Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 9 ❞ ˎˊ-

Aku melirik Hani di sebelah.

Muka dia langsung tidak menunjukkan bahawa dia sedang malu dengan apa yang kami naik sekarang ni. Cis, dasar peri tak tahu malu.

"Hani, sakit tak?" Otak aku mula merancang sebuah rancangan jahat. Peha Hani aku cubit sekuat hati. Aku pulas sekuat tenaga. Hoho.

"Eo? Tak," Hani memberi pandangan aneh ke arahku. Aku tersengih kecil.

"By the way kan Hani, dah berapa lama awak hidup kat dunia ni?" aku memulakan perbualan. Badan aku sandarkan ke tempat duduk yang sedikit berair itu. Ngeh, isi potato kan berair gitu. Mulanya aku bantah nak duduk dalam ni, tapi Hani paksa juga aku duduk.

"Tak pastilah. Otak dah berkarat. Tak ingat. Yang pasti dah lama," balas Hani. Aku mengangguk kecil. Sengaja nak investigate pasal dia.

"Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" tanyaku. Hani melihat ke atas, barangkali cuba mengingat.

"Tak. Tapi..."

"Tapi apa?" tanyaku. Berkerut kening Hani jadinya. Wajah aku dipandangnya.

"Molla. Muka awak macam familiar. Tapi rasanya kita tak pernah berjumpa sebelum ni kan?" tanya Hani. Uuu muka aku familiar? Nampaknya dunia ni macam berkait dengan dunia aku. 

"Eyy nyanyok. Kita kan kawan sejak kecil. Ingat tak dulu masa sekolah rendah, saya kunci awak dalam kelas lepastu awak pergi tendang pintu tu sampai tercabut kasut HAHAHA" Aku menepuk Hani sambil tergelak suka apabila memori itu hinggap di kepala.

"Erk," Hani mengeluarkan gelak kekok. Mesti dia tak faham dengan apa yang aku cakap. Haih, rindu Hani sebenar.

"Aigoo. Bila kita nak sampai istana ni? Nak balik..." Setelah beberapa minit kami senyap tanpa sebarang suara, aku bersuara perlahan. Bulan yang bercahaya di luar aku pandang.

"Kan. Must be hard for you to be here in this world without anyone..."

Aku menutup mata. Apa yang Hani katakan itu betul. Sunyi tau duduk kat dunia ni sorang-sorang. Kenapa dia tak sedut Hani sebenar sekali ngan aku?

Tapi dah kira cukup baik dah untuk 'CEO' dunia ni cipta character yang nampak macam kawan-kawan aku. Uhuhu tapi aku still tak puas hati tentang Jimin sebagai ibu tiri aku. Macam dah takde orang lain je. Huh.

Agaknya siapalah character putera tu nanti ye? Omo omo, macam mana kalau putera tu ada muka yang sama macam Jungkook? Kyaaa aku minat gila kat Jungkook tau! Sumpah kalau putera tu Jungkook aku tak nak keluar dari dunia ni selamanya. Nak bunuh dia pun tak mampu nanti huhu.

"Ha sengih tak ajak member," Hani mencelah. Aku hanya diam memalaukan manusia itu.

Namun mataku terus terbuka luas apabila teringat kata-kata Hani tadi. 

"Kan. Must be hard for you to be here in this world without anyone..."

Gila. Tu memang Hani ke? Macam mana...

Aku memusingkan badan Hani supaya menghadapku. Hani mengangkat kening.

"Yah! Mengaku sekarang! Awak pun kena sedut masuk dunia ni kan?" tanyaku. Hani mengerutkan dahi.

"Mende ni? Dunia apa?" tanya Hani. Aku mula menjadi agresif dan menggocang bahunya kuat.

"Yahhhh jangan nak nafikan! Mengaku jelah! Jangan pura-pura jadi character dunia ni! Haniiiiiiiiiiiiiii!" 

"Askjskjssjksjsks"

Hani dan aku menggila di dalam kereta potato. Sedang aku sibuk menggoncang bahunya, satu cahaya yang membutakan muncul lagi.

"Nini Peri ialah character tetap di dunia ini. Hang nak goncang bahu dia sampai patah pun memang dia takkan mengaku woi. Disebabkan kami murka dengan anda, tempoh masa anda dikurangkan sebanyak sebulan. Mampos hang ada sebulan je lagi masa. Padan muka. Wek."

Aku membuka mata perlahan-lahan apabila cahaya itu mula beransur hilang. Hani yang sudah tertidur di sebelah aku pandang.

Tapi aku betul-betul dengar Hani sebut 'dunia ni'. How come an ordinary character literally said 'this world'? Suspicious kan?

Aku mengeluh kecil. Atau mungkin aku yang terlalu emotional? Aih. Mungkin juga aku salah dengar. Walaupun aku yakin aku tak salah dengar.

Apa-apalah. Aku tak perlukan sebulan. Malam ni juga aku akan selesaikan semuanya.

Dari jauh, kelibat istana yang megah kelihatan. Aku menekan butang stop yang terdapat di dalam kereta potato ini. Tahu, menang mengarut. Biasalah tiada apa yang masuk akal dalam dunia ni.

Dengan berhati-hati aku keluar dari kereta potato ini. Agak susah untuk meloloskan diri keluar disebabkan oleh baju gaun yang terlebih besar ni. 

Istana di hadapan mata aku pandang. Aku perlu jalan sedikit jauh untuk ke sana. Sengaja aku parkir kereta potato kat tepi semak ni supaya berkurang sikit malu. 

"Jangan lupa datang sini semula sebelum pukul 12 tengah malam."

Aku menoleh ke dalam kereta potato. Hani masih nyenyak tertidur di situ dengan air liur yang mengalir. Aku rasa aku terdengar Hani suruh datang sini sebelum pukul 12 tengah malam. Ke dia mengigau? 

Aku mengambil langkah menuju ke istana itu. Tapi, banyak sangat security guard dekat luar. Aku memberhentikan langkah, melihat beberapa tetamu yang masuk ke dalam. Semuanya tunjuk sebuah kad sebelum dibenarkan masuk.

Ah sudah, aku takde benda alah tu. Aku menggigit bibir dan melihat sekeliling. Fikir Sha, fikir!

Mata aku terpandang seekor kucing yang sedang berjalan menuju ke belakang istana. Aku tersenyum sinis. Bingo!

【👠】

Kiri kanan aku pandang.

Setelah memastikan line clear, perlahan-lahan aku menjejakkan kaki ke dalam bangunan ini dan menutup pintu dengan perlahan.

Sejujurnya aku tak tahu aku ada kat bahagian mana dalam istana ni. Yang pasti, aku cuma masuk melalui pintu belakang istana ni.

Okay, now what?

Berbantukan cahaya remang-remang dari luar, aku cuba mencari suis lampu ruangan yang sedang menempatkan aku sekarang ini.

Raba punya raba, tangan aku tersentuh sesuatu berbonjol di dinding. Tanpa ragu-ragu, aku menekan benda yang bertekstur seperti suis itu. Ewah ayat aku.

Cahaya terang memenuhi ruangan itu. Aku melihat sekeliling. Nampaknya bilik ni bilik stor. Ada banyak kotak disusun di atas lantai dan barang-barang dapur di atas meja.

Mata aku mula bersinar apabila terlihat satu objek yang berkilauan di atas meja. Terus aku menghampirinya dan mengusapnya lembut.

Pisau!

Aku menilik pisau itu. Tajam. Sesuai sangat nak buat bunuh orang ni. Aku ada fikir nak bawa pisau dari rumah tapi takut pula Hani suspicious nanti. Elok sangat ada pisau kat sini.

Walaupun aku kedengaran seperti psycho, tetapi ketahuilah bahawa aku desperate. Kalau korang nak berada dalam situasi sama macam aku, macam mana korang nak tamatkan cerita ni dengan sad ending? Protagonist mati adalah ending yang paling sad bagi aku. Lagi-lagi bila heroin sendiri yang bunuh, plot twist dia tu fuhh mengancams. Nampaknya lepas ni Cinderella kena rated 18+. Budak-budak tak boleh tengok aksi bunuh membunuh!

Nak selit kat mana eh pisau ni? Kang menjerit semua orang kalau aku berjalan sambil pegang pisau ni. Aku menyelak gaun yang tebal ini. Nice, ada seluar kat dalam. Tanpa berlengah aku menyelitkan pisau ini di pinggang. Nampaknya aku kena selak gaun masa nak bunuh prince tu.

Aku melihat sekeliling lagi dan tertangkap kelibat beberapa helai kain yang elok disusun di situ. Eh kain dipanggil kelibat ke? Apa-apa jelah. Aku mencapai sehelai kain berwarna ungu cerah dan mengikatnya di wajahku sebagai mask. Takdelah orang syak aku nanti. Manalah tahu aku kena stay lagi sehari ke lepas bunuh prince tu. At least identiti aku takkan terbongkar.

Aku berjalan ke arah pintu. Tombol dipulas dan aku menjengukkan sedikit kepala ke luar. Setelah memastikan line clear, terus aku keluar dari bilik itu dan menutup pintu dengan perlahan supaya tiada bunyi terhasil.

Kiri aku pandang. Dari sini, aku boleh dengar bunyi keletang keletung yang aku syak berasal dari sebuah bilik yang terletak di hujung koridor ini. Barangkali itu dapur.

Aku menoleh kepala ke kanan. Kalau di hujung koridor sebelah kiri ada dapur, koridor kanan pula langsung tiada bilik di hujung. Tapi ada laluan lain di sebelah koridor ini. Boleh aku lihat cahaya yang datang dari laluan itu.

Aku berkeputusan untuk pergi ke laluan itu. Mana tahu tu ruang tamu ke? Biasanya kat majlis macam ni, putera tu akan berada di ruang tamu menyambut para tetamu kan?

Aku mengambil langkah menuju ke laluan itu. Sambil itu mata aku meliar ke kiri kanan, takut-takut ada manusia yang tiba-tiba muncul.

"Arraseo arraseo. Tak payah lah ulang banyak kali."

Nak gugur jantung aku mendengar suara itu. Terus aku menoleh ke belakang hanya untuk mendapati bahawa seorang lelaki keluar dari dapur dengan membawa tray makanan.

Heol heol heol heol. Cemas aku jadinya. Kalau dia nampak aku macam mana?

Kiri kanan aku pandang. Ada bilik. Sepantas kilat aku menyambar tombol pintu itu dan memulasnya laju. Please lah terbuka, boleh lah aku menyorok walaupun aku tak tahu bilik apa ni. Namun pintu itu tidak dapat dibuka. Dikunci.

"Aish!" aku merungut kuat. Terus aku menampar mulut sendiri apabila sedar akan perbuatanku. Alamak mesti lelaki tu dah sedar. Patut ke aku lari je?

Okeh okeh, kita lari. Satu, dua, tiga!

"Hei kamu!"

Kaku terus seluruh badan aku. Peluh mereciks di dahi aku. Gila gila. Nak buat apa ni? Bunyi tapak kaki menghampiri aku kedengaran. Habislah aku huwaaa!

"Kamu siapa? Mengapa berada di sini?" suara lelaki itu menyapa pendengaran. Aku menoleh ke arahnya dengan kepala yang masih bertunduk.

Fikir Sha, fikir!

"Uh, uh..."

Aku menggigit bibir cemas. Yaishshjshs apa aku nak kelentong ni? Sumpah otak aku blank.

"Ya? Mengapa kamu berada di sini?"

Lelaki itu bersuara lagi. Mata aku pejam rapat-rapat sebelum kepala aku angkat untuk memandangnya. Ah, cakap jelah apa-apa pun!

"Saya nak perg–"

Membulat mata aku melihat wajahnya. Mulut aku disebalik kain ini pun sudah ternganga luas. Serta-merta mood berfangirling aku datang.

JUNGKOOK!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro