
-ˋˏ ❝ Chapter 56 ❞ ˎˊ-
"Yang ni?"
"Ani ani!"
"Ni?"
"Ani!"
"Ish tapi ni dah okey lah!"
"Apa yang okey? Tak okey langsung!"
"Aish nak keluar dengan Jungkook je!"
"Ah takde takde! Mana tahu dia nak propose awak ke kat sana?"
"Kalau dia propose saya reject lah!"
"Dasar manusia tak berhati perut! Kot ye pun pakailah baju cantik sikit!"
Kuat kedengaran suara Shasha dan Hani bertikam lidah di dalam bilik Shasha. Di atas katil bersepah dengan baju-baju Shasha yang semuanya ditolak oleh Hani. Hani menggeledah almari Shasha manakala Shasha sudah terbaring penat di atas katil.
Fikirnya nak pakai hoodie dengan leggings je, tapi tiba-tiba pula Hani datang rumah dia. Lepastu bila nampak Shasha berpakaian sebegitu, mulalah dia membebel. Lalu terbaringlah di atas katil kesemua bajunya yang ditolak mentah-mentah oleh Hani.
"Awak takde baju elok sikit ke?" soal Hani usai menggeledah almari Shasha. Membulat mata Shasha mendengar. Amboi amboi!
"Yah! Kan saya dah cakap nak pakai ni je! Elok lah ni!" marah Shasha sambil menunjuk ke arah hoodie yang tersarung di tubuhnya. Hani menayang wajah jijik sebelum bangun dan menuju ke pintu bilik.
"Takde taste lah awak ni!"
"Yah!" Shasha membaling bantal ke arah Hani namun Hani lebih pantas melarikan diri ke luar bilik. Shasha merengus geram, lalu jam ditilik. Ada lagi setengah jam sebelum Jungkook datang.
"Ha nah, pakai ni!" Hani kembali masuk ke dalam bilik Shasha lalu membaling sebuah dress paras lutut berwarna putih bercorakkan bunga-bungaan. Kalut Shasha ingin menangkap baju yang dibalingnya itu. Hani pula terus keluar usai membaling baju.
"Baju siapa dia rembat ni?" gumam Shasha sendirian. Tidak kisah akan hal itu, lantas Shasha menukar pakaiannya kepada dress itu. Muat-muat dengan tubuhnya. Tepat-tepat pula ketika itu Hani masuk semula ke dalam biliknya.
"Uyoo, kan cantik tu!" ujar Hani teruja. Lantas tangan Shasha ditariknya ke arah meja solek dan ditolaknya Shasha agar duduk di atas kerusi. Tangannya mula mencapai sikat rambut lalu rambut Shasha disikat.
"Baju siapa ni?" soal Shasha, dibiarkan sahaja apa yang Hani lakukan terhadapnya. Shasha tidak pernah melihat baju ini. Setahu Shasha juga, puan Park tidak ada membeli baju sebegini apatah lagi pernah memakai baju ini.
"Baju Jimin."
Shasha menatap jijik wajah Hani.
"Eh?!"
Hani sekadar mengangkat bahu.
"Saya masuk je, ada kotak comel atas meja. Bila saya tengok, dia tulis 'Happy 500th Day Anniversary' dengan simbol love. Apa lagi, saya bukalah kotak tu lepastu ada baju kat dalam."
"Uish. Kalau ni hadiah untuk Hee camna?" soal Shasha sambil menilik semula baju yang dipakainya itu. Wangi bebenor. Memang sah untuk Jihee.
Hani menayang wajah cemberut. "Alaa, nanti bagi semula lah. Hee pun mesti tak kisah. Anggap je awak pinjam baju Hee ohok."
Shasha mengangguk kepala. "Okey, kalau Jimin mengamuk awak tanggung."
"Hor."
Setelah beberapa minit menggayakan rambut Shasha seiring dengan cita rasa Hani, Shasha telah pun bersiap. Makeover yang dilakukan pun ringkas sahaja, Shasha hanya mencalit pelembab bibir dan sedikit bedak sahaja. Sudah semestinya Hani ingin memakaikan make-up yang lebih tebal kepada Shasha namun nasib menyebelahi Shasha kerana Jungkook sudah pun tiba di hadapan rumah. Kalau tak comfirm muka dia jadi badut.
"Bai bai. Hati-hati keluar dengan Jungkook. Jaga Jungkook elok-elok. Jangan buat Jungkook menangis. Kesian saya tengok dia hanya bertepuk sebelah tangan."
"Ha ye ye. Dah pergi sana, syuh!" Shasha menghalau Hani seraya membuka pintu untuk masuk ke dalam kereta Jungkook. Baru hendak menutup pintu, Hani terlebih dahulu menahannya.
"Oh ye Jungkook. Jangan lupa tau!" ujar Hani kepada Jungkook lalu sebelah keningnya dinaikkan. Shasha mengerutkan dahi sambil bersilih ganti memandang Hani dan Jungkook. Diorang ada rancang apa-apa ke ni?
Jungkook sekadar tersenyum kepada Hani. "Ye, pukul 8:00 nanti. By the way, I'm older than you."
Hani menayang wajah cemberut. "Whatever!" jeritnya lalu menutup pintu sebelah pemandu yakni pintu yang ditahannya tadi.
Shasha pula terkelip-kelip di situ. Apa yang Hani dan Jungkook bualkan tadi? Kenapa dengan pukul 8:00?
"Shasha."
"E–Eo?"
Terus kepala Shasha tolehkan ke arah Jungkook. Melihatkan wajah bingung gadis itu membuatkan Jungkook tergelak kecil. Lantas Jungkook menyandarkan badannya ke arah Shasha, Shasha pula semakin bersandar ke belakang kerusinya.
"Aigoo. Orang panggil tadi tak dengar. Pakai seatbelt," kata Jungkook seraya memakaikan tali pinggang keledar buat Shasha. Shasha terkedu seketika dengan jarak dekat mereka. Usai siap, Jungkook kembali duduk di tempat duduknya dan memulakan pemanduan, meninggalkan Shasha yang masih terkaku.
"Uh. Kita nak pergi mana?" soal Shasha sambil melihat sekeliling. Rasa gugupnya cuba dikawal agar tidak kelihatan.
"Disneyland!"
"Eh?!"
Membulat mata Shasha mendengar. Badannya juga sudah terduduk tegak. Wajah Jungkook dipandang tidak percaya.
"Wae? Tak suka ke?" soal Jungkook. Wajah Shasha dipandang sekilas sebelum dia memfokuskan pandangan kepada pemanduan. Laju Shasha menggeleng.
"Heol, mestilah suka! Saya teringin sangat nak pergi sana! Tapi, tak mahal ke?" soal Shasha prihatin. Disneyland adalah antara tempat yang dia teringin sangat pergi! Tapi tidak berkesempatan kerana tiada duit yang mencukupi. Yalah, harga satu tiket pun dah bersamaan dengan gaji setahun Shasha bekerja di kafe!
Jungkook tergelak kecil. Terhibur dengan reaksi Shasha. "Mestilah mahal! Oppa nak tempah pun rasa sayang je nak tekan 'Yes'," kata Jungkook bersemangat. Shasha mula diserang rasa bersalah. Memanglah dia suka, tapi nanti duit Jungkook pula yang habis! Tapi tapi Jungkook kaya...
"Kenapa tak date kat tempat lain je? Kita pergi picnic ke, pergi pantai ke... Jimat duit sikit. Saya tak kisah pun!" kata Shasha. "Takpelah. Lagipun Sha memang nak pergi Disneyland pun kan? Oppa dah beli dah pun tiket," balas Jungkook lalu tersenyum nipis.
Shasha mengangguk kepalanya faham, namun tidak lama kemudian dahinya berkerut seribu.
"Dari mana sunbae tahu yang saya nak pergi Disneyland?"
"Hani."
Ringkas sahaja jawapan Jungkook, buatkan kepala Shasha terangguk beberapa kali. Oh, Hani rupanya dalang di sebalik semua ni! Patutlah semalam beriya suruh Shasha turun jumpa Jungkook. Benda ni semua dah dirancang!
Shasha terdiam seketika memikirkan jumlah duit yang akan dihabiskan oleh Jungkook. Satu tiket sahaja sudah lebih kurang 217,000 won. Darab dengan dua, jadi 434,000 won. Makanan kat sana pun mahal-mahal. Satu jenis makanan mungkin dalam 17,000. Lima jenis makanan dah 85,000. Cenderahati pula dalam 140,000 won.
Jumlah semua ialah 659,000 won!
Tercekik air liur Shasha membuat kira-kira di dalam kepalanya.
Wajah Jungkook dipandang. Kaya sungguh lelaki ni sampaikan sanggup menghabiskan lebih kurang RM 2,500 untuk berdating bersama Shasha.
Shasha menunduk memandang tangannya yang berada di atas peha. Bibir digigit. Jungkook sanggup pertahankan cinta dia pada Shasha sampailah sekarang. Walaupun kena reject, dia hormat keputusan Shasha dan takkan ganggu Shasha lagi selepas ni.
Berbeza betul dengan Shasha. Mudah sahaja dia melepaskan Joshua pergi. Bukannya berjuang seperti yang Hani katakan...
Shasha memandang wajah Jungkook dari sisi.
Shasha akan pastikan ini adalah date terbaik yang pernah Jungkook rasai!
【👠】
"Duduk sini dulu eh?"
Shasha menganggukkan kepalanya lalu melabuhkan punggungnya di atas bangku bersama Jungkook di tepi. Kelihatan mereka berdua memakai sebuah cekak rambut Mickey dan Minnie di atas kepala masing-masing. Comel sahaja lagaknya.
"Uwaa, penat!" Shasha meregangkan badannya. Seronok betul tempat ni! Rasa macam tak nak balik rumah je. Jungkook tersenyum melihat gelagat Shasha. Jam di tangannya ditilik. Pukul 7:45 malam.
"Oppa, lapar tak? Jom makan," ajak Shasha. Jungkook mengangkat kepala memandang Shasha lalu tersenyum. "Eo, kajja. Sha nak makan apa?"
"Apa-apa je! Sha ikut oppa," ujar Shasha sambil tersenyum manis. Jungkook tergelak kecil sebelum menyerabutkan rambut poni Shasha. Berkerut dahi Shasha apabila rambutnya diserabutkan.
"Ah oppa! Kusut lah rambut Sha nanti!" Shasha pantas menepis tangan Jungkook lalu membetulkan rambut hadapannya yang sudah tidak teratur. Jungkook sekadar tersemgih tidak bersalah.
"Alaa, Sha tu comel sangat. Ha, nak corn dog tak?"
"Eodi eodi?" Laju kepala Shasha meliar ke sekeliling apabila nama makanan itu meniti di mulut Jungkook. Bercahaya terus matanya melihat sebuah kedai menjual corn dog tidak jauh dari situ. Terus lengan Jungkook ditariknya.
"Amboi amboi! Pelan lah sikit!" Kalut Jungkook bangun dari duduknya apabila ditarik sebegitu rupa oleh Shasha. Mujur sahaja dia sempat mencapai beg plastik yang berisi barangan cenderahati yang dibelinya bersama Shasha sebentar tadi.
"Tak boleh pelan, lapar!" ujar Shasha lalu mencebikkan bibir. Lengan Jungkook kini dilepaskan dan dia berjalan beriringan dengannya. Jungkook tersengih sebelum kedua belah pipi Shasha dicubitnya.
"Bukan tadi baru lepas makan japchae ke?"
"Tu tadi, ni sekarang," balas Shasha agak tidak jelas kerana pipinya yang masih dicubit Jungkook. Sebelah tangannya diangkat bagi memukul Jungkook, namun Jungkook pantas melepaskan cubitannya, menyebabkan Shasha secara tidak sengaja tertampar dirinya sendiri.
"Pftt AHAHAHAHAHA!" Jungkook tergelak sakan, lantas dia berlari laju menuju ke gerai menjual corn dog, meninggalkan Shasha di belakang. Ternganga mulut Shasha tidak percaya apabila dirinya ditinggalkan begitu sahaja.
"Oppa! Tunggu— Ah!"
Shasha mengaduh kecil apabila dirinya dilanggar oleh seorang lelaki, sehingga terjatuh beg kertas berisi cenderahati yang dibelinya bersama Jungkook.
"Joesonghabnida!" Shasha laju meminta maaf dan menundukkan badannya beberapa kali ke arah lelaki yang dilanggarnya itu. Dia tunduk untuk mengambil beg kertasnya, dan ketika itulah tangannya tersentuh tangan lelaki itu apabila lelaki itu turut cuba mengambil beg Shasha.
"Omo," Shasha pantas menarik semula tangannya. Lelaki itu tersenyum kepada Shasha sambil menghulurkan beg kertas itu kepada Shasha semula.
"Oh, kamsahabnida! Joesonghabnida!" Shasha menundukkan badannya beberapa kali sebelum menerima huluran lelaki itu. Namun apabila ditarik, lelaki itu seperti menggenggam kuat beg kertas Shasha. Shasha memandang lelaki itu hairan.
Lelaki itu pula hanya melemparkan sebuah senyuman ramah... Yang lama kelamaan berubah seperti menyeramkan. Tangan lelaki itu meliar menuju ke pergelangan tangan Shasha, diusapnya tangan Shasha perlahan.
"Eh, apa yang awak buat ni?" Terkejut Shasha apabila dirinya diperlakukan sebegitu. Sepantas kilat tangannya ditarik, namun lelaki asing itu lebih pantas menarik tangan Shasha dan mengucupnya.
"Hi there beautiful lady. I assume you're lonely in here, aren't you? Don't worry, I'll be your partner from now on," lelaki itu bersuara gatal. Shasha menarik tangannya dari pegangan lelaki itu sekali lagi namun lelaki itu semakin menguatkan pegangan tangannya. Shasha melihat sekeliling cuba mencari kelibat Jungkook, namun kelihatan Jungkook sedang sibuk memesan makanan di gerai corndog tadi.
"Lepaskan saya," ujar Shasha tegas, tangannya cuba ditarik namun tidak berjaya. Lelaki itu sekadar tersenyum seram sebelum tangannya meliar lagi menuju ke lengan Shasha.
"Jeogiyo!" Shasha bertindak menampar tangan lelaki itu untuk menghentikannya, namun lelaki itu semakin galak. Dia meletakkan pula jari telunjuknya di bibir Shasha, menyuruh Shasha untuk diam. Shasha menepis jari lelaki itu.
"Shh baby, and just follow me. You'll love this," katanya lagi dan mendekatkan diri dengan Shasha. Shasha mengambil langkah ke belakang apabila lelaki itu mendekat. Tangannya yang sudah memerah dilihat, lalu pandangannya diturunkan ke arah tempat peranakan lelaki itu.
"Lepaskan saya. Kalau awak tak nak menyesal," ugut Shasha. Lelaki asing itu bukannya terkesan, malahan dia hanya tergelak sahaja.
"Oh, you're so scary. Very well girl. I like the bold one, like you..."
Shasha menggigit bibir apabila lelaki itu mula melihatnya atas bawah. Nafas dihela, sebelum dia melangkah setapak ke belakang. Dalam kiraan tiga, terus kakinya diangkat menuju ke bahagian tengah lelaki itu.
"Argh!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro