"Argh!"
Lelaki asing itu terdorong ke belakang apabila wajahnya ditumbuk oleh seseorang. Shasha yang tidak sempat berfikir apa-apa pula ditolak oleh orang yang sama untuk berdiri di belakangnya. Shasha mengangkat kepala cuba melihat gerangan manusia yang memakai hoodie hitam itu.
"Kau siapa?!" lelaki asing itu bangkit lalu bersua muka dengan penyelamat Shasha. Lelaki misteri itu sekadar tersenyum sinis di sebalik topeng mukanya.
"Aku suami dia. Kenapa? Kau ada masalah dengan isteri aku?"
"HAHAHAHAHA!" Tergelak besar lelaki asing itu mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Shasha pula sudah semakin merapat dengan penyelamatnya melihat lelaki asing itu semakin gila. Hoodienya dipegang erat oleh Shasha.
"Kau fikir aku nak percaya?" soal lelaki asing itu, keningnya terangkat sebelah. Shasha menggigit bibir, sebelum bersuara. "Dia memang suami saya lah!" kata Shasha, lengan penyelamatnya dirangkul. Walaupun dia tak kenal lelaki tu siapa, tapi dia lebih percayakan lelaki ni dari lelaki asing yang gatal tu.
"You heard her. Now, go before she kicks your bird."
Senyuman di wajah lelaki asing itu mula beransur hilang, sebelum akhirnya dia pergi dari situ. Shasha menghela nafas lega.
"Awak, terima kasih tolong saya," ujar Shasha sambil tersenyum ke arah lelaki yang telah menyelamatkannya. Lelaki itu sekadar terangguk kecil. Hoodie di kepalanya ditarik bagi menutupi wajahnya yang sudah tertutup dengan topeng muka dan cermin mata hitam.
"Lain kali hati-hati sikit."
"Nae! Kamsahabnida!" Shasha menundukkan badannya ke arah lelaki itu. Bangun-bangun sahaja lelaki itu sudah hilang dari pandangan mata. Shasha terkelip-kelip di situ, kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan ingin mencari lelaki yang tiba-tiba sahaja menghilang itu.
"Yah, kenapa tak pergi sana tadi?" Jungkook yang baru tiba di situ bertanya. Secucuk corn dog dihulurkan kepada Shasha. Shasha mengerutkan dahinya hairan, lalu corn dog tersebut disambutnya. Mereka berdua berjalan menuju ke bangku untuk duduk.
"Oppa. Tadi kan, Sha nampak seorang lelaki yang pakai semua hitam. Lepastu, tiba-tiba je dia hilang. Pelik tak?" Shasha membuka mulut. Jungkook sekadar mengangkat bahunya selamba sebelum menjawab dengan bersahaja.
"Dia bukan manusia lah tu."
"Ah oppaaaa!" Tidak puas hati dengan jawapan yang diterima, Shasha menepuk pelan bahu Jungkook. Jungkook tergelak kecil sebelum menyambung. "Lah, habistu dia sendiri pun pakai all black. Apa yang Shasha expect?"
"Ish, tak sukalah," Shasha mencebikkan bibir. Corn dognya digigit dengan kasar, tanda merajuk dengan Jungkook. Jungkook sekadar tersengih melihat telatah comel Shasha.
"Sha."
"Mwo?"
"Gomawo."
Mendengarkan ucapan terima kasih yang tiba-tiba itu, Shasha terus memusingkan badannya memandang Jungkook. Tidak jadi terus rajuknya itu.
"Wae?" soal Shasha. Jungkook terdiam seketika memandang ke bawah. "Thanks sebab date dengan oppa harini. Thanks sebab buat oppa rasa happy harini. Thanks juga sebab panggil oppa 'oppa' harini. Comel tau."
"Eyy. Habistu oppa yang nak," balas Shasha lalu kembali menggigit makanannya. Jungkook tersenyum nipis. Rambut Shasha diserabutkan.
"Jeongmal gomawo. Mianhae. Oppa dah nak pergi ni..."
"Pergi manaaaaa?!" Shasha laju bertanya. Pantang betul dia dengar ayat macam ni. Mulalah kepala dia membayangkan yang bukan-bukan. Jungkook pula hanya tersengih.
"Pergi tandas. Rasa nak membuanglah pula hoho."
"Yaishhh pabo lah! Tak payah la buat ayat sendu macam tu!" Shasha memukul bahu Jungkook dengan geram. Minda Shasha dah mula berfikir yang Jungkook ni ada penyakit lepastu dah hidup tak lama... Ish! Jungkook sekadar tersengih suka sebelum meletakkan beg kertas berisi cenderahati di sebelah Shasha.
"Oppa berak dulu. Duduk sini diam-diam tau!"
"Eoooo," balas Shasha malas lalu kembali menghabiskan corn dognya. Bayangan Jungkook yang berlari menuju ke tandas dihantar dengan anak mata. Usai menghabiskan corn dog, Shasha mencapai pula odeng yang dibeli Jungkook.
Sedetik demi sedetik mula bergerak meninggalkannya. Lama Shasha menunggu Jungkook di situ. Sehingga terdetik di hati Shasha kalau-kalau Jungkook telah meninggalkannya. Atau mungkin Jungkook yang berak keras. Shasha mencapai telefon pintarnya lalu menilik waktu yang tentera. Pukul 8:07 malam.
"Ah matta! Tadi Jungkook cakap kat Hani pukul 8:00 malam ni. Ada apa pukul 8?" soal Shasha sendirian. Sangsi pula dia rasa dengan dua ketul tu.
"Ah molla molla. Mana dia ni?" soal Shasha sendirian. Kiri kanan ditilik. Masih tidak kelihatan kelibat Jungkook di situ. Shasha kemudian berkeputusan untuk berjalan menuju ke tandas lelaki. Mujurlah disediakan sebuah bangku di hadapan tandas itu.
Lama juga Shasha menunggu di situ. Lebih kurang 15 minit berlalu, namun Jungkook masih tidak keluar. Apabila seorang budak lelaki keluar dari tandas itu, Shasha laju menggamitnya.
"Adik adik. Boleh tak tanya hyung yang ada dalam tu, dia lambat lagi ke? Kalau ya, noona nak pergi jalan-jalan dulu," ujar Shasha sambil tersenyum manis. Budak lelaki itu membuat tanda okey menggunakan jarinya dan berlari masuk ke dalam tandas. Tidak lama kemudian, budak itu kembali berlari keluar.
"Noona, takde pun hyung dalam tu."
"Eh? Takde?" soal Shasha hairan. Budak itu menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum berlari meninggalkan Shasha kerana ibunya memanggil. Shasha mengerutkan dahi. Telefon pintarnya diambil lalu nombor Jungkook didail.
"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba–"
"Aing! Waegurae?" soal Shasha. Dia meraup wajahnya seketika sebelum menghantar sebuah mesej kepada Jungkook.
Oppa, eodiga ?
sent 8:25 p.m.
"Mana Jungkook ni?" Shasha menongkat dagu. Tiba-tiba je hilang. Call tak angkat! Mesej tak balas! Tak semena-mena minda Shasha kembali teringat akan kata-kata Hani semasa memilih bajunya petang tadi.
"Mana tahu dia nak propose awak ke?"
"Seolma..." Shasha tergelak kekok. Kepalanya ditoleh kiri kanan. Sama seperti tadi, tiada langsung kelibat Jungkook yang kelihatan.
"Hmm, apa-apa jelah," Shasha meregangkan kaki. Jangan pedulikan budak Jungkook tu! Sekarang dia nak jalan-jalan dulu, lepastu bila dah bosan dia nak balik. Pandai-pandailah Jungkook jaga diri, Shasha tak risau sangat sebab Jungkook memang mahir dalam seni mempertahankan diri.
Shasha bangkit dari duduknya lalu memulakan perjalanan. Dia hanya berjalan sahaja sambil melihat sekeliling, memperhatikan gelagat comel kanak-kanak dan pasangan yang berada di situ. Sedang dia berjalan, dia terlihat akan lelaki asing yang dia jumpa tadi. Lelaki itu tampak sedang berbual bersama seorang perempuan yang kelihatan agak tidak selesa.
"Eh dia ni. Tak serik-serik ke?" Shasha menggeleng kepala. Peristiwa tadi kembali bermain di minda.
Hm, agaknya dia kenal ke tak eh dengan lelaki misteri yang selamatkan dia tadi? Adakah tu Jungkook? Tapi, lepas je lelaki tu hilang terus Jungkook muncul. Takkanlah secepat tu Jungkook tukar baju kan?
"Tapi suara dia macam familiar..."
Segalanya terasa tidak asing bagi Shasha. Terasa bagaikan déjà vu...
"Ah... Shua..."
Shasha kembali teringat akan memori itu. Saat dia pergi berdating bersama Joshua di dunia Cinderella. Ya, saat itu Joshua juga membeli sesuatu di kedai. Kemudian muncul seorang jantan tak guna yang Joshua berjaya menyelamatkan Shasha daripadanya. Tanpa sedar bibir Shasha menguntum senyuman sendirian.
"Hai awak yang cantik!"
Kepala Shasha tertoleh ke tepi apabila merasakan dirinya dipanggil seseorang. Kelihatan seorang puteri yang merupakan watak Disney sedang tersenyum ke arah Shasha. Shasha tersenyum kekok sebelum menunding jari ke arah dirinya sendiri.
"Saya ke?"
"Yes, awak. Mari sini!" panggil puteri yang berbaju biru cerah dan berambut merah itu. Shasha mendekati watak itu, lalu dia diberi sekuntum bunga ros merah.
"Eh, kamsahabnida!" Shasha menerima huluran bunga ros itu.
"Saya Ariel! Sekarang, awak diberi satu misi oleh seseorang, dan awak kena selesaikan misi ni kalau awak nak keluar dari Disneyland!" ujar watak Ariel itu dengan teruja. Shasha tersenyum suka.
"Misi apa?" soal Shasha, tidak sabar ingin mengetahui. Saat itu dia ada terfikir juga mengapa dia diberi misi itu. Adakah ianya angkara Jungkook yang tiba-tiba menghilang? Atau mungkin dia ialah pelanggan bertuah yang terpilih?
Ariel tersenyum sebelum melihat ke kiri dan ke kanan. Dia mendekati Shasha lalu membisikkan sesuatu.
"Cipta sebuah happy ending!"
"Hah?" soal Shasha spontan. Pelbagai perasaan menguasai diri ketika itu. Ariel sekadar tergelak kecil sebelum memegang kedua belah bahu Shasha.
"Jangan risau, awak hanya perlu patuhi arahan dari puteri-puteri di Disneyland ini! Baiklah, sekarang, awak perlu berjumpa dengan Aurora di sana. Semoga berjaya!"
"Ah, kamsahabnida!" Shasha menundukkan badannya ke arah Ariel lalu berjalan menuju ke arah yang ditunjukkan olehnya. Hairan Shasha seketika. Apa semua ni?!
"Hai hai hai! Park Isya bukan?"
"Eo? Nae, Park Isya imnida!"
Tidak sempat menegur, Shasha terlebih dahulu ditegur oleh Aurora yang berada di situ. Aurora tersenyum sebelum menghulurkan sekuntum bunga ros merah. Sama seperti bunga yang Ariel bagi tadi.
"Saya akan beri awak satu klu. Bersedia, dengar elok-elok ya?" kata Aurora. Shasha laju mengangguk dan terus mendekatkan badannya ke arah Aurora untuk mendengar dengan lebih jelas.
"J."
"J?" Berkerut dahi Shasha. "J? J apa? Huruf dari nama orang yang buat kejutan ni ke?" Shasha tidak dapat menahan diri dari bertanya. Aurora pula langsung tidak menjawab, hanya senyuman yang diberikan.
"Sekarang, sila berjumpa dengan Rapunzel dan Merida," ujar Aurora. Shasha membalas ringkas. "Nae."
Shasha berjalan meninggalkan Aurora. Kiri kanan dipandang, cuba mencari kelibat Rapunzel dan Merida yang dikatakan Aurora. Sambil itu otaknya juga ligat berfikir. J apa? Hanya nama Jungkook sahaja yang berada di fikirannya saat ini.
Jalan jalan jalan dan jalan, akhirnya kelihatan kelibat Rapunzel dan Merida yang sedang berjalan bersama payung yang dipegang memayungi mereka berdua. Shasha pantas berlari anak menuju ke arah mereka.
"Jeogiyo? Aurora suruh saya jumpa korang berdua," tutur Shasha. Kedua mereka saling berpandangan sebelum masing-masing memberi sekuntum bunga ros.
"Eo, kamsahabnida!"
"Merida, saya paling suka tengok movie romance tau!"
"Saya pun, Rapunzel! Tapi saya tak suka kalau cerita tu berakhir dengan sad ending... Tak suka!"
"Nae?" soal Shasha apabila dua puteri itu tiba-tiba sahaja berbual sesama sendiri. Shasha menggaru kepala yang tidak gatal. Terasa seperti halimunan sementara di situ.
"Saya pun! Sebab tu lah, kita kena cipta happy ending!"
"Saya setuju! Park Isya, awak seorang je yang mampu cipta happy ending tau!"
"Ah, nae?" cuak Shasha membalas apabila namanya dipetik secara tiba-tiba oleh Merida. Rapunzel dan Merida tergelak bersama-sama.
"Awak masih ingat klu yang Aurora bagi?" soal Rapunzel. Shasha laju mengangguk. "Baiklah, untuk melengkapkan misi ini, sila berjumpa dengan Jasmine dan Aladdin. Klu yang awak dapat tadi ialah huruf pertama dari nama tempat yang mereka berada sekarang. Kalau awak lambat, mungkin mereka berdua tidak akan berada di situ lagi," ujar Merida pula.
"Ah, kamsahabnida!" Shasha menundukkan badannya usai berterima kasih. Selepas itu, dia berjalan sepantas yang mungkin menuju ke arah peta Disneyland yang disediakan tidak jauh dari situ.
"J... J... J..."
Ligat Shasha mencari tempat yang bermula dengan huruf J. Setelah menjumpainya, terus Shasha menekan kuat tempat yang tertulis di peta itu.
"Jungle Cruise..."
Shasha melihat pula ke arah tempat Jungle Cruise itu.
"Adventureland!"
【👠】
"Anneyonghaseyo..."
Jasmine dan Aladdin yang sedang bermesraan laju menoleh apabila ditegur oleh Shasha. Shasha tersenyum kekok. Agak lama juga masa yang dia ambil untuk tegur dua manusia ni. Maklumlah, diorang berdua ni bermesraan kat situ. Shasha nak tegur pun rasa bersalah.
"Hai Park Isya!"
"Ah, hai," Shasha tersenyum dan membalas lambaian Jasmine. Dia hanya memerhati sahaja apabila Jasmine melentokkan kepalanya ke bahu Aladdin. Hmm, terasa macam mereka berdua perli Shasha yang single pula.
"Tahniah sebab berjaya melepasi Ariel, Aurora, Rapunzel dan Merida. Ini adalah stesen kedua terakhir awak," Aladdin membuka mulut. Shasha mengangguk faham.
"Nah, bunga untuk awak. Sekarang, awak dikehendaki untuk pergi ke tempat di mana awak pertama kali berjumpa dengan dia!" ujar Jasmine teruja sambil memberi dua kuntum bunga ros merah.
"Dia tu siapa?" soal Shasha seraya menyambut huluran itu. Jasmine dan Aladdin saling berpandangan sebelum tersenyum senget.
"J."
"Eo?" soal Shasha. Jungkook? Tapi, first time Shasha jumpa Jungkook dulu masa sekolah menengah. Gila ke apa dia nak ingat?
"Awak perlukan bantuan untuk mengingat? Jangan risau! Kami tidak boleh membantu, tetapi Cinderella boleh bantu!"
"Cinderella?"
"Yup! Sekarang, cepatlah pergi berjumpa Cinderella. Cepat, masa sedang berjalan..."
"Nae, kamsahabnida!"
Walaupun agak bingung dan hairan dengan situasi sekarang, Shasha tetap berjalan mencari Cinderella. Kebetulan pula, kelibat Cinderella berada tidak jauh dari situ, seperti tahu sahaja yang ada orang sedang mencarinya.
"Shanderella!" panggil Shasha kuat, namun selepas itu terus mulutnya dicepuk. "Apa pula aku ni? Cinderella!" panggil Shasha semula sambil berlari anak menuju ke arah Cinderella yang sudah berpaling.
"Klu juseyo," minta Shasha tanpa bolak-balik lagi. Cinderella tergelak kecil, lalu Fairy Godmother di sebelahnya ditepuk pelan.
"Tengoklah dia ni, lawak betul."
"Park Isya. Awak mahukan klu untuk tahu di mana dia berada?"
"Ya," jawab Shasha. Dua watak itu dipandangnya bersilih-ganti.
"Sebelum tu, cuba awak tanya diri awak dengan jujur. Siapa lelaki yang bertakhta di hati awak sekarang ni?" soal Cinderella. Shasha yang tidak percaya dengan soalan itu langsung sahaja bertanya semula.
"Eo? Kamchagi?"
"Ya. Jawapan awak merupakan klu yang awak minta."
Shasha terdiam seketika. Wajah Cinderella dan Fairy Godmother di hadapannya dilihat.
"Uh... Jungkook...?" soal Shasha tidak pasti. Bukannya tidak pasti akan perasaannya, dia memang pasti bahawa dia tidak menyukai Jungkook. Tetapi sangkaannya Jungkook yang merancang semua ini. Tidakkah rasa hairan sekiranya dia menyebut nama orang lain pula?
Cinderella dan Fairy Godmother menayang wajah tidak percaya.
"Jinjja? Dia ke lelaki yang awak suka?"
"Salah ke? Habistu siapa lagi?" soal Shasha. Cinderella yang mendengar menepuk dahinya pelan. Aih, bengong betul pelanggan seorang ni.
Fairy Godmother pula hanya tersenyum kecil sebelum menghulurkan sepasang kasut kaca kepada Shasha. Terpinga-pinga Shasha sambil menyambut huluran tersebut.
"Pakailah kasut tu. Awak akan tahu ke mana patut awak pergi selepas ini," ujar Fairy Godmother. Shasha memandang kasut kaca di tangannya.
"Boleh pakai ke kasut ni? Kalau pecah macam mana? Saya ni boleh tahan beratnya–"
"Pakai jelah sebelum aku naik angin," Cinderella pantas menyampuk bersama senyuman di wajah. Shasha pula tersentak apabila menerima ugutan tersebut, sepantas kilat dia menyarungkan kasut itu ke dalam kakinya. Itulah, Cinderella dah tak sabar nak tengok movie tapi Shasha pula lambat-lambat.
"Lepastu, buat apa?" soal Shasha hairan. Kasut kaca itu ditiliknya. Takde apa-apa klu pun. Macam mana pula dia boleh tahu ke mana dia nak pergi? Fairy Godmother tersenyum senget sebelum menepuk bahu Shasha beberapa kali.
"Semoga berjaya bertemu dengan putera idaman kamu, Shanderella."
"Nae?" Shasha bersuara apabila dirinya dipanggil sebagai Shanderella. Bukannya membantu, Cinderella dan Fairy Godmother malahan meninggalkan Shasha di situ. Shasha terdiam sendirian. Otaknya ligat berfikir.
Shanderella...
Shanderella...
Shanderella...?
Membulat mata Shasha.
Seolma...
"Joshua?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro