-ˋˏ ❝ Chapter 52 ❞ ˎˊ-
"Uhuk–"
Terbatuk terus Shasha mendengar ayat itu. Pandangan Jungkook cuba dielakkan. Wajahnya semakin membahang. Bukan hanya dia sahjaa, Jungkook juga sudah memerah telinganya. Namun tetap dikawal reaksi wajahnya agar kelihatan cool ketika meluahkan perasaannya.
"Ta–Tapi, saya..." Shasha menggigit bibir. Rasanya baru je tadi dia cerita yang dia sukakan Joshua. Lepastu Jungkook pula confess pada dia. Kental betul hati anak Jeon ni. Maksudnya, Jungkook tolong sebab...
"Sunbae tahu awak suka Joshua. And I will help you to get him. Your happiness is my happiness too. Haih, sayanglah. Kalaulah perasaan ni hadir lagi awal dalam diri sunbae..."
Shasha terdiam seketika. Maksudnya perasaan tu baru hadir lah? Shasha melihat ke arah Jungkook. Ada rasa bersalah pada riak wajahnya.
"Joesonghabnida..."
"No no, no need to be sorry. Feelings do change, right? Sunbae akan sentiasa support Shasha. Andai kata Shasha dah give up dengan Joshua, I can be your number 2," ujar Jungkook lalu tersenyum kecil. Senyuman itu Shasha balas. Hatinya sedikit terganggu dengan ayat terakhir Jungkook. Bagaimana kalau Joshua memang tidak mahukannya?
"Kamsahamnida, sunbae!" balas Shasha. Sumpah dia terharu dengan Jungkook. Walaupun Jungkook tahu Shasha dah takde perasaan pada dia, dia tetap ingin membantu Shasha untuk bersama Joshua!
"Tapi, ada syaratnya tau!" kata-kata Jungkook nyaris membuatkan senyuman Shasha pudar. Alamak, ada syarat pula. Ingatkan ikhlas–
"Apa dia? Sunbae cakap je nak apa! Saya janji saya akan bagi!" ujar Shasha. Biarlah, dia pun tak kisah sebab memang dia berhutang budi dengan Jungkook. Orang buat baik kenalah balas baik juga, ye dok? Jungkook sudah tersenyum nakal mendengar ayat Shasha.
"Call me oppa."
"N–Nae?"
Ah sudah. Pipi Shasha mula berona merah. Menyesal lah pula cakap macam tu tadi. Huhuhu.
"Panggil sunbae, Jungkook oppa. No more sunbae! Arraseo?" soal Jungkook. Shasha menggaru kepala, lalu dianggukkan kepalanya dengan ragu. Alalala malulah! Kenapa tiber je kena panggil oppa? Ingatkan Jungkook nak minta belanja makan ke apa ke, huhuhu.
"O–Okey," balas Shasha gugup. Dia berdehem seketika apabila berasa janggal kerana Jungkook yang tidak henti memandangnya. Alahai.
"Cuba Shasha try."
"Eo?" soal Shasha. Jungkook yang sudah menaikkan keningnya beberapa kali dipandang.
"Cakap, 'Jungkook oppa~'"
"Uhuk uhuk–"
Terbatuk terus Shasha mendengar. Sudahlah Jungkook menggunakan nada seperti seorang mak nyah. Kononnya nak suruh Shasha buat sekali dengan aegyo. Shasha berdehem seketika.
"Ehem. Jungkook op– op– op–"
"Nae?" soal Jungkook, senyuman nakal masih tidak lekang dari bibir. Shasha mengeluh seketika. Aing, mencilah!
"Jungkook op– opp–"
"SHASHAAAAAA!"
Pada waktu itu, sungguh Shasha bersyukur apabila kedengaran suatu suara kuat memotong ayat Shasha. Terhinjut bahu Shasha dan Jungkook dek terkejut. Tidak lama selepas itu muncul sebuah kelibat di muka pintu. Tercungap-cungap kelibat itu mengambil nafas. Sejurus anak matanya bertemu dengan Shasha, lantas dia berlari ke arah Shasha lalu dipeluknya tubuh rakannya itu.
"HUWAAA KENAPA AWAK TIBER JE LARI TADI? KENA SAMPUK KE?"
"Eh Hani. Lama tak jumpa," Shasha tersengih melihat wajah Hani yang sudah lencun dengan air, barangkali peluhnya. Dengan pelan dia menolak tubuh Hani menjauh darinya. Apa ni, peluh-peluh peluk orang pula!
Hani tercungap seketika mengambil nafas. Ketika itu, anak matanya terpandang akan figura Jungkook yang dari tadi hanya diam memerhatikannya. Satu sengihan nakal muncul di bibir Hani.
"Uyoo. Dah maju eh berduaan dengan crush?" soal Hani, bahu Shasha disenggolnya. Shasha pula lantas mengambil tindakan menepuk bahu Hani. Ha ni sorang ni, mulut tu tak boleh bawa bincang!
"Ha cepatlah cerita! Kenapa awak lari tadi?" soal Hani, kali ini digoncang-goncangnya bahu Shasha sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Jungkook. Sempat Hani tarik kerusinya agar berjauhan sedikit dengan Jungkook. Kan dah cakap, budak tu anti Jungkook!
Shasha sekadar mengangkat bahu. "Entahlah. Tiber je rasa nak pergi tandas," jawabnya tanpa berfikir panjang. Hani langsung saja mencepuk kepala Shasha.
"Tipu! Awak seorang penipu yang telah mengutarakan penipuan kepada saya yang tidak pernah menipu lagikan ditipu!" kuat Hani menjerit, selepas itu naik turun dadanya cuba mengambil nafas. Itulah, tadi berlari tak cukup nafas. Sistem pernafasan tak stabil lagi dah marah-marah orang pula.
"Cis. Habistu yang awak turun tangga kenapa? Padahal boleh je guna lif. Mesti tak fikir guna otak kan? Boo, Hani takde otak," Shasha menjelirkan lidahnya kepada Hani. Hani mencebikkan bibir, sebelum peluh di dahinya dicalit di bahu Shasha. Berkerut habis dahi Shasha kejijikan.
"Ish habistu saya cuak tadi! Tak sempat nak guna otak tau!" ujar Hani cuba mempertahankan diri. Rambutnya diselak ke belakang, hampir sahaja terkena wajah Jungkook yang sedari tadi hanya membisu.
"Anyways, saya terjumpa jodoh semasa berperang dengan kekejungan otot kaki kat tangga tadi."
"Amboi, patutlah lama semacam," Shasha menggelengkan kepala. Sudah masak dengan perangai Hani yang pantang lihat lelaki comel. Lelaki comel sahajalah, lelaki handsome semuanya dia anti.
"Mestilah! Ha, ingat tak Hyeongjun? Dia kerja sebagai postman Poslambat! Tadi dia naik tangga sebab nak hantar surat kat tingkat atas. Lif penuh katanya hihihi. Awak tahu tak, dahlah saya tengah terkangkang atas lantai masa dia tegur tanya ni tingkat berapa!"
Lalu bermulalah sesi bercerita di antara Hani dengan dua orang pendengar yang setia, Shasha dan Jungkook.
【👠】
Album Shanderella di tangan ditilik. Shasha mengeluh kecil sebelum menyembamkan wajahnya di meja itu.
Masuk hari ini, sudah seminggu Shasha berusaha untuk mendapatkan Joshua. Macam-macam cara dibuatnya bersama Jungkook sebagai penolong kanan yang setia. Hani pun sudah fikir yang bukan-bukan dek dia yang terlihat selalu bersama Jungkook.
Namun, segalanya tidak berjalan dengan lancar. Usahanya meraih perhatian Joshua seperti dibunuh begitu sahaja apabila dia menegur lelaki itu yang sedang berada di dalam mood tidak baik.
Seminggu yang lalu, Shasha telah meletakkan coklat berbentuk hati ke atas meja kerja Joshua. Pada hari sebelumnya, dia telah tidur lewat semata-mata untuk menghias coklat itu dengan cantik. Joshua pula dengan selamba memberi coklat itu kepada salah seorang rakannya.
Kemudian, Shasha letakkan pula hadiah jam tangan berjenama Wattpadun yang mahal di dalam laci meja Joshua. Selepas waktu rehat pada hari itu, dia mendapati jam tersebut sudah berada di dalam laci mejanya. Sah-sahlah Joshua menolak pemberian tersebut. Nasib baik juga Shasha boleh mengembalikan semula jam tersebut kepada kedai yang menjualnya.
Selepas itu, Shasha membeli pula sehelai hoodie kepada Joshua. Hoodie tersebut berwarna putih dan sungguh gebu. Shasha sendiri pun telah membeli satu hoodie itu untuknya juga. Fikirnya, Joshua pasti nampak seperti marshmellow apabila memakai hoodie tersebut. Namun hampa, boleh pula Joshua serahkan hoodie itu kepada Jungkook. Tiba-tiba sahaja Jungkook mendapati hoodie tersebut berada di tempat duduk belakang keretanya. Entah bagaimana Joshua membawanya masuk ke dalam kereta Jungkook yang berkunci itu.
Semangat Shasha sudah mulai luntur, namun Jungkook kekal menyemangatinya. Kebetulan pula ketika itu Joshua sedang lalu di situ bersama rakan-rakannya yang lain. Boleh pula si Jungkook menolak Shasha sehingga dia terlanggar bahu Joshua dan menjadi perhatian mereka semua. Shasha sekadar tersenyum kekok sebelum meminta maaf dan berlari dari situ.
Keesokan harinya pula, Jungkook telah memberi cadangan agar Shasha bertegur sapa dengan Joshua secara face-to-face. Pembetulan, ia bukannya suatu cadangan tetapi suatu paksaan! Seperti hari sebelumnya, Jungkook secara sengaja menolak tubuh Shasha sehingga gadis itu terdorong ke hadapan. Hasilnya, bukan Joshua yang Shasha terlanggar, tetapi pekerja lain di sebelah Joshua yang terkena!
Hari yang seterusnya, Jungkook nekad untuk membuat Shasha bercakap dengan Joshua. Kali ini sengaja diatur segalanya berdasarkan pemerhatiannya tentang rutin harian Joshua. Lalu Shasha disuruh datang ke pejabat seawal 6 pagi sedangkan waktu kerja bermula pada pukul 8 pagi. Setelah mereput beberapa minit di dalam kafe, akhirnya Shasha dan Jungkook terlihat kelibat Joshua yang datang ingin membeli minuman pagi.
Jungkook sekali lagi mengambil tindakan mengheret Shasha beratur di belakang Joshua lalu ditolaknya gadis itu ke arah Joshua. Nasib menyebelahi Shasha apabila gadis itu berjaya menyeimbangkan diri. Dengan segala kudrat yang ada, Shasha cuba mengeluarkan suaranya dan menegur Joshua. Namun apa yang keluar hanyalah angin. Sehinggalah akhirnya Joshua berlalu pergi usai mengambil pesanannya. Huhu.
Semalam pula, sekali lagi Shasha datang ke pejabat pada pukul 6 pagi lalu ditunggu kelibat Joshua untuk muncul. Yang ada bersama tentulah Jungkook, rakan sekutunya sejak awal lagi. Tunggu punya tunggu, akhirnya kelibat Joshua muncul juga membeli minuman. Kali ini Shasha pergi sendiri dengan sukarela, tanpa 'bantuan' tolakan Jungkook. Berbekalkan semangat yang tinggi dan latihan selama 5 jam di hadapan cermin semalam, Shasha telah berjaya mengucapkan kata "Joshua sunbae anneyong–"
Itu sahajalah yang berjaya diungkapkannya, dek kemalangan yang baru tercipta. Waktu itu Joshua sedang memusingkan badannya menghadap ke belakang bersama Iced Americano yang berada di tangan. Boleh pula Shasha mengangkat tangannya untuk melambai ke arah Joshua. Jadinya, tangan Shasha secara tidak sengaja telah menepis minuman Joshua dan akhirnya minuman itu jatuh ke lantai.
Tidak tunggu lama, Joshua yang sememangnya sedang berada di dalam mood yang tidak baik pada pagi itu terus sahaja mengherdik Shasha.
"Awak lagi? Awak ni memang tak reti bahasa kan?"
"Saya dah cakap saya tak suka perempuan cuba raih attention saya."
"Awak nampak murah buat macam tu, tahu tak?"
"Puas awak buat macam ni, hmm? Lepas jatuhkan kek kat baju saya, awak tumpahkan air saya pula. What's next?"
"Mulai sekarang, jangan ganggu saya lagi."
"I hate it, and I hate you. Thanks for understanding."
Alhasilnya, mata Shasha hari ini sudah membengkak dek menangis semalaman. Bukan itu sahaja, tangan dia juga telah memerah dek melecur. Mungkin tiada siapa yang nampak, tetapi minuman panas Joshua semalam ada tertumpah ke atas tangannya juga.
"Shashishu! Hai!" Shasha mengangkat kepala apabila terdengar suara ramah menegurnya. Dia tersenyum segaris buat Jungkook yang baru sahaja mengambil tempat di sebelahnya lalu kembali menyembamkan wajahnya ke meja.
"Uish! Mata Sha bengkak lah!" Jungkook yang risau langsung sahaja cuba menilik wajah Shasha,namun tidak kesampaian dek wajah Shasha yang masih disembamkan ke meja. Jungkook menayang wajah simpati.
"Sha nangis sebab kemarin eh?"
"Kookie..."
Shasha mengangkat kepala memandang Jungkook. Satu keluhan dilepaskan dari celah bibirnya.
"Saya nak berhenti buat semua benda ni. Penatlah. Joshua bukannya suka, tapi dia makin benci kat saya..." Shasha terdiam sebentar, cuba menahan air matanya mengalir. Ya, semalam juga dia dah buat keputusan ni. Dia nak berhenti mencintai Joshua!
Membulat mata Jungkook mendengar. Pantas kepala digelengkan.
"No no! Janganlah macam ni. Sha kata Sha nak perjuangkan cinta Sha?" soal Jungkook ingin melembutkan hati Shasha. Shasha tersenyum senget mendengar ayat itu. "Buat apa nak perjuangkan kalau cinta tu bertepuk sebelah tangan?"
Jungkook terdiam sejenak. Jauh di sudut hatinya, dia agak terasa dengan ayat itu kerana... Cintanya juga bertepuk sebelah tangan. Shasha menyembamkan kembali wajahnya ke meja. Air mata dia tahan agar tidak mengalir keluar. Buat malu je kalau menangis kat tempat kerja ni.
Pada masa itu pula, kelihatan Joshua masuk ke dalam kafe. Dia bergerak menuju ke kaunter ingin membeli minuman. Jungkook mengalih pandangan ke arah Shasha.
"Sha, Joshua ada kat situ," ujar Jungkook, lembut. Dia faham sekiranya Shasha tidak mahu bersua muka dengan lelaki itu sekarang. Jikalau dia berada di tempat Shasha pun, pasti dia akan membiarkan sahaja lelaki itu. Nasib baik juga semasa Shasha ditengking semalam, hanya mereka dan seorang barista yang berada di kafe tersebut kerana masih awal lagi.
Shasha mengangkat kepalanya sedikit. Cukup untuk melihat Joshua sahaja. Dilihatnya Joshua tersenyum kepada barista itu lalu bermain telefon pintarnya sementara menunggu pesanannya siap. Sambil itu mulutnya juga tak henti tersengih sambil menaip sesuatu di telefonnya. Timbul rasa cemburu di dalam hati Shasha. Haih, bilalah dia boleh buat Joshua tersenyum macam tu? Tak semena-mena air matanya bertakung air apabila memori di dunia Shanderella menjengah minda.
"Kookie, tolong bagi Shua, boleh?" soal Shasha lemah, lalu dihulurnya album Shanderella itu kepada Jungkook. Wajahnya ditutup sedikit dengan buku menu agar tidak kelihatan di pandangan Joshua. Jungkook menerima huluran itu, lalu berdiri menuju ke arah Joshua bersama Shasha yang mengintai dari celah buku menu.
Dari situ, dapat dia lihat Jungkook menegur Joshua. Gembira sahaja mereka berdua bertegur sapa. Usai Jungkook menghulurkan album itu, Joshua jadi berkerut sedikit dahinya. Sebaris ayat meniti di bibir Joshua, lalu kelihatan Jungkook menunding jarinya ke arah Shasha.
Eh?!
Cepat-cepat Shasha berselindung di sebalik buku menu. Betul ke apa yang dia nampak tadi? Kenapa Jungkook tunjuk diri dia?! Sekali lagi Shasha mengintai dibalik buku menu, lalu jelas kelihatan yang dua lelaki itu sedang melihat ke arahnya. Sempat Shasha lihat Jungkook tersengih sambil menunjukkan jari 'peace'.
Shasha kembali berselindung di sebalik buku menu. Bibir diketap. Ish, Jungkook ni! Tak tahu ke yang dia tak nak jumpa Joshua langsung sekarang ni? Tanpa berfikir panjang, lantas Shasha mengambil beg tangannya dan terus berlari keluar dari kafe. Apa-apa pun, lari adalah pilihan yang selamat!
"Isya."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro