-ˋˏ ❝ Chapter 58 ❞ ˎˊ-
The Hall of Disney Princesses.
Itulah tempat di mana Shasha berada sekarang. Setelah beberapa minit menguras minda, dia telah memutuskan untuk pergi ke hall ini.
Walaupun dia tidak berapa pasti sekiranya jawapannya tepat... Tetapi, ini sahaja yang boleh dia fikirkan. Siapa lelaki yang berada di hati Shasha? Tiada yang lain, semestinya ianya Joshua.
Mungkin Jungkook memang menetapkan lokasi ini sebagai jawapannya. Jungkook sendiri tahu bahawa Shasha mencintai Joshua.
Tetapi, bagaimana pula Jungkook tahu ini adalah tempat pertama Shasha bertemu dengan Joshua?
Ah, mungkin juga Jungkook masih ingat akan cerita yang Shasha pernah beritahu dahulu...
Shasha melihat waktu yang tentera di skrin telefonnya. Sudah lebih kurang 5 minit dia menunggu di situ. Tanpa berlengah, kontak nama Jungkook lantas ditekan. Kedengaran bunyi dail yang panjang beberapa kali sebelum suara operator menyapa pendengarannya.
"The number you've dialed–"
"Omo," Shasha memandang skrin telefonnya dengan tidak percaya. Yaish Jungkook ni! Dahlah tinggal Shasha macam tu je, lepastu tak angkat telefon! Tanpa berfikir panjang, Shasha sekali lagi menelefon, namun kali ini Hani pula yang ditelefon.
Tut... Tut...
"Hor, mende?"
"Yah!" Shasha berteriak kecil. "Mana Jungkook?"
"Kebende do, dia kan tengah date dengan awak. Eyy gila je call lepastu tanya mana Jungkook. Macamlah saya dah culik dia!"
"Eyy saya tahu lah awak terlibat dalam benda ni! Tadi Jungkook cakap pukul 8 tu, apa benda?" soal Shasha. Hani hanya diam di hujung talian. Shasha mencebik kecil. Cis, dasar Hani!
"Ish tadi tu–"
"Hani Hani Hani, dia dah sampai dah!"
"Yaish–"
Membulat mata Shasha mendengar suara itu.
"Eo eo eo eo eo! Bukan tu Jungkook ke? Ha tengok, awak ada dengan Jungkook sekarang kan! Mana korang?" soal Shasha geram.
"Ish mana ada! Tu bukan Jungkook lah! Tu umm Hyeongjun! Ha, suara dia memang hampir sama dengan Jungkook! Suka hati je nak tuduh tu Jungkook!"
"Ah appo!"
"Yah jinjja!"
"Tipu tipu tipu penipu! Cepatlah, korang ada kat mana? Sengaja tinggal saya kat sini sorang sorang kan? Dah ah, nak balik!"
"WOWOWOWOWOOWO JANGAN BALIK! LEK LU BRO NAK BALIK AWAL DAH KENAPA?"
"Eh suka hati saya lah nak balik ke nak stay sini ke. Ha okelah bai, segala panggilan anda tidak akan diterima selepas ini."
"YAHHH SHAHAHSHJAHAJSBAJAGSJSHSJ TUNGGU SITU! NANTI KITORANG DATANG HOK ALOH!"
"Korang ada kat sini?"
"Ya, sedang memerhati awak. Dah duduk situ diam-diam!"
"Hor. 5 minit. Lambat, saya balik."
"Yaishshhs–"
Panggilan ditamatkan oleh Shasha. Shasha memasukkan telefonnya ke dalam beg lalu dia melabuhkan punggung di atas tempat duduk yang disediakan sementara menunggu Hani dan Jungkook tiba di situ.
Bunga ros merah di tangannya ditilik. Hidung dia dekatkan lalu bunga itu dihidunya bagi menghilangkan rasa panas yang ada di dalam diri. Usai aroma wangi bunga itu menyapa rongga hidungnya, terkedu terus Shasha.
"Ige..." Shasha memerhati bunga itu. Bau wangi ini... Mengingatkannya kepada seseorang. Tak semena-mena Shasha terasa ingin menangis apabila memori tentang orang itu menjengah minda.
Joshua...
"Yaish. Ah, jinjja," Shasha menampar pelan pipinya. Dia melihat sekeliling, cuba mencari kelibat Hani dan Jungkook namun mereka masih tidak kelihatan. Shasha mengeluh kecil, sebelum kembali memandang ke arah bunga di tangan. Namun matanya terpandang sesuatu yang berada di tangkai bunga itu.
"Mwoya?" soal Shasha. Dia mendekatkan bunga itu dengan matanya untuk melihat dengan jelas.
"S...?"
Tentera huruf S tertulis di batang bunga ros itu. Shasha mengerutkan dahi sebelum bunga ros yang lain diambil dan diteliti.
"H..."
"A..."
"O...?"
"J..."
"U..."
"Shaoju?" Shasha menayang wajah cipanzi. Apa ke peliknya benda ni? Atau benda ni saja-saja je tertulis kat situ?
"Mungkin tak ikut urutan kot. Hmm, mana bunga yang Ariel bagi mula-mula tadi?" Shasha meneliti kesemua bunga. Nampak macam sama lah pula semua tu. Shasha mencebik kecil. Kenapalah dia tak perasan ada klu kat situ.
"Apa-apa jelah. Boleh susun sendiri," ujar Shasha lalu cuba menggunakan otaknya.
"Shaoju,"
"Shajuo,"
"Juosha,"
"Jo... Jo?"
"Joshau..."
"Jo... Shua...?"
Serentak dengan itu satu lagu tiba-tiba sahaja kedengaran di situ.
(Nah, Hani belanja cute moment Shua :D)
Coffee in one hand, earphones in one ear
Walking through the wind as it passes through our fingers
Sharing ordinary habits with me
Someone to hold me when I’m down
"Mwoya?" Terteleng kepala Shasha ke kiri dan ke kanan apabila suara lelaki itu kedengaran jelas, seperti sedang bernyanyi di situ. Namun tiada langsung kelihatan kelibat mana-mana lelaki yang sedang berdiri sambil memegang mikrofon di situ.
"Fuh. Ada orang nak propose ke?" soal Shasha sendirian apabila dilihatnya ramai orang yang turut berada di situ. Kesemua mereka kelihatan menghayati lagu yang dinyanyikan ini. Shasha sekadar mengangkat bahu. Telefonnya diperiksa, kalau-kalau ada mesej dari orang yang ditunggu.
That person is right before my eyes
Right here
Sekali lagi kepala Shasha meliar melihat sekeliling. Dia mencebik kecil apaba kelibat lelaki itu masih tidak ditemuinya. "Tapi suara dia macam familiar lah..." Shasha berteka-teki sendirian mendengar suara nyanyian yang seperti pernah didengarinya itu.
Should I talk to you or not? I thought for a while
Thoughts keep getting tangled in my head
I was going to drink this coffee with you
Now I’ve already emptied my second cup
"Weh sweet nak mati!"
"Nanti saya nak propose awak macam tu juga lah."
"Ah jinjja, I'm going crazy!"
"Uih hooh la, suara dia macam lelaki tadi!" Shasha pula baru teringat akan lelaki yang menyelamatkannya dari lelaki asing tadi. Suara yang sama. Kali ini Shasha terus berdiri dari duduknya lalu bergerak mendekati orang ramai yang kelihatan berkumpul di situ.
Kalau lelaki tu nak propose orang yang dia suka, mestilah dia tunjuk muka kan? Shasha semakin tidak sabar ingin melihat wajah penyelamatnya.
I’m falling for you
Falling for you
It’s too late to escape
"WOOOOOO!"
Orang ramai bertepuk kuat sejurus lagu itu habis dinyanyikan. Shasha turut sama menepuk tangannya. Sambil itu, dia cuba menegur seorang perempuan yang berada di sebelahnya.
"Jeogiyo. Mana orang yang nyanyi lagu ni?" soal Shasha dengan nada perlahan. Gadis itu tampak terkejut sedikit apabila ditegur. Senyuman manis diberi pada Shasha.
"Oh, tu dia!" ujar si gadis dengan ceria sambil jarinya menunjukkan ke arah tangga yang berada di sebelah pentas. Shasha terus memusingkan kepala memandang ke tempat itu. Tercekik terus dia melihat lelaki yang sedang turun dari tangga itu.
"Uhuk!" Shasha terbatuk kuat. Gadis di sebelahnya lantas memegang bahu Shasha untuk mengelakkannya terjatuh. Uish, dia tahulah lelaki yang menyanyi tu handsome. Sampai macam ni sekali Shasha tercyduk?
"Gwaenchana?" soal gadis itu prihatin. Shasha laju mengangguk. "Eo, nae... Nae, kamsahabnida! Saya pergi dulu," ujar Shasha cemas. Secepat yang boleh dia berjalan laju keluar dari gerombolan manusia di situ dan menuju ke pintu keluar dewan.
"One fine day, I met a girl here. She bewitched me with her stunning purple dress that reached past her knees. Her dark, inviting gaze lured me in. I couldn't help myself to stare at her adorable face..."
Shasha menggigit bibir mendengar suara itu. Air mata yang ingin mengalir keluar dikesat.
Siapa sangka, dia kini berjumpa semula dengan Joshua setelah sebulan berlalu?
Shasha menoleh sekilas ke arah Joshua yang masih berada di tangga. Kelihatan Joshua sedang tersenyum ke arah gerombolan manusia tadi. Cepat-cepat Shasha alihkan pandangan.
Mesti... Joshua dah jumpa yang lebih baik dari dia kan?
"Tch, paboya jinjja," Shasha mengesat air matanya. Dia ingin pergi dari situ, namun kakinya pakai digam kuat di situ. Dia bagai tiada kekuatan untuk mengangkat kakinya pergi dari situ.
Shasha rasa seperti mahu membunuh diri sahaja di situ saat ini.
"Well, things weren't going that good at first, but eventually we got closer. That was when I realized that I love her. I confessed to her. It really felt like a dream when she confessed back to me. Yet we didn't know the worst were coming..."
Diam. Shasha tidak tahu mahu berbuat apa sekarang. Patutkah dia hanya berdiri di sini, menadah telinga mendengar apa sahaja yang diluahkan Joshua kepada buah hatinya dan menyakitkan hatinya sendiri? Atau dia patut pergi dari situ dan menangis sepuasnya di tandas wanita?
"Gwaenchana. I'll stay," gumam Shasha. Nafasnya ditarik dan dihembus. Shasha hanya berdiri di situ, membelakangi Joshua dan para penonton yang lain. Biarlah, dia di situ hanya untuk mendengar. Cukuplah telinga sahaja yang sakit, tidak perlu babitkan mata sekali.
"We were separated by someone who was a literal merciless, monstrous. We lost our memories. Fortunately, she regained it back. She searched for me, she tried to help regaining my memories but all I did was getting angry, annoyed and irritated at her. I hated her so much back than, thinking she was an 'attention-seeker' and I turned her down."
"Aih mwoya," Shasha mengesat air mata yang mengalir di pipi. Dia cuba menarik nafas dalam. Pipinya ditampar pelan.
"Shh Shasha. Bukan kau dah move on dari Joshua ke? Kau juga yang pilih jalan ni. Joshua akan gembira dengan perempuan tu..."
Shasha menggigit bibir, cuba menahan tangisan yang ingin keluar. Kepalanya didongakkan ke atas. Dia menghela nafas.
"Yaish, tapi memang sini je ke tempat untuk propose? Banyak-banyak tempat dalam dunia ni kat Disneyland juga dia pilih. Hari ni pula, waktu ni! Merosakkan mood aku betul."
"It has been a month since we last met. I didn't know if this was a magic, but during the period, I remembered everything. My life felt incomplete from that moment. She always there in my mind. It took me so long to realize that I still love her. I want to spend forever with her, I want to protect her, I want to make her smile. And today, here I am, standing here, proposing to her..."
"WOOOOOO!"
Kesemua orang yang menyaksikan segalanya terus sahaja bersorak dan bertepuk tangan walaupun mereka tidak faham apa yang Joshua katakan. Maklumlah, tidak ramai orang Korea yang pintar berbahasa Inggeris. Mujur sahaja Shasha faham apa yang Joshua katakan itu. Tetapi faham-faham pun, Shasha tidak berapa fokus tentang apa yang dia katakan.
"Tch!" Shasha berdecit pelan. Air matanya dikesat kasar. Ingin sahaja dia menoleh sekarang untuk melihat wajah yang dia rindui itu, namun egonya mengatasi segalanya. Joshua juga bukannya ingat akan dirinya...
"Ah jinjja. Berbulu telinga dengar suara dia. Dah lah," Shasha menggeleng kepala. Dia mengambil langkah menuju ke pintu dewan.
"Eo?"
"Dia nak pergi mana?"
Terhenti terus kaki Shasha. Membulat matanya.
"Mwoya? Aku tak salah dengar kan?" soal Shasha sendirian. Teragak-agak dia ingin menoleh ke belakang. Adakah perempuan yang ingin dilamar Joshua ingin pergi dari sini?
Kedengaran gelak tawa kecil Joshua di situ. Shasha pula terus terkaku di situ. Tidak tahu mahu meneruskan langkah atau tidak.
"Now, will you please turn back, my love?"
Seluruh badan Shasha ibarat dibekukan ketika itu. Jantungnya berdegup laju bagai nak meletup. Matanya membulat dek terkejut yang amat.
"Kenapa dia suruh toleh belakang?"
"Aing, tak mungkinlah perempuan tu aku kan?"
"Tapi tapi dia mana ingat aku kan?"
"Yaish tapi tadi orang tu terkejut bila aku nak keluar!"
"Ahhsjsjsjsjjsjsjsjsj patut ke aku pusing?"
"Ani. Hajima. Kalau bukan aku macam mana? Tak ke malu nanti?"
"Yaish tapi–"
"Ahhhh jeongmalllllllllll sjkshskshsjsjsjskskskskskks"
Sempat lagi Shasha bermonolog ketika itu. Sumpah, dia terasa seperti ingin naik gila bila-bila masa sahaja. Belum sempat dia fikirkan tindakan seterusnya, tangannya terlebih dahulu ditarik dari belakang menyebabkan dia memusingkan badannya.
"Eo– Eo–"
Tergagap terus Shasha melihat Joshua di hadapannya. Terkaku, terdiam, terpaku, semuanya ada pada Shasha saat ini! Sempat Shasha melirik ke arah sekumpulan orang di belakang Joshua.
"Anneyong," sapa Joshua, tangannya dilambaikan di hadapan Shasha yang sudah kaku. Senyuman manisnya dihadiahkan, buatkan Shasha makin rasa nak terpengsan di situ!
"Jo– Joesonghabnida," Shasha laju menundukkan badannya dan cuba untuk melarikan diri dari situ, namun terhenti apabila tangannya ditarik oleh Joshua. Shasha memandang ke arah Joshua dengan terkejut.
Joshua mengangkat kening. "Aigoo, kenapa pandang saya macam saya ni hantu?"
"A– Ani, m–mwo– omo omo–"
Shasha yang sememangnya cemas terus menjadi semakin cemas apabila Joshua tiba-tiba sahaja berlutut di atas sebelah kakinya. Cuak Shasha melihat sekeliling. Ramai orang yang melihat, tetapi mereka semua sedang menyokong Joshua!
"Park Isya. Mianhae. Saya tahu awak dah banyak terseksa sebab saya. Saya buat awak rasa diri awak ni teruk kan? Jeongmal mianhae. Saya tahu saya tak layak, tapi..." Joshua mengeluarkan sekotak kecil lalu membukanya. Sebuah cincin menyapa pandangan Shasha. Kelu terus lidah Shasha untuk berbicara.
"Saranghae. Jom, kahwin lari?"
"Umhmhmhmhwaaaa!!"
Lain yang diharapkan, lain yang terjadi. Shasha tiba-tiba sahaja menangis di situ. Terkejut semua yang menonton. Joshua juga langsung bangun dari melutut dan terus memeluk tubuh Shasha.
"Alololo, uljima~"
Teresak-esak Shasha menangis di dalam pelukan Joshua. Sempat lagi Shasha memukul dada Joshua.
"Hiks– awak! Awak jahat! Saya benci awak! Huwaa!"
"Shh... Dah, dah. Orang tengok tu sayang. Sorry lah," Joshua melonggarkan pelukan dan menatap wajah Shasha. Kepala Shasha diusapnya.
"Hmm, kalau awak benci saya, maksudnya tak jadi kahwin lah ni?" soal Joshua bersama senyuman nakal yang tertampal di wajahnya. Shasha yang sudah beransur senyap tadi langsung memukul bahu Joshua dan mula menangis lagi.
"Jahat! Mestilah nak! Huwaaa!"
"YEAYYYY!" Sakan pelawat-pelawat yang lain bersorak sejurus Shasha memberi jawapan. Ada yang sudah melompat-lompat teruja di saat Shasha sedang menangis di pelukan Joshua. Di sana kelihatan juga puteri-puteri Disney yang sudah menari gembira.
"Shasha."
"Wae?" soal Shasha dengan suara yang bergetar. Dia mengangkat kepala untuk bertentang mata dengan Joshua. Joshua tergelak kecil melihat wajah serabai Shasha. Air mata Shasha dikesat lembut, lalu pipi Shasha diusapnya.
Shasha mencebikkan bibir. Tubuh Joshua dipeluk erat.
"Awak ada banyak perkara untuk diceritakan pada saya. Ingat tau!"
Joshua tersenyum kecil seraya mengeratkan pelukan mereka.
"Arraseo~"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro