Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 7 ❞ ˎˊ-

"HOOO NINI PERI IN YOUR AREAHHH!"

"ADUH"

Akibat terkejut dengan suara dolphin yang tetiba muncul, mulut aku yang sudah bersiap sedia untuk minum air paip tadi berlaga dengan kepala paip itu. Hidung aku pun berlaga sekali.

"AHHH SAKITTTT" Aku menjerit kesakitan, tangan dibawa naik menyentuh permukaan bibir dan hidung yang aku rasa macam dah pecah and patah. Serentak itu aku memusingkan badan melihat keadaan sekeliling tandas ini untuk mencari si pelaku yang tetiba sergah aku ni. Eyy memang minta penumbuk.

Mata aku tertangkap kelibat seseorang berpakaian aneh di hujung tandas. Membulat terus mata aku sejurus melihat muka terkejutnya.

"HANI?!" jeritku. Eh itu kan Hani!

"YAHH HANIIIIIIIIII AWAK PERGI MANA SELAMA NI HA KENAPA BARU SEKARANG MUNCUL SKSKSKS KENAPA TAK MUNCUL SEBAGAI MAK TIRI HAAA JIMIN TAK LAYAK LA JADI MAK TIRI DIA LAYAK JADI BAKTERIA JE AKSJHWHEJE"

Aku berlari memeluk Hani yang masih kaku. Serius aku rindu dia huwaaa. Aku ingatkan dia memang takde watak dalam cerita ni hiks. Nasib baik dia muncul juga. Oh sahabatku.

Tapi apa role dia dalam cerita ni eh?

"Yah yah yah yah! Gwaenchana? Bibir dengan hidung awak berdarah!" Hani meleraikan pelukan dan menatap wajahku dengan penuh risau. Darah? Aku menyentuh bibir dan hidungku.

"Eh darah," ujarku setelah melihat darah di tangan. Patutlah rasa pedih je sksksks. Aku memandang wajah Hani yang dah macam ibu ayam yang risaukan anaknya. Risau betul tu

"Sorry lah hiks. Ni semua salah saya kan! Kalau saya tak kejutkan awak tadi mesti awak baik-baik je sekarang kan!" Mata Hani mula berair. Ah sudah. Mula dah perangai dia ni. Suka sangat fikir benda negatif. Tak sangka kat sini pun sama juga perangai dia.

"Eh takpelah! Heleh benda kecik je," aku mengusap belakang badan Hani. Jap, siapa yang sakit sekarang ni?

"Jadi sekarang saya akan ubatkan awak semula. Terimalah kuasa Nini Peri! Hiyarkkk!"

Pebenda dia mengarut ni?

"Hani awak oke–"

Satu renjatan elektrik bagai menyerang aku sebelum sempat aku habiskan ayat aku. Kerana tidak bersedia, terus aku jatuh terjelopok dan disambut Hani.

"Weh benda tu? Tetiba je," aku memegang kepala. Rasa berdenyut-denyut. Wajah Hani aku pandang. Dia memberi aku satu pandangan yang sukar ditafsirkan. Uh...

"Ha tengok! Sekarang bibir dan hidung awak dah tak berdarah!" Hani menjerit teruja dan menunjuk ke arah bibir dan hidungku. Kening aku angkat. Ye dok dia ni. Tangan aku naikkan ke atas menyentuh bibir dan hidung.

"Mende? Ada lagi lah–"

Terhenti ayat aku apabila tanganku sudah tidak berdarah seperti tadi. Eh mana darah tu hilang? Terus aku berdiri dan menghadap cermin di dalan tandas. Dah hilang betullah!

"Weh..." speechless aku jadinya dengan benda ni. Hani aku pandang dengan takut-takut. Dia pakai ilmu hitam ke? Macam mana kalau role dia dalam cerita ni ialah witch yang bagi aku makan epal? Eh eh tu bukan Snow White ke? Ah lantak.

"Awak siapa? Kembalikan kawan saya! Kembalikan Hani! Asksksjjskswk!" aku meluru ke arahnya dan menggoncang kuat kedua bahunya. Aku pasti Hani kena rasuk dengan hantu yang pakai ilmu hitam!

"Yah yah! Ni saya lah Hani!" Hani menggoncang kuat kedua bahu aku sehingga peganganku pada bahunya terlepas. Apak kuat.

"Tipu! Hani tak pandai buat magik! Hani tak pakai ilmu hitam!" Aku menepis tangan Hani yang berada di bahuku. Wajah Hani aku pandang. Macam Hani betul lah. Malaun mana yang pepandai nak copy paste muka Hani ni? Dia ingat aku takkan cam yang dia ni bukan Hani? Heol, aku kenal kawan aku macam mana!

"Ish sabolah dulu! Rilek brader! Kita bincang elok-elok!" Hani memegang kedua belah bahuku dan kembali ditepis tanganku. Aku memeluk tubuh sambil melihat ke arahnya atas bawah. Pakaian dia nampak pelik, itu yang pasti.

"Ha ye. Jelaskan. Bagi nama, umur, tinggi, berat, nama crush, dan kerja sekali," kataku dan duduk di atas bangku tandas. Hani mengangguk laju dan duduk di atas singki. Keadaan kami berdua bagaikan langit dengan bumi.

"Nama yang diberi sejurus keluar dari telur Mama ialah Hani, tetapi nama glamour, Nini Peri!"

"Pft–" nak terkentut aku dengar nama glamour dia. Nini Peri? Nampak sangat ciplak nama Mimi Peri. Aigoo.

"Yah! Kenapa gelak?" Hani menjeling tajam ke arahku. Terus aku menggeleng laju, menidakkan. Heleh, macam dia tak pernah gelak.

"Umur pula, um tak pastilah. Sebab dah lama sangat tinggal kat dunia ni," Hani meletakkan tangan ke dagu, acah berfikir. Aku mula memberi pandangan judging ke arahnya. Lama sangat tinggal kat dunia ni? Tak silap aku kitorang sebaya. Tapi manalah tahu dia sorokkan umur sebenar dia ke. Fuh.

"Lepastu tinggi, 160 cm oh tingginya guwe uhuk. Berat pula– eh dah kenapa dengan tinggi berat sekali nak bagitahu?" Hani mula bercekak pinggang sambil memandang ke arahku. Aku menayang wajah tidak bersalah.

"Untuk membuktikan yang awak ni Hani," balasku selamba. Hani mencebik kecil.

"Berat rahsia sebab nanti lemak terasa. Crush pula— AGAGAGAGAGA"

Nak tercirit aku apabila Hani tiba-tiba buat bunyi pelik macam kena sawan. Minah ni, tanjat gegigirl aku.

"Asal?" tanyaku. Hani masih meneruskan aktiviti membuat bunyi peliknya. Lantaklah minah tu. Ugh.

"Ha lepastu, kerja pula–"

Hani tidak menghabiskan ayatnya malah dia melompat dari singki ke lantai bilik air. Rasa macam ada gempa bumi kejap. Nasib baik juga dia tak terjatuh walaupun lantai tandas ni agak licin.

"Nini Peri, seekor peri yang berdedikasi, bertanggungjawab, bijaksana, dan berani menghadapi cabaran! Ya, itulah guwe, Nini Peri kesukaan ramai!"

Sejurus Hani memberi ucapan dengan penuh motivasi, bunyi letupan yang kuat kedengaran. Gegirl aku tanjat buat kali ke berapa entah. Tak lama selepas itu, beberapa keping confetti jatuh dari atas.

Spontan kepala aku dongakkan ke atas. Jadah apa tetiba ada confetti dalam tandas ni?

"Tu saya yang buat lah. Ha tengok ni," bagai tahu apa yang ada di dalam fikiran aku, Hani bersuara. Aku melontarkan pandangan ke arahnya yang mula melakukan sesuatu yang pelik. Tak nak bagi detail, imagine sendiri.

"Hiyark!"

Satu bunyi letupan yang kuat kedengaran. Spontan aku menutup telinga aku dengan kedua tangan. Mata aku meliar ke sekeliling.

Ternganga mulut aku apabila pandangan aku jatuh kepada figura Hani yang sudah berdiri di atas singki. Hani mendepakan kedua tangan dan kakinya serta kepalanya didongakkan ke atas. Sekali tengok macam katak yang pernah aku bedah masa sekolah dulu. Bukan tu je, pakaian dia pun dah berubah.

"Um okay Hani. Kepit sikit kaki tu, nampak spender," terus Hani mengepit kakinya sejurus aku menghabiskan ayat. Oke tak, aku tak nampak apa-apa pun. Nampak bulu kaki dia je. Mengancams.

"So, apa function Nini Peri tetiba muncul?" Walaupun aku rasa nak terberak sebut nama glamour dia tu, tapi aku relakan jua perkataan tu meniti di mulut aku. Hani menghayun batang kayu di tangannya dan sekelip mata, dia berada di sebelah aku.

"Saya pun tak tahu. Niat asal nak teleport ke bilik Hyeongjun sebab nak curi hoodie dia, tapi terteleport dekat sini pula. By the way, ni magic wand, bukan batang kayu!" Hani mengetuk kepala aku menggunakan batang kayu itu. Aku mengusap kepala. Minah ni psycho ke nak curi masuk bilik apa tuh nama dia, Kyeongjong? Bunyi dia macam jongkong.

"Yah! Hyeongjun lah!" Sekali lagi Hani mengetuk kepala aku. Akibat geram, aku menolak haiwan itu ke tepi dan mengetuk kepalanya semula. Dan pada saat itulah, aku tertanya bagaimana dia dapat tahu tentang apa yang aku cakap dalam hati ni. Jangan cakap dia boleh dengar isi hati orang lain?

"Maja!" Hani menjerit secara tiba-tiba dan mengeyit mata ke arahku. Aku mengangguk faham. Tak terkijut sebab dah masak dengan dunia ni.

Pft, jadi dia dengarlah segala benda yang aku kutuk dia tadi? Bagus bagus.

"Pastu awak nak buat apa kat sini?" tanyaku. Hani terdiam sejenak. Keadaan menjadi sunyi seketika.

Aku diam membawa diri ke alam imaginasi. Kalau difikirkan balik, since Hani boleh dengar apa yang aku cakap dalam hati ni, tak payahlah aku keluarkan suara kan? Oke jom try.

Hani pabo.

Senyap.

Aik?

Aku menoleh ke tepi dan wajah Hani dengan mata tertutup menyapa pandanganku. Tak guna, minah ni tidur?

"Yah ireona," aku menolak kepala Hani dan menyebabkan badan Hani terdorong ke tepi dan menjadi tidak seimbang. Dalam sekelip mata, kepala Hani jatuh menyembam lantai tandas. Bunyi yang kuat terhasil.

Aku pula yang terasa sakit dan jijik. Lantai tandas kot. Boleh pula Hani letak kepala dia atas lantai tandas sjjsksksks geli nyah

Baru sahaja aku ingin menarik rambut Hani, Hani terlebih dahulu menukar posisinya kepada posisi duduk dan memberi pandangan yang sukar ditafsirkan ke arah aku. Mende mung?

"Saya dah fikir. Mesti ada something yang menyebabkan saya teleport kat sini. Tempat ni tak pernah saya jejak apatah lagi saya kenal. So, any words Shisha?"

Heol, dia panggil aku shisha? Dia tau tak shisha ni apa? Sesuka hati pesongkan nama aku jadi sejenis rokok. Tak padan dengan nama glamour dia buruk, nama aku pun dia nak burukkan. Eyy perosak nama orang betul.

"Molla." jawabku sepatah. Hani meletakkan tangannya ke dagu. Acah berfikir. Tak lama selepas itu, satu mentol muncul di atas kepalanya.

Tak, aku tak tipu. Memang betul ada mentol muncul atas kepala dia. Hebat betul peri ni.

"Arra!" Hani menjerit teruja. Keningnya diangkat beberapa kali ke arahku. Seram siak.

"Mwo?" tanyaku dan menolak kepala Hani yang semakin bertepek denganku. Pergi bertepek dengan Hyeongjun sana shuh!

Hani mengeluarkan satu gelak yang gedik. Wajahku dipandang dengan riak menyeramkan. Muka cicak nak makan lipas.

"Maybe kita ada jodoh?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro