CMM 2
" YAM SUKA ABANG DARISH! " jerit Maryam sebelum terbangun dari tidur lena nya. Mata nya terkelip-kelip namun bibir mengukir senyuman manis. Tak di sangka dia boleh mimpi kisah lama nya itu. Tak di gambarkan lah betapa gatal nya dia dahulu.
Maryam senyum lebar. Kaki di hentak di atas katil. Selimut nya di tekup di mulut agar menghalang dirinya dari menjerit sebelum perlahan-lahan senyuman nya makin menurun.
Masih segar di ingatan nya bahawa Darish telah berpindah ke luar negara sewaktu umur dia tujuh belas tahun. Dah lah jauh, nombor telefon dia pun tak ada. Melainkan abang sulung nya. Yelah, dah nama pun sama umur, rapat pula itu. Bila di minta nya nombor abang Darish, pelbagai alasan di beri.
Keluhan di lepaskan Maryam. Dia tahu seorang wanita tak elok mengeluh, tapi dia kecewa. Abang Darish tak pernah nak berbaik dengan nya. Jumpa je mesti dia cari gaduh.
" Ya Allah, anak dara satu ini! Sampai bila nak bertapa dekat atas katil itu?! Pergi mandi! " jerit Puan Mikasyah di depan pintu. Jam dah menginjak ke pukul sembilan masih tak reti bangun. Itulah orang kata, jangan tidur lepas subuh.
Maryam mengurut dada nya. Dah nama Puan Mikasyah, sekali jerit, sampai kawasan perumahan sebelah jalan raya pun boleh dengar. Haih lah mama.
" Ye nak bangun lah ni. Adik dah lama bangun lah. Nak rehat kejap. " ujar Maryam seraya bangun dari katil.
" Kamu ini. Cuba rajin sikit. Macam mana lah orang nak masuk minang kalau gaya nya macam ini. Masak pun tak pandai, apa saja yang kamu pandai? " bebel Puan Mikasyah. Dia melangkah masuk ke dalam bilik anak nya. Tangan sibuk meraba-raba katil Maryam.
" Mama jangan risau. Yam kan ada abang Da— "
" Abang apa? Abang Darish? Tak kebulur dia nak anak dara macam kamu ini. Masak pun tak reti. "
" Mana mama tahu dia kebulur? Dia kebulur apa ma? Kebulur maggie? "
Maryam terkekek ketawa lalu berlari masuk ke dalam bilik air apabila Puan Mikasyah mengejar nya. Tak lain tak bukan mahu ketuk kepala nya lah itu. Sekali ketuk boleh bergegar otak dia.
" Lepas ini tengok lah kamu apa mama nak buat. " ujar Puan Mikasyah sebelum pergi.
Maryam senyum tipis. Puan Mikasyah kalau dah marah, mengalah kan harimau yang tengah lapar. Bila dah mula membebel, lebih baik sediakan panadol awal-awal. Takut tak dapat tahan bebelan Puan Mikasyah.
Selesai sahaja siapkan dirinya, Maryam turun ke tingkat bawah. Turun sahaja dirinya di sergah dengan larian adiknya, Ahmad. Hampir sahaja Maryam jatuh terjelepok namun sempat menahan di kekisi tangga.
" Tak ada tempat nak main ke apa? Mau nys akak jatuh tadi macam mana? Memang makan penumbuk jawab dia. " ujar Maryam dengan amarah nya.
Ahmad berpaling. Segera tangan kakak nya di paut. Dirinya di sembunyikan di balik badan Maryam.
" Asal kau ini? "
" Dalam tan— "
Maryam mengeluh kecil. Pintu tandas yang terbuka luas di hampiri. Dirinya di bawa masuk ke dalam tandas. Sekeliling tandas tersebut di perhati, sebelum perlahan-lahan dia keluar.
" Ada apa? "
" Lipas. Tengok lah betul-betul. Ada dekat sebelah sinki tu. "
Maryam berdecit. Lipas pun nak di takutkan kenapa? Bukan dia makan orang pun. Kepala Ahmad di ketuk nya sebelum masuk semula ke dalam tandas. Ahmad di luar, tutupkan pintu tandas. Maryam berpaling. Bayang lipas pun tak kelihatan. Jamban adalah.
Maryam keluar dari tandas. Tanpa kata dia menuju ke meja makan. Kerusi di tarik lalu di labuh punggung nya di sana.
" Kak ada lagi tak? "
" Tak ada pun akak nampak. Yang akak nampak jamban saja. Apa? Jamban pun kau takut? "
Ahmad berdecit. Di jengul kepalanya di balik pintu tandas untuk melihat musuh nya itu. Apa mereka tak ada rumah sendiri ke? Itulah mak ayah suruh belajar tak nak. Yang dia tahu kacau manusia. Tak ada kerja mula lah menumpang. Lipas, lipas.
" Lipas pun takut. Tak pernah lagi akak dengar orang mati sebab lipas. " ujar Maryam sambil menyumbat goreng pisang ke mulut nya.
" Eleh cakap besar. Apa kurang nya dengan labah-labah? Tak pernah lagi adik dengar orang mati sebab labah-labah. " balas Ahmad dengan jelingan.
" Menjawab kau sana. Dah lama hidup ke apa? "
Ahmad senyum kecil apabila melihat jelingan maut Maryam. Maryam sekali dah mula marah memang tak keluar rumah kau seminggu.
" Kak nak dengar cerita tak? " soal Ahmad. Dia datang dekat dengan Maryam. Kerusi sebelah kakak nya di tarik lalu dia melabuh punggung nya di sana.
" Apa dia? "
" Along balik hari ini tau. "
Maryam segera berpaling. Tak pula along beritahu dia tentang dia nak balik hari ini.
" Betul ke? "
" Betul lah. Pagi tadi along telefon mama. Along siap kata dia bawa tetamu tau. Tetamu dari tempat bertugas dia. " cerita Ahmad bersungguh.
" Sibuk saja tetamu itu. Tak ada rumah sendiri ke nak datang rumah orang. "
" Eh kak jangan cakap macam itu. Mau tak meleleh air liur akak tengok dia nanti. "
" Meleleh lah sangat. Mulut tu cakap biar ikut otak. Kau pernah nampak ke akak ini meleleh air liur tengok orang? Kang jangan sampai mulut kau akak lelehkan darah. "
Ahmad menutup mulutnya dengan gelengan. Dia ketawa kecil. Cakap orang tapi sendiri mulut dia sama rata saja macam longkang belakang rumah itu. Ahmad berdecit.
" Bila along sampai? " soal Maryam.
" Tengah hari nanti kot. Abah dengan mama pergi jemput lah tu agak nya. Diorang ingat nak bawa akak tapi akak bangun lambat. Apa punya anak da— "
Terhenti percakapan Ahmad bila melihat garfu di tangan Maryam. Tertelan air liur dia apabila melihat wajah Maryam bertukar singa. Ini kalau rambut kakak nya macam singa boleh letak dekat zoo dah ini.
" Silap cakap. Siapa punya anak dara lah yang cantik lagikan manis ini. Dah lah cantik, pandai pula itu. " ujar Ahmad dengan senyuman lebar.
Maryam menjeling. Susah dapat adik sengal ini. Semua benda dia nak masuk campur. Janda kahwin balik tak pula dia nak sibuk.
(♡˙︶˙♡)
KERUSI di perkarangan rumah menjadi tempat Maryam melabuh punggung. Botol air nya di capai sebelum dengan rakusnya dia meneguk air tersebut. Matanya pula tertancap pada kasut yang banyak di hadapan rumah.
" Ada kenduri ke? Asal aku tak tahu? " soal Maryam sendiri. Peluh di dahi di lap.
Tanpa kata, Maryam membuka kasut nya, lalu di letakkan di rak. Kaki mula melangkah masuk di mulai dengan salam. Matanya berlari melihat sekeliling ruang tamu sehingga terhenti pada susuk tubuh yang berdiri menghadap bingkai gambar.
Kening berkerut seribu. Susuk tubuh yang asing dari pandangan nya. Nak kata Angah dia, tak juga. Ahmad? Si kurus itu? Memang bukan lah. Tapi siapa?
" Assalamualaikum. Mama? Abah? " ujar Maryam kuat sedikit. Dirinya masih kaku di tempat nya sambil melihat susuk tubuh tersebut.
Sehingga lah tubuh itu berpusing dan berpaling ke arah nya. Terkelip-kelip mata Maryam melihat wajah tersebut. Lutut nya goyah.
" Abang kacak mana sergah rumah aku ini? " soal Maryam sendiri. Dahlah sado. Panahan mata lelaki tersebut menusuk terus ke jiwa nya.
" Ha Yam balik pun. Ingatkan dah lupa jalan balik dah. " ujar Tuan Mahmud dari arah dapur.
" Apa? Ouh abah. " Maryam malu sendiri. Tangan di hulur ingin menyalam tangan abah nya.
" Yam lambat sebab pergi taman sebelah sana. Jauh sikit dari rumah. Itu yang lambat sedikit. Lagi pun Yam jumpa kawan-kawan lagi tadi. " ujar Maryam.
" Yam? Ha elok lah kamu dah balik. Pergi naik atas mandi. Nanti tolong mama masak. " ujar Puan Mikasyah dengan senyuman.
" Masak? Yam masak? Mama biar betik? "
" Bila mama biarkan betik? Dah tak payah nak bagi banyak alasan sana. Pergi naik mandi. "
Maryam hanya mengangguk kecil sebagai jawapan. Akur sahaja. Berdosa kalau ingkar. Kaki mula melangkah naik ke tingkat atas dengan longlai.
" Maaflah kalau buat kamu tertunggu-tunggu Darish. "
Wait, what? Darish?!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro