-ˋˏ ❝ Chapter 6 ❞ ˎˊ-
"Anak pungut, kau tahu kan malam ni kitorang nak pergi majlis tari-menari Putera Hong?"
Aku mengangguk malas. Berapa kali dia nak ulang ni? Termasuk ni saja dah hampir 20 kali dia ulang. Bangga sangat tu.
Ramen di pinggan aku hidangkan di atas meja. Sejak aku bagi Jimin makan ramen tu, diorang asyik suruh aku masak ramen untuk makan hmm. Mesti sebab ramen buatan aku sedap muehehe
Tanpa menunggu dua orang anaknya, Jimin melahap ramen buatanku. Aku hanya memerhati Jimin atas bawah. Dia nampak lawak pakai dress tu pft. Nak gelak kang terasa.
"Shalalala~"
Spontan aku dan Jimin menoleh apabila suara effect buatan sendiri kedengaran dari arah tangga. Kelihatan Jihee dan Nayun turun dari tangga dengan penuh keayuan.
Ha elok lah tu, dua dua pakai baju warna emas.
"Wah, anak-anak omma nampak cantik berseri," puji Jimin sambil mengembangkan hidung. Uh, nampak taik hidung. Aku hanya mengangguk perlahan, mengiyakan apa yang Jimin katakan. Tengoklah kawan dia siapa hoho
"Ehek, gomawo omma," Nayun tergelak ayu sambil menutup mulutnya. Jujur aku cakap watak dia dalam ni gedik nak mampos aish.
"Ha, meh sini makan," pelawa Jimin. Kedua anak dara itu mengambil tempat masing-masing. Aku hanya setia berdiri di sini sambil memerhati mereka makan. Bosan hmm.
【👠】
"Yah betina. Kitorang nak pergi ni,"
Aku hanya mengangguk kecil mendengar ayat Jihee.
"Nak ikut, boleh?"
Terus mulut aku cepuk. Apa benda aku cakap ni? Eii aku tak nak cakap pun benda ni sjskskks
"Hah? Nak ikut? Pft," Jihee menekup mulutnya. Matanya dilarikan atas bawah memandangku. Ha nak judge lah tu. Kau tengok nanti siapa yang akan kahwin ngan prince tu grr. Tapi prince tu tak sempat kahwin pun dah mati dulu HAHAHA
"Waeyo?" sekali lagi mulut aku mengutarakan soalan yang aku lamgsung tak nak cakap. Aku rasa dunia ni sengaja buat aku cakap sebab tak nak storyline lari ngeh.
"Wae? Kau tanya wae?" Jihee mula tergelak besar menampakkan giginya. Ha mula dah dia ni. Aku hanya berdiam diri.
"Omma! Nayun! Betina ni cakap nak ikut kita pergi majlis tari-menari tu!" Jihee berteriak agar manusia di luar rumah boleh mendengar. Keadaan menjadi sepi seketika sebelum bunyi gelak tawa kedengaran. Gelak delay lah diorang ni.
"Kau cakap apa? Nak ikut? HAHAHAHAHA" Jimin muncul di muak pintu bersama Nayun dan menyambung gelak mereka. Aku masih berdiam diri. Dah lah gelak memasing macam pontianak.
"Eih. Kau dengar sini anak pungut, kau. tak. layak." Jimin menunjal dahiku setiap kali sepatah perkataan keluar dari mulutnya. Terdorong ke belakang aku jadinya. Entah di mana silapnya, boleh pula aku terpijak stokin dan terjatuh di atas lantai.
"Tapi, Shasha nak ikut..."
Ya Tuhan, ayat aku cringe nak mati ugh. Klishe betul lah scene ni. Lepasni mesti aku kena bantai.
"Dah tak layak tu tak layak lah! Sibuk nak ikut!" Nayun meluru ke arahku dan menarik rambutku. Uish dia ni dari first day lagi dah tarik rambut aku apahal. Jeles cakap ah.
"Appo!" rintihku sakit. Apak ah pahal suara aku jadi macam sotong ni skskssksks
"Meh sini ikut omma! Kita bagi dia pengajaran!" Jimin sudah mula mengambil langkah ke tandas. Nayun dan Jihee terus mengheret aku mengikutinya. Nak je aku melawan, tapi tenaga aku dah rasa macam takde langsung fuh. Hebat betul penangan dunia ni.
"Ah!" aku mengaduh kuat apabila dilempar masuk ke dalam bilik air. Lantai yang sejuk berciuman dengan lutut aku disebabkan aku berlutut di atas lantai. Di hadapanku jelas terhidang sebuah tab mandi. Ah sudah.
"O–Omma nak buat apa..." Takut-takut aku melirik ke arah Jimin di sebelahku yang sudah memasang riak psychopath. Aku cuba mengangkat kaki untuk berlari namun kakiku terasa sungguh berat.
"Terimalah pengajarannya!" Jimin mengukapkan ayat yang aku pasti dirembat dari filem zaman dulu. Terus rambut aku ditariknya kasar masuk ke dalam tab mandi yang penuh dengan air itu. Menggelupur aku minta dilepaskan bagai seekor ikan yang lemas.
Aku tak boleh bernafas!
"Sksujrudjajwjjsjsjjshdjdhskajushejejsjsj," meroyan aku jadinya dek semakin kekurangan oksigen. Tergapai-gapai tangan aku cuba mencari apa-apa objek yang boleh dibuat untuk pukul manusia kejam ni. Jimin masih setia menenggelamkan kepala aku.
Agaknya dunia ni dah kesian tengok aku semakin nazak, akhirnya aku berjaya menggapai sesuatu objek yang aku pun tak tahu kebenda ni. Sepantas kilat, objek itu aku hayun ke arah Jimin. Tarikan pada rambut aku terlepas, aku juga sudah bersandar di sisi tab mandi dengan nafas tercungap-cungap. Gila.
"Omma! Gwaenchana?" Nayun dan Jihee berlari mendapatkan Jimin yang sudah tercampak jauh dari tab mandi. Jimin mengangguk kecil, sisi kepalanya dipegang.
"Kau memang betina kurang ajar!" Jihee meluru ke arahku namun terhenti apabila Jimin menahannya dengan memegang tangannya. Kepala Jimin digelengkan perlahan, mungkin tanda tidak perlu membelasah aku lagi. Aik baru pukul sekali dah insaf ke? Kalau aku tahu dari kemarin lagi aku hempap diorang dengan jentolak.
"Gwaenchana gwaenchana. Omma tak apa-apa," Jimin kembali berdiri dibantu oleh Jihee dan Nayun. Aku hanya memerhati gelagat manusia itu. Ye dok Jimin okey je tu. Rasanya aku pukul boleh tahan kuat. Dalan real life pun dia dah menjerit macam sajat bila aku jentik dia, ini kan bila aku pukul dia macam tu.
"Jinjja?" tanya Jihee. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia prihatin dengan Jimin. Uih dua pasangan sejoli ni. Dalam dunia ni pun nak bersawit-sawit eh.
Eh habistu siapa nak kisah pasal aku?
Terus kepala aku kalihkan ke arah Nayun. Kelihatan Nayun turut menayang wajah prihatin ke arah Jimin dan langsung tidak melihat ke arahku walau sedikit pun. K fine Jimin. Ambiklah semua attention tu!
"Eo eo gwaenchana. Dah jom, nanti lambat pula nak pergi ke majlis tu," Jimin menarik tangan dua manusia di sebelahnya keluar dari tandas. Sempat dia hadiahkan aku sebuah jelingan tajam. Eleh pikir aku takut? Muka pun serupa sambal ada hati nak jeling aku.
"Kau duduk dalam ni! Jangan keluar! Mereputlah kau dalam ni sampai esok pagi!" Jimin menjerit lantang sebelum menutup pintu tandas. Dapat aku dengar bunyi pintu dikunci dari luar.
Lepastu, nak expect aku menangis meraung minta dikeluarkan? Hah, never!
【👠】
Sumpah aku benci dunia ni.
"Omma! Lepaskan Shasha! Omma! Tolonglah, Shasha janji takkan pukul omma lagi! Shasha tak sengaja! Omma!"
Dah lebih kurang sejam aku duk meraung bertempik macam orang gila bila kena kurung dalam tandas ni. Tekak aku pun dah rasa nak tercabut. Tangan dah lenguh asyik pukul pintu.
Gila betul, mestilah diorang dah pergi tinggalkan aku lama dah. Lepastu yang dunia ni sibuk duk kawal aku ketuk pintu ni dah kenapa? Diorang memang nak buat Shanderella ni takde otak ke apa? Ugh geram geram
"AAAA GILAAAA– eh"
Setelah beberapa minit aku ketuk pintu ni macam orang gila, akhirnya aku berjaya kawal badan aku semula. Terus aku peluk badan aku. Huhu my body.
"Kau! Memang sengaja kan! Cari pasal dengan aku! Eyy ada juga aku hempuk kepala tu kang!" jari aku tunding ke atas. Geram sangat dengan dunia ni.
"Agh," tekak aku pegang. Fuh dah serak suara aku. Ni semua sebab menjerit.
Aku menjeling paip air. Nak minum air tapi fuh air paip tu. Tapi tekak dah sakit sangat ni. Patut ke aku minum?
Um.
Aku mengurut tekak.
Ah, minum jelah. Lagipun dunia ni bukan real pun en.
Aku mendekati paip air. Menggunakan tangan, aku membuka pili air. Air mengalir deras keluar. Okey, takdelah deras sangat. Aku kan jimat cermat orangnya.
Mulut aku dekatkan dengan pili air. Bismillah...
"HOOO NINI PERI IN YOUR AREAHHH!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro