-ˋˏ ❝ Epilog ❞ ˎˊ-
"Uwaa!"
Teruja tiga orang gadis itu mendengar cerita yang disampaikan oleh ibu mereka. Terpampang riak wajah gembira pada wajah masing-masing.
"So sweet lah eomma dengan appa!" Anak kedua Shasha, Hong Narae sudah tersengih hingga ke telinga mendengar kisah percintaan ibu bapanya. Shasha mengembangkan hidung mendengar pujian dari anaknya yang sudah berumur 14 tahun itu.
"Hoho, mestilah sweet. Tengok perutlah," ujar Shasha, lalu perutnya yang sedang memboyot ditunjuk dengan penuh bangga. Terkekeh-kekeh tiga orang anaknya ketawa suka.
"Tapi kan eomma, kalau appa dah halang self-destruction dia, maksudnya dunia tu ada lagi lah kan sekarang?" soal anak sulung Shasha, iaitu Hong Naeun yang sudah berusia 18 tahun. Shasha tersenyum nipis mendengar soalan itu.
"Hmm... Mungkin?"
"Wah, Nayoung teringin nak pergi sana!" Anak ketiga Shasha, Hong Nayoung yang sudah berusia 10 tahun sudah bersorak teruja. Shasha tergelak kecil, lalu kepala Nayoung diusap.
"Aingg, kalau eomma, eomma tak nak pergi sana semula. Cukuplah pengalaman yang dia dah bagi. Janganlah anak-anak eomma pula yang disedut sama ke sana," ujar Shasha.
"Eonnie pun rasa curious, tapi tak nak lah pergi sana. Memang best kalau dapat jalankan misi, tapi yang tak bestnya kalau kita dapat misi sad ending. Macam eomma," Naeun bersuara. Terserlah kematangannya di situ. Narae menganggukkan kepala bersetuju dengan kakaknya.
"Ha sudah. Tidur semua, dah lewat ni. Macam eomma tak tahu, korang sengaja suruh eomma cerita sebab nak tidur lewat kan?" soal Shasha. Tersengih tiga orang gadis itu apabila helah mereka ketahuan.
"Alaa eomma, kitorang pun teringin nak tidur lewat malam macam orang lain," ujar Nayoung lalu mencebik kecil. "Haah, kawan Narae ada yang sampai tak tidur tiga hari!" ujar Narae bersungguh-sungguh. Shasha menggeleng kepalanya pelan.
"Itu sebab ibu bapa diorang tak kisah. Korang lain, pukul 11 dah kena shut down semua gajet! Mohon bersyukur dapat parents yang baik macam kami," sempat lagi Shasha mengembangkan hidungnya menyebabkan tiga orang puterinya menayang wajah cemberut.
"Okey, jom lah tidur. Korang ni sembang je lebih. Sekali tak dapat tidur, baru korang rasa," Naeun menggeleng kecil melihat gelagat dua orang adiknya itu. Selaku seorang bekas pelajar yang memang mendapat tugasan yang bertimbun-timbun, dia akui bahawa tidak mendapat tidur yang cukup ialah sebuah keseksaan yang sungguh nyata. Sekarang pun sedang cuti penggal kedua, jadi bolehlah dia berehat-rehat sebelum mula menyemakkan otak dengan berjuta tugasan pada tahun hadapan.
"Eomma, jalja!" kata Nayoung lalu pipi Shasha diciumnya. Narae dan Naeun juga berbuat begitu mengikut giliran sebelum mereka semua berbaring di atas katil masing-masing. Shasha berjalan menuju ke pintu bilik mereka.
"Goodnight anak-anak eomma. Saranghae!"
"Nado saranghae!"
Shasha tersenyum lebar mendengar balasan anak-anaknya, lalu suis lampu ditutup. Dia keluar dari bilik puterinya lalu menuju ke arah bilik pejabat Joshua yang tidak jauh dari situ.
"Oppa~" panggil Shasha. Joshua yang sedang ralit menaip sesuatu di leptopnya terus terhenti. Matanya dialihkan memandang isterinya, lalu terukir satu senyuman di wajahnya.
"Shayang, meh sini," panggil Joshua. Shasha melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Joshua. Badannnya diregangkan sedikit.
"Kesian isteri oppa ni. Penat eh? Nak oppa urutkan?" soal Joshua sambil tangannya ligat bergerak ingin menyimpan fail kerjanya itu. Lantas leptop ditutup lalu dia memandang Shasha yang masih meregangkan badan.
"Eo, tolong urutkan kaki," pinta Shasha lalu kakinya dibawa naik ke atas meja. Joshua tergelak kecil melihat aksi Shasha lalu diurutnya kaki Shasha. Sempat juga dia berpura-pura menghidu kaki Shasha.
"Bau apa ni?" soal Joshua dengan muka yang terkerut-kerut. Terus sahaja dia mendapat pukulan hebat di tangannya oleh Shasha. Tergelak suka Joshua melihat wajah cemberut Shasha.
"Ei oppa ni. Sengaja kan," Shasha mencebik kecil. Perut boyotnya diusap. "Tadi buat apa dengan anak-anak? Lama bebenor," soal Joshua sambil setia mengurut kaki isterinya.
"Diorang minta cerita detik-detik pertemuan kita dulu. Huhu, saya throwback habis masa cerita tadi. Rasa geram juga kat dunia kejam tu," ujar Shasha. Kakinya diturunkan dari meja, lalu Shasha duduk menegak.
"Sini, biar saya urut oppa pula."
"Eh tak payah. Bukan oppa yang tengah mengandung sekarang ni," ujar Joshua lalu tersenyum kecil. Sempat perut boyot Shasha diusapnya sebelum dia mengurut bahu Shasha. Shasha tersenyum dengan layanan Joshua. Setakat empat kali dia mengandung, tidak pernah sekali pun Joshua tidak melayannya begini. Indahnya hidup bila dapat suami yang gentleman.
"Prince kita macam mana? Okey je kan?" soal Joshua. Shasha menganggukkan kepala. Kandungannya yang sudah berusia 7 bulan diusapnya lembut. Setelah mendapat tiga orang puteri cantik, kali ini mereka telah dikurniakan seorang putera yang kacak.
"Oh ye. Tadi ada orang hantar package. Dia kata dari Hani. Dekat kotak tu ada note yang suruh kita buka kotak tu sama-sama, jadi oppa tunggu Shasha dulu," kata Joshua. Kotak bersaiz sederhana di atas meja dicapainya.
"Hani?" soal Shasha sedikit hairan. Biasanya kalau Hani ingin menghantar apa-apa barang, Hani akan memberitahu dahulu supaya mereka boleh bersiap sedia dan tidak bengong apabila postman tiba di hadapan rumah. Namun tidak pula Hani beritahu apa-apa kepada Shasha. Kotak berwarna hitam itu dipandang Shasha dengan rasa sangsi.
"Mungkin Hani nak bagi surprise kot?" Bagai tahu apa yang berada di dalam hati Shasha, Joshua bersuara cuba menenangkan hati Shasha. Shasha tersenyum kecil.
"Mungkin. Oppa bukalah," ujar Shasha. Joshua menurut. Reben merah yang diikat di kotak itu ditarik lalu kotak itu dibuka.
"Album?"
Joshua mengeluarkan dua buah album dari dalam kotak tersebut. Berkerut dahi pasangan itu melihat benda yang tidak disangka. Album itu ditiliknya. Sebuah album bertajuk 'Snow White and the 7 Drawfs' manakala sebuah lagi album bertajuk 'Beauty and The Beast'.
"Album ni macam..." Tak semena-mena jantung Shasha berdegup semakin kencang. Wajah Joshua dipandang.
"Shanderella."
Shasha menggigit bibir. Dia mendapat satu perasaan yang kurang enak. Album-album itu ditiliknya. Kenapa Hani nak bagi benda ni pada diorang?
Pada waktu itu juga, Joshua menerima sebuah panggilan dari Hani. Terus panggilan itu diangkatnya lalu Joshua menekan butang pembesar suara agar Shasha juga boleh mendengar.
"Yeoboseyo?"
"JOSHUA SHASHA KORANG ADA DAPAT TAK PACKAGE DARI SAYA?"
Joshua dan Shasha saling berpandangan. "Dapat," balas Shasha. Tangannya menggenggam erat tangan Joshua.
"OH SH- UIH JANGAN MENCARUT HANI. WEH KORANG, PACKAGE TU BUKAN DARI SAYA. SUMPAH SAYA TAK POST APA-APA PUN. TIBER JE DAPAT MESSAGE YOUR PACKAGE HAS BEEN SUCCESSFULLY DELIVERED TO JOSHUA HONG'S HOUSE."
"Mwo?!" soal Shasha dan Joshua terkejut. Album itu dipandang.
"ANYGAYS, KORANG JANGAN BUKA PACKAGE TU TAU! WALAU APA PUN YANG TERJADI! SAYA DAPAT SATU FIRASAY BURUK YANG MENGATAKAN KORANG AKAN MAMPOS KALAU BUKA PACKAGE TU."
Shasha menelan air liurnya. Joshua juga sudah membulatkan matanya. Sekali lagi mereka berdua saling berpandangan, mengetahui bahawa merela berdua sudah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
"Err, Hani..." panggil Joshua. Dia menghembus nafas berat.
"APORK?"
"The thing is... Awak beri amaran lambat sangat dan kitorang dah pun buka package ni..." ujar Joshua perlahan. Terdiam terus Hani di hujung talian. Sudah sawan mungkin.
"WEH SERIUSLAH, ADA APA DALAM TU?"
"Album," jawab Joshua. "Sebiji macam album Shanderella, tapi tajuk dia lain. Dan ada dua keping."
Sekali lagi Hani terdiam di hujung talian.
"Kenapa eh... Saya rasa macam korang kena check baby-baby korang sekarang juga..."
Joshua dan Shasha berbalas pandangan. Meninggalkan telefon di atas meja, dua orang itu berlari anak menuju ke arah bilik anak mereka. Ketika itu juga kedengaran suara tangis seseorang dari dalam bilik. Terus bilik itu dirempuh masuk Joshua dan Shasha.
"Nayoung? Gwaenchana? Kenapa ni?" Shasha laju menghampiri Nayoung yang sedang menangis di atas katilnya. Nayoung teresak-esak, lantas tubuh ibunya dipeluk. Joshua pula menuju ke arah katil Naeun dan Narae untuk memeriksa keberadaan mereka.
"Nayoung, mana eonnie?" soal Joshua apabila dilihatnya dua orang anaknya tiada di katil. Nayoung menangis lagi. Dia menggelengkan kepala.
"Tadi eonnie jerit, lepastu tiba-tiba hilang. Nayoung tak nampak sebab gelap," kata Nayoung sambil teresak-esak. Joshua dan Shasha saling berpandangan. Gosh.
【👠】
"-AAAAAAAAAAA-"
Narae menjerit kuat. Tangannya dihayunkan ke kiri dan ke kanan bagi menyelamatkan dirinya dari lembaga yang menyerang sambil matanya dipejam rapat. Lama juga dia menjerit, apabila merasakan tiada apa yang berlaku, perlahan-lahan dia membuka mata.
"-AAAAAAAaaaaaaaa...?"
Narae membuka luas matanya. Kiri kanan dipandang sambil berada di dalam posisi ingin menyerang. Narae sudah bersedia ingin mempraktikkan skil taekwondo yang dipelajarinya ketika itu, sebelum satu cahaya yang membutakan muncul di hadapan matanya.
"ARH MY EYES!" Narae menutup matanya dengan tangan. Usai menyesuaikan diri dengan cahaya tersebut, Narae membuka matanya pelan. Membulat matanya melihat butir-butir perkataan bercahaya terapung di udara.
"WARGH! KETAHIKKAN APAKAH INI?!" soal Narae dengan suara kuatnya, sepantas kilat tulisan itu ditumbuknya.
"KAU SIAPA? AKU KAT MANA? BERCAKAP SEKARANG!" Narae berterus-terusan menumbuk tulisan itu sambil menjerit kuat. Melihatkan tiada apa yang berubah, Narae akhirnya membaca kuat tulisan yang tentera.
"SELAMAT DATANG KE DUNIA INI, HONG NARAE. OMO OMO!" Narae menutup mulutnya yang terbuka luas. Tulisan itu ditunjukknya.
"MACAM MANA KAU TAHU NAMA AKU?!" Soal Narae lalu menggila. Beberapa minit usai menggila, Narae meneruskan pembacaannya.
"UNTUK KELUAR DARI DUNIA INI, KAMU PERLU MENYELESAIKAN MISI YANG DIBERI. UNTUK PENGETAHUAN, CERITA KAMU BERTAJUK NARAE AND THE 7 DRAWFS, DIINSPIRASIKAN DARI SNOW WHITE AND THE 7 DRAWFS."
Narae mengemam bibirnya, sebelun tawanya pecah di situ.
"WEH HAHAHA NARAE AND THE 7 DRAWFS. KALAU ENHYPEN YANG JADI DRAWFS TU ELOK LAH JUGA," ujar Narae sambik menggeleng kepala. "Tapi, asal macam familiar je benda ni...?" soal Narae sedikit hairan. Dia sekadar mengangkat bahu dan meneruskan pembacaan.
"MISI ANDA IALAH MENCIPTA HAPPY ENDING. ALA KACANG JE NI. TEMPOH YANG DIBERI IALAH SEBULAN SAHAJA. SEKIRANYA KAMU GAGAL, KAMU AKAN MENDAPAT PENYAKIT KANSER DAN AKAN MATI DI DUNIA INI. WEH SESUKA HATI ATOK NENEK DIA JE NAK MATIKAN AKU!" Narae bersuara tidak puas hati. Dia merengus kecil sebelum mencungap besar.
"WEH BENDA NI SAMA MACAM APPA LAH! CIPTA HAPPY ENDING!"
【👠】
Naeun membuka mata. Terus dia mengambil nafas panjang. Posisinya berubah drastik dari terbaring kepada terduduk tegak. Dia melihat sekeliling.
"Mwoya?" soal Naeun terkejut. Dia sedang berada di dalam sebuah bilik yang sudah pastinya bukan miliknya! Baru sahaja tadi, dia terasa seperti ditarik oleh seseorang sehingga jatuh dari katil. Sempat dia mendengar jeritan kuat Narae sebelum segalanya menjadi gelap.
Saat itu, tiba-tiba sahaja sebuah cahaya terang muncul di hadapan Naeun. Berkerut-kerut dahi Naeun jadinya. Melihatkan sebuah tulisan bercahaya yang terapung di hadapannya, membulat mata Naeun dek terkejut.
"Mwoya?" soal Naeun. Disentuhnya tulisan tersebut dengan kagum sebelum membaca apa yang tertulis.
"Selamat datang ke dunia ini, Hong Naeun. Untuk keluar dari dunia ini, kamu perlu menyelesaikan misi yang diberi. Untuk pengetahuan, cerita kamu bertajuk Beauty and The Beast."
"Mwo?" soal Naeun yang masih lagi terkejut. Tak semena-mena mindanya teringat akan cerita yang diceritakan Shasha tadi.
"Sama macam cerita omma..." gumam Naeun. Dia menggigit bibir sebelum menyambung pembacaan.
"Tempoh yang diberi ialah sebulan sahaja. Sekiranya kamu gagal, kamu akan mendapat penyakit kanser dan akan mati di dunia ini..." ujar Naeun perlahan. Dia mengeluh kecil.
"Ani, gwaenchana. Senang je benda ni. You can do this," Naeun memberi kata-kata semangat kepada dirinya. Tulisan bercahaya itu kembali dibaca.
"Jikalau anda terkorban semasa menjalankan misi, anda akan mati di dunia ini dan tidak akan kembali ke dunia asal anda. Ahhhh," Naeun meraup wajah. Takut sekiranya dia terkorban di situ. Bagaimana dengan keluarganya? Rakan-rakannya?
Tidak, dia harus bertahan!
Naeun membaca ayat seterusnya. Terus badannya kaku membaca ayat tersebut. Terasa seluruh badan tidak berfungsi. Naeun menelan air liurnya yang terasa kelat.
"Cipta sebuah sad ending."
【👠】
Uwaa tamat juga Shanderella setelah berbulan Hani tulis benda ni. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya- oke dah stop
Hani nak ucapkan thank you sangat-sangat pada semua yang dah baca cerita ni. Baik yang silent readers, voters atau commenters, terima kasih tau semua! Hani hargai sangat-sangat. Nah hadiah hihi ❤❤❤
Dan buat Shasha, happy birthday sekali lagi! Ngeh dah lepas dah pun. Harap awak enjoy cerita ni walaupun Shasha tak berakhir dengan Jungkook pada akhirnya. Alaa Shua terlalu baik untuk Hani buat sebegitu. Kalau nak ending dengan Jungkook tunggu lah next birthday pula ehe
All in all, thank you so much to everyone reading this. Sending love to all of you. May God bless you 💓💓💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro