-ˋˏ ❝ Chapter 54 ❞ ˎˊ-
"Pstttt..."
Diam.
"Pstttt..."
Diam.
"Yah...!"
Diam.
"Woiiiiii"
"Paboya!"
Shasha tersentak dari lamunan. Pandangannya dialihkan memandang wajah Hani yang sudah masam mencuka.
"Apa?" soal Shasha. Hani menggulingkan biji matanya.
"Orang panggil banyak kali tadi tak dengar pun!" Hani mencebik lalu memeluk tubuhnya. Shasha tersenyum nipis. "Sekarang kan dah dengar. Kenapa? Nak apa?" soal Shasha.
Hani terdiam seketika, sebelum menanyakan sebuah soalan dengan kekuatan suara yang sangat perlahan.
"Sampai bila awak nak tenung je muka Joshua? Saya tahu lah dia hensem, tapi cakaplah something. Janganlah tenung pastu senyap je. Saya nak buat bising pun rasa serba salah!"
Soalan Hani dibiarkan sepi. Shasha mengeluh kecil.
"Awak tahu kan, orang koma boleh dengar apa yang kita cakap?" soal Hani lagi. Shasha menganggukkan kepalanya perlahan.
Ya, dia tahu. Itulah sebabnya dia memilih untuk tidak bercakap. Nanti Joshua tahu pula jikalau dia berada di sini. Lebih baik dia berbicara di dalam hati sahaja.
Tapi, Joshua boleh dengar ke apa yang dia cakap? Shasha masih lagi tertanya sekiranya Joshua disedut masuk ke dalam dunia Shanderella.
"Ha dah lah. Saya tak tahan nak buat bising. Chaw dulu," Hani bangkit dari duduknya dan keluar dari bilik wad itu, meninggalkan Shasha berseorangan bersama Joshua. Shasha hanya diam menatap wajah Joshua. Dengan perlahan, tangan Joshua diraihnya.
Saranghae...
Perkataan itu tidak mampu dilafazkan di bibir, hanya setakat di dalam hati sahaja. Tangan Joshua Shasha letakkan di pipinya. Tak semena-mena air matanya menitis.
Ya, dia dah cakap nak berhenti mencintai Joshua. Tapi dia tak boleh. Dia masih lagi berada di sini. Sukar ingin menghilangkan Joshua dari dalam hatinya.
"Mianhae..." Tutur Shasha lalu dia teresak kecil. Tangan Joshua dipegangnya dengan penuh kasih sayang, seolah itulah kali terakhir dia dapat memegang tangan Joshua.
"Saya harap awak takkan ingat saya bila awak sedar nanti..."
Itulah yang terbaik. Biarlah Shasha hidup dengan sakit di hati, asalkan Joshua dapat hidup dengan gembira. Melupakan Shasha adalah yang terbaik buat Joshua. Walaupun meninggalkan Joshua bukanlah pilihan Shasha.
Shasha tersenyum pahit melihat wajah pucat Joshua. Pipi Joshua diusapnya.
"Saranghae Shua..."
Shasha mengucup pipi Joshua. Ringkas sahaja kucupannya. Setelah itu dia melihat sekeliling. Takut juga kalau-kalau ada manusia yang terlihat perbuatannya. Setelah memastikan tiada orang di situ, Shasha mencapai beg tangannya dan berjalan menuju ke pintu.
"Tsk..."
Shasha mengetap bibir. Terketar-ketar tangannya cuba memulas tombol pintu itu. Buat kali terakhir, Shasha memusingkan badannya memandang Joshua yang masih terbaring lemah di atas katil. Satu senyuman pahit diberi walaupun air matanya sudah mengalir laju bagai empangan pecah. Tombol pintu dipulas, lalu Shasha keluar dari wad itu.
【👠】
Sebulan kemudian...
"HAHAHAHAHHAHAHA"
"HAHAHAHASROTTTHAHSHSHSH"
"WKWKWKKWKWKWK"
Pelbagai jenis gelak tawa kedengaran. Riuh betul suasana di situ. Angin sejuk di malam hari menyapa kulit masing-masing. Di saat gadis-gadis yang lain ketawa tahap anak tekak ingin terkeluar, Shasha pula hanya tersenyum sahaja.
"Shasha! Gelaklah!" Hani selaku pembuat lawak tadi terus menepuk paha Shasha dek tidak puas hati dengan reaksi yang diberikan. Shasha menggosok paha yang baru ditepuk. Berbisa betul pukulan dia.
"Ahahahahahahaha."
"Eyy tak ikhlasnya!" sampuk Nayun dengan mulut yang penuh. Hani sudah menggeleng kepala.
"Awak ni selalu macam tu kan! Dah sebulan dah, sebulan! Tak boleh move on lagi ke?"
Apabila hal itu diungkit semula, serta-merta Shasha menundukkan wajah. Tangisan yang ingin keluar ditahan.
"Uish, move on apa ni? Uyoo, Shasha ada boyfie ke?" Nayun yang mendengar terus sahaja mengangkat keningnya beberapa kali. Hani pula sekadar tersengih apabila tersedar yang dia terlanjur membuka cerita itu.
"Apa ni apa ni? Dah sebulan lebih kita tak berjumpa, habis tak tahu info semasa," Jihee yang sedang sibuk memanggang ayam turut sama menyibuk. Kini Shasha menjadi tumpuan semua.
"Eingg, tak payahlah tengok macam tuuuu," Shasha lantas sahaja menutup mukanya dengan tangan. Sudahlah dia sipi-sipi lagi ingin menangis, apabila dilihat sebegitu, makinlah air mata tu nak keluar. Melihatkan mereka masih memandangnya, Shasha tanpa berlengah menyorokkan wajahnya di celah ketiak Hani. Biar busuk, asal selamat.
"Ala ceritalah ceritalah! Dah lah tak update langsung dalam group chat!" Nayun bercekak pinggang sambil menyumbat sosej panggang ke dalam mulutnya. Hani menayang wajah cemberut.
"Amboi amboi amboi, awak pun sama! Tahu-tahu je dah post Instagram pergi dating dengan Yohan. Dasar Nayun lupa kulit!"
"Ehehehehehe, ala saya busy lah, tak sempat nak update–"
"Yelah tuuuuu."
"Oit oit, ceritalah cepat," Jihee laju mencampur tangan apabila dilihatnya dua gadis itu terganggu dengan tujuan mereka tadi. Kini Jihee dan Nayun memandang ke arah Hani, menunggunya membuka mulut.
"Uh, asal semua pandang sini?"
"Ish awak ceritalah!" Nayun yang geram memukul bahu Hani menggunakan sosej yang berada di tangannya. Selepas itu sosej itu digigit pula. Tak kenal erti kebersihan ini budak.
"Eh Shashalah cerita! Ha, cerita cerita!" Hani mengangkat ketiaknya bagi memberi ruang untuk Shasha bercerita. Namun begitu, terhenti terus perbuatannya apabila melihat Shasha sudah mengalirkan air mata di situ.
"Awak cerita jelah Hani..."
"Alamak! Ha oke oke!" Hani laju menjatuhkan semula tangannya agar Shasha dapat bersembunyi di balik ketiaknya. Dia berdehem kecil.
"Alkisahnya begini. Suatu hari di Syarikat Samsung Technologies, datanglah dua ekor pekerja baharu yang baru sahaja diterima semalam. Seorang noob namanya Shasha, seorang lagi gojes namanya Hani. Mereka merupakan teman baik sejak bayi lagi–"
"Ah bosan bosan. Skip intro!" Nayun laju memotong tanpa rasa bersalah. Hani menayang wajah tidak percaya sebelum menarik hidungnya ke atas. Huh!
"Ha, lepastu, semasa mereka dalam perjalanan menuju ke tingkat atas di dalam lif, ada seorang lelaki dari tingkat 2 turut naik bersama mereka. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba sahaja keadaan menjadi gelap!"
Hani menyentakkan suaranya, menyebabkan Nayun terkejut sehingga tercekik sosej yang dimakannya. Jihee pula tidak sengaja menjatuhkan seketul ayam, namun pantas ayam itu diambilnya dan dimasukkan ke dalam pinggan Nayun lalu dia berlakon seperti tiada apa yang terjadi.
"Rupa-rupanya lif tersebut rosak! Hani yang memang berhati lembut terus pengsan di bahu Shasha. Shasha pula sudah takut, lagi-lagi dengan kehadiran lelaki tersebut. Namun tidak disangka, lelaki itu baik rupanya. Lelaki baik yang kuat itu telah membuka pintu lif dan menolong kami keluar. Itulah titik perkenalan di antara Shasha dan ex-nya."
Terangguk-angguk kepala Jihee dan Nayun mendengar.
"Lepastu lepastu? Tanak dengar scene sweet, terus skip ke scene putus!" arah Nayun. Hani menayang wajah tidak rela sebelum menyambung cerita rekaannya.
"Ha scene putus dia simple je. Shasha pergi shopping dengan Hani, baby kesayangan dia. Lepastu terserempak dengan lelaki tu dan seorang perempuan kat KFC. Dah macam takde tempat lain je. Kepci juga diorang pilih sebagai tempat buat maksiat. Tak memasal Shasha benci kepci huhu," Hani mengelap air mata palsunya.
"Macam mana Shasha tahu lelaki tu curang? Mana tahu tu adik dia ke?" soal Jihee inginkan kepastian. Hani mengembangkan hidungnya.
"Adik celah mananya kalau diorang tengah berkiss kiss kat situ!"
"Ewwwwww"
Serentak Jihee dan Nayun bersuara. Lantas kepala digeleng laju, tidak mahu membayangkan situasi yang berlaku.
"Kejam gila jantan tu!" komen Nayun, lalu beberapa ayam disumbat masuk ke dalam mulutnya tanda geram. Berkerut sedikit dahinya apabila terasa ayam itu sedikit berpasir. Namun ditelannya seperti tiada apa-apa.
"Siapa nama lelaki tu?" soal Jihee, sekadar ingin tahu. Sekurang-kurangnya dia tahu siapa yang bakal masuk ke dalam senarai death notenya.
"Hah?" soal Hani semula, terciduk apabila soalan itu ditanya. Otaknya ligat berfikir waktu itu. Nak guna nama Joshua ke? Nanti diorang ingat Joshua jantan tak guna pula. Jungkook? Ey, macamlah diorang nak percaya tu Jungkook!
"Ha cepatlah, apa nama dia?" soal Nayun pula. Hani menggaru kepala. Ala hentam jelah!
"Kook."
"Hah?" Terpinga seketika dua manusia itu.
"Eh, bukan Jeon Jungkook. Nama dia uhhhh Kook Jungjeon," ujar Hani lalu tersengih. Peluh di dahi dilap.
"Kook Jungjeon? Buruk nau nama dia, seburuk perangai orangnya," komen Jihee. Nayun mengangguk kepalanya setuju. "Ye do. Nama family dia lain machiam je."
Hani tersengih cuba menutup kejanggalannya. Fuh, menyesal pula dia main hentam. Kan dah jadi nama Jungkook versi terbalik. Apa-apa pun, nasib dua ekor tenuk ni tak syak apa-apa.
"Habistu, Shasha broken lah selama sebulan ni? Tak boleh move on lagi?" soal Jihee. Hani mengangguk laju.
"Eyy kesian Shasha! Jahatlah jantan tu! Cuba bagitahu alamat rumah dia!" Nayun sudah menyinsing lengan bajunya.
"Lek lek. Lepas Shasha minta penjelasan, dia terus cakap 'kita putus. Maafkan saya, saya dah jumpa yang lebih baik'. Wek, baik kepala hotak dia. Keesokan harinya, Hani dan Shasha pun bergegas menuju ke rumah si jantan tu tapi dah kosong. Kat pejabat pun dia takde. Dah pindah kot. Dasar pengecut."
"Pengecut pengecut!" Nayun menganggukkan kepalanya laju, lalu Shasha yang masih menyorok di balik ketiak dipandangnya.
"By the way, kenapa awak biar je Shasha menyorok bawah ketiak awak? Tak ke mati budak tu nanti?" soal Nayun lalu disumbatnya makanan lagi ke dalam mulutnya.
"Haah. Ketiak awak kan busuknya innalillah," selamba Jihee menambah. Terkekek-kekek dia dah Nayun ketawa lalu mereka berdua saling ber-hi5. Hani mencebik.
"Cili mulut kang! Shasha hidup jelah, tengok ni!" Hani mengangkat tangannya lalu mendedahkan Shasha. Tetapi tidak seperti sangkaannya, Shasha elok terlentok tidur di situ.
"Wah Shasha tidur. Kesian dia, mesti penat," ujar Nayun prihatin. "Haah. Jihee tak sangka Shasha akan kena khianat macam ni," sambung Jihee pula. Di saat mereka berdua bersimpati dengan nasib Shasha, Hani bersuara mendatar.
"Untuk pengetahuan semua, kita semua ada kat atas atap sekarang ni. Siapa yang nak angkat Shasha turun bawah?"
Ketiga-tiga gadis itu saling berpandangan.
"Ala apa susah, campak je–"
PAK!
"AH APPO!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro