-ˋˏ ❝ Chapter 55 ❞ ˎˊ-
"Shasha~"
"Shasha~"
"Shasha~"
"Uhsnsmmsjms apaaa?" soal Shasha sambil merengus kecil. Dia cuba membuka matanya ingin melihat gerangan yang memanggilnya. Sejurus mata dibuka, membulat terus matanya apabila mendapati wajahnya hanyalah beberapa inci sahaja dari wajah Joshua. Sangat dekat.
Joshua tersengih kecil seraya Shasha menjerit.
"AHHHHHSHSHSHSH!"
Terduduk tegak terus Shasha. Nafasnya tercungap. Laju dia melihat sekeliling. Tiada kelibat Joshua yang kelihatan. Shasha menghembus nafas lega. Jam di dinding ditilik.
Pukul 7:30.
Shasha mengeluh kecil. Haih, boleh pula dia termimpikan Joshua. Kes rindu sangat lah ni. Lama juga Shasha termenung di atas katil, sebelum akhirnya sel-sel otaknya berhubung lalu jam dinding ditilik lagi sekali.
Pukul 7:36.
"EHHHH GUWE DAH TERLEWAT!" Shasha yang menyedari bahawa dirinya hanya mempunyai 24 minit sahaja lagi untuk ke pejabat lantas turun dari katil dengan tergesa-gesa lalu berlari laju menuju ke tandas. Sempat dia tersadung kaki sendiri, nasib baik juga dia tidak terjatuh. Pintu tandas ditutup kuat.
【👠】
"Shasha~"
"Shishi~"
"Shushu~"
"Sheshe~"
"Shosho~"
"Ah wae wae wae wae wae wae wae wae?"
"Hihi!"
Hani merangkul lengan Shasha. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Shasha.
"Ey, orang tengoklah," ujar Shasha perlahan, namun kepala Hani tidak ditolaknya. Dia menyambung kerja menaip di komputernya sambil berbual dengan Hani.
"Oit, pergilah buat kerja."
"Hmm..." Hani menggeleng perlahan lalu mendekatkan lagi dirinya dengan Shasha. "Bagilah saya berduaan dulu dengan aw–"
Tidak sempat menghabiskan ayat, anak mata Hani terlebih dahulu menangkap kelibat ketua bahagian perakaunan dan kewangan, Encik Jung yang sedang berjalan kemari. Sepantas kilat tangan Shasha dilepaskan lalu Hani menaip laju di komputernya. Shasha pula hanya mampu menahan gelak melihat Hani.
"Park Isya, Park Hani."
"Nae, sajang-nim?" Laju Shasha dan Hani membalas. Encik Jung memberi mereka dua keping fail yang berketebalan biasa, seorang satu.
"Tolong siapkan kerja ni. Instructions dia ada kat sticky notes dalam fail tu. Hantar pada saya sebelum balik kerja nanti."
"Baik!" jawab Shasha dan Hani. Masing-masing mengambil satu fail itu lalu membukanya. Dua-duanya tampak seperti fokus melakukan kerja sehinggalah Encik Jung beredar dari situ.
"Uhuks!" Hani meletakkan fail itu di atas meja semula lalu lengan Shasha kembali dirangkulnya. Shasha mengangkat kening. Manja sangat budak ni harini dah kenapa?
"Wae?" soal Shasha. Hani menggesel pipinya di bahu Shasha. Lagaknya seperti seekor anak kucing sahaja.
"Apa yang wae?" soal Hani. Shasha mencebik kecil. Eh dia ni.
"Ish, kenapa awak berkepit dengan saya? Macam saya dah nak mati je," ujar Shasha seraya menolak pelan kepala Hani. Bukannya tak suka, Shasha tak kisah pun tetapi dia ingin menyiapkan tugasan yang Encik Jung beri tadi.
Hani mencebikkan bibirnya. Muncungnya memanjang sedepa. Rasanya boleh sangkut penyangkut baju di situ.
"Ala! Tak boleh ke saya nak berkepit dengan awak sebelum Juon tu conquer awak nanti?"
"Eo?" Berkerut dahi Shasha mendengar. Wajah Hani dipandang untuk meminta kepastian akan apa yang didengarinya, namun dilihatnya Hani hanya menutup mulutnya, seperti tersasul sesuatu yang tidak patut diucapkannya.
"Yah, apa dia?"
"Okey, satu, dua, tiga..."
Soalan Shasha dibiarkan tidak berjawab, malahan Hani melakukan kiraan pula sambil anak matanya memandang jam di komputer hadapan. Shasha turut memandang komputer milik Hani, di mana ketika itu jam tersebut menunjukkan angka 8:30 pagi.
"Ah wae? Jawablah!" Shasha menolak bahu Hani, sedikit kesal kerana Hani tidak menjawab persoalannya. Hani menggeleng kepala, sebelum memasukkan tangannya ke dalam poket seluar Shasha untuk mengambil telefon pintar Shasha.
"Nah, Jungkook mesej."
"Hah?" Shasha mengerutkan dahi. Telefonnya yang berada di tangan Hani diambilnya lalu dibukanya. Benarlah, terdapat satu mesej dari Jungkook. Ringkas sahaja mesejnya yang berbunyi "Meet me at Flora Café now".
"Go Shisha go!" Hani menolak tubuh Shasha agar gadis itu berdiri. Shasha pula laju berpaut pada kerusinya.
"Eh kenapa? Macam mana awak tahu yang Jungkook mesej saya? Apa maksud awak yang Jungkook conquer saya nantiiiiii?" Bertubi-tubi soalan Shasha tanyakan. Macamlah dia tidak tahu Juon yang Hani maksudkan itu adalah Jungkook.
Hani sekadar tersengih sebelum wajahnya bertukar ketat.
"Adalah! Sekarang, pergi jumpa Jungkook sana!"
"Eyy tak nak! Awak temanlah saya!"
"Eh apo pergilah sekor-sekor Jenguk nak awak bukan saya!"
"Eyssyssshshs nanti Manager-nim marahhhh!"
"Ah takde takde, dia panggil sekejap jah bukannya sampai 2 jam hok aloh."
"Ahhhhh Haniiiiiii!"
"Pergilah nyah!"
"Woi woi, bising woi."
Terhenti terus pergaduhan kecil dua gadis itu apabila ditegur oleh seorang pekerja yang berada berdekatan mereka. Kecut terus perut mereka apabila dijeling oleh pekerja senior bernama Kim Younghoon itu. Hiks, kacak orangnya tetapi jelingan tu menusuk terus ke kalbu–
"Awak pergi lah cepat. Jungkook tunggu tu," Hani berkata kepada Shasha, kali ini dengan berbisik pula. Shasha menggeleng kepala laju, akibatnya dia telah ditolak oleh Hani sehingga terjatuh dari kerusinya.
"Appo!" bisik Shasha kasar. Dia berdiri dari duduknya. Rambut Hani ditariknya geram sebelum dia melarikan diri dari situ untuk bertemu Jungkook.
【👠】
Gementar.
Itulah apa yang dirasai Shasha saat ini. Bayangkan sahaja, semenjak sebulan ini, Shasha jarang bertemu dengan Jungkook. Yalah, sebelum ni dia rapat dengan Jungkook pun sebab nak ambil hati Joshua. Bila dah move on, takde alasan lagi untuk dia rapat dengan Jungkook.
Sebenarnya Jungkook seperti biasa sahaja menegurnya. Shasha yang seperti mengelak dari berjumpa Jungkook. Kalau nampak Jungkook guna laluan ni, cepat-cepat Shasha ubah laluan agar tidak bertembung dengan anak Jeon itu.
Tidak dinafikan motif Shasha berbuat begitu adalah kerana dia tahu Jungkook menyukainya. Haih, manusia...
Sejurus kaki Shasha melangkah ke dalam Flora Café yang berada di tingkat bawah, anak matanya meliar ke sekeliling mencari kelibat Jungkook. Tidak lama masa yang diperlukan kerana hanya ada sedikit sahaja orang di dalam kafe itu. Shasha menghela nafas, sebelum melangkah ke arah Jungkook.
"Anneyonghaseyo sunbae-nim," sapa Shasha lalu mengambil tempat di hadapan Jungkook. Senyuman manis diberi. Jungkook membalas senyuman Shasha seraya bersuara.
"Anneyong. Kan dah cakap panggil oppa je!" Jungkook mencebik kecil. Shasha sekadar tersengih tidak bersalah.
"Ehe. Kenapa sunbae nak jumpa?" soal Shasha. Air yang berada di hadapannya disedut bagi menghilangkan rasa gugup dan kekok. Jungkook pula terkelip-kelip melihat Shasha.
"Err Shasha, tu air oppa..."
"Uhuk!"
Terbatuk terus Shasha jadinya. Air di mulut dikesat lalu minuman itu ditolak ke arah Jungkook.
"Joesonghabnida! Sunbae ambillah semula," ujar Shasha lalu tersengih kekok. Dalam hati sudah berbakul sumpahan diberi pada dirinya. Haish, tulah main rembat je air! Dah ada satu je air atas meja mestilah Kook punya!
Jungkook menggeleng kepala, air tersebut ditolaknya semula kepada Shasha.
"Gwaenchana. Sha ambil jelah," ujarnya bersama sepakej senyuman manis. Shasha tersenyum kekok. Haish, dia dah mengkekokkan lagi keadaan yang dah sedia kekok ni!
"Oh ye, berbalik pada tadi..."
Jungkook mengeluh kecil. Wajah Shasha dipandangnya.
"Oppa suruh Sha datang sebab oppa nak tanya sesuatu ni."
"Eo? Tanya jelah," kata Shasha. Jungkook terdiam seketika sebelum menyambung.
"Sha jawab dengan jujur tau. Jangan risau, oppa takkan terasa!"
Shasha menelan liur. Ah sudah. Ayat macam ni yang paling dia tak suka. Jungkook nak tanya apa? Minta dia jujur pula. Um, mungkin nak tanya Jungkook hensem ke tak?
"Okey..." jawab Shasha pelan, semestinya tidak berapa yakin yang dia akan jujur. Tapi dia akan cuba. Jungkook menghela nafas.
"Sha... Suka oppa tak?"
"Eh?" soal Shasha spontan. Tak semena-mena degupan jantungnya menjadi laju.
"By 'suka' I mean... Sha ada apa-apa perasaan ke terhadap oppa? I really need your honest answer so don't feel bad about it."
Terdiam Shasha. Dia tidak mampu menjawab soalan itu. Lidahnya kelu. Jungkook masih lagi setia menunggu jawapan dari Shasha.
"Is this about Joshua?" Soalan itu terpacul dari celah bibir Shasha. Ya, Joshua. Disebabkan sudah sebulan Shasha tidak bercakap apa-apa tentang Joshua, adakah Jungkook menganggap bahawa Shasha sudah melupakan Joshua?
Jungkook terdiam. Bibirnya digigit. Melihatkan respons sebegitu oleh Jungkook, Shasha menganggukkan kepalanya faham.
"Joesonghabnida."
Jungkook tersenyum pahit. Shasha pula terus berura-ura untuk pergi selepas meminta maaf, namun tangannya dipegang oleh Jungkook untuk menahannya pergi.
"Shasha... Look, I'm sorry that I'm reminding you of him, tapi... Tak boleh ke Shasha buka hati Sha pada oppa? Dah sebulan dah. Sha tak move on lagi?"
Shasha hanya diam menunduk ke bawah. Otaknya kini ligat memikirkan jawapan kepada soalan Jungkook.
Ya, memang sebulan sudah berlalu sejak kali terakhir dia berjumpa dengan Joshua di wad itu. Pada hari terakhir dia melawat Joshua, hari itulah juga Joshua sedar dari koma.
Di tempat kerja memang jarang sekali Shasha terserempak dengan Joshua. Tetapi jikalau terserempak pun, dia akan sentiasa berusaha untuk melarikan diri dari Joshua biarpun Joshua tidak mengenalinya. Dia telah cuba sedaya upaya untuk menghilangkan Joshua dari hatinya.
Namun usahanya terasa sia-sia. Dia masih lagi menaruh perasaan kepada Joshua. Perasaan ini bagai tidak boleh hilang walau disental dengan apa pun.
"Sunbae pula macam mana?" soal Shasha. Kepala diangkat agar bertentang mata dengan Jungkook.
"Dah sebulan saya cuba mengelak dari berjumpa sunbae. Saya tahu sunbae bukannya pabo sangat tak sedar semua tu. Kenapa sunbae still tak move on?"
Kelu terus lidah Jungkook apabila soalan itu ditanyakan. Lupa pula dia, gadis yang dia kejar itu sedang mengejar orang lain juga, jadinya dia 100% tahu akan perasaan orang yang mengejar.
"Oppa..."
"Saya dah cuba untuk move on. But I can't. Rasanya memang dah takdir saya kot jadi macam ni. Nak buka hati pada orang lain pun dah tak mampu," ujar Shasha. Dia tersenyum nipis memandang Jungkook sebelum menolaknya dengan lebih jelas.
"Joesonghabnida. Saya takde perasaan pada sunbae, dan takde niat nak balas perasaan sunbae. Saya harap sunbae faham..." Shasha hanya mampu tersenyum kelat saat dia melihat ekspresi Jungkook perlahan-lahan berubah mendung. Dia akui, dia rasa bersalah kerana telah menolak Jungkook. Bukannya Jungkook boleh kawal perasaan tu, ianya datang secara semulajadi.
Namun Shasha tiada pilihan lain. Dia tidak mahu memberi Jungkook harapan palsu. Tidakkah Jungkook berasa terkhianati jika dia menerima Jungkook dan bersama dengannya, tetapi minda dan hatinya masih tetap berada dengan Joshua?
"Saya harap, sunbae boleh cari perempuan lain. Ramai lagi yang cantik dan baik-baik kat luar sana. Jangan berharap pada saya, dan saya harap persahabatan kita takkan musnah sebab ni," ujar Shasha lagi sambil tersenyum. Melihatkan wajah Jungkook membuatkan tubir matanya berair. Sumpah, ini adalah kali pertama dia reject seseorang!
Melihatkan sudah tiada apa lagi untuk diberitahu, Shasha berdiri sekali lagi dan cuba untuk pergi dari situ. Namun, tangannya sekali lagi ditarik Jungkook menyebabkan dia kembali terduduk semula.
Jungkook menghela nafas, sebelum memandang Shasha dan tersenyum hangat.
"Arraseo! Sunbae faham. Sunbae pun takkan ganggu Shasha lagi. Tapi... Boleh Shasha tunaikan permintaan terakhir sunbae?" soal Jungkook. Shasha menggigit bibir. Lama masa yang dia perlukan untuk menjawab.
"Eung. Apa dia? Saya akan cuba tunaikan," balas Shasha sambil tersenyum. Senyumannya dibalas Jungkook lalu lelaki itu memandang Shasha tepat ke dalam anak matanya.
"Have a very first and last date with me."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro