. Nanti panggil dia turun. Nak merajuk konon. Padahal suka tu abang Darish dia balik. " Darish tersengih tatkala mendengar ayat akhir Puan Mikasyah.

" Yelah ma. "

Sebaik sahaja bayang Puan Mikasyah hilang, Malique menolak tubuh Darish ke arah tangga.

" Kau asal? Tak akan dekat sini pun nak gaduh. "

" Bukan nak gaduh. Nak kau panggilkan adik aku dekat atas tu. Kau buat dia marah kan? Kau panggil dia. Aku? Aku nak lepak dengan abah aku. "

" Senang nya kerja kau, mengarah. Kau kena suruh kan? Kau lah pergi. Tak manis lah kalau aku yang panggilkan Maryam. "

" Aku sibuk. Malas nak angkat kaki aku ni. Siapa suruh kau buat hal? Kan dah kena. Panggil dia. Bilik dia sebelah ini sahaja. Bye. "

" Ehh— " tidak sempat Darish menghalang Malique sudah berjalan keluar. Dia masih tercegat di tempat nya. Dengan bacaan bismillah, kaki nya mula menaiki anak tangga. Bilik yang di tunjukkan Malique menjadi tempat nya berada sekarang.

" Apa-apa sahaja lah. "

Bilik pintu di ketuk beberapa kali sebelum dia berundur tiga tapak kebelakang. Melihat tiada balasan, dia mengulang perkara yang sama.

Maryam di dalam mengeluh. Dengan laju dia membuka pintu bilik seluas nya dan melemparkan wajah bengis nya.

" Nak ap— "

Darish turut terdiam. Maryam yang terkejut segera menutup semula pintu. Ya Allah, tak digambarkan betapa malu nya dirinya ini.

" Abang Darish nak apa? " soal Maryam dari dalam.

Darish terjaga dari lamunan nya tatkala mendengar suara Maryam. Entah kenapa jantung nya turut berdebar ketika ini. Mungkin disebabkan tidak lama berjumpa membuatkan nya gugup.

" Tadi, aunty panggil turun. Tolong dia masak katanya. " ujar Darish.

Maryam berdecit tidak suka. Kenapa nak kena suruh abang Darish yang panggilkan. Ya Allah, buat malu betul lah.

Darish yang tidak mendengar apa-apa suara balasan dari Maryam akhirnya putuskan untuk beredar. Namun belum sempat dia melangkah, kedengaran bunyi pintu di buka.

Darish berpaling. Tidak di nafikan Maryam dulu memang jauh beza nya dari Maryam sekarang. Kalau dulu muka yang tak seberapa putih dengan saiz badan yang berisi sedikit dan sekarang semua itu tiada. Maryam jauh lebih putih dari yang dahulu.

" Abang Darish tak nak turun ke? " soal Maryam melihat Darish yang pandang dirinya. Tak akan ada sesuatu di wajah nya pula. Dah seribu kali dia cek wajahnya sebelum melangkah keluar tadi.

" Tak ada. Cuma, Maryam cantik. " ujar Darish tanpa selindung sebelum membawa dirinya ke tingkat bawah.

Maryam tercegat. Dia tak salah dengar kan? Cantik?! Ya Allah, adakah dia bermimpi? Akibat terlalu gembira di tumbuk nya dinding di sebelah nya itu dengan senyuman yang tidak putus.





MALAM itu keluarga mereka berkumpul di meja makan berserta Darish yang menjadi tetamu. Maryam menjadi gugup apabila duduk berhadapan dengan Darish ketika ini.

" Mama dan papa bersyukur sangat kamu pulang dengan selamat Malique. Mama dan papa bangga dengan kamu. " Puan Mikasyah menepuk bahu anaknya. Malique ditawarkan bertugas ke luar negara mengikuti bos nya tiga tahun lalu. Pulang sini tau tau bawa pangkat Inspektor.

Tidak menyangka pula Malique bakal terserempak dengan Darish disana. Sama-sama bertugas. Sama-sama naik pangkat. Sama-sama juga dihantar kembali ke Malaysia membawa nama.

" Macam mana lah rasa peluru orang putih? " Ahmad bertanya sambil menyuap nasi ke mulut. Tertawa Darish mendengar. Memang ada beza ek?

" Kau tak ada soalan yang lagi bagus ek? Memang ada beza ke peluru sini dengan sana? Dua dua masuk badan juga, Ahmad. " terteleng kepala Malique. Soalan itu biar bijak sedikit.

" Along tak nak bagi mama menantu orang putih ke? Manalah tau, dua tahun duduk sana terpikat dengan orang sana. " soal Maryam. Sambil-sambil itu mata melirik ke arah Darish.

" Tekak melayu lah dik! " jawab Malique keras. Terletus tawa kami sekeluarga mendengar.

" Ha Darish. Kamu tak jumpa buah hati lagi ke? " Puan Mikasyah mula bertanya. Mak mak ni memang takde soalan lain. Jadi diharap kan bersabar.

" Dah ada aunty. Sekarang ni tengah tunggu jawapan je lagi. "

" Untung lah. " gumam Maryam. Namun sempat didengari oleh Darish. Darish menarik senyuman senget.

" Jangan tunggu lama-lama. Kamu dua tu jangan asyik sibuk dengan kerja saja. Pandai agihkan masa. "

" Aip aip maam! " laung Malique dan Darish sebelum tertawa dengan tindakan sendiri.

" Kamu tidur sini tak malam ini Darish? " soal Puan Mikasyah.

" Saya balik aunty. Tidur rumah kawan sekerja sebelum cari rumah sewa. "

" Eloklah tu. Tapi untuk malam ini tinggal dulu dekat rumah aunty. Lagipun dah malam ini. Hujan dekat luar pun lebat. Kamu tidur sini je malam ini. "

" Lagi pun kamu dua diberikan cuti kan? " Darish menangguk sebagai jawapan.

" Tak menyusahkan ke? "

" Tak susah pun. Ada juga kawan Maliq ni. Tak susah mana lah. Kamu tinggal je dulu sini. "

" Ma! " bisik Maryam sambil memandang Puan Mikasyah. Bulat mata Maryam memandang Puan Mikasyah.

" Apa? Nak tambah nasi? Kenapa tak cakap. Ha makan-makan. Malas dah mama tengok kamu ini kurus. " ujar Puan Mikasyah dengan senang hati dia menambah nasi di piring Maryam.

Maryam menghembuskan nafas kasar nya. Tak tahu ke dia ini tak boleh fokus bila berhadapan dengan Abang Darish. Habis nanti dia nak ulang kaji macam mana? Argh mama!

" Ha Darish, kamu pun tambah. "

Darish menangguk dengan senyuman lebarnya sebelum memandang wajah Maryam. Masam sahaja wajah itu. Membuatkan Darish senyum suka.

" Ha Darish. Uncle dengar kamu dah tunang. Betul ke? " soal Tuan Mahmud mengambil perhatian semua di meja makan terutama Maryam.

Tersedak Darish mendengar. Darish memandang Maryam yang langsung tidak mengangkat wajah nya sebelum memandang wajah Tuan Mahmud.

" Haah uncle. Bulan lepas. " ujar Darish. Langsung tiada senyuman pada wajahnya.

" Alhamdulillah. Siapa orang nya. Kenal tak? "

" Kenal kot uncle. Nanti ada masa Darish kenalkan. Kejutan lah nak dikatakan." ujar Darish. Malique disebelah berdecit. Silap haribulan boleh sakit jantung tengok tunang Darish nanti.

" Yelah. Jangan lupa jemput nanti. "
Darish menangguk. Mata nya melirik ke arah Maryam.

" Ma, adik pamit dulu. Jam sembilan ini ada perjumpaan dengan guru kelas dekat google meet. Adik nak naik atas dulu. "

Ujar Maryam sambil melemparkan senyuman pada mama dan abah nya.

" Ha yelah. Jangan terlepas. Nak pukul sembilan dah ni. Kamu tu tak lama lagi nak ambil Spm. Belajar rajin-rajin. " ujar Puan Mikasyah. Maryam menangguk. Pinggan nya di angkat dan dibawa ke dapur.

" Dah tunang? Tch! "

Malas hendak memikirkan nya, pinggan di tangan segera di basuh nya. Selesai sahaja, tangan di lap kan pada kain yang berada bersebelahan sinki.

" Yam marah ke? "

Maryam berpaling. Wajah Darish kelihatan di layar mata. Keluhan di lepaskan. Marah? Buat apa nak marah. Siapa lah dia nak halang hubungan orang.

" Tak. Mana ada marah. "

" Habis kenapa muka muram saja? " soal Darish lagi.

" Kenapa? Tak boleh ke? Yam nak buat muka muram ke, happy ke, ikut Yam lah. " balas Maryam sebelum kaki melangkah pergi. Sempat dia dengar keluhan Darish.

Sampai sahaja di bilik, Maryam menghumban dirinya di atas katil. Batal peluk nya di pulas sehingga puas.

" Dah tentu lah aku marah! Dia tahu kot aku suka dekat dia dah tu pi tanya aku marah ke tidak apa kes! Ergh! " ujar Maryam tidak puas hati.

" Tunang? Bulan lepas? Ergh! "

Maryam duduk bersimpuh. Tudung di buka dan di campak ke bakul kain kotor. Badannya di hadap ke cermin panjang. Matanya tajam melihat dirinya sendiri.

" Aku nak jumpa pakcik Patrick. Ada hati nak satukan abang Darish aku dengan orang lain."

" Nak kena Pakcik kedut ini. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro