Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 53 ❞ ˎˊ-

"Isya."

Mungkin nasib tidak menyebelahi Shasha kali ini kerana tiba-tiba sahaja suara garau Joshua kedengaran dari belakang Shasha. Tak sempat ingin berbuat apa, tangan Shasha ditarik sehingga badannya terdorong ke hadapan. Shasha tiada pilihan lain selain mengikuti gerangan yang menariknya berlari. Apabila dilihat, jelaslah ianya 'dia'.

"Joshua..."

Seperti babak di mana Shasha menarik Joshua keluar dari hall istana, seperti itulah apa yang dirasai Shasha sekarang ini. Cuma, peranan mereka sudah berubah. Kali ini Joshua pula yang menarik Shasha sehinggalah mereka tiba di sebuah bilik stor. Tanpa berkata apa-apa, Joshua terus menarik Shasha masuk ke dalam bilik tersebut dan mengunci pintu.

"Wae?" soal Shasha sambil nafasnya sedikit tercungap. Pandangannya dialihkan dari memandang wajah Joshua. Bibir diketap bagi menghalang tangisan keluar.

"Isya."

"Mwo?" soal Shasha sedikit tegas. Tidak dihiraukan fakta bahawa dia perlu menghormati Joshua selaku senior dan orang yang lebih tua daripadanya. Joshua terdiam seketika.

"Look at me."

"Shireo."

Shasha tahu dia boleh mengundang kemarahan Joshua, namun dia tidak kisah. Sekurang-kurangnya kalau dia ditengking di dalam bilik stor ini, tiadalah rasa malu kerana hanya ada mereka di sini.

Joshua terdiam lagi. Dia menghela nafas.

"I'm sorry."

Kelu terus lidah Shasha jadinya. Spontan kepalanya terangkat memandang Joshua. Joshua pula apabila terlihat wajah sembab Shasha, semakin bertambah rasa bersalah di dalam dirinya.

"I'm sorry for being a jerk yesterday. I mean, all the time. I'm really sorry."

Shasha menundukkan kepala. Tidak berapa faham dengan situasi sekarang. Mungkin, Joshua hanya rasa bersalah dan tidak lebih dari itu?

"That night, I received messages from Lily. But I chose to ignore it since it was late. The next morning, I woke up having some kind of a really sweet dream. But then, the happy emotion was replaced with angry when I read Lily's messages last night. Hence why my mood was terrible yesterday. I'm sorry it was you who got yelled at."

Shasha sekadar diam membatu. Tidak tahu respon apa yang perlu diberi mendengar cerita Joshua.

"Lily. She's my ex-girlfriend, and the only reason as to why I don't like women. She's an idiot who thought it would be fun to destroy someone's life."

Satu persoalan hinggap di minda Shasha. Mengapa Joshua memberitahunya semua ini? Dia langsung tidak bertanya apatah lagi berniat untuk bertanya walaupun dia rasa tertanya-tanya.

"Mesti itu apa yang awak nak tahu kan?"

Shasha menggeleng kepala, kepalanya langsung tidak diangkat.

"Ani. Tu privasi awak."

Memang betul, Shasha menghormati privasi Joshua. Tentang Lily, dia pernah bertanya kepada Jungkook. Memang Jungkook tahu akan kisah Joshua dengan Lily, namun apabila difikirkan balik, pantas Shasha menolak apabila Jungkook ingin bercerita. Itu kan privasi Joshua, mana tahu Joshua tidak mahu dia tahu tentang hal itu? Apa-apa pun perlulah minta kebenaran dari tuannya dahulu.

"Shua. Saya minta maaf kalau selama ni saya annoying, attention seeker, saya buat awak naik angin dan rasa tak selesa. Saya tahu saya buat kerja yang sia-sia sebab awak takkan pandang saya pun. Yelah, ada banyak lagi perempuan yang pakej lengkap kat luar sana tu. Saya ni, apa pun takde..."

Shasha mula berbicara. Anak mata Joshua ditenungnya namun dia hanya bertahan sebentar sahaja dek air mata yang mula bertakung.

"Saya suka awak. Ya, saya cintakan awak. Jungkook pun ada cakap yang saya perlu perjuangkan cinta saya. Sebab tu lah saya cuba untuk raih perhatian awak. Saya tak kisah dilabel attention seeker, sebab saya memang dahagakan perhatian awak. Tapi lepas kejadian semalam, saya dah sedar sepenuhnya..."

Shasha terdiam seketika, cuba menahan tangisan. Harapnya Joshua tak perasan yang dia menangis sekarang ni.

"Saya takkan ganggu awak lagi. Joesonghabnida. Terima kasih sebab sudi bertahan dengan saya selama ni. Saya sayang awak. Kalau awak tak nak tengok album tu, buang jelah dalam tong sampah," sayu sahaja Shasha berkata, lalu selaju yang mungkin dia keluar dari bilik stor itu. Tangisannya sudah terjatuh ke pipi. Takut jika Joshua mengejarnya lagi, lantas Shasha berlari masuk ke dalam tandas wanita.

Satu kubikel tandas dimasukinya. Air paip dibuka kuat agar bunyi alirannya menjadi semakin kuat. Shasha terduduk di mangkuk tandas, di situ dia menghamburkan tangisannya semahu-mahunya.

【👠】

"Hani, nak kahwin."

"Kahwinlah dengan Jungkook sana!"

"Alololo, merajuk eh?"

Hani menepis tangan Shasha yang mengusap rambutnya. Mulut dicebikkan, wajah digarangkan.

"Hani."

"Hani."

"Haniiiii."

"Hani~"

"Song Hani."

"Ya, ada apa Park Isya?" balas Hani dengan nada yang lemah lembut dan senyuman di wajah. Satu saat kemudian, senyumannya terus memudar dan wajah ketat ditayang. Shasha menayang wajah cemberut melihat dualiti gadis itu.

"Wek. Dasar manusia kuat berangan. Song Hani konon," Shasha membuat aksi muntah, kononnya geli apabila Hani mengaku dirinya bermarga Song untuk menyamakannya dengan marga Hyeongjun. Hani menggulingkan biji matanya.

"Wek. Dasar manusia kuat menangis. Joshua konon."

Terhenti terus perbuatan Shasha. Wajah Hani dipandangnya tidak berkelip.

"Apa? Ingat saya tak tahu? Heh, no! Saya dah peras ugut Jungkook macam-macam tadi lepas dia hantar awak balik! Liat betul dia nak bagitahu, bila saya ugut nak pijak banana uyu dia barulah dia bagitahu!"

Shasha terus terdiam. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Ya, tadi dia telah pulang awal ke rumah. Mana taknya, menangis kat tandas sampai satu jam! Masuk pejabat ingin bekerja, namun pengsan pula di situ. Tapi dia pulang ke rumah pun bukannya berehat, sambung menangis adalah.

"Sampai hati kan, tak roger pun masalah awak kat saya. Apa fungsi saya sebagai kawan awak? Jungkook si jebon juga awak nak bagitahu. Patutlah asyik melekat dengan dia setiap masa. Hiks, tahulah saya ni tak penting."

Hani sudah memulakan dramanya. Lantas tubuh Shasha dipeluk kuat. Shasha hanya mendiamkan diri. Ingin menangis, air matanya sudah kering.

"Saya risau tau tak! Ingatkan awak dah mula buka hati semula untuk Jungkook jadi saya biarkan jelah awak berjimba dengan anak Jeon walaupun tak rela sebab saya keseorangan huwaa! Alik-alik korang buat misi memikat hati anak Hong pula ajahsjshjsjegrjsjsjshdhej–"

MAGO MAGO

Nada dering telefon Shasha mengganggu sesi bermanis-manisan antara mereka. Hani laju sahaja mencapai telefon Shasha. Melihatkan nama Jungkook di skrin telefon Shasha, dia mencebik kecil.

"Juon ni sengaja nak ganggu kita bersawit!" rungut Hani, lalu panggilan itu dijawabnya tanpa memberinya kepada Shasha.

"Pehal?"

Hani terdiam seketika mendengar bicara Jungkook. Shasha pula hanya memerhati. Tiba-tiba sahaja ekspresi wajah Hani berubah drastik, daripada wajah kosong tanpa ekspresi kepada terkejut yang amat.

"EH?! SERIUS?! KAT MANA?!"

Terkelip-kelip Shasha memandang ke arah Hani yang kini bagai cacing kepanasan. Hani terus sahaja mematikan panggilan sejurus mendapat maklumat yang dikehendaki. Wajah Shasha dipandangnya.

"SHASHA! JOSHUA KEMALANGAN! LANGGAR LARIIIIIII!"

Membulat mata Shasha.

"MWO?!"

【👠】

"Macam mana boleh kemalangan?!"

"Kitorang tak tahu. Kitorang tengah beli makanan masatu, tiba-tiba je dengar bunyi dentuman kuat."

"Ihhh kenapa tak tahu?! Lain kali jagalah Joshua elok-elok!"

"Maafkan kami... Cik."

Suara kuat Hani boleh kedengaran dari dalam bilik. Bayangkanlah, jantung Shasha rasa macam nak gugur apabila mendengar berita itu. Kalau Hani yang tak kenal Joshua pun dah cuak macam tu, apatah lagi dia?

Cuma Hani tu dah terlebih-lebih. Ada ke patut dia serang rakan-rakan Joshua yang juga berada di wad ini. Disuruhnya semua keluar untuk memberi ruang kepada Shasha. Di luar, habis disoal siasat pula mereka semua. Haih, pasrah sahaja mereka melayan gadis yang tidak dikenali itu.

Shasha menatap wajah pucat Joshua. Tangan Joshua diraihnya. Hanya kedengaran bunyi mesin kadar degupan jantung Joshua sahaja ketika itu.

"Shua..."

Shasha mengetap gigi. Sebak mula mencengkam diri. Mengapa Joshua perlu terlibat di dalam kemalangan jalan raya? Kalau boleh, mahu sahaja dia menggantikan tempat Joshua sekarang ini. Sudahlah ini bukan kali pertama...

Shasha mengerutkan dahi seketika. Bukan kali pertama?

Ya, kali pertama kemalangan adalah ketika Joshua disedut masuk ke dunia Shanderella. Shasha melihat ke sekeliling wad. Dengan rasa tidak puas hati, dia bangkit dan bergerak ke luar wad.

"Ni semua salah korang! Kalau korang jaga–"

"Jeogiyo?"

Semua mata yang tadinya tertumpu ke arah Hani kini tertumpu ke arahnya pula. Shasha menelan liur apabila 13 pasang mata kini difokuskan ke arahnya. Ramai betul kawan Joshua ni.

"Saya nak tanya, Joshua ada tak pegang album masa dia kemalangan?" soal Shasha. Ditatapnya satu-satu wajah yang melihat ke arahnya. Mereka juga sedang ligat mengingat semula.

"Oh, ada-ada. Tapi album tu dah tercampak entah ke mana. Mungkin dah kena gilis kot," seorang lelaki bermata sepet dan berketinggian agak rendah di antara mereka menjawab. Shasha menganggukkan kepala, lalu ucapan terima kasih diberi. Dia masuk semula ke dalam wad dan terduduk di atas kerusi.

Pelbagai spekulasi menjengah mindanya. Takkanlah... Joshua disedut semula ke dalam dunia tu?

Shasha memandang wajah Joshua.

Besar kemungkinan.

"Aish!" Shasha merengus kecil.

Joshua kena sedut buat kali kedua ke?

Apa pula yang Joshua sedang lakukan sekarang di sana?

Bukankah watak Joshua sudah mati di sana?

Bagaimana pula dengan Shasha?

Tidakkah Shasha disedut sekali lagi ke dalam dunia itu?

Bagaimana sekiranya Joshua disedut masuk ke dalam dunia lain?

Bagaimana jika ada seseorang yang telah memberinya sebuah lagi album yang bertajuk kisah lain?

Adakah Joshua akan bertemu dengan perempuan lain?

Adakah Joshua juga diberi misi sekali lagi?

Jikalau begitu, adakah Joshua akan sedar dalam masa tiga bulan lagi?

Adakah dia perlu menunggu Joshua selama tiga bulan?

Bagaimana pula jika Joshua mati semasa menjalankan misinya itu?

Bagaimana jika Joshua terus hilang ingatan sebangunnya dia dari koma?

Shasha kembali teringat waktu di mana dia membuka album tersebut. Sekejap... Dia juga pernah disedut masuk ke dalam dunia itu buat kali kedua. Di situ diperlihatkan semula babak di bab yang terakhir secara live.

Mungkin Joshua juga diperlihatkan benda yang sama?

Dan mungkin Joshua akan kembali mendapat ingatannya semula tentang Shanderella?

Tetapi, mengapa Joshua disedut dengan cara kemalangan buat kali kedua?

Shasha sendiri pun disedut ketika dia ingin membuka pintu biliknya.

Berjuta persoalan mula muncul di minda Shasha.

"Ahhh jinjjaaaa!" Shasha mengusutkan rambut. Wajahnya disembam ke atas katil yang menempatkan Joshua.

Boleh gila dia macam ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro