Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 60 ❞ ˎˊ-

"WOOOOOOOO!"

Kesemua tetamu yang hadir mula bersorak apabila kelibat pengantin perempuan bersama ayahnya muncul di pintu gereja. Masing-masing mula berdiri dan menepuk tangan seraya dua beranak itu mengatur langkah masuk ke dalam gereja.

"WAH IPPEO IPPEO!" Hani yang berada di barisan paling hadapan menjerit kuat dengan suara lantangnya. Tak cukup dengan itu, sempat juga dia membuat bunyi siulan. Berbeza sungguh dengan Nayun di sebelahnya.

"Huhuhu, Shasha dah nak kahwin. Bulan lepas Jihee, bulan ni Shasha pula, Nayun bila lagi? Huwaa sendunya hidup single ni!"

"Yah, awak tak single jangan buat-buat mingle! Macam saya tak tahu awak dah buat persiapan dengan Yohan nak kahwin bulan depan! Dasar pengkhianat! Kata nak single sama-sama!" Hani yang ceria tadi terus bertukar marah mendengar ayat Nayun. Nayun tersengih tidak bersalah.

"Shasha," Joshua pula sudah tidak berkelip melihat Shasha yang berpakaian sungguh cantik pada hari itu. Terasa seperti ada bidadari yang turun dari langit... Sehinggakan Shasha sudah tiba di hadapannya pun Joshua tidak sedar.

"Eherm!"

"Oh oh–" kalut Joshua jadinya apabila tuan Park mula berdehem menyedarkannya. Shasha tersengih menampakkan gigi, terhibur dengan gelagat Joshua.

"Tak boleh stop pandang anak saya ke?" ujar tuan Park dengan kening yang terangkat. Joshua menggaru kepalanya sambil tersengih malu. "Ah appa," Shasha menepuk lengan ayahnya pelan sambil tersenyum malu.

"Joesonghabnida abeoji. Shasha cantik sangat harini sampai saya rasa macam dah terpukau," gurau Joshua. Tuan Park tersenyum nipis. Tangan Joshua diraihnya lalu dia meletakkan tangan Shasha di dalam genggaman Joshua.

"Jaga puteri abeoji elok-elok. Abeoji percayakan Joshua untuk ambil alih hak penjagaan Shasha lepas ni," kata tuan Park lalu bahu Joshua ditepuknya beberapa kali. Shasha sudah ingin menangis mendengar ayat itu. Joshua menganggukkan kepalanya, tanda tanggungjawab sedia digalas.

"Sha, kajja?" ajak Joshua. Shasha tersenyum ke arah Joshua lalu merangkul lengan Joshua. Kedua mereka berjalan menuju ke arah paderi yang sudah menunggu di hadapan.

"Bersedia semua?" soal paderi. Para tetamu laju sahaja menjawab.

"Ya!"

"Baiklah, mari kita mulakan sekarang. Hong Jisoo, sudikah awak menerima Park Isya sebagai isteri awak dan bersetuju untuk sentiasa bersamanya pada waktu gembira dan sedih, sihat dan sakit?"

Joshua menarik nafas dalam. "Ya, saya bersetuju menerima Park Isya sebagai isteri saya dan saya akan mencintainya sepanjang hidup saya."

"Park Isya, sudikah awak menerima Hong Jisoo sebagai suami awak dan bersetuju untuk sentiasa bersamanya pada waktu gembira dan sedih, sihat dan sakit?"

Shasha memegang erat tangan Joshua. Nafas ditarik dalam. "Ya, saya bersetuju menerima Hong Jisoo sebagai suami saya dan saya akan mencintainya sepanjang hidup saya."

"Dengan ini, Hong Jisoo dan Park Isya telah rasmi berkahwin!"

"WOOOOOOOAAAA!"

Kata-kata paderi itu mendapat sokongan yang padu oleh para tetamu. Suasana yang diam seketika semasa lafaz perkahwinan itu sekelip mata sahaja berubah menjadi pasar malam. Tidak cukup dengan bersorak, ada juga golongan gatal yang terselit di situ.

"KISSEU! KISSEU! KISSEU! KISSEU!"

"Sha, diorang nak kita kiss lah," Joshua mengangkat keningnya beberapa kali ke arah Shasha. Memerah terus muka Shasha.

"Ah, perlu ke kiss sekarang?" soal Shasha sambil mengerling ke arah para tetamu. Hani, Nayun dan Jihee lah yang paling sakan sekali bersorak. Amboi amboi, korang tunggu jap lagi!

Joshua tersenyum gatal. "Eing, mestilah. Dah jadi adat perkahwinan kan?" soal Joshua, lalu pipi Shasha ditekupnya. "Dah, jangan gerak."

"Tapi tapi–"

Terdiam terus Shasha apabila Joshua mendekatkan wajah mereka. Sokongan semua tetamu makin galak, Shasha pula langsung memejam matanya rapat. Tidak lama selepas itu, dapat Shasha rasakan satu sentuhan lembut... Di dahinya.

"Eyyyy apa kiss kat dahi je!"

"Eeee kecam Shua, kecam!"

"Lain kali kiss lah dekat–"

"Shh, jangan kuat sangat, nanti orang single triggered."

Joshua sekadar tergelak sahaja mendengar komen-komen para tetamu. Shasha pula sudah membuka mata, turut tersengih ke arah Joshua. Lantas lengan Joshua dirangkulnya lalu Shasha mencium pipi Joshua.

"Saranghae Shua!"

Joshua tergelak kecil. Kepala Shasha diusap.

"Nado saranghae~"

【👠】

"Ah, palli cerita!"

Kesemua gadis di meja makan itu kini menumpukan sepenuh perhatian pada Shasha. Shasha menyuap tteokbokki buatannya ke dalam mulut sebelum berbicara.

"Amgmsmhsjh–"

"Yaish, geli! Pabo, telanlah makanan tu dulu sebelum bercakap!" Nayun berteriak keras apabila sisa makanan Shasha ada terpercik ke pipinya. Shasha tersengih seperti kerang busuk. Dia mengambil masa seketika untuk menguyah dan menelan makanan di dalam mulutnya.

"Ha okay. Korang nak saya cerita start dari mana?"

"Start dari awal!" ujar Jihee dan Nayun serentak. Hani pula menggeleng kepalanya pelan. "Ani ani. Start dari tengah lah. Saya dah tahu apa yang berlaku awal tu hoho–"

"Eyy apa ni? Kenapa saya tak tahu? Tak aci!" Nayun memukul lengan Hani kuat lalu memeluk tubuh, merajuk kerana Hani sudah mengetahui hal itu. Jihee juga sudah mencebikkan bibirnya ke arah Shasha.

"Shasha pilih kasih!"

"Eee mana ada! Ha okelah, saya cerita dari awal. Kalau korang tak nak percaya, terpulanglah uhuks."

Lalu Shasha memulakan sesi penceritaannya semula tentang waktu di mana dia disedut masuk ke dalam dunia Shanderella. Ringkas sahaja ceritanya kerana Shasha banyak melangkau butir-butir yang tidak penting.

Kemudian Shasha beralih pula kepada selepas dia keluar dari dunia Shanderella dan langsung tidak mengingat apa-apa tentang dunia itu. Namun, dia kerap kali menangis kerana hatinya terasa sakit. Kali ini penceritaannya tidak sepanjang tadi kerana mereka semua sendiri sudah sedia maklum tentang personaliti Shasha yang berubah drastik usai bangun dari koma.

Selepas itu, Shasha kembali mengingati segalanya dengan bantuan album Shanderella yang diberi oleh puan Im. Kebetulan pula Shasha diterima kerja di tempat ini, tempat kerja Joshua. Shasha cuba menegur Joshua namun Joshua tampak tidak teringat akan segalanya.

"Dia memang tak ingat betul-betul ke?" soal Hani. Manalah tahu, dia sengaja buat-buat lupa ke. Shasha menganggukkan kepala. "Shua cakap dia memang tak ingat apa-apa masa tu. Sebab tu lah dia ingat saya ni perempuan gila."

"Ciee, Shasha mengaku dia gila," Nayun tersenyum sumbing mendengar kata-kata Shasha. Shasha mengerutkan dahi. "Bila masa saya cakap saya gila?" soal Shasha. Hani laju membidas. "Tu, awak dah cakap."

Shasha menggulingkan biji mata sementara Nayun dan Hani pula sudah berhigh-5.

"Lepastu, saya cuba lah tackle Joshua lagi dengan bantuan Jungkook sebab Hani suruh saya pertahankan cinta saya eceh. Tapi lepas seminggu, saya putuskan untuk berhenti buat benda tu dan takkan jumpa dia lagi sebab dia tengking saya haritu!"

"Uish, dia tengking kebenda? Nak kena mamat LA tu!" Hani yang mendengar cerita Shasha terus menyinsing lengan bajunya. Sekelilingnya dipandang, cuba mencari kelibat Joshua di rumahnya itu.

"Oi oi. Relaxlah madu," Jihee pantas menahan Hani apabila gadis itu semakin agresif. Benda dah lepas dah pun.

"Lepastu saya bagi dia album Shanderella sebelum saya betul-betul pergi dari hidup dia. Hiks, sumpah saya menangis tiga hari tiga malam tau sebab benda ni! Lagi rasa bersalah, bila petang tu Jungkook beritahu saya Joshua terlibat dalam kemalangan langgar lari."

"MWO?!" Terkejut habis semua mendengar.

"Jinjjayo?" soal Jihee tidak percaya. Shasha mengangguk kepalanya sayu. "Heol heol. Maksudnya dia kena sedut masuk dunia tu lagi ke?" soal Jihee. Shasha menghela nafas.

"Haah. Shua cakap, memang dia yang salah sebab tak peka masa lintas jalan. Maklumlah masa dia lintas tu dia tengah baca buku Shanderella yang ada dalam album tu. Polis pun dah siasat dan tangkap ahjussi yang langgar Shua. Lepastu Shua cakap, lepas dia dilanggar tu, dia masuk semula ke dalam dunia tu."

"Dia buat apa dalam dunia tu?" soal Hani ingin tahu. "Hmm, Shua macam diberi bayangan tentang apa yang berlaku kat bab terakhir buku Shanderella tu. Macam dapat tengok secara live apa yang berlaku, tapi dia tak boleh ubah apa-apa sebab dia macam halimunan kat situ. Kalau korang nak tahu, saya pun pernah jadi macam tu."

"Bila?" soal tiga serangkai itu serentak. Sempat lagi mereka berhigh-5 sesama sendiri sebelum kembali menumpukan perhatian kepada Shasha.

"Ha, ingat tak bila Hani kecoh dalam group yang saya hilang? Lepastu tiba-tiba je ada balik dalam bilik?" soal Shasha. Tiga orang rakannya terdiam seketika sebelum menepuk tangan mereka kuat.

"Oh, yang tu!"

"Ingat ingat!"

"And guess what? Shua cakap, dia nampak saya ada dua. Satu Shanderella, satu lagi Park Isya. Dia nampak semua yang saya buat masa saya kena sedut buat kali kedua dan jadi halimunan tu."

"Wah, gila ah," Hani memeluk tubuh. Meremang teruk bulu roma dia mendengar cerita Shasha.

"Ha lepastu, dia cakap bila saya dah hilang, ada tulisan bercahaya yang muncul. Dia cakap, self destruct in 10... 9... 8... Dan seterusnya."

"Eh gila. Habistu kalau dunia tu hilang, Joshua macam mana?" soal Jihee. Shasha tersenyum petak.

"Hehe, sebab Shua nampak saya ketuk tulisan bercahaya 'Deleting memory' tu, dia pun ketuklah tulisan tu sekali dan berjaya hentikan proses self destruction tu. Then, dia dengar suara saya yang sayup-sayup bercakap. Saya cakap sorry, takkan ganggu dia lagi, lepastu saranghae. Joshua cakap dia nak gila masa tu, sebab dia nak keluar dari situ tapi tak tahu caranya..."

"Ah, sweetnya! Mesti suara awak yang kejutkan dia dari koma kan?" tebak Nayun. Shasha menganggukkan kepala lalu tersengih bangga. "Tapi, macam mana dia keluar dari dunia tu akhirnya?" soal Jihee. Shasha mengeluh kecil.

"Dia duduk lama juga kat situ sebab nak fikir cara keluar dari situ. Jadi, malam tu baru dia tersedar. Shua cakap, dia dah tak tahu nak buat apa and tak nak saya tinggalkan dia, jadi dia buat keputusan untuk tikam diri dia sekali lagi."

"MWO?!" Buat kali kedua, tiga gadis yang lain terkena kejutan budaya.

"Lepas dia sedar macam mana? Dia okey je ke?" soal Jihee. Shasha menganggukkan kepala. "Uish. Mesti sakit kan?" soal Nayun. Shasha menganggukkan kepalanya lagi.

"Shua cakap sakit dia sama macam sakit masa dia tikam diri kali pertama kat situ. Pisau pun dia guna pisau yang sama. Tapi dia bersyukur dapat keluar dari dunia tu. Kalau tak, entah berapa lama dia terperangkap dalam tu..."

"Maksudnya, sejak haritu, Joshua dah ingat awak balik kan?" soal Hani. "Eo," balas Shasha. Hani spontan menepuk permukaan meja di hadapannya.

"Kalau dia dah ingat kenapa dia tak cari awak? Sia-sia jelah awak move on selama sebulan tu?"

"Uh... Ya...?" balas Shasha teragak-agak. Betul juga. Tiba-tiba Shasha terasa diri itu pabo pula. Haih!

"Anyways, seminggu sebelum Joshua propose saya kat Disneyland, dia dah contact dengan Jungkook nak minta tolong. Katanya Jungkook je orang yang dia kenal rapat dengan saya. Jungkook pula contact dengan Hani. Akhirnya tertubuhlah pasukan HJJ yang bermatlamat untuk mengahwinkan saya dan Joshua."

"Maja maja! Saya lah Hani tu. Hebat kan saya? Ha cepat tepokk!" Hani sudah mengembangkan hidungnya. Jihee dan Nayun menayang wajah cemberut. Cis!

"Chakkaman. Kalau ini cerita sebenar, habistu siapa Kook Jungjeon tu?" soal Jihee apabila teringat akan lelaki yang namanya pelik itu. Berkerut dahi Shasha mendengar. Siapa pula tu?

"Uh... Dia adalah lelaki fiksyen ciptaan saya," balas Hani sambil tersengih. Membulat mata Jihee dan Nayun.

"Maksudnya awak tipu lah pasal cerita haritu?!" soal Nayun. Hani mengelap peluh di dahi melihat pandangan membunuh dua gadis itu.

"Ani! Saya reka sebab kalau saya cerita kisah yang benar ni pun, macamlah korang nak percaya! Korang ni susah sikit nak percayakan saya, kalau Shasha yang cerita baru korang percaya. Haloh!"

"Oh, yang barbeque haritu? Cis, noob lah awak ni Hani. Terbalikkan nama Jungkook je," kutuk Shasha lalu tersengih. Jihee dan Nayun bagai diserang kegeraman apabila menyedari hal tersebut. Oh, mengapa baru sekarang mereka sedar?

"Hani, sini awak!"

"Ah shireo!"

"Nayun, tangkap dia!"

"Shasha."

Terhenti terus segala pergaduhan di meja makan itu apabila Joshua tiba-tiba sahaja muncul memanggil Shasha. Shasha tersenyum kecil, sebelah keningnya diangkat.

"Wae?"

"Umm..." Joshua terdiam seketika. Anak matanya diam-diam melirik tiga serangkai yang sedang berdiri di hujung meja, sedang berada di dalam posisi menyerang dan bertahan. Bagai faham dengan maksud pandangan itu, Jihee laju berdehem.

"Eherm. Oof, pengantin baru nak ada privacy lah. Jom korang," ajak Jihee, tubuh Hani diheretnya pergi. "Pergi mana?!" soal Hani sambil menggelupur.

"Balik lah mak cik."

"Uuuuuu, semoga kalian menikmati malam kalian hakhak," Nayun tersenyum gatal sebelum turut mengikut jejak langkah Jihee dan Hani yang sudah menjauh pergi. Shasha berdiri dari duduknya melihat kesemua rakannya sudah menjauh.

"Anneyong korang!"

"Eo anneyong!"

"Fuh. Kus semangat bila semua tengok tadi," Joshua mengambil tempat di atas kerusi meja makan. Shasha pula mengambil pinggan di atas meja lalu diletakkan di dalam singki. Lengan baju disinsing.

"Awak naiklah atas dulu. Saya nak basuh pinggan jap," kata Shasha lalu memulakan kerjanya. Joshua bangkit dari duduknya lalu tubuh Shasha didakap dari belakang.

"Arraseo. Datang tau nanti," kata Joshua lalu satu kucupan diberi di pipi Shasha sebelum dia naik ke bilik. Shasha tersengih sendirian di situ.

【👠】

"Anneyong~"

Shasha tersengih kecil. Pintu bilik ditutup.

"Iriwa," panggil Joshua lalu tempat kosong di sebelahnya ditepuk-tepuk. Shasha berlari anak menuju ke katil sebelum mengambil tempat di sebelah Joshua. Kepalanya dilentokkan ke bahu Joshua.

"Shasha."

"Eung?" sahut Shasha. Tangannya disatukan dengan tangan Joshua. Joshua tersenyum senget.

"Umur Shasha berapa?"

"21," jawab Shasha. Hairan sedikit kerana tiba-tiba sahaja soalan ini ditanyakan. "Umur saya?"

"26," balas Shasha lagi.

"Ha, itulah masalahnya!" kata Joshua. Shasha mengerutkan dahi tidak faham. Apa masalahnya? Salah ke jikalau jarak umur mereka berjarak 5 tahun? "Maksudnya?" soal Shasha.

"Saya panggil awak apa?"

"Uh... Shasha?"

"Awak panggil saya apa?"

"...Awak...?"

"Tu dia!"

Terpinga-pinga Shasha jadinya. Tak fahamlah! Joshua nak buat lawak ke apa ni? Joshua pula sudah tergelak melihat reaksi Shasha. Aigoo, itulah, slow sangat isteri dia ni.

"Lepasni panggil saya oppa."

"Eh?!" Ternaik suara Shasha jadinya. Kepalanya ditoleh ke tepi memandang Joshua yang sudah tersengih.

"Ah shireo~" ujar Shasha lalu mencebikkan bibir. Joshua menggeleng kepala. "Apa shireo shireo? Siapa yang lebih tua sekarang ni?"

"Ala ala, awak ni sama je macam Jungkook! Ish jarak umur kita bukannya jauh sangat," protes Shasha. Joshua tergelak kecil. Bahu Shasha dirangkul.

"Cuba cakap sekali. Nak dengar," pinta Joshua. Shasha merengus kecil. Ish, malulah!

"Shua oppa,"

"Apa dia? Tak dengar," usik Joshua. Shasha merengus geram. Kepalanya ditoleh ke tepi.

"Shua oppa!"

"Tak dengar tak dengar."

"SHUA OPPA!"

Kuat habis Shasha menjerit. Terlepas tawa Joshua jadinya. Shasha yang melihat Joshua tertawa pun ikut sama tertawa.

"Aigoo, kiyowo~"

"Eingg," Shasha pantas menepis tangan Joshua yang bergerak ingin mencubit pipinya. Joshua tersenyum menampakkan giginya. Kepala Shasha ditarik agar bersandar pada bahunya.

"Shayang,"

"Umm?" sahut Shasha. Tangan Joshua diambilnya lalu dimain-mainkan. Joshua terdiam seketika sebelum tersenyum nakal.

"Harini first night kita kan?"

"Eo," balas Shasha mengiyakan soalan Joshua. Memang ini malam pertama mereka selepas berkahwin pagi tadi. Tetapi Hani, Nayun dan Jihee datang mengacau mereka. Memang sudah menjadi janji mereka untuk berkunjung ke rumah sesiapa yang berkahwin pada malam pertama dan bergosip bersama. Itulah janji yang dibuat mereka semasa zaman yang tidak matang di sekolah dahulu.

"Jom,"

"Pergi mana?" soal Shasha. Kepalanya ditoleh ke tepi memandang wajah Joshua. Kelihatan Joshua turut memandangnya. Lama mereka berpandangan sehingga lama-kelamaan, Joshua semakin mendekatkan wajahnya dengan Shasha. Tinggal sedikit sahaja lagi jarak di antara wajah mereka. Sehinggalah...

"Ah," Joshua bersuara apabila Shasha meletakkan tangannya di antara bibirnya dengan bibir Shasha yang hampir sahaja bertemu tadi. Wajah tidak puas hati ditayang pada Shasha.

"Jom pergi mana? Jawablah dulu!" ujar Shasha lalu memeluk tubuh. Joshua merengek kecil.

"Alaa awak pun tahu kan nak pergi mana. Kenapa halang tadiiiiii? Sikit je lagi nak kiss," kata Joshua lalu mencebikkan bibirnya. Shasha mengibas rambutnya ke belakang.

"Joshua Hong, awak lupa ke yang awak pernah trick saya masa kita mula-mula berkahwin kat dunia Shanderella dulu?"

Usai Shasha bersuara, spontan memori itu kembali menjengah minda. Joshua tersengih kecil. Sampai memerah muka Shasha jadinya sebab malu. Huehuehue.

"Alaa itu kan dulu. Ni yang betul-betul punya. Tak main-main dah!" kata Joshua lalu mengangkat sebelah tangannya tanda berikrar. Shasha berdecit kecil. Dia turun dari katil.

"Tak nak, nanti awak tipu saya lagi!" kata Shasha lalu berjalan menuju ke pintu bilik. Tombol pintu dipegang. Belum sempat dia ingin memulasnya, tubuhnya terlebih dahulu diangkat gaya bridal style.

"EOMMA!" Jerit Shasha kuat dek terkejut dengan aksi mengejut itu. Automatik tangannya berpaut pada tubuh Joshua bagi mengelakkannya terjatuh. Wajah Joshua dipandang dengan wajah terkejut. Joshua pula hanya tersengih sahaja sebelum bergerak ke katil.

"Jom kita isi malam ni dengan memori indah!"

"AHHH SHUAAAA!" Shasha menjerit kuat apabila tubuhnya dibaling ke atas katil begitu sahaja. Mujur sahaja balingan Joshua tepat dan dia tidak terjatuh ke lantai. Joshua turut mengambil tempat di sebelah Shasha dengan posisi mengiring menghadapnya.

"Saranghae," kata Joshua sambil tersenyum manis. Rambut Shasha diusapnya penuh kasih sayang. Kedua mereka saling berpandangan buat seketika.

"Oppa," panggil Shasha. Dia mengesot ke arah Joshua sehingga wajah mereka semakin mendekat tahap nafas masing-masing boleh dirasai. Shasha menatap anak mata Joshua, lalu mengukirkan sebuah senyuman.

"Nado saranghae..."

Sekali lagi mereka berdua berbalas pandangan bersama senyuman di bibir. Bagai berkongsi jiwa yang sama, keduanya menggerakkan kepala masing-masing mendekat dengan satu sama lain. Mata dipejam rapat sebelum bibir mereka bertemu.

The best thing to
hold onto life is
each other

We have gone
through a lot of
obstacles to get
to this point

Thank you
for staying here
with me

In a relationship
there will always
be lots of hardship
that we'll gone through

Let's not let that
tears us apart

I love you,
Shanderella.

• t h e   e n d •

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro